Dettol Air Wick
Semburan pewangi
Semburan pewangi Air Wick sangat segar dan harum..Dengan masa yang dapat diselaraskan pastinya kediaman anda wangi sepanjang hari..Sebotol boleh bertahan sehingga 60 hari..Jika habis boleh diganti dengan refill sahaja..Jadi ianya menjimatkan..Saya suka wangian bungaan dan lavender..
Philips All-in-One Pressure Cooker
Phillips pressure cooker
Periuk phillips ini memudahkan tugas2 saya di dapur dengan lebih cepat..Masa memasak dapat dipendekkan dan menjimatkan masa..Sesuai untuk semua jenis masakan seperti nasi,bubur dan lain2..Ia juga dapat menjimatkan eletrik dan senang untuk dicuci..Walaupun harganya mahal tetapi ia sangat berbaloi untuk dibeli..
COLGATE Maximum Cavity Protection (CDC)
Colgate menyegarkan
Ubat gigi Colgate dengan perlindungan maksimum untuk mencegah kerosakkan gigi serta kaviti..Gigi juga semakin putih dan bersinar..Rasa pudina yang menyegarkan mulut dan menghilangkan nafas berbau..Colgate jenama yang dipercayai ramai..
Munchy’s Oat Krunch
Memberi tenaga
Biskut Munchys oat krunch pilihan seisi keluarga saya..Saya akan pastikan ada dalam beg jika tidak sempat untuk makan..Ia mengenyangkan kerana oat sememangnya memberi tenaga dan rendah kalori..Rasa rangup dan kenyal bila dimakan..Salah satu biskut ketika saya bersahur dan boleh kenyang sehingga petang..Biskutnya tidak terlalu manis sesuai untuk semua peringkat usia..
Massimo Bread with Wheat Germ
Roti yang lembut
Roti gandum massimo sangat lembut dan berkhasiat..Ianya tinggi dengan serat serta karbohidrat dan sangat sesuai untuk mereka yang sakit dan pentingkan kesihatan..Enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan sandwich..Walaupun dibiarkan lama, rotinya masih lembut dan gebu..Roti massimo sangat berkualiti tinggi!
Faiza Emas Super Special Tempatan 5%
Cantik bila dimasak
Beras Faiza emas super special tempatan ini sesuai untuk semua masakan nasi seperti bubur,nasi ayam,nasi minyak dan sebagainya..Ianya tidak hancur dan cantik bila dimasak..Menggunakan beras yang berkualiti tinggi dan boleh disimpan lama kerana tiada kutu beras..Berpatutan dengan harganya dan senang didapati..Beras Faiza pilihan keluarga saya..
Shaklee ESP – Soy Protein Isolate Powder
Shaklee ESP
Produk yang berasaskan soya dengan bahan2 semulajadi yang dapat meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik..Memberi tenaga tambahan agar tubuh menjadi segar dan sihat..Saya minum 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan malam..Ianya rendah kalori dan kolesterol dan jika diambil berterusan boleh mengurangkan masalah berat badan berlebihan..Salah satu produk yang semakin meningkat naik dan dikenali ramai..
Axe Medicated Oil
Minyak angin Cap Kapak
MInyak angin yang wajib ada dalam beg saya dan di rumah..Melegakan pening kepala dan sakit perut..Walaupun ia agak pedih dan berangin tetapi kesan awalnya dapat dirasai dengan segera..Boleh juga menghilangkan gatal2 akibat gigitan serangga..Minyak angin ajaib yang mempunyai banyak kebaikan dan semestinya minyak angin cap kapak..
Hurix’s Mos-q Cream
Krim untuk hilangkan gigitan serangga
Tidak hanya menghilangkan merah dan gatal pada kulit akibat gigitan serangga seperti nyamuk dan semut,krim hurix mos-q ini juga mengurangkan masalah keradangan kulit..Ianya tidak pedih dan cepat meresap..Saya suka kerana baunya tidak kuat dan berasa sejuk jika disapu..Boleh juga digunakan untuk kanak2..
Hurix’s Minyak Urut Gamat Plus
Melegakan sakit sendi dan urat
Saya kerap mengalami sakit sendi dan belakang badan selepas mengangkat benda yang berat..Selain makan ubat,saya gunakan minyak urut gamat plus ini sebagai langkah awal untuk mengurangkan rasa sakit dan terseliuh..MInyak yang sangat berguna dan cepat berasa kesannya..Urutkan secara perlahan agar minyak ini dapat meresap dan bertindak dengan sempurna..Melegakan kebas2 dan sakit dengan pantas..
Cap Junjung Sweetened Creamer
Susu cap junjung
Susu cap junjung sudah dikenali ramai sejak zaman dahulu lagi..Ianya lemak berkrim dan pekat..Hanya gunakan sedikit sahaja di dalam minuman kerana ianya terlalu manis..Menjimatkan kerana setin boleh digunakan banyak kali..Jenama yang banyak digunakan di kedai2 makan..
Kawan Paratha
Roti Paratha Kawan
Sesuai dijadikan sebagai sarapan ataupun minum petang..Ianya sedap dimakan dengan kari atau kuah dhal..Kadang2 saya gulungkan dengan salad dan ayam..Rotinya lembut dan tidak keras walaupun selepas dibakar..Mudah didapati dengan harga yang berpatutan..
Ayam Brand Coconut Milk
Pati Santan kotak
Tugas memasak menjadi mudah kerana tidak perlu lagi untuk memerah santan..Pati santan kotak Ayam Brand berlemak dan pekat..Saya gunakan dalam masakan seperti kari,masak lemak,rendang dan lain2 lagi..Sebaiknya selepas dibuka habiskan dalam masa yang cepat untuk memelihara kualiti santan serta tidak berketul dan masam..Mudah didapati di kedai dan pasaraya..
Biogreen Pink Lady Oatmilk
Memberi tenaga dan menjaga kesihatan
Biogreen Pink Lady oatmilk ini sangat bagus untuk para wanita mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan luaran serta dalaman..Mempunyai pelbagai khasiat yang diperkaya dengan vitamin dan nutrien yang penting untuk tubuh badan bertindakbalas seharian..Sistem penghadaman dan perkumuhan juga berjalan lancar dan teratur..Ia dapat membuang sisa2 toksik di dalam badan supaya badan menjadi ringan dan sihat..Cuba dan rasai sendiri perbezaannya..
GARNIER Skin Naturals Light Peel Off Mask 2 x 6ml
Merawat kulit muka
Saya gunakan Garnier Skin Naturals Light Peel Off Mask ini sekurang2nya seminggu sekali untuk merawat dan membaiki kulit yang mati di muka..Biasanya saya gunakan malam sebelum tidur kerana ia adalah masa yang paling sesuai untuk merehatkan kulit wajah..Dapat dirasakan kulit lebih anjal dan tegang serta mengurangkan bintik2 hitam dan putih di muka..Wajah lebih berseri dan segar serta tidak lagi kusam..Memang terbaik..
Rexona Women Deodorant Stick Shower Cleans
Kering dan tidak berbau
Rexona Woman Deodorant Stick Shower Cleans ini telah duji dengan dermatologi agar masalah ketiak berbau dapat diatasi..Tahan sehingga 48 jam menjadikan kaum wanita lebih tampil berkeyakinan dan tidak risau lagi jika ketiak basah dan berbau..Ia juga tidak melekit dan menyebabkan keradangan kulit..Tahap perlindungan yang maksimum dan berasa segar sepanjang hari..Love it..
AVON Women Of Earth Eau De Parfum Spray
Botol yang menarik
Selain baunya yang menggoda dan tahan lama,botol perfume Avon ini juga cantik dan comel..Baunya lembut dan wangi kerana saya tidak suka bau yang terlalu kuat..Wangiannya kena dengan citarasa saya..Just nice..Harga yang berpatutan dan boleh didapati di mana2 butik avon yang terdekat..
Listerine Original
Membasmi plak dan kaviti
Menggosok gigi sahaja tidak cukup untuk membunuh bakteria di dalam mulut yang mengakibatkan mulut dan nafas berbau..Dengan listerine masalah ini dapat diatasi serta mengurangkan plak dan kaviti gigi..Saya gunakan 2 kali sehari atau jika perlu selepas makan makanan berbau seperti durian dan petai..Terasa mulut lebih segar dan yakin untuk berhadapan dengan orang ramai..
Maybelline White Superfresh Two-Way Cake SPF34 / PA+++
Bedak kompak 2 cara
Saya hanya gunakan bedak maybelline two way cake ini sebelum keluar rumah..Apa yang saya suka ialah ia boleh digunakan 2 cara sama ada kering atau basah..Sapuan nipis sahaja sudah cukup untuk menutup garis halus dan bintik2 hitam di muka..Tahan lama dan mudah untuk dicuci..Harganya juga berpatutan dengan kualiti produk ini..
SAMYANG BULDAK SPICY CHICKEN NOODLE
Sangat pedas
Saya memang suka dengan makanan pedas tapi mi samyang ini terlalu pedas..Pertama kali cuba saya sakit perut dan hampir muntah..Tidak disyorkan untuk kanak2 kerana boleh menyebabkan penyakit yang lain..Kali kedua makan saya hanya gunakan separuh sahaja perencahnya dan kali ini saya makan habis..Perencahnya rasa lain dari yang biasa..Patut la mi samyang ni sampai boleh viral..Sedap..