Harmuni Coconut Milk
Tidak berketul
Santan kotak jenama Harmuni segar dan tidak berketul2..Memudahkan tugas saya di dapur kerana tidak perlu lagi untuk memerah santan..Ia juga pekat dan tahan lama..Setelah dibuka masukkan dalam peti sejuk dan habiskan dalam masa 3 hari untuk memelihara mutu dan kualiti santan..
Mi Sedaap Sambal Goreng Flavor
Mi Sedap pedas berapi
Suka dengan tekstur mi sedap ini yang tidak lembik dan hancur selepas dimasak..Sos sambal goreng juga sedap dan pedas sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia..Hanya rebuskan mi selama 2 minit dan gaul dengan perasa yang diberi..Semangkuk sahaja tidak cukup..Mi sedap memang sedap!!!
AgroMas White Coffee Premix
Kopi Putih 4 dalam 1
Terpikat dengan kopi Agromas 4 dalam 1 setelah mencuba sample minuman di supermarket..Rasa kopinya tidak pahit dan lain dari yang lain..Aroma wangi kopinya kuat dan harum..Sesiapa yang cuba pasti akan mengakui kelazatan kopi putih ini..Menjadi kegemaran saya dan keluarga..
CAREFREE Healthy Fresh Pantyliner 20’s
Bebas dari bauan
Rasa tidak selesa dan melekit pada bahagian keintiman wanita kerana berpeluh jika bersukan atau melakukan akiviti berat..Dengan pantyliner carefree saya berasa segar dan bebas melakukan apa sahaja kerana sentiasa kering dan tiada lagi bauan..Gamnya juga kuat dan tidk mudah tanggal..Sangat recommend..
Attack Perfume Floral Anti Bacterial Concentrated Liquid Detergent
Cecair pencuci Attack
Sabun pencuci attack dapat menanggalkan kesan kotoran degil pada pakaian..Hanya letakkan sedikit cecair pada kotoran dan tuang selebihnya untuk mencuci..Selain wangi dan bersih ia juga dapat menghapuskan bakteria yang melekat pada pakaian supaya baju menjadi harum dan bersih seperti baru..
Diapex Soft Baby Wipes
Banyak kegunaan
I loved Diapex Soft Baby Wipes..Tisu untuk banyak kegunaan di rumah atau di luar..Saya gunakan ketika menukar lampin anak,membersihkan tangan serta menanggalkan kesan mekap di muka..Ia sangat lembut dan basah..Bebas alkohol dan paraben..Dengan eskrak Aloevera dan Vitamin E yang dapat menjaga dan memelihara kulit..
Pringles® Potato Crisps Sour Cream & Onion 42g
Tidak berapa suka
Saya tidak berapa suka dengan pringles potato crisps sour cream onion..Terlalu masam dan masin..Gabungan bawang dan masam juga tidak menetapi citarasa saya..Lebih sukakan pringles perisa asli atau bbq..
Yeo’s Taucu
Taucu segar dalam botol
Masakan yang menggunakan taucu seperti ayam taucu atau pun ikan taucu menjadi sedap dan menyelerakan dengan taucu yeos..Ia tidak terlalu masam dan mudah disediakan..Hanya tumis bwg merah,bwg putih dan halia serta masukkan taucu dan air..Kacang soyanya juga tidak hancur bila dimasak..
Code 10 Anti Dandruff Shampoo
Kelemumur semakin kurang
Suami saya kerap mengalami masalah rambut gugur dan berkelemumur..Dah banyak jenama shampoo yang di cuba tetapi kelemumur tetap sama..Dia berubah kepada shampoo code 10 anti dandruff selepas dikenalkan oleh jurujual di pasaraya..Dalam 2 minggu penggunaan,kesan awal yang dapat dilihat ialah masalah kelemumur dan gatal2 di kulit kepala berkurang hampir 70%..Rambut juga tidak kusut dan lebih mudah diurus..Terima kasih kepada code 10..
Puzzle In Tin
Anak saya sukakannya!!!
Salah satu hobi anak saya di masa lapang ialah bermain puzzle..Mereka sangat seronok dan gembira bermain puzzle ini berulang kali tanpa jemu..Di datangkan dengan kad tebal yang tidak mudah koyak dengan kualiti yang sangat baik dan warna yang cantik..Selepas main mereka akan kemas dan simpan semula di dalam lunch box yang comel ini..Thanks 100 comments untuk hadiah yang sangat bermakna ini..
Tumix Chicken Stock
Stok ayam tumix
Saya suka gunakan stok ayam jenama tumix dalam masakan lauk ataupun nasi..Ia tidak terlalu masin dan pekat..Tidak perlu lagi merebus ayam untuk ambil air rebusan..Hanya gunakan tumix semuanya menjadi mudah dan menjimatkan masa..
Massimo Chiffon In A Cup
Kek mini massimo
Kek chiffon massimo sedap dan gebu..Pertama kali cuba ketika beli di 7 eleven..Harganya murah dan dapat mengisi perut yang kosong jika kesuntukkan masa untuk makan..Didatangkan dengan pelbagai perisa antaranya pandan,cheese,mocha..
Ambi Pur Refreshing Lemon Gel Fresh
Sesuai untuk bilik tertutup
Gel pewangi Ambi pur ini sesuai untuk bilik kecil atau tertutup..Agak tidak sesuai jika gunakan dalam kereta kerana cepat kering..Bau lemon yang menyegarkan dan harum..Sebekas tahan sehingga 30 hari dan perlu diletak jauh dari matahari untuk mengelakkan gel kering dan mudah teresap..
AVA Fabric Softener Aroma Roses
Kualiti setanding harga
Harganya murah setanding dengan kualiti yang diberi..Kena gunakan banyak jika mahu wangian tahan lama kerana ianya terlalu cair..Terdapat dalam botol atau paket untuk refill.Mudah didapati di kedai atau pasaraya..
Playgro Rock N Stack
Selamat untuk bayi
Mainan Playgro rock n stack selamat pada bayi kerana mengunakan bahan2 yang berkualiti tinggi..Warna dan corak juga menarik minat anak untuk menyentuh dan bermain..Asas perkembangan awal untuk mengenal warna dan corak..Anak saya suka dan mudah terhibur dengannya..
Palmolive Aroma Therapy Shower Gel Absolute Relax
Wangian tahan lama
Mandian aroma terapi Palmolive dapat merehat serta menyegarkan diri setelah penat bekerja seharian..Saya gunakan mandian dalam tab mandi supaya dapat berendam lama dan aroma terapinya meresap ke dalam kulit badan..Menjadikan badan sihat,bersih dan wangi..
Dutch Lady Purefarm UHT Milk
Susu uht Dutch Lady
Dutch Lady semestinya susu uht pilihan utama saya dan keluarga..Anak2 sangat sukakan susu Dutch Lady tak kira perisa sama ada coklat,strawberi ataupun asli..Dengan saiz kotak kecil dan pelbagai corak kartun di kotak juga menarik minat kanak2 untuk minum susu..Saya juga gunakan susu untuk membuit kuih dan puding..Susu Dutch Lady memang sedap!!
AYAMAS Crispy Tempura Nuggets
Nuget tempura Ayamas
Nuget Tempura Ayamas menjadi kegemaran keluarga saya kerana tepungnya yang rangup dengan rasa isi ayam sebenar..Warna keemasannnya juga menarik setelah dimasak..Tidak mudah hancur atau pecah semasa menggoreng..Walaupun harganya agak mahal tetapi sangat2 berbaloi untk dicuba..
Marigold 0% Fat Yogurt Drink
Minuman yogurt marigold
Minuman yogurt marigold tanpa lemak dengan perisa buah buahan seperti strawberi,mangga,oren,buahan campuran dan lain2 lagi..Rasanya tidak terlalu manis atau masam menjadikan minuman ini digemari ramai..Ianya juga sangat baik untuk sistem penghadaman kerana diperkaya dengan prebiotik dan nutrisi seimbang..
AYAMAS Lemon Grass Crispy Fried Chicken
Ayam goreng perisa serai
No reviews yet
Tidak berapa suka dengan ayam goreng serai Ayamas ini..Rasa serai terlalu kuat sehingga hilang kenikmatan untuk ayam goreng itu sendiri..Bukan lah menjadi kegemaran saya tapi masih okay untuk di makan..