Bio Zip Detergent Powder Flora 800g
Sabun basuh baju pilihan!
Inilah sabun yang saya guna untuk basuh baju. Harga sangat affordable dan bau pun wangi. Tak sensitif pun kat kulit. Memang terbaik la sabun. Tapi bau dia tak terlalu wangi. Kena tambah softener.
Drypers Baby Bath and Shampoo Head to Toe
Baby serasi dengan mandian ni
Ni lah satu-satu mandian yang sesuai dengan anak saya. Beli yang botol besar tu, tahan lama. Dan tak perlu beli banyak item sebab dah 2 in 1. Berbaloi sangat. Bau wangi, tak pedih mata, Harga affordable pula. Akan terus guna sampai bila-bila
Johnson’s® Baby Oil
Evergreen sangat minyak ni!
Bila ada baby memang saya terus beli minyak ni sebab masa kecil dulu mak pun guna minyak ni. Memang wajib ada sebab boleh guna untuk macam-macam. Kadang untuk cuci kepala baby sebab baby ni senang sangat kepala tu ada macam kelemumur. Haha. Lepas tu cuci pusat dan bahagian tersorok macam belakang telinga. Untuk saya, cuci eyeliner senang sangat dengan baby oil ni! Must have dekat semua rumah.
Faber Traditional Rice Cooker FRC 228
Tahan lama setanding jenama mahal
Saya dah guna periuk elektrik faber ni lebih 3 tahun. Masih baik dan tak pernah mendatangkan masalah. Masak nasi pun okay. Periuk pun senang cuci je. Walaupun harga murah tapi berbaloi. Cuma kadang-kadang masa masak nasi wap air keluar. Tapi sekarang tak. Mungkin saya tak tutup elok. So far saya berpuas hati dengan periuk elektrik faber. Okaylah dah 3 tahun lebih guna, beli dengan harga murah pulak tu.
Ramly Beef Burger
The best daging burger
Saya dah cuba macam-macam daging burger dan jenama ramly still terbaik. Daging dia tak keras dan tak lembik. Memang sedap. Kalau nak buat burger memang akan pilih jenama ramly walaupun harga sedikit mahal. Tapi yang best nya hampir semua tempat ada jenama ramly ni. Senang cari dan puas hati.
DIAPEX Wonder Pants
Berbaloi beli
Diapex adalah 1 of brand lampin pakai buang yang saya pakaikan dekat anak saya. Mulanya fikir mungkin tak berapa elok sebab harga yang lebih murah berbanding jenama lain dan jenama diapex pun kurang popular. Tapi ternyata saya salah, diapex setanding dengan jenama lain, anak selesa pakai, tiada ruam, tiada kebocoran dan tidak perlu menukar lampin kerap dek lampin yang nipis
CLEAN & CLEAR® Essentials Foaming Facial Wash
Memang clean dan clear!
Terima kasih kepada pencuci muka clean & clear kerana kulit muka saya sentiasa bersih, jerawat berkurang dan tidak berminyak. Cleanser yang mudah digunakan, cuma tuang sedikit di tangan, gosok dan cuci muka. Saya menggunakan pencuci ini dua kali sehari dan ternyata kini kulit muka saya kurang bermasalah. Tak perlu produk mahal pun nak jaga muka. Suka sangat.
CLEAN & CLEAR® Essentials Oil-control Toner
Toner terbaik
Sangat suka dengan Clean & Clear toner kerana toner ini sangat sesuai dengan kulit saya. Telah digunakan seawal remaja sehingga sekarang. Toner ini membantu saya agar liang roma di muka sentiasa bersih dan jerawat cepat kering. Bila pakai puj cepat kering dan selesa. Toner ini akan menjadi toner pilihan saya selalu.
Sumber Ayu Sabun Daun Sireh Pembersih Wanita Floral
Bahagian intim wanita kekal segar
Sebagai wanita, aset berharga perlu dijaga dengan baik agar sentiasa bersih dan sihat. Terima kasih kepada Sumber Ayu kerana dengan adanya pembersih khusus wanita ini, tiada alasan untuk tidak menjaga bahagian intim lagi. Bau floral yang digunakan sangat menyegarkan dan daun sireh yang ternyata mempunyai khasiat tersendiri sangat membantu wanita mencuci bahagian intim. Selamat diguna setiap hari. Saya sarankan untuk memiliki pencuci Sumber Ayu ni.
Anakku Baby Talcum
Wangi dan lembut pada bayi
Terima kasih kepada Anakku sebab keluarkan produk untuk bayi yang selamat dan suci. Bedak talkum ni disapu pada badan bayi lepas mandi. Wangi dan berfungsi serap peluh bayi. Bayi kekal segar dan selesa sepanjang hari. Bedak talkum ni sesuai untuk dewasa dan seisi keluarga. Tak perlu beli bedak berasingan. Satu famili segar dan wangi.
Julie’s Cheese Sandwich
Rangup dan cheezy!
Cheese sandwich ni sangat sedap. Rangup, ada rasa krim cheese dan masin-masin sikit. Enak dimakan macam tu je sebagai snek. Selain itu boleh guna biskutnya sahaja untuk baking cheese kek. Nak beli senang sebab mana-mana kedai biasanya ada. Biskut Julies sememangnya sedap dan rasa nak makan tak berhenti. Saya cadangkan biskut ini untuk dimakan sebagai snek tapi elakkan makan terlalu banyak sebab biskut ni manis.
Sunlight Lime Diswash Liquid
Minyak senang hilang
Pencuci sunlight lime sangat best sebab senang sangat cuci periuk atau kuali yang berminyak. Letak sikit dan gosok terus bersih. Bau pun wangi dan selesa pada tangan. Packaging dalam bentuk cecair ni lebih bersih digunakan. Tapi perlu hati-hati masa nak tuang, takut terlebih dan membazir pula. Sunlight lime memang best dan kerja mencuci pinggan lebih mudah.
Daia Excellent Washing Power Powder
Sabun daia best!
Salah satu sabun powder kegemaran saya adalah Daia sebab yang utama adalah harga mampu milik dan selalu dapat free gift. Ada macam-macam bau walaupun baunya tak wangi sangat. Tapi kalau basuh baju sangat sesuai dan baju pun bersih. Cuma kalau powder tak sesuai guna mesin basuh sebab nanti akan lekat sabun yang tak larut dekat baju. Untuk cucian tangan atau rendam Daia pilihan terbaik sebab ada buih banyak jadi seronok pula membasuh!
Adabi Anchovies Fritter Flour (Tepung Cucur Ikan Bilis)
Snek petang yang mudah!
Sejak Adabi keluarkan tepung cucur segera, setiap kali beli barang dapur mesti ambil tepung cucur ikan bilis sebab rasanya sedap, mudah disediakan, tambah air sahaja dan harganya berpatutan. Makan panas-panas dengan sos cili dan teh. Kalau Adabi banyakkan lagi varieti mungkin lebih menarik minat orang ramai. Adabi memang pilihan terbaik untuk hidangan sekeluarga.
King Cup Brand Mackerel In Tomato Sauce
Tip masak simple
Kalau malas masak atau mood masak kurang, sardin adalah pilihan saya. Stok sardin wajib ada sebab senang bila nak guna. Sardin King ni harga berpatutan dan rasanya boleh tahan. Sesuai juga buat sadwich sardin. Lagi mudah kalau tin sardin ni jenis yang senang buka, tak perlu susah-susah guna pembuka tin. Overall, sardin King okay dari segi rasa dan harga.
Marine Essence Bamboo Salt (Hair Shampoo)
Segar!
Dah banyak guna dan tukar syampu yang boleh hilangkan kelemumur dan rambut gugur sehinggalah tercuba marine essence shampoo. Wah! Masa guna, bau wangi seharian kepala. Lepas tu rasa segar sangat. Boleh rawat kelemumur dan rambut gugur! Best sangat. Tapi harga sangat mahal untuk volume yang agak sikit. Untuk maintain guna syampu ni bagi yang kurang mampu tidak recommended sebab masih ada syampu lain. Overall, untuk yang ada masalah kelemumur dan rambut gugur sila cuba syampu ni tau!
Faber Traditional Rice Cooker FRC 228
Tak risau nasi hangit!
Masuk je rumah sewa baru, satu item wajib adalah periuk nasi elektrik sebab nak masak atas dapur gas sangat leceh. Mujur ada Faber rice cooker. Harga murah dan dah pakai hampir dua tahun masih berfungsi dengan baik. Tapi masa memasak, air didih akan keluar dari bahagian sisi penutup dan meleleh. Jadi terpaksa selalu bersihkan tempat letak periuk dan meja. Leceh. Secara keseluruhan, periuk ini sesuai untuk yang bajet rendah cuma perlu sabar untuk rajin mencuci sahaja.
Mentos Roll
Mentos teman memandu
Setiap kali mahu pulang kampung atau singgah convenience store, mentos wajib grab. Hehe. Sambil memandu kunyah mentos, hilang mengantuk dan kadang-kadang alas perut tunggu sampai rnr. Dan sambil lepak pun kunyah mentos, tak sedar dah habis. Tapi mentos ni candy, jadi tak bagus untuk kanak-kanak dan airmentos adalah perasa paling saya tak suka. Tajam sangat! But, mentos masih gula-gula terbaik untuk jadi snek santai!
Pigeon Baby Liquid Cleanser
Yakin bersih!
Liquid Cleanser dari Pigeon memang bagus sangat sebab bukan boleh cuci mainan anak sahaja tapi lebih dari itu! Buah dan sayur untuk anak pun boleh cuci. Tak perlu membazir beli macam-macam pencuci dah! Tapi bagi yang kulit sensitif perlu cuba pakai sarung tangan semasa guna pencuci ini. Boleh cari dekat kedai ibu dan anak dengan mudah cuma harga barang berjenama biasanya agak mahal, jadi perlu berjimat penggunaannya atau cari pencuci yang lebih murah. Kalau tiada masalah, pigeon cleanser patut dicuba demi kebersihan anak juga.
Nona Roguy Minyak Herbanika
Minyak paling best untuk mak bersalin
My favorito kalau nak berpantang. Minyak ni best giler. Badan sakit-sakit sapu je.. cepat je lega. Menyusu sakit pinggang, sapu je. Sangat recommended untuk kelegaan badan. Kadang nak mengurut entah bila kan, sapu la minyak ni dulu. Lega la sikit.