Paratha Plain is an unleavned bread that originates from the Northen part of the Indian sub-continent. Paratha Onion a twist from original Paratha with added zest. Paratha Wholemeal a more robust version of Paratha with added whole meal flour. Paratha Flakey a flakier version of paratha for the handmade texture. Paratha Chilies & Garlic a twist of  the original Paratha with added zest.

4.9

(27 Reviews)

5 stars 24
4 stars 3
3 stars 0
2 stars 0
1 stars 0

Campak je dalam kuali

5.0
Selalu beli roti paratha atau roti canai dekat kedai mamak je. So, try lah beli kawan paratha. Beli value pack. Berkeping-keping lah kena ngerjakan. Berpeluh jgk lah nk siapkan 10 keping. Kalau kurang rajin beli siap je. Kena tekan-tekan roti tu atas kuali dan selalu balik-balik kan supaya tak hangus. Saya suka time dia panas dan rangup. Dah sejuk dah tak berapa best. Gandingan terbaik semestinya kuah kari atau dhal pekat. Sape yg kata easy tu meh lah gorengkan utk saya. Goreng saya tak guna minyak ya. Campak je dalam kuali.

Sedap giler

5.0
Bila teringin nak makan roti canai memang terbaik jika ada simpan Kawan Paratha dalam peti ais. Hanya panaskan atas kuali tanpa minyak dan sedia dihidangkan dengan kari atau cicah susu dan gula. Tak perlu susah2 nak bancuh dan uli2 tepung lagi. Sekelip mata dapat menikmati keenakan roti canai seperti dikedai mamak. Rotinya pun lembut je dan semestinya sedap.

Easy to prepare

5.0
Love this pratha so much. It is easy to prepare and very delicious to have alongside my curry chicken. After cooking it, the results were that it came out light and fluffy.

Good product

5.0
Suka jenama kawan ni . roti paratha dia memang rangup .lepas masak saya akan tepuk dia bagi crunchy gitew

FAST EASY AND DELICIOUS

5.0
Kawan Paratha is my favourite snack. I can eat anytime and the preparation is very simple and fast. I normally serve with a little sugar . My kids also love it so much.

Sedap dan enak

5.0
Roti paratha Kawan sudah menjadi makanan kegemaran keluarga kami sejak anak sulong saya berumur 5 tahun, dan kini dia sudah 10tahun masih sukakan roti paratha ini. Takkan berpaling dengan jenama yang lain.

Kawan Paratha sedap

5.0
Sentiasa ada dalam simpanan. Ianya sedap dah mudah untuk disediakan selain daripada makanan kegemaran kami sekeluarga. Paratha ini boleh dipelbagaikan cara penyediaan dan sangat digemari anak-anak saya. Ianya sangat lembut dan rnak dimakan begitu sahaja.

Sarapan segera

5.0
Kawan Paratha salah satu frozen food yang selalu ada dalam peti sejuk di rumah mentua saya kerana ianya sangat mudah disediakan. Tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan lebih-lebih lagi jika masa tidak mencukupi dan perlu turun kerja awal serta sediakan sarapan untuk anak-anak. Kawan paratha ini la yang akan saya grab dan masak untuk sarapan segera.

Tasty !

5.0
I always start my day with Kawan plain paratha. Easy to prepare within minutes, it was very delicious as i always eat it together with condensed milk. All time favourite !

Roti paratha segera KAWAN

5.0
Roti paratha kawan ni teksturnya sgt lembut dan cantik teksturnya.Mudah utk disediakan,sy hnya perlu panaskan atas pan tanpa minyak.Mmg sgt sesuai utk pelbagai hidangan,selalunya sy selalu gunakan paratha ni utk wrap beff grill sy.Sgt sedap,berbaloi dibeli,harga pun berpatutan.

Boleh digunakan utk pelbagai masakan

5.0
Sangat mudah disediakan,saya hanya perlu reheat roti paratha ni atas pan ataupun masukkan dalam oven.Tekstur rotinya sgt lembut dan tidak berminyak.Selalunya saya beli roti paratha plain,lebih sedap dicicah dgn pelbagai kuah.Kalau utk wrap ayam dan sayur,saya gunakan paratha chilies and garlic ataupun onion.Semuanya sedap,yg onion lebih beraroma,sesuai utk buat basa pizza.Mmg sgt berbaloi dibeli boleh digunakan utk plbagai masakan,harganya pun amat berbaloi dibeli.

Sedap dan lembut

5.0
Sedap sangat Kawan Paratha ni. Roti yang sangat lembut dan kalau kreatif boleh diolah jadi pelbagai juadah. Yang penting cepat dan mudah untuk disediakan

Roti canai segera sepantas kilat

5.0
Wahh. Sekarang nak makan roti canai tak payah susah2 nk p menebar roti atau p kedai mamak jauh2 tu. Buka peti ais amik paratha brand kawan and reheat. Boleh je nk reheat dlm oven atas kuali maupun dlm microwave. Tengah2 lapar tu kejap je tinggg da siap. Sedap dimakan begitu je atau cicah kuah kari,kuah dal,sambal tumis, cicah susu atau gula atau kita balut jadikan mcm sandwich or wrap. Pehh mabeles. Kalo guna oven or atas api panaskan roti ni tekstur dia garing dan rangup luar tapi dalam dia tetap lembut. Tak payah buh minyak pn. Kalo buh dm micowave dia lebih lembut lg tapi tetap sedap. Kadang2 makan tak ingat da berapa keping. Dekat pek tertulis trans fat free jadi dengan bebasnya sy makan puas2. Yang paling selalu beli plain paratha then yg chilies and garlics dan juga paratha onion. Sume sedap2. Selalu beli dalam pek of 5pieces. Sekali hadap je 1 pack tu. Kalau bertuah dapat la jumpa value pack of 25pieces. Jarang2 dpt yg value pack ni. Harga sangat berpatutan dan mampu.milik. Memudahkan kerja nk.makan roti canai pada bila2 masa. Siapa2 pn boleh sediakan hidangan daripada paratha brand kawan ni. Lebih jimat berbanding makan dikedai mamak dan boleh makan sepuas2nya.

Kawan Paratha teman sejati Breakfast

5.0
Kawan Paratha teman sejati Breakfast ringkas dan mudah.Keluarkan dari peti ais biarkan seketika ,Kemudian panaskan atas kuali dalam 5 minit dan boleh dimakan dengan kuah kesukaan ataupun gula.Rasanya sedap adakalanya saya mempelbagaikan resepi dengan paratha KAwan ini.Kulitnya lembut dan secukup rasa.Tidak jemu makan diwaktu pagi dan petang...Kegemaran ramai..Sedap.....

Cepat dan mudah

5.0
Cepat dan mudah disediakan samada untuk sarapan pagi, minum petang atau bila-bila masa. Keluarga saya sukakannya kerana rasanya yang sedap dan lembut dimakan begitu sahaja atau pun makan bersama kari ayam/daging/ikan atau susu pekat.

Roti paratha yang gebu

5.0
Roti paratha kawan boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan base untuk pizza..Sedap dimakan bersama kari ataupun susu..Harga yang berpatutan dan roti yang gebu menyebabkan saya memilih roti paratha kawan ini..Tidak pernah jemu untuk makan..Sedap dan murah!

sedap saya suka

5.0
saya dan keluarga memang suka paratha jenama kawan,kerana ianya sedap dan mudah untuk di sediakan

Sedapppp

5.0
Setiap petang wajib makan Kawan Paratha untuk minum petang...Saya suka keranggupan dan lembut..wajib makan dengan apa sja curry

paratha kawan

5.0
saya suka roti paratha kawan ni sbb harga berpatutan dengan kualiti. rasa sedap dan memang mengenyangkan. sangat cepat untuk disediakan..selalunya saya buat breakfast makan cicah sardin atau kari ataupun balut dengan sosej dan salad

TIP TOP !!!

5.0
saya mesti beli jenama roti paratha ni.. lembut, tebal, sedap sangat makan macam itu sahaja lagi sedap di makan dengan sos / sambal ikan bilis!! :D

sedap dan lembut

5.0
Kawan paratha ini sedap dan lembut. Keluarga saya memang memilih paratha ini.juga cepat disediakan.hanya panaskan beberapa minit atas pan, kemudian sedia dihidang! Sedap dimakan bersama kari. Harga pun berpatutan.

BOLEH DIJADIKAN PIZZA

5.0
KAWAN PARATHA SEDAP DIMAKAN BEGITU SAHAJA NAMUN BOLEH JUGA DIGUNAKAN SEBAGAI ROTI PIZZA. HANYA DENGAN MENAMBAH TOPPING DAN DIBAKAR DI DALAM OVEN, KAWAN PARATHA BOLEH DITUKAR MENJADI PIZZA YANG LAZAT SERTA MENYELERAKAN UNTUK DIMAKAN. SAYA SERING MEMBUATNYA DAN PIZZA YANG TERHASIL BEGITU RANGUP DAN ENAK DIMAKAN UNTUK JUADAH MINUM PETANG DAN BOLEH DIJADIKAN MAKANAN RINGAN SEWAKTU MENONTON TELEVISYEN. SUAMI SERING MEMUJI KEENAKAN PIZZA YANG TERHASIL DARI KAWAN PARATHA.

Paratha Terbaik

5.0
Saya sekeluarga sukakannya.Penyediaannya ringkas dan mudah.Panaskan atas kuali dalam 5 minit dan boleh dimakan dengan kuah kesukaan ataupun gula.Rasanya sedap adakalanya saya mempelbagaikan resepi dengan paratha KAwan ini.Kulitnya lembut dan secukup rasa.

sedap

5.0
saya dan keluarga memang suka paratha jenama kawan,kerana ianya sedap dan mudah untuk di sediakan

Roti Paratha Kawan

4.0
Sesuai dijadikan sebagai sarapan ataupun minum petang..Ianya sedap dimakan dengan kari atau kuah dhal..Kadang2 saya gulungkan dengan salad dan ayam..Rotinya lembut dan tidak keras walaupun selepas dibakar..Mudah didapati dengan harga yang berpatutan..

Mudah dan cepat

4.0
Roti paratha jenama kawan ini memang menjadi pilihan saya dan keluarga. Rotinya lembut dan sangat sedap. Juga mudah untuk disediakan. Hanya panaskan dan boleh dimakan bersama kuahnya.

Makes a nice hot snack

4.0
I use this especially during breakfast or tea time as it is easy to cook and hassle-free to unfreeze. I like spreading some kaya and banana on the inside and heat it up and I have a quick, wholesome breakfast or tea time snack. The taste is not too buttery and complements well with jams and curries. Reasonable price too.

We are checking your review. This could take a few seconds, please wait...

Leave a review