Nestle Koko Crunch
Sedap dan menyelerakan
Nestle Koko Krunch merupakan menu sarapan pagi yang enak dan mengenyangkan. Saya akan pastikan Nestle Koko Krunch sentiasa ada di rumah dan dinikmati oleh anak-anak. Rasa coklat yang sedap membangkitkan selera anak-anak untuk makan dan seterusnya mengekalkan tenaga.
Habhal’s Cap Kipas Udang Sweet Soya Bean Sauce
Kegemaran keluarga
Kicap yang wajib ada di dapur saya. Boleh digunakan dalam pelbagai masakan mahupun sebagai pencicah. Rasa yang sedap dan dijual dengan harga yang berpatutan sesuai dengan kualiti dan kuantiti yang diberi.
Gardenia Original Classic
Kegemaran keluarga
Roti Gardenia menjadi kegemaran seluruh ahli keluarga saya sejak dulu lagi. Rasa yang sedap dan lembut serta boleh dimakan begitu sahaja. Saya selalu menyediakan sandwich roti gardenia sebagai bekalan dan sarapan untuk anak-anak ke sekolah.
Khind Electric Jug Kettle EK5813 1.7L
mudah digunakan
Mudah digunakan dan dibawa ke mana-mana. Selain itu, ia juga akan tertutup dengan sendiri apabila air telah masak. Kualiti amat memuaskan.
Staedtler Luna Colour Pencils
warna yang cantik
Sejak dari zaman sekolah saya menggunakan pensil warna jenama LUNA. Kini anak-anak saya pula menggunakan pensil warna jenama LUNA. Saya dan anak-anak sukakannya kerana warna-warna yang cantik dan terang.
Bestari Fried Chicken Coating (Original 1kg)
MUDAH DAN SEDAP
Saya pernah menggunakan tepung serbaguna Bestari dalam masakan ayam goreng. Ia menjadikan ayam goreng lebih rangup, sedap dan berperisa. Anak-anak saya sukakannya.
Pureen Baby Wipes (Fragrance Free)
Memudahkan kerja ibu-ibu
Sentiasa ada di dalam kereta mahupun rumah. Mudah digunakan terutama apabila travel bersama-sama anak-anak.
Adabi Turmeric Powder Blended
warna yang cantik
Salah satu produk kegemaran saya. Warna kuning yang cantik dan halus. Saya akan pastikan serbuk kunyit adabi sentiasa ada di rumah.
Planta Margarine Multi-purpose
Serbaguna
Boleh digunakan dalam apa-apa jenis masakan. Selain itu boleh juga disapu pada roti bakar untuk sarapan. Saya juga menggunakan planta dalam masakan nasi goreng dan kek.
Kuat Harimau Lemon Powder Detergent 2.5kg
Harum
Berbau harum dan banyak buih. Saya suka menggunakannya kerana baunya yang segar mengharumkan semua pakaian. Selain itu harganya juga berpatutan dan mudah untuk dibeli dimana-mana kedai atau pasaraya.
Ramly Chicken Frankfurter
Sedap
Mempunyai rasa yang sedap dan digemari oleh anak-anak. Rasa daging yang asli dan sedap.
Ramly Beef Burger
Sedap
Burger daging Ramly sememangnya sedap dan disukai oleh saya dan keluarga. Rasanya yang sedap dan diyakini bersih menjadi penyebab ia menjadi pilihan kami sekeluarga.
Sebamed Baby Cleansing Bar
Sesuai untuk kulit anak saya
Saya pernah menggunakan sabun mandi sebamed. Ketika itu anak saya mengalami masalah gatal kulit badan. Alhamdulillah sabun sebamed berkesan menghilangkan kegatalan dan masalah kulit anak saya.
Tumix Chicken Stock
Sedap
Saya selalu menggunakan stok ayam knorr dalam masakan. Ia menjadikan masakan lebih sedap.Saya akan pastikan stok ayam knorr sentiasa ada di dapur.
Saji Cooking Oil
Pilihan utama keluarga
Minyak masak saji adalah minyak pilihan utama keluarga saya. Ia mudah didapati dimana-mana pasaraya mahupun kedai. Ia merupakan salah satu jenama yang amat digemari oleh keluarga saya.
Ayam Brand Coconut Milk
Perlu ada di dapur
Santan kelapa ayam brand sentiasa ada stok di dapur saya. Mudah digunakan dan tahan lama menjadi faktor utama mengapa saya suka menggunakan santan ayam brand. Sangat disyorkan terutama bagi ibu-ibu yang berkerjaya.
F&N 100 Plus
Memberikan tenaga dan menghilangkan dahaga
Sebelum memulakan pemanduan untuk perjalanan yang jauh, saya akan pastikan minuman 100 plus sentiasa ada. Ia membantu memberikan tenaga dan menghilangkan dahaga.
Nutella Hazelnut Spread
lazat
Rasa yang sangat lazat..Boleh dimakan dengan roti sebagai sarapan. Saya dan keluarga sukakannya.
Nestle Koko Crunch
Sarapan yang digemari anak-anak
Rasanya yang lazat menjadikan ia salah satu sarapan yang sangat digemari oleh anak-anak saya. Mudah disediakan dan berkhasiat.
Sunlight Lime Diswash Liquid
menjadikan kerja lebih mudah dan cepat
Kerja membasuh pinggan mangkuk lebih mudah dan cepat dengan menggunakan pencuci pinggan sunlight. Hanya gunakan sedikit dan banyak buih dihasilkan. Kesan kotoran paada pinggan lebih senang dicuci. Pencuci pinggan sunlight juga berbau harum dan lembut pada tangan.