Adabi Anchovies Fritter Flour (Tepung Cucur Ikan Bilis)
Rasa Lapar Cari Sahaja cucur ADABI
Petang-petang nak-nak lagi hujan kan selalunya mesti lapar. Dari kecil lagi AJ diajar makan cucur goreng untuk menu minum petang. Pernah gunakan Tepung Cucur Ikan Bilis ni dahulu. Memang cepat dan mudah nak disediakan. Bahan semua dah ada, cuma bancuh dengan air dan goreng di dalam kuali panas . Rasanya pun sedap tau, cicah dengan sos cili. Tak perlu lagi nak potong bawang ,kupik ikan bilis semua tersedia. Perut pun cepat kenyang kan :)
Blue Key Self Raising Flour
Tepung kek pilihan AJ
Baking memang rutin AJ di rumah. AJ gemar mencuba pelbagai jenis resepi khasnya kek. Di rumah ni wajib ada tepung kek dan pilihan AJ tentunya Blue Key self rising flour ni. Pertama ia antara yang paling murah harganya di pasaran. Kedua buatlah apa jenis kek sekali pun pasti menjadi. Tak perlu gunakan baking powder atau soda bikarbonat lagi. Pastikan sukatannya betul dan kek pasti naik gebu geban.
Saji Creamer
Saji Creamer sedap dan enak
Saji keluaran FGV ni memang diyakini mutu keluarannya. Creamernya AJ gunakan dalam minuman dan juga menu pencuci mulut. Rasa sedap dan cukup rasa.Selalunya kalau AJ masak keremal pasti menggunakan creamer manis SAJI. Harganya juga sangat berpatutan dan mudah dibeli dari mana-mana pasaraya berdekatan.
Yeo’s Chrysanthemum Tea
Teh Bunga Paling Sedap
Yeos memang pilihan ramai dan gerenti sedap di minum bila-bila masa jua. Banyak pilihan yang ada dalam rangkaian minuman Yeos. Tapi feveret AJ pastinya teh chrysanthemum atau AJ panggil sebagai teh bunga sahaja. AJ suka sebab ianya tidak manis, sesedap rasa sangat. AJ pernah juga memyediakan teh bunga kekwa asli pemberian kawan dari Sabah dan prosesnya agak rumit juga dan untuk mudah pastilah beli sahaja teh bunga dari Yeos ni, buka dan minum.
NESCAFÉ Classic
Minuman wajid setiap hari
kat rumah AJ ni setiap hari wajib minum kopi. Dan pastilah Nescafe Classic manjadi pilihan utama kami. Rasa kopi asli yang menyegarkan setiap pagi. Suami AJ sebelum ke pejabat mesti kena minum secawan Nescafe baru bersemangat katanya. Nescafe mudah disediakan dan selalunya kami suka Nescafe O sahaja berbanding creamer. Anakpun minum Nescafe jika perlu study lewat malam untuk mengelakkan dari rasa mengantuk katanya.
Dutch Lady Pasteurised Milk
Susu pilihan dari generasi ke generasi
Dutch Lady, sebut je pasti dah terbayang keenakkan dan kesegaran susu pastur. Sedap diminum begitu sahaja, dijadikan bahan dalam masakan desert yang enak-enak, dan sesuai untuk semua peringkat usia. Terdapat pilihan susu pastur Datch Lady yang digemari kanak-kanak khasnya peris coklat dan strawberi. Hargapun sangat berpatutan jika dibandingkan dengan jenama lain di pasaran.
Nutella Hazelnut Spread
Sedap tak terkata Nutella Hazelnut Spread
Sebut sahaja Nutella tak yah cakap lah kan, memang sedap di sapu pada roti . Sapu Nutella sahaja dah cukup tak perlu dah yang lain. AJ memilih Nutella Hazelnut di makan dengan roti untuk sarapan atau pun minum petang. Selalu belikan untuk anak yang menuntut di kolej dan selalunya di makan dengan cicah bersama biskut jari. Kira boleh buat sebagai dip dip juga lah.. kalau coklat spread ni pasti AJ memilih Nutella :)
Nestle Koko Crunch
Sarapan pilihan anak-anak
Nestle Koko Crunch bukan sahaja sedap pada anak-anak, Aj pun suka makannya nak-nak lagi time kelaparan tahap jingga. Walaupun ia nya sarapan yang ringan tetapi tetap mengenyangkan. Kaya dengan pelbagai vitamin dan sedap di makan bersama susu atau milo.Mudah disediakan di awal pagi.
Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce
Sardin Pilihan AJ
AJ agak memilih soal sardin ni, ada dua brand sahaja yang AJ makan dan masak. Dan pastinya Ayam Brand pilihan utama AJ. Pertama kerana ianya Halal, rasa sardinnya segar dan sos sardinnya sedap sangat. Masak apa pun terasa kesedapannya. Isi pun besar-besar.
Safi Shayla Smooth & Manageable
Terbaik untuk wanita berhijab
Tak dinafikan lagi Safi Shayla la syampu pilihan yang paling baik untuk wanita bertudung seperti ana. Segar sepanjang hari dan memelihara akar rambut dengan pelbagai formulasi yang membantunya kuat dan menghalang keguguran. Bayang kan kulit kepala wanita berhijab sentiasa tertutup dan memerlukan formula yang sesuai agar ia sentiasa sihat dan tidak berbau. Ana hanya yakin dengan safi Shayla untuk rambut ana.
Rexona Women Passion roll On Deodorant
Kekal sepanjang hari
Seriusly ana hanya yakin dengan deodoran dari Rexona ni.Ada ketikanya masalah bau badan sering kali terjadi. Hanya Rexona yang dapat memberi keyakinan untuk kekal segar sepanjang hari. Anak ana menggunakan deodoran Rexona ke sekolah kerana dia sering kali berada di sekolah untuk tempoh masa yang panjang dengan pelbagai aktiviti diluar kelas. Dia memakai Rexona di awal pagi dan kekal segar hingga ke petang.
Sumber Ayu Sabun Daun Sireh Pembersih Wanita Floral
Formulasi Daun Sireh memang bagus untuk jagaan wanita
Zaman dahulu lagi daun sireh telah digunakan sebagai cucian dalaman bahagian intim wanita. Dari anak dara lagi ana telah menggunakan jenama Sumber Ayu ni hinggalah ke hari ini.Ia menyegarkan, rasa bersih dan wangi disamping menghilangkan masalah keputihan yang melampau. Ia murah dan mudah didapati di pasaran. Terbukti bertahun lama dapat membantu wanita di luar sana. Yakin sangat dengan jenama Sumber Ayu ni
KOTEX® Overnight Wing
Kotex Overnight Wing
Paling penting untuk pastikan tuala wanita yang benar-benar selesa dan tiada kebocoran ketika aliran yang banyak. Ana suka dengan Kotex Overnight Wing ni sebab ia lebar dan dapat menampung aliran kerana ana memang banyak melakukan pergerakan sama ada siang atau malam hari. Tak pernah berlaku kebocoran. Ia juga selesa di pakai dan yang penting harga berpatutan kan.
RCW Gorgeous
Gorgeous by RCW memang okay
Ana juga memiliki Gorgeous by RCW ni. Sama seperti Precious , ia juga tidak kekal lama harumannya. Maksud ana kita perlu membawanya sentiasa bersama bila memerlukan khasnya bila kita berada di luar persekitaran. tapi tak perlu bimbang kerana saiznya yang comel ni senang di bawa di dalam tas tangan. Harganya murah dan mampu milik wangian cukup menarik dan mempersonakan..
RCW Precious
RCW PRECIOUS
Mulanya memang tak berminat nak mencuba perfume tempatan ni, tapi tertarik pula bila ramai dah memiliki. Ana suka membelinya sebagai menambah koleksi perfume yang ada. Tapi bila dah guna,ermm memang best haruman yang sesuai dengan gaya ana.Cuma agak mengecewakan bila aroma ni tak kekal lama. Kena selalu membawanya bersama untuk semburan di setiap masa. Berbaloi la juga dengan harganya kan..
Playboy King of the Game EDT
Lelaki Seksi dengan Playboy EDT KING OF THE GAME
Kalau ana pengguna tegar Palyboy Queen of the Game, suami pula memilih Playboy King of the game, baru lah pasangan ideal sehati sejiwa. Kami suami isteri menggemari haruman yang lembut mempersona ni. Jenama antarabangsa yang kualitinya memang first class menyegarkan sepanjang hari suami ke pejabat. Suka dengan gaya yang casual dan lasak tetapi menggoda.
Playboy Queen of the Game EDT
Pasti tergoda dan menggoda dengan Playboy
Wahh happy sangat bila dapat review perfume by Playboy ni. Ana mempunyai koleksi Palyboy Perfume dan yang terkini ialah Playbaoy Queen of the Game EDT berwarna purple ni. Haruman dia memang kelas sangat soft dan menggoda sepanjang hari. EDT terbaharu yang pasti korang akan terpesona dengan bau wangian yang menggoda. Tak percaya kena try sendiri kay
Nature Republic Soothing & Moisture ALOE VERA
Pastikan Beli Yang Asli dari Nature Republic
Baru-baru ini viral mengenai produk soothing gel yang palsu, korang kena berhati-hati,pastikan beli dari Nature Republic yang benar-bebar asli. Soothing jel ni pelbagai kegunaan. Ana gunakannya sebagai pelembab muka di waktu malam. Sesuai juga sebagai losyen untuk melakukan urutan di tangan dan badan. Ia melembabkan kulit dari kekeringan akibat penghawa dingin di rumah.
Vaseline® Petroleum Jelly
Jenama yang dipercayai setiap generasi
Vaselin ni satu jenama yang amat lama dipasaran. Memang bagus untuk keperluan lembapan kulit kita seharian. Serius, dari ana kecil sampai ke alam pekerjaan telah menggunakan Vaselin untuk membantu mengatasi masalah kering bibir khasnya. Yakin dengan kualitinya sepanjang zaman.
QBB Pure Ghee
Perlu ada dalam masakan nasi minyak
AJ selalu lihat di mana-mana majlis kenduri kendara secara rewang dikampung, setiap kali masak nasi minyakatau nasi beriyani pasti memilih QBB pure ghee ni. Rasa asli ghee ni sesuai untuk sebarang jenis masakan bertemakan nasi ala-ala India . AJ juga gunakannya ketika membuat puri. Kalau tak letak QBB Pure Ghee memang kurang enak rasanya seperti ada yang kurang dalam resepinya.