FRESH & WHITE Fresh Cool Mint
Nafas Segar Pelbagai Hadiah
Saya sekeluarga memilih ubat gigi Fresh&white kerana harga yang berpatutan serta pelbagai hadiah yang menarik. Ianya juga mampu menentang kaviti, menyegarkan nafas dengan ekstrak pudina, menguatkan gigi serta mencegah kerosakan gigi. Mudah didapati di semua Kedai runcit,pasaraya dan lain-lain.
F&N 100 Plus
Minuman bertenaga Dan berkhasiat.
Minuman isotonik yang dirumus bagi menghilangkan dahaga, mengembalikan tenaga agar dapat menjalani hidup dengan aktif. Sesuai dengan temanya hidrat, tenaga&segar. Saya suka minum ketika demam kerana ianya dapat mengembalikan tenaga sekaligus dapat menyihatkan tubuh badan.
Quaker Oatmeal Instant
Oatmeal yang sedap & berkhasiat
Saya suka dengan oatmeal ni kerana ianya mampu mengurangkan kolestrol sekaligus menjaga kesihatan keluarga saya. Paling sedap bila buat overnight oat. Harga berpatutan dan mudah didapati.
Breeze Liquid Fragrance of Comfort
Pakaian lembut dan wangi
Saya menggunakan breeze detergent kerana bauan segar yang mampu kekal lama, menyerap ke dalam fabrik dan tidak meninggalkan sisa sabun, mampu menanggalkan kotoran degil, memelihara serta mengekalkan warna pakaian agar tetap berseri, lembut untuk tangan.
Harga agak mahal tapi saya akan beli semasa promosi...;-)
Daia Refreshing Nature Fabric Softener
Pelembut Pakaian
Apabila selesai membasuh pakaian saya suka menggunakan Daia Refreshing Nature Fabric Softener kerana ianya mampu menjaga warna pakaian, mengelakkan bau hapak, menjaga fabrik kain, menjadikan pakaian mudah di seterika, bauan yang segar dan haruman yang kekal lama. Harga mampu milik Dan menggunakan packaging yang mesra pengguna.
Listerine Mouthwash Coolmint
Listerine Cool Mint Antiseptic Mouthwash
Selepas menggosok gigi saya akan berkumur-kumur dengan Listerine Cool Mint Antiseptic Mouthwash untuk membunuh kuman, mengawal punca plak, menentang kaviti, mengatasi masalah gusi serta menyegarkan nafas. Harga mampu milik serta mudah untuk mendapatkannya.
Colgate Plax Ice
Kebersihan oral
Selepas memberus gigi ataupun makan saya akan berkumur-kumur dengan Colgate Plax Ice kerana ianya mampu membunuh bakteria di dalam mulut kita, menghakis plak serta menentang kaviti, mengekalkan kesegaran nafas. Mudah didapati serta harga mampu milik.
Ajax Fabuloso Antibacterial Apple Fresh All-Purpose Cleaner
Ajax Fabuloso Apple Fresh
Untuk kebersihan rumah saya menggunakan Ajax Fabuloso Antibacterial Apple Fresh kerana ianya berkesan menanggalkan kotoran berminyak, kotoran degil, ianya juga mampu menghapuskan 99.9% bakteria, permukaan lantai bersih berkilat, tidak melekit serta berbau 'Epal hijau yang Segar' selama 24jam. Sesuai juga untuk penggunaan sinki, lantai, permukaan kaca.
Ajax Lavender Fresh Antibacterial
Ajax Fabuloso Lavendar
Ajax fabulous berkesan menanggalkan kotoran berminyak,menanggalkan kotoran degil, tidak melekit, menghapuskan 99.9% bakteria, permukaan lantai berkilat serta haruman lavendar kekal selama 24jam. Kita juga boleh gunakan di sinki, serta kerusi meja.
Clorox Original Bleach
Kekal putih dan basmi kuman
Saya menggunakan Clorox Bleach kerana ianya membantu membasmi kuman, menanggalkan segala kotoran, memutihkan pakaian putih. Saya juga menggunakan clorox untuk membersihkan sinki, bilik air serta tandas. Bagus untuk kegunaan harian dengan harga yang berpatutan.
NIVEA In Shower Intensive Skin Conditioner
Atasi kulit kering
Nivea merupakan syarikat pertama yang menghasilkan Body Lotion in Shower Intensive dan saya akan menggunakan selepas mandi kemudian bilas semula dengan air bersih. Ianya membantu mengawal kekeringan kulit serta mengekalkan kelembutan dan kegebuan kulit kita dengan penggunaan ekstrak almond oil.
Sunsilk Lively Clean & Fresh Conditioner
Segarkan kulit kepala
Saya menggunakan shampoo ini kerana ianya dapat menyegarkan kulit kepala bahkan dapat mengatasi masalah kegatalan kulit kepala terutamanya apabila seharian bertudung. Gunakan bersama perapi untuk mendapatkan basil yang baik. Harga mampu milik dan mudah didapati di kedai runcit mahupun pasaraya.
Safi Shayla Smooth & Manageable
Shampoo Safi Shayla Smooth&Manageable
Shampoo Safi Shayla dirumus khas untuk wanita bertudung kerana ianya diperkaya dengan multivitamin dan habbatus sauda. Ianya menjadikan rambut lebih lembut dan mudah terurus. Harga yabg berpatutan dan mudah didapati seperti di kedai,pasaraya
Palmolive Aroma Therapy Shower Gel Absolute Relax
Shower Gel yang Menenangkan
Palmolive Aromatherapy Shower Gel Absalute Relax menjadi pilihan kami sekeluarga kerana ianya perkaya dengan pati minyak bunga Ylang Ylang dan ekstrak Iris. Bauan yang wangi serta lembut dikulit. Mengelakkan juga masalah kekeringan kulit. Harga yang berpatutan dan Mudah didapati di kedai runcit, farmasi, pasaraya dll.
Palmolive Aroma Therapy Shower Gel Sensual
Shower Gel Sensual
Palmolive Aromatherapy Shower Gel Sensual menjadi pilihan kami sekeluarga kerana ianya perkaya dengan pati minyak ros maroccan dan ekstrack ginseng. Bauan yang wangi dan kekal serta lembut dikulit. Harga yang berpatutan dan Mudah didapati di kedai runcit, farmasi, pasaraya dll.
Snake Brand Classic Prickly Heat Powder
Kekalkan kesegaran kulit
Peneman dikala kerengsangan dan kegatalan kulit melanda. Talkum ini bukan sahaja wangi baunya namun ianya memberikan keselesaan pada kulit anda apabila mengguna kan nya. Bekas tinnya yang comel mampu untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Harga berpatutan dan mampu milik
Daisy Margarine
Marjerin Daisy Pilihan Semua
Untuk memasak saya lebih suka menggunakan Marjerin Daisy terutamanya untuk menyediakan kek, membuat biskut, membuat nasi dan lauk pauk. Marjerin ini diperkayakan vitamin Dan menggunakan minyak sayuran asli yang bagus dan berkhasiat serta rasa yang lebih sedap. Harga memang mampu milik, saya beli ketika promosi pek tin 1kg hanya RM7.90 sahaja. Mudah didapati samada dikedai runcit mahupun pasaraya.
Jati Padi Super Special Tempatan 5%
Jati, beras pilihan kami sekeluarga
Nasi adalah makanan rugi rakyat Malaysia namun keluarga saya lebih suka memilih beras yang berkualiti iaitu Beras Jati Super Special Tempatan 5%. Berasnya yang putih, berkualiti dan tidak mudah basi. Harga yang berpatutan dan mudah didapati di pasaraya mahupun di kedai runcit.
Aiken Medicated Talcum
Aiken talkum berubat
Talkum berubat dari jenama Aiken ini amat bagus untuk masalah ruam dan kerangsangan kulit. Saya juga menggunakan talkum berubat ini di kaki agar ianya sentiasa kering dan segar. Dengan harga yang berpatutan ianya juga mudah untuk dimiliki.
Nestle MILO ACTIV-GO
Milo sihat & kuat
Setiap bulan family saya akan beli stok Milo kerana ianya minuman yang berkhasiat dan mengenyangkan. Diperkaya dengan bijiran serta coklat yang berkhasiat. Dengan harga yang berpatutan Dan mudah didapati samada dikedai runcit, pasaraya ataupun Kedai serbaneka 24jam.