Vaseline® Petroleum Jelly
Produk Mesti Ada
Vaseline memang sentiasa ada dekat rumah..
Memang sesuai dengan kulit sy..
Biasanya guna untuk kulit kering..
Tak kisah la dekat bahagian mana..
Untuk bibir kering juga..
Kalau kene benda panas pun ada letak benda ni..
Senang didapati, Terutamanya dekat Watson dan Guardian..
Simple Moisturizing Facial Wash
Pencuci Muka Kegemaran Suami
Suami memang setia dengan pencuci muka ni..
Kulit die agak berminyak, kerap berpeluh dan kadang-kadang naik jerawat..
Harga agak berpatutan dan ada jual di farmasi..
Biasanya kami beli di Watson..
Sy pernah cuba tapi kurang sesuai dengan kulit..
Pureen Baby Wipes (Blue Packaging)
Wipes untuk Travel
Beli tisu basah (wipes) ni masa ada promosi dekat Jusco..
Wipes ni memang letak dalam beg Aisyah untuk kalau keluar dalam tempoh yang singkat macam pegi klinik..
Pek nya yg kecik memang menjimatkan ruang dan ringan..
Memang sesuai untuk dibawa ke mana-mana untuk tempoh perjalanan yang singkat..
Kualiti tisu nya pun bagus - senang membersihkan kotoran - dan sesuai dengan kulit Aisyah..
Lagi pun senang memang dah ada dalam beg, tak perlu nak keluar masuk banyak kali..
Kebarangkalian untuk tertinggal/terlupa pun kurang..
Hensvik cot
Baby Cot
Baby cot ni adalah hadiah dari ahli keluarga..
Ada sejak Aisyah belum lahir..
Dari segi material agak bagus - diperbuat dari kayu -..
Senang juga nak angkat bila pindah tempat..
Design pun agak menarik..
Mudah dipasang juga..
Harga agak mampu milik, untuk keperluan baby cot..
Sebab pernah survey baby cot sebelum Aisyah lahir dekat kedai biasa, dibandingkan design, kualiti dan harga, baby cot ni lebih berbaloi..
Boleh adjust ketinggian tilam..
Setakat ni guna yang tinggi lagi - untuk ketinggian sy, kene membongkok sikit nak ambil Aisyah atau nak uruskan Aisyah dalam ni..
Untuk satu ketinggian lagi, boleh guna bila Aisyah dah besar..
Jadi boleh guna untuk tempoh yang agak panjang..
Keseluruhannya dari segi material, design, harga dan tempoh masa memang berbaloi untuk dimiliki..
Breeze Liquid Fragrance of Comfort
Harum
Suka dengan bau pencuci ni yang lembut dan tahan lama pada pakaian..
Bagus jugak untuk menanggalkan kotoran pada pakaian..
Terutamanya kotoran degil..Sangat berguna untuk basuh baju kerja wan yang kerja kampung..
Guna sedikit je pun dah cukup..
Nestle MILO ACTIV-GO
Minuman Kegemaran Semua
Sejak kecik lagi dah biasa dengan minuman ni..
Membesar dengan sarapan minum milo dan kenangan lori milo datang ke sekolah..
Rasa Milo kekal sedap dari dulu sampai sekarang..
Cuma sekarang ni kawal pengambilan milo ni sebab kawal pengambilan gula sejak usia meningkat ni..:)
Bila teringin akan minum secawan milo panas tanpa tambahan susu atau gula..
Dan sampai sekarang, kadang-kadang mak masih sediakan milo untuk sarapan pagi dekat rumah..
Head & Shoulder Cool Menthol Shampoo
Syampu Kegemaran En.Suami
Syampu ni adalah syampu kegemaran en.suami..
Memang dah lama die pakai syampu ni dah masih setia..
Pernah die cuba syampu lain, konon nak pakai syampu yang sama je..
Senang beli satu syampu je..
Tapi die beli balik syampu ni..
Katanya sesuai dengan kulit kepala dan rambut die..
En.suami banyak keje dekat luar (site) dan jenis cepat berpeluh..
Tambahan pulak lelaki guna minyak rambut..
Jadi die rasa lebih sesuai pakai syampu ni yang menyegarkan kulit kepala dan sesuai dengan keadaan rambut die yang guna minyak rambut..
Anakku Baby Talcum
Bedak Seisi Keluarga
Bedak ni ada dalam travel kit Aisyah yang kitaorang beli sewaktu buat persediaan barang yang perlu dibawa ke hospital..
Selain bedak ni ada 3 barang lain..
Lepas tu dapat free gift travel kit yang sama..
So total ada dua..
Mak selalu sapukan bedak ni dekat Aisyah lepas mandi terutamanya dekat leher die..
Setakat ni sesuai dengan kulit Aisyah..
Tak de naik ruam atau alergik..
Elok juga untuk serap peluh atau, dan cecair dekat leher bila susu Aisyah meleleh-leleh bila minum susu dari botol..
Bau die pun sedap je, tak terlalu kuat..
Satu lagi bekas Mok cik Mok Aisyah amik..
Die suka sebab tekstur nya yg halus dan nyaman pada kulit..
Bau die yang pun calm je..
IK Yellow Copier Paper 70gsm (A4) Paper 450 Sheets
Kertas Serbaguna
Sejak zaman belajar sampai la jadi pelajar balik ni kertas ni sangat berguna..
Selain guna untuk print nota, asiggnment dan segala dokumen berkaitan..
Kertas ni pun kadang-kadang berguna untuk salin nota, buat assignment bertulis dan sebagainya..
Artline Stamp Pad Black
Hasil yang Berkualiti
Stamp pad ni memang dah lama dekat pasaran dan kualitinya diperakui..
Ia juga mudah didapati di pasaran..
Gunakan stamp pad ni secara maksimum masa buat door gift kawin dulu..
Masa tu cop kotak door gift 2000pcs..
Siap beli ink refill lagi sebab nak cop banyak kan..
Hasil cop sangat jelas, mudah kering dan nampak macam print atas kotak tu..
Stamp pad ni pun datang dengan pelbagai saiz..
Beli haritu no.1..
Paling besar jumpa dekat kedai tu..
Muat-muat je dengan rubber stamp..
Kesimpulannya sangat berpuas hati dengan stamp pad ni..
Clearblue Digital Pregnancy Test with Conception Indicator
Pregnancy Test Kit Digital
Gunakan kit ni masa nak tau mengandungkan Aisyah.. Selepas guna kit yang ada line je beli yg digital pulak utk confirmkan.. Beli ni dekat Guardian - Sangat mudah didapati di mana-mana farmasi -.. Sangat mudah untuk digunakan - Cuma celup je, direct bg tau pregnant (tak perlu interpret line), Boleh bagi tau berapa minggu pregnant - Bagus untuk agak usia kandungan, boleh bandingkan dgn kalender - Produk yang baik, mudah didapati dan ekonomi..
Tefal BL3051 BlendForce Blender
Blender yang Bagus
Beli blender ni selepas kawin..
Masa mula-mula duduk rumah sewa ada blender lain yang mak bagi..
Tapi mata blender tu kecik jadi benda yang nak di blend lambat hancur..Terutamanya cili..
So beli blender ni..
Harga agak comparable berbanding blender lain yang ada masa tu..
Selepas guna blender ni sangat berpuas hati..
Bahan yang di blender cepat hancur dan motor tak cepat panas..
SENSODYNE GUM CARE
Ubat gigi Pilihan
Sy memilih ubat gigi ini sejak diperkenalkan oleh Dr.gigi setelah sy ke klinik gigi kerana masalah gigi sensitif..Setelah menggunakan ubat gigi ini masalah gigi sensitif semakin berkurangan..
Sejak itu sy memang menggunakan ubat gigi Sensodyne sehingga sekarang..
Walaupun harganya agak mahal, sy selalu membeli ubat gigi ini sewaktu promosi dalam kuantiti yg agak banyak utk stok dirumah..
Kini seisi rumah sy menggunakan ubat gigi ini dan kami sangat berpuas hati dengan ubat gigi ini..
Kimball Oyster Sos
Sos Tiram pilihan saya
Sos tiram ni menjadi pilihan sy kerana rasanya yg sedap..
Selalu digunakan untuk menggoreng mee atau bihun..
Juga digunakan apabila menggoreng sayur utk kelainan..
Kalau grg kosong je rasa bosan. So tambah sos ni sebagai perisa..
Gardenia Original Classic
Roti kegemaran kami
Roti yg selalu dibeli..
Boleh kt sentiasa ad dirumah..
Sedap kalau mkn dgn marjerin campur gula, nutella atau pelbagai lg..
Selalu jg buat roti telur dan dijadikn roti utk berger..hihi
Habhal’s Cap Kipas Udang Sweet Soya Bean Sauce
Kicap pilihan kami
Kicap pilihan mak dan kami..
Sejak dulu lagi memang setia dgn kicap ini..
Suami gemar menikmati nya apabila makan bersama nasi..
Sy pula selalu menggunakan kicap ini untuk memasak..
Sy selalu menambah kicap ini sewaktu menggoreng mee, bihun, kueh teow atau nasi..juga apabila membuat masak kicap..
MAGGI® 2-Minute Noodles Kari
Maggi Kari Favourite All Time..
Maggi kari sentiasa menjadi pilihan dari dulu lagi..
Sedap dimakan jika direbus mahupun goreng..
Planta Margarine Multi-purpose
Marjerin Pelbagai Guna Kegemaran Ramai
Marjerin kegemaran ramai sejak sekian lama..
Selalu dimakan begitu shj bersama roti..
Atau digunakan dalam masakan seperti membuat kueh, nasi planta, nasi ayam dn byk lg..
Mudah jg didapati di pasaraya dan kedai runcit..
Campbell’s Cream Of Mushroom Condensed Soup
Sedap dan Mudah
Sup ini sangat sedap dan mudag disediakan..
Cuma campurkan susu dan air, masak sehingga kepekatan yg diingini..
Selalu dimakan bersama garlic bread..
Bio Oil
Memudarkan Parut
Pernah guna Boi Oil ni untuk masalah parut berlubang dekat muka akibat jerawat..
Cuba sebab tengok adik pakai ok..
Tapi lepas beberapa lama pakai rasa kulit makin nipis..
Jadi berhenti pakai..
Kalau dekat bahagian lain mungkin ok..
Kulit muka sy agak berminyak dan kulit agak sensitif..