Hope Remedies Jojoba Oil
Tidak melekit
Saya mengalami alahan/ kemerahan pada muka akibat memakai pelitup muka dalam jangkamasa panjang dalam keadaan cuaca panas ketika bekerja.
Pada mulanya saya agak cuak apabila saya memakai skincare, kemerahan seperti merebak.
Setelah saya mencuba Hope Remedies Jojoba Oil setiap malam selama 1 minggu tanpa menggunakan skincare saya, kemerahan beransur hilang.
Tekstur yang tidak melekit, fragrance free, & mudah resap, saya sangat syorkan pada anda. Ia mengandungi bahan semulajadi, so anda tidak perlu risau sebarang implikasi lain. Saya sukakannya!
OFFEN Disinfectant Aerosol
Diyakini selamat
Saya sudah cuba produk Offen Disinfectant dirumah pada haiwan belaan iaitu kucing dengan menyembur pada kakinya setelah dia balik dari bermain diluar rumah. Saya rasa lebih yakin kerana produk ini tidak meninggalkan kesan berminyak atau perlu dibilas. Ia sangat selamat setanding jenama terkemuka. Akan tetapi saya kurang gemar baunya.
BON TigrusMune
Ubat tradisional yang dimodenkan
Disebabkan sekarang musim sejuk, suami saya mudah diserang selesema. Suasana tempat kerja juga berhabuk menyebabkan beliau batuk. Hari pertama beliau mencuba Bon TigrusMune, tekak terasa loya. Hari kedua mencuba lagi.
Hari ketiga, selesema & batuk beransur kurang.
Kaedah perubatan tradisional yang dimodenkan ini sangat baik berbanding ubatan sintetik. Saya syorkan pada semua.
Togi D’Glutea
Herbs Black Tea!
Sebelum ini, saya agak kerap diserang migrain. Kata doktor disebabkan angin terkumpul dalam badan.
Hampir 10 hari saya mencuba Togi Glutea secara konsisten, pembuangan saya cukup lawas. Saya mengambilnya 1 sachet 1 jam sebelum sarapan secara suam.
Selepas sarapan, saya akan kerap kentut & sendawa sehingga saya rasa lega. Teh ini membantu saya melegakan angin dalam badan. Mungkin jika saya berterusan mengamalkan produk ini, saya mampu mendapat bentuk badan ideal semula!
Terima kasih Togi Glutea!
JOHNSONS SHAMPOO
Rambut lembut
Dengan haruman wheat yg menyegarkan, ia membuatkan rambut baby saya sungguh lembut, senang diurus & wangi. Bau baby semulajadi!
Dengan rumusan no more tears, saya yakin penggunaaannya pada anak saya. Sesuai untuk kegunaan harian.
Johnson’s® Baby Oil
mudah serap
Johnson baby oil ni memang serbaguna. Boleh digunakan untuk urutan lembut pada kulit baby, rambut baby, malah boleh juga untuk buang mekap mama! Memang mudah resap. Lembut pada kulit. Tiada bau, sesuai untuk semua peringkat umur.
Johnson’s Baby Blossoms Powder
wangi!
Kulit anak saya agak sensitif dan sukar memilih produk sebelum ini. Setelah mencuba Johnson Blossom Powder pada anak saya, ia memang serasi. Bauan yang segar memang bau baby! Powder yang lembut & halus sangat sesuai untuk baby. Jenama yg sangat dipercayai!
Johnson’s® Cotton Touch™ Top-To-Toe™ Bath
memang bau baby!
Saya sangat sukakan mandian Johnson Top to Toe ni. Bau yang wangi n lembut, sangat sesuai dengan kulit anak saya. Ia juga tidak pedihkan mata. Sangat rekomen pada baby newborn!
JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash
Tak pedihkan mata!
Sangat lembut pada kulit baby. Saya memang sangat suka bauan barangan Johnson kerana ia sememangnya bau baby. Boleh digunakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Jimat! Tidak risau lg jika mata anak terkena sabun ketika mandi & ia sangat mudah dibilas.
Bestari Custard (Sweet Corn 300g)
wangi bau jagung
Dah namanya tepung kastard jagung manis Bestari kan, memang sedap baunya. Boleh buat macam2 jenis kuih. Nak buat inti kastard pun sedap n mudah. Rasanya tidak mengecewakan.
Bestari Ready Made Seasoning (Black Pepper 230g)
perapan sempurna
Saya guna perencah ni untuk perap ayam. Rasa ayam bakar saya cukup sedap. Cuma kena tambah sedikit garam ketika perapan.
Bestari Fried Chicken Coating (Hot & Spicy 1kg)
pedas mengancam!
Tak pedas, tak melayu la kan?
Ayam goreng saya jadi lebih sedap dengan tepung Bestari spicy ni. Kerak yang rangup memang sedap.
Bestari Fried Chicken Coating (Original 1kg)
syok!
Memang tepung goreng serbaguna. Bukan setakat ayam je boleh guna ni tapi nak buat tempura sayur pun boleh. Rangup keraknya. Rasa pun memenuhi citarasa.
Gardenia 100% Whole Grain
sungguh enak!
Makan 2 keping pun dah cukup. Full fibre. Rasa roti wholemeal Gardenia memng sedap berbanding jenama lain. Makan bersama inti ataupun cicah minuman panas. Sangat sedap.
Gardenia Bran & Wheatgerm
sedap
Sesuai dengan tag line
" sungguh enak dimakan begitu saja"
Bagi yang belum cuba, jom beli. Murah, RM2.50 je!
GARDENIA Quick bites Double Chocolate
full loaded choc!
Sedap weh muffin ni. Gebu je. Coklat penuh. Harga berpatutan
GARDENIA Fluffy Buns Red
lembut gebu
Lembut gebu. Sedap sangat. Sesuai dinikmati untuk semua ketika.
GARDENIA Toast’em Raisins Oatmeal Bread
on the go breakfast
Sedap sangat roti ni. Load with raisin & wholemeal. On the go breakfast!
GARDENIA Twiggies Choc-a-Lot
kek coklat nostalgia!
Zaman kecil dulu memang selalu beli kek ni. Full loaded chocolate! Sedap n pek senang bawa ke mana2. Harga berpatutan
Canesten Cream
slowly but surely!
Hampir 6 bulan saya mengalami jangkitan kulat air pada salah satu jari kaki saya. Berbagai jenis krim sapuan saya telah guna tetapi apabila terkena air, ia kembali melecet.
Saya mencuba Canesten Cream setiap malam sebelum tidur, & ia berbaloi kerana ia beransur kering.
It slowly effect, but surely recover!
Kini saya boleh memakai kasut kerja seperti biasa!