Skin Refiner UV Foundation Fluid SPF25++
UV Foundation Senang Blend, Sesuai Untuk Kulit Berminyak
Saya bukanlah pengguna dan penggemar liquid foundation. Malah mekap harian, saya hanya mengenakan compact powder dan lipstik. Bagi saya, pemakaian foundation sangat merimaskan, terasa tebal pada wajah dan menyebabkan kulit muka lagi senang berminyak dan pori mudah tersumbat. Sejak menggunakan Skin Refiner UV Foundation Fluid SPF25++, saya dah jatuh hati pada foundation ini.
Saya sangat menyukai Skin Refiner UV Foundation Fluid SPF25++, kerana ianya sangat ringan pada wajah seperti tidak memakai sebarang foundation. Teksturnya yang halus dan cepat meresap bersatu dengan sempurna dengan kulit wajah tanpa meninggalkan kesan putih. Liquid foundation ini membantu melindungi kulit daripada sinaran UV kerana mengandungi SPF25++, dan mengekalkan kelembapan kulit untuk memastikan kulit licin dan sihat. Ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit, terutama bagi yang kulit jenis berminyak seperti saya. Skin Refiner UV Foundation Fluid SPF25++ ini mempunyai "matte finishing", tidak menyebabkan kulit muka berminyak dan kekal kering sepanjang hari. Senang mekap, just apply Skin Refiner UV Foundation Fluid SPF25++. Tidak perlu lagi touch up dengan compact powder. Baunya juga sangat harum..Loves teroks..
Eubos Urea 5% Washing Lotion
SET MANDIAN KHAS BAGI KULIT SENSITIF
EUBOS Urea 5% Washing Lotion adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mempunyai masalag kulit sensitif dan kering, sama seperti saya. Sememangnya saya mempunyai masalah kulit sensitif dan pemilihan sabun mandian yang tidal sesuai boleh menyebabkan masalah kegatalan, kemerahan dan kulit jadi kering. Sejak menggunakan EUBOS Urea 5% Washing Lotion bersama EUBOS Urea 10% Hydro Repair Lotion, masalah kulit sensitif dan kering semakin berkurangan. Apa yang saya suka dengan EUBOS Urea 5% Washing Lotion ini, ianya Fragrance Free, Colorant Free, Preservative Free dan sangat lembut..Bahkan ianya sangat selamat dan sesuai digunakan untuk bayi.
Setiap kali lepas mandi dengan menggunakan EUBOS Urea 5% Washing Lotion, saya alan menyapu EUBOS Urea 10% Hydro Repair Lotion. Ianya sangatembantu melembapkan kulit badan yang kering dan bermasalah. Kini kulit semakin lembap dan lembut.
Saya juga menyarankan produk ini digunakan kepada bayi, kerana ianya sangat selamat. Juga dapat membantu babyi yang bermasalah ekzema, dermatitis.
OriCell™ Ino-Mom Premium Formula for Preconceive & Prenatal Mothers
Makanan tambahan terbaik buat ibu hamil dan wanita yang merancang kehamilan
?Selama 7 hari mengamalkan minuman Ino-Mom Premium Formula ini, saya sangat menggemarinya. Rasanya sangat sedap, macam minum Nestum dan sangat berlemak..Teksturnya lebih kurang Nestum dan ianya sangat mengenyangkan. Saya mengamalkan setiap pagi bersama sarapan. Kekadang, hanya bersarapan dengan Ino-Mom Premium Formula, dah ready untuk buat kerja rumah dan menjaga 3 anak. Ianya membantu saya kekal cergas dan bertenaga.
? Ini kerana ianya di formulasi khas menggunakan Quinoa, protein soya dan serbuk beras perang sebagai sumber tenaga utama.
? Apa yang paling saya kagum, sifat antioksidan didalam formulasi premium produk ini mampu meningkatkan kualiti ovum(telur), meningkatkan kesuburan dan mengelakkan keguguran. Suplimen terbaik buat para wanita.
Alobaby Baby Bottom Cream
Krim selamat, berkesan merawat kulit sensitif dan melecur
Terima kasih 100Comments kerana memberi peluang kepada saya untuk mencuba Alobaby Baby Bottom Cream ini. Saya suka krim ini kerana ianya sangat selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur, bahkan khas untuk bayi yang berkulit sensitif. Tak diragukan, kesan melecet pada bontot baby cepat reda dan hilang apabila sapukan krim ini. Baru-baru ini, tangan saya melecur kerana terkena minyak panas. Lepas kena, cepat2 saya sapu krim ini pada tempat kena minyak panas, Alhamdulillah tempat kena takde gelembung, ia cepat meredakan panas kesan minyak panas tadi. Selama seminggu saya sapu krim pada bahagian tangan yang terkena minyak panas, Alhamdulillah parut tadi semakin pudar. Kesan parut tidak lagi jelas hitam..Semakin pudar dan pudar. Syukur sangat adanya krim ini dan betapa mujarabnya ia membantu menyelesaikan masalah saya.
Saya sangat mengesyorkan Alobaby Baby Bottom Cream untuk ada di setiap rumah. Ianya pelbagai guna dan selamat untuk si manja yang berkulit sensitif. Wajib cuba ?
La Gourmet Thermal Cooker
Masakan cepat masak, segar dan kekal panas
La Gourmet Thermal Wonder Cooker ni sangat senang dan mudah di gunakan. Kita baleh terus guna inner pot yang di sediakan untuk memasak di atas dapur gas. Msak sehingga masak or naik wap stim, kemudian terus transfer masuk ke dalam outer thermal pot. Ia akan mengekalkan kepanasan makanan kerana produk ini menggunakan teknologi pengekalan haba. Makanan kekal panas sehingga 12 jam. Ianya sangat menjimatkan masa dan tenaga sis. Makanan yang dah siap di masak tidak perlu di panaskan berulang kali. Just senduk makanan dari Thermal Wonder Cooker, makanan sentiasa panas seperti baru siap di masak. Bermacam jenis makanan boleh di masak menggunakan thermal cooker ini. Antaranya masak nasi, sup, stew, kukus, bubur dan lain-lain. Selain itu, Thermal Wonder Cooker ini juga sesuai digunakan sebagai bekal mengisi makanan untuk di bawa berkelah. Senang dan makanan kekal panas. ???
Alobaby Milky Lotion
Losyen baby yang selamat dan sesuai untuk kulit sensitif
Anak saya yang berumur 2 tahun 4 bulan mempunyai kulit yang agak sensitif dan kerap kulit nye menjadi kemerahan dan gatal-gatal. Dah banyak losyen dan krim saya gunakan untuk merawat masalah kulit anak saya. Namun semuanya tidak membantu melegakan masalah kulit anak saya. Namun, apabila saya di beri peluang oleh pihak 100Comments untuk mencuba Alobaby Milky Lotion untuk anak saya, saya sangat gembira. Sangat teruja untuk menggunakannya dan ternyata losyen ini serasi dengan kulit anak saya. Kulit anak saya yang kemerahan dan gatal-gatal, semakin ok dan berkurangan setelah menggunaknnya secara konsisten setiap hari selama 7 hari. Syukur Alhamdulillah, kulit anak yang kering, semakin lembut dan sihat. Masalah kemerahan pun berkurangan. Dan yang paling penting, kulitnya semakin kurang gatal. Saya sangat kagum dengan Alobaby Milky Lotion ini.
Patut lah ianya sangat bagus untuk kulit bayi, kerana produk ini menggunakan 99% bahan semulajadi, antaranya Shea Butter, Orange fruit water dan ekstrak lavender. Baunya sangat natural, tiada pewangi dan pewarna, sangat selamat untuk semua jenus kulit dan bayi terutama bagi bayi dan kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit sensitif. Losyen ini juga sangat lembut, ringan dan cepat serap. Ianya tidak melekit, sangat selesa untuk anak-anak. Terutama di musim panas, losyeb yang cepat serap dan kering tidak akan menyebabkan anak-anak rasa tidak selesa kerana melekit. Saya sangat mengesyorkan Alobaby Milky Lotion ini untuk ibu-ibu amalkan kepada bayi anDa. Sapukan losyen ini keseluruh tangan, peha belakang badan anak. Pasti anak akan selesa dan kulit mereka juga akan menjadi lembap dan lembut. ?
Fine Foods Cologuard Colostrum Plus
Produk terbaik bagi membantu memelihara sistem usus dan imun badan
Terima kasih di ucapkan kepada pihak 100Comments kerana memberi peluang untuk saya mencuba produk hebat dari Fine Foods, Cologuard Colostrum PLUS. Susu ini sangat bagus diamalkan oleh seisi keluarga, kerana ianya membekalkan pelbagai khasiat keoada tubuh badan. Antara khasiat yang utama, ianya bagus untuk usus anda. Ianya membantu usu kekal sihat walau setelah seharian usus memproses pelbagai jenis makanan yang masuk dalam perut kita. Ianya membantu mengekalkan kesihatan usus dengan membekalkan sumber protein yang diperlukan oleh usus. Produk ini mengandungi kultur probiotik yang mambantu meningkatkan fungsi usus, iaitu saluran makan.
Cara pengambilannya sangat senang, hanya masukkan 2 skop sudu kedalam gelas dan dibancuh dengan menggunakan air suam. Boleh diamalkan setiap pagi sebelum sarapan. Rasa susunya sangat sedap, tidak manis dan sangat bagus untuk memambah kalsium dalam badan. Anak saya juga sukakan rasanya, ianya seakan susu formula dorang. Sangat membantu mengekalkan kesihatan usus dan badan.
Selain itu, produk ini juga mengandungi lutein yang mana ianya sangat bagus untuk menapis cahaya biru dan melindungi mata anda. Produk yang sangat hebat dan wajib diamalkan setiap pagi oleh seisi keluarga.
Nuwell Xllim.me
Nuwell Xllim.me produk penjagaan berat badan yang sempurna
Pertama sekali, saya memang seorang yang obes. Berat melebihi tinggi dan selera makan saya memang sangat tinggi. Selang waktu yang ada, pasti mulut nak mengunyah je kejenya. Tapi..Setelah mencuba Nuwell Xllim.me selama 2 minggu, saya sangat kagum dengan kesannya. Saya mengambil 2 sachet Nuwell Xllim.me setiap hari, pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tido. Bangun jer pagi esoknya, saya pasti akan ke tandas dulu. Best sangat, sistem pembuangan saya sangat lancar, berbanding sebelum mengamalkan Nuwell Xllim.me. Rasanya sangat sedap, sangat fruity. Masam pada first, kemudian manis..Sangat best. Selepas pengambilan Nuwell Xllim.me, saya pasti akan meminum air dengan mencukupi. Ini penting bagi membantu badan saya untuk flush segala jenis sisa makanan dalam badan, mencuci usuS. Syukur sangat, berat saya menurun dan selera makan makin berkurangan. Saya banyakkan minum air kosong dan juga melakukan senaman untuk membantu lagi proses menurunkan berat badan. Ternyata Nuwell Xllim.me sangat membantu mengawal selera makan saya, melawaskan sistem pembuangan tanpa rasa sakit perut yang keterlaluan. Produk Nuwell Xllim.me juga selamat dan boleh di amalkan tanpa was-was. Inya di hasilkan dari buah-buahan yang ternyata sangat bagus untuk tubuh badan. Wajib cuba tau.. ??❤?
BON TigrusMune
Rawatan terbaik melegakan batuk dan selesema
Setelah mencuba BON TigrusMune, Alhamdulillah masalah selesema dan batuk2 saya semakin baik. Ianya sangat selamat kerana ianya menggunakan bahan-bahan alami yang selamat untuk di ambil. Selain melegakan masalah batuk dan selesema , ianya juga mampu meningkatka sistem imunisasi badan. Semua tahu akan kebaikan Cendawan Susu Harimau, sangat bagus untuk tubuh badan, membantu masalah keradangan, membantu proses oenyembuhan dengan cepat. Sangat mengesyorkan untuk anda mencubanya.. ???
Isomil Plus
Susu terbaik bagi yang alahan susu lembu
Syukur Alhamdulillah anak saya tidak mengalami masalah alahan atau alergi kepada susu lembu. Cuma dia bermasalah berat badan. Bambam sikit. Saya memberikan susu Isomil Plus ini kepada anak saya yang berumur 6 tahun. Suja sangat dia minum. Katanya "sedapnyer susu ni mama".Alhamdulillah. Sejak dia minum susu ini, selera makan dia tak lah membuak. Sebelum ni, sekali makan, mesti bertambah hingga 3kali. Namun sekarang tak lagi. Selera makan dia tak keterlaluan, risau gak kan, takut obes lak. Selain itu, saya suka sangat dengan susu ini kerana ianya menyediaka sumber kalsium yang baik untuk tumbesaran gigi dan tulang si manja. Anak saya semakin aktif dan membesar dengan sihat. ???
Togi D’Glutea
Membantu mengawal paras gula dan kolestrol dalam darah
Setelah seminggu mencuba Togi D'Glutea ini, saya sangat sukakan aroma dan khasiatnya. Memang tak dinafikan ianya sedikit pahit, tetapi saya sudah biasa dan namanya pun teh herba kesihatan. Mestilah pahit kan?? Walaupun pahit, ianya tidaklah keterlaluan, sedap diminum dengan air suam. Saya biasanya mengamalkan pengambilan teh ini di awal pagi sebelum sarapan dan waktu malam, sebelum tidur. Alhamdulillah, sejak mengamalkan meminum teh ini, sakit kepala saya tiada. Sebelum ini, setiap minggu pasti saya akan mengalami sakit kepala. Mungkin sebab angin dan darah dalam darah tak ok. Tetapi sepanjang meminum teh ini, Alhamdulillah tiada masalah sakit kepala. Syukur sangat. Selain itu, teh ini juga mampu mengawal kadar gula dalam darah, mengawal kolestrol dan juga mengawal tekanan darah. Sangat bagus di amalkan. Anda juga tidak perlu bimbang dan ragu-ragu dengan teh ini kerana ianya mempunyai pengesahan HALAL dan hanya menggunakan bahan semulajadi, iaitu hanya teh dan herba terpilih. Selain itu, teh ini juga mampu melawaskan sistem pembuangan saya. Setiap pagi, pasti akan membuang. Perut pun kempis jer bila sistem pembuangan kita lancar tanpa masalah. Teh terbaik yang pernah saya cUba.. ??
Drapolene Cream
Pantas melegakan ruam lampin si manja
Si manja saya kerap mengalami ruam lampin dan kemerahan pada celahan peha. Ini kerap terjadi apabila saya menukar jenama pampers yang baru. I mengambil masa untuk kulit si manja serasi dengan pampers tersebut. Untuk melegakan dan menghilangkan ruam lampin dan kemerahan di celahan peha si manja, saya menggunakan Drapolene Cream. Drapolene Cream ini sangat pantas melegakan ruam lampin dan merawat masalah kemerahan di celahan peha si manja. Si manja selesa untuk bermain sepanjang masa. Saya sangat mengesyorkan kepada ibu bapa yang mencari-caru krim terbaik untuk merawat masalah ruam lampin pada bayi, terutama bayi yang baru lahir. Cubalah, anda pasti puas hati.. ?❤?
baba baa Sing-and-Record Fun Book
Buku Muzik Terbaik buat Anak Belajar Menyanyi dan Membaca
Anak saya yang berumur 6 tahun suka sangat dengan buku Baba Baa's Sing-and-Record Fun Book ini. Yang paling best, tersedia 2 pilihan bahasa untuk anak-anak guna, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sambil menyanyi, anak saya membaca, menjadikan dia semakin lancar membaca. Ianya sangat menyeronokkan. Anak saya juga merekod nyanyian nya, saya pula check samaada bacaan atau nyanyiannya betul atau tidak. Sangat bagus. Anak semakin bijak dan lancar membaca. Muzik yang best membuatkan anak ralit membaca sambil menyanyi. Memang terbaik lah buku ini. ??⭐⭐⭐
DavosLife E3 Tocotrienols
Suplimen kesihatan paling disukai
Setelah 3 bulan mengamalkan DavosLife E3 Tocotrienols, kehidupan saya sebagai suri rumah sepenuh masa semakin lancar dan cergas. DavosLife E3 Tocotrienols benar-benar membantu menjadikan aktif sepanjang hari, kurang rasa penat walau sepanjang hari menguruskan anak dan mengemas rumah. Ia juga membantu saya mengatasi masalah sakit lutut saya. Sakit lutut saya sebelum ini, kini hilang. Saya sangat bersyukur.. Sebagai suri rumah sepenuh masa, memang saya perlu kekal aktif dan cergas kerana saya perlu menguruskan anak, memasak dan juga mengemas rumah. Tanoa suplimen ini, saya akan cepat penat dan mengantuk.
Kini, tiada lagi masalah itu. Saya juga makin aktif, mampu menemani dan bermain bersama anak-anak di waktu petang. DavosLife E3 Tocotrienols juga membantu wajah menjadi berseri dan jerawat semakin susah nak naik kat wajah ni. Sekarang tinggal parut degil jer kat muka. ? Mudahan saya akan terus dapat mengamalkan suplimen ini agar kehidupan saya lebih sihat, cergas dan aktif.
iPluz Floraglo Lutein
Suplimen penjagaan mata anda
I+Pluz adalah suplimen penjagaan mata yang sangat senang digunakan. Hanya perlu koyak 1 sachet sehari bersama air suam. Ianya membekalkan nutrien penting yabg di perlukan oleh mata, agar mata kekal sihat dan tidak penat.
Saya suka sangat dengan I+Pluz kerana rasanya sangat sedap, manis dan sedikit masam. Ianya menggunakan 100% bahan semulajadi, tiada campuran bahan pengawet. Ianya di hasilkan dari ekstak serbuk anggur dengan FloraGlo Lutein. Setelah seminggu pengambilan I+Pluz, kesan ketara yang saya rasai adalah, mata semakin cerah dan kurang penat. Saya seorang rabun jauh. Sejak mengamalkan suplimen ini, tahap rabun saya semakin berkurangan, sari kata pada TV juga saya nampak dengan jelas. Kalau sebelum ini, sarikata pada TV agak kabur. Produk suplimen ini juga mempunyai pengiktirafan sijil HALAL. Jadi, ianya selamat digunakan tanpa was-was. Kini, anda tidak perlukan pembedahan mata untuk mendapatkan mata yang sihat. Hanya perlu mengamalkan I+Pluz. Dengan pengambilan yang berterusan dan konsisten, In Shaa Allah mata anda akan kembali sihat, tahap rabun juga akan makin berkurangan. Anda patut cuba..
Boh Cameron Highlands Tea
Teh pilihan seisi keluarga
Sangat mudah menyediakan minuman teh dengan ada nya Teh Boh ini. Ianya semudah rendam dalam air panas, tambah gula...siap ? Rasa dan aromanya sangat sedap...Buat teh tarik pun "kaw!!!" Ianya sememangnya menjadi pilihan kami seisi keluarga. Dengan BOH, hari-hari menjadi lebih ceria. ??❤?
Carrie Junior Baby Hair & Body Wash
Mandian kesukaan anak-anak
Waktu mandi adalah waktu yang sangat di nantikan oleh anak saya. Mereka suka sangat mandi menggunakan sabun mandian Carrie Junior Hair&Body Wash. Apa yang best sangat yer??? Semestinya lah baunya yang sangat harum. Bauan buah-buahan yang segar, sangat best..Menjadikan waktu mandi si manja sangat menyeronokkan. Sabun ini 2in1, boleh guna untuk syampu dan juga sabun badan. Jimat, tidak perlu 2 sabun. Ia juga menjadikan kulit si manja lembut. Selepas mandi, saya suka sangat ambil bauan di kepala dorang. Sangat harum. ?
Anak-anak saya dari kecik hingga umur 6 tahun, memang pengguna setia Carrie Junior. ?❤?
Drypers Baby Talcum
Bedak baby wangi
Saya menggunakan bedak ini tiap kali selepas memandikan baby saya. Tetapi, saya tak menggalakkan baby seawal baru lahir hingga setahun untuk menggunakannya. Saya gunakan bedak ini pada anak saya yang berumur 2 tahun. Hanya sapukan pada bahagian belakang badan. Baunya sangat harum. Hanya sedikit sapuan, dah wangi dan ianya sangat selesa. Anak akan kekal selesa, menyerap peluh dan tiada masalah ruam atau kegatalan. Harganya juga berpatutan, senang di dapati di mana-mana kedai.
Safi Olive Oil
Minyak kecantikan pelbagai guna.
Saya biasanya menggunakan minyak Zaitun Safi ini untuk menanggalkan kerak kulit di kepala baby. Sangat mudah keje. Ianya juga harum, dan bau dari minyak zaitun sangat best. Selain itu, minyak ini sangat bagus untuk melebatkan rambut, sama ada baby atau pun yang dah dewasa. Semua peringkat umur boleh menggunakannya dengan selamat.
Ia juga sangat bagus menanggalkan mekap, use as make up remover, jimat duit dah tak yah beli makeup remover yang mahal. 1 botol, dengan pelbagai kegunaan. ?❤?
Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturiser
Krim Pelembap Selamat dan Pantas Melegakan Masalah Kegatalan Kanak-Kanak dan Bayi
Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturiser adalah penyelamat bagi saya, tatkala anak kecik mengalami masalah kulit gatal dan kering. Sesetengah krim pelembap tidak sesuai untuk digunakan kepada kanak-kanak dan kulit sensitif. Tetapi tidak dengan Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturiser. Ianya boleh digunakan kepada bayi dan kanak-kanak tanpa rasa risau, kerana ianya selamat dan tidak menggunakan bahan berbahaya, lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Anak saya yang berumur 4 tahun kerap mengalami masalah kulit gatal, menggaru sepanjang hari dan sangat sensitif. Sejak mengamalkan Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturiser ini, syukur sangat kulitnya semakin baik, kemerahan berkurangan dengan cepat dan yang paling bagus, kulitnya semakin lembut dan lembap. Tiada lagi kulit kasar dengan kesan kemerahan pada bahagian lengannya.
Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturiser sangat bagus dan patut menjadi pilihan para ibu dalam menyelesaikan masalah kulit gatal dan kulit sensitif anak-anak. Produk terbaik dari Suu Balm.