Philips All-in-One Pressure Cooker
pRESSURE cooker Philips
Baru membelinya bulan lepas,saya dapati periuk tekanan ini membantu kerja memasak saya menjadi lebih mudah.Daging juga cepat empuk dan sekata apabila menggunakan periuk ini
Tefal Flavour Cast Aluminium Wokpan
Tefal My favourite
Dengan Tefal WOkPan masakan lebih cepat di masak,Tidak melekat dan menyenangkan aktiviti membasuh.Saya pengguna setia Tefal,alah membeli menang memakai.
Khind Electric Jug Kettle EK5813 1.7L
Jug Khind
Harga rendah dan berbaloi.Mudah digunakan dan ringan.Saya membawa pemanas air ini ke tempat kerja senang nak bancuh air dan juga mi segera.
JOHNSON’S® Baby Powder
Bedak Talkum Baby Johson
Bedak talkum yang saya sukai untuk anak anak saya sejak kecil sehingga kini.Kulit mereka menjadi lebih lembut dan berbau wangi apabila memakai bedak ini.
Pureen Baby Powder
I love this
Baunya sangat lembut seumpama bau bayi, saya menyukainya dan menjad pilihan untuk di pakaikan pada anak saya.Si manja jadi lebih ceria dan gembira dengan haruman daripada Pureen ini.
Head & Shoulder Cool Menthol Shampoo
Head & Shoulder
Berkesan menghilangkan kelemumur di kulit kepala dan menghilangkan kegatalan kulit kepala.Rambut terasa segar dengan kesegaran Cool Menthol.
Aiken Medicated Talcum
Bedak Berubat AIKEN
Bedak berubat AIKEN keperluan harian anak anak saya semasa mereka masih kecil sehingga kini.Berkesan menghilangkan ruam ruam kecil pada kulit terutamanya pada waktu panas
TEAPOT Pilihan Sweetened Creamer
Susu Teapot
Susu lemak berkrim disukai ramai tambahan apabila digunakan untuk membancuh Milo kegemaran dan teh tarik.Saya juga menambahkannya dalam masakan manis
Fruitale Fair White UV Lemon Soap
Sabun Fruitale
Sabun Frutale kurang harum pada saya dan tidak lama baunya di badan.Saya kurang menyukai sabun mandi jenama ini.
Munchy’s Funmix
FunMix
Biskut Pelbagai dalam paket kecil-kecil senang di bawa kemana mana sahaja sebagai snek.Rasanya sedap anak anak menggemarinya
Dutch Lady Milky
Milky Strawberry
Anak perempuan saya sangat menyukainya.Rasanya sedap dengan khasiat yang terbaik.Kombinasi rasa yang menyihatkan kanak kanak
Jack n’ Jill Cream-O Chocolate Sandwich (Vanilla)
Cream O
Biskut cream o ini kurang digemari anak anak saya.rupanya seakan jenama oreo tetapi kualitinya kurang berbanding biskut jenama tersebut.Apabila anak anak kurang berminat maka sayapun kuranglah rasa hendak membelinya.
Maggi Tom Yam Stock Cubes 20g
Kiub Tomyam
Kiub ini tidak begitu terasa tomyamnya dan saya tidak suka menggunakan kiub ini sekiranya ada lagi jenama lain yang mengeluarkan kiub tomyam juga.Perlu ditambah pelbagai bahan lagi untuk mewujudkan rasa tomyam asli itu sendiri.
Nestle Milo Cereal
MIlo Cereal
Rasa milo yang kuat pada cereal ini membuatkan anak anak saya gemarkannya.CUma pada saya terasa terlebih manis dan tidak bagus untuk anak-anak.Ini kerana anak saya tidak suka mencampurkan cereal ini bersama susu.Kalau dicampurkan dengan susu sudah tentu tiada masalah.
Nestle Nestum Original
Minuman bijirin seisi keluarga
Nestum sememangnya minuman bijirin kegemaran keluarga sejak dulu.Rasanya sedap dan mengenyangkan,HArganya juga berpatutan dari dulu hingga sekarang.Saya juga suka menggunakan bijirin nestum dalam masakan bergoreng seperti udang dan juga biskut.Rasanya lebih enak dan menyelerakan
Kinder Chocolate
Kinder Bueno
Coklat yang sangat sedap,lemak berkrim tidak terlalu manis.Namun harganya sedikit mahal berbanding kuantitinya yang sedikit sahaja.Anak anak saya sangat gemarkan coklat ini ,kualitinya terbaik dan cair didalam mulut
Anchor Unsalted Butter Pat
Butter sedap
Butter Anchor sememangnya dikenali tetapi harganya sedikit mahal.Namun berbaloi untuk mendapatkan rasa butter yang lebih pada adunan kek dan juga biskut.Sesuai untuk kegunaan dirumah namun bagi saya yang membuat biskut untuk dijual agak tidak berbaloi
Lady’s Choice Peanut Butter
Mentega kacang ladys choice
Mentega kacang pilihan keluarga sejak dulu lagi.Rasa lepa kacangnya memang lemak berkrim.Sesuai untuk disapu pada roti dan biasanya saya menjadikan mentega ini sapuan untuk sarapan pagi saya sekeluarga
Buttercup Luxury Spread (Non-Chilled)
Buttercup Favourite Saya
Buttercup adalah kegemaran saya.Biskut atau kek yang dibakar akan lebih lembut dan sedap menggunakan mentega susu ini.Baunya wangi apabila baru dikeluarkan daripada oven dan sangat sedap rasanya.
PHILIPS HR1811 JUICER COMPACT
JUs enak dan mudah
Jus buah buahan senang disediakan dengan menggunakan blender ini.Berkualiti dan menjadi peneman setia di dapur.Pilihan saya sekeluarga