Cintan Noodles
xsedap
saya pernah mencuba mee segera cintan perisa kari. mee nya tidak kenyal dan serbuk perasa macam sikit sangat dan tak pekat. kalau student nk makan kt hostel macam tak sesuai..kalau kat rumah sendiri boleh la sebab macam kena tambah macam2 bahan baru sedap sikit
Gold Coin Teh Tarik Sweetened Creamer
susu sedap murah
susu pekat gold coin sentiasa jadi pilihan sebab harganya yang lebih murah berbanding susu pekat jenama lain. walaupun murah tapi kualiti nya setanding .sedap dicampur dengan kopi bancuh sebagai sarapan pagi. boleh juga sapu pada roti..sedap sangat
Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick
lipstik
saya mencuba lipstik mary kay semi matte ni selepas mendapat sample percuma daripada agent mary kay. saya suka kan warnanya sebab saya rasa sangat sesuai dengan warna kulit wanita asia. teksturnya juga smooth senang nk oles dibibir.tapi saya xsuka dari segi ketahanan dibibir sebab selepas makan dan minum senang tanggal .dekat cawan juga melekat kesan lipstik
Elken Spirulina
spirulina
saya pernah mencuba spirulina daripada elken. hasilnya agak memuaskan. paling ketara sistem penghadaman n pembuangan badan saya lebih elok dan teratur. kulit saya yang kering juga menjadi semakin lembab dan sihat..rambut juga kurang gugur dan lebih bersinar. senang untuk di consume sebab dalam tablet.
Munchy’s Oat Krunch
biskut coklat tersedap
biskut munchys oat krunch telah jadi kegemaran saya sejak dri zaman belajar lagi. sebungkus kecil setiap pagi sebagai alas perut ketika sarapan. sebungkus dah cukup mengenyangkan dan berkhasiat sebab dibuat daripada oat dan bijirin berkhasiat. paling suka perisa dark chocolate sebab lebih rasa coklat
Daim Smooth Milk Chocolates
coklat langkawi
coklat daim nI merupakan kegemaran saya serta keluarga. setiap kali sedara atau kawan-kawan yang pergi bercuti ke langkawi / labuan coklat daim ni mesti wajib kirim..rasa coklat dia pekat dan creamy
Kjeldsens Butter Cookies
nice aroma and taste
suami saya sangat gemar biskut butter ni. sekejap je dh boleh habis satu bekas tu. saya suka bau butter dan kerangupan sederhana biskut ni tapi agak manis bagi saya. kalau dapat dikurangkan sedikit kemanisannya lagi sedap.
Munchy’s Marie
kegilaan terbaru
saya baru je mencuba biskut marie jenama ni. sangat suka sebab ada rasa lemak-lemak, rangup dan tidak terlalu manis. sekarang biskut ni jadi kegemaran saya setiap kali sarapan dan dinner. selalunya saya cicah bersama air milo panas. lembut je bile makan dengam air milo. pengganti nasi tapi tetap kenyang
Jacob’s Hi-Fibre
sihat dan kenyang
saya sangat suka biskut jacobs sebab pada saya sangat berkhasiat dan mengenyangkan. sedap makan begitu saja mahupun dicicah bersama air milo panas. kandungan fibre yang tinggi juga membantu penghadaman saya. proses pembuangan menjadi lebih lancar
MAGGI® 2-Minute Noodles Kari
mee yang kenyal
mee segera jenama maggi dh lama menjadi kegemaran keluarga saya. terutama suami saya. maggi perisa kari ni memang kegemaran dia. rasa kari yang pekat dan pedas serta sangat mudah disediakan. tanpa bahan tambahan pon dh memadai dh cukup menyelerakan. terutama ketika tidak berselera untuk makan nasi
Planta Margarine Multi-purpose
kualiti bagus
marjerin jenama planta berbeza berbanding jenama lain. lebih wang dan berkhasiat dan menjadikan kuih, kek dan biskut lebih sedap. memang berbeza sangat kalau biskut yang menggunakan planta dan jenama lain. paling senang boleh digunakan untuk disapu pada roti bakar.
POLIDENT DENTURE ADHESIVE CREAM
kunyahan lebih selesa
emak saya telah lama memakai gigi palsu jadi agak sukar baginya untuk menjamah setiap hidangan yang digemari. namun, setelah saya mencadangkannya menggunakan polident katanya sangat selesa. hidangan daging yang kenyal pun dah boleh makan macam duku-duku. serinok tengok mak boleh makan apa yang dia nak.
Hiruscar Anti-Acne Spot Gel
bye dark spot, acne
saya telah menggunakan hiruscar anti-acne spot gel baru beberapa minggu tetapi kesan sudah mula dapat dilihat. kesan jerawat dan parut makin pudar dan jerawat yang mula tumbuh juga cepat kecut. setakat ini saya berpuas hati.
Signature Snack Walnut Trail Mix
sangatttttt suka
saya telah mencuba banyak snack kekacang tapi setakat ni signature market punya kacang paling fresh dan sedap. saya suka sebab ianya 100% natural dan diproses hanya selepas pelanggan order untuk jamin kualitinya. campuran kekacang yang pelbagai dalam 1 bungkusan juga menarik. memudahkan bagi peminat kacang .xperlu untuk pening-pening nak fikir , beli je sebungkus dah dapat rasa pelbagai kacang.
Anmum Materna
pilihan ketika mengandung
saya mula minum susu anmun materna diawal kandungan lagi. saya xsuka rasa susu tapi disebabkan susu anmum ada yg berperisa coklat dan tidak terlalu manis saya boleh terima jugak la. saya tertarik dengan susu ni sebab khasiat yang terkandung dalamnya disamping feedback positif daripada keluarga dan sahabat yang mengamalkannya
Signature Snack Healthy Nut Mix
rangup dan sedap
campuran kacangalmond, cashew, pecan, hazelnut, dan peanut sangat menyihatkan dan sedap. sesuai sangat buat kudapan ketika menonton movie. gantian kudapan junk food yang xbagus untuk kesihatan. rasa kacang juga fresh dan 100% natural ingredients. memang puas hati
Maybelline Hyper Glossy Liquid Liner Black
not for beginner
this is my first liquid eye liner and also my first time try pakai eye liner. color hitam yang terang, cantik dan precise. ianya juga senang dicuci walaupun waterproof dan tidak mudah comot. tapi disebabkan saya beginner agak sukar untuk pakai sebab ianya sejenis berus halus yang lembik, salah aturan akan nampak tidak kemas. sapuan juga jadi garisan halus so kena repeat banyak kali untuk hasilkan garisan agak tebal.
Lancome La Vie Est Belle EDP For Women
strong scent
masa mula-mula launch perfume ni saya terpilih untuk dapat sample. very cute in size, easy to bring along anywhere. first spray saya rasa macam wangi tapi agak strong baunya. saya lebih suka bau yang lebih soft dan cherish. tapi still ok baunya cuma tak fully satisfy me la. it does last longer, longer than my expectation. as promise EDP should stay longer. however, I dont think I will proceed for future purchase.
Maybelline Volum’ Express Magnum Waterproof Mascara
mascara hebat
saya suka make up product dripada brand maybelline. begitu juga dengan mascara volume express ni. sangat mudah untuk dipakai lebih2 lagi bagi orang yang xpandai mekap macam saya ni. sapuan nipis je dh menampakkan bulu mata lebat dan panjang, yet still natural dan tak berketul. botol packaging juga berwarna terang senang nak cari disebalik barang mekap lain dalam pouch brg mekap.
Adabi Turmeric Powder Blended
serbuk kunyit terbaik
saya memang sudah lama menggunakan serbuk kunyit daripada jenama adabi sebab harga yang berpatutan . rasa dan warnanya juga seakan kunyit asli. kalau masak lemak cili api pun elok letak sikit untuk memberikan warna yang cantik