AYAMAS Premium Chicken Frankfurter – Black Pepper
Love it
Kalau teringin nak makan frankfurter mesti ini yg saya cari. Saya suka rasa pedas blackpepper nya boleh buat badan berpeluh. Mmg agak pedas kanak2 mungkin tak tahan. Tp rasanya sedap sangat. Cuma harga sedikit mahal ye la dah nama pun premium kan
Ramly Chicken Nuggets
Sedap sangat
Ramly Chicken Nuggets ni memang jadi all time favourite saya. Sesekali try jenama lain tetap tak boleh lawan nuggets Ramly. Rasa yg sedap just nice tak masin dan yang penting di setiap gigitan pasti ada cebisan isi ayam bkn sekadar lemak ayam saja
Kawan Paratha
Sedap dan lembut
Sedap sangat Kawan Paratha ni. Roti yang sangat lembut dan kalau kreatif boleh diolah jadi pelbagai juadah. Yang penting cepat dan mudah untuk disediakan
Lancome La Vie Est Belle EDP For Women
No chemistry
Mula-mula try perfume ni masa tu tgh survey perfume baru. Saya tertarik dengan packaging botolnya nampak menarik dan elegen. Mintak SA spray sikit dekat wrist. Bagi saya baunya agak keras sampai sakit hidung. Mungkin tiada chemistry dengan saya. Sudahnya balik tak beli ape pun sebab satu hari pening kepala bau perfume ni. Tapi bau dia tahan lama la
Ambi Pur InstantMatic Lavender Breeze Automatic Spray
Bau yang segar dan nyaman
Ambi Pur InstantMatic Lavender Breeze Automatic Spray membantu menyegarkan udara di dalam bilik tidur saya dengan haruman lavender yang sangat menyegarkan mampu membangkitkan mood yang menenangkan. Baunya juga kekal lama membantu menyingkirkan bau yang kurang enak
Ambi Pur Car Premium Car Pink Blossom
Wangi tetapi tidak tahan lama
Saya sukakan Ambi Pur Car Premium Car Pink Blossom kerana baunya yang lembut dan wangi didatangkan dengan pakej yang sangat comel berwarna pink. Tetapi baunya tidaklah bertahan sehingga 45 hari seperti yang dijanjikan
Ambi Pur Romantic Rose Gel Fresh
Bau kurang memuaskan
Saya telah mencuba Ambi Pur Romantic Rose Gel Fresh malangnya ia tidak sesuai dengan citarasa saya. Baunya membuatkan kepala saya pening dan stress
Tiger Original Flavoured Biscuit
Sedap dan berkhasiat
Tiger Original Flavoured Biscuit adalah diantara biskut kegemaran anak-anak saya. Rasanya yang lemak manis diperkaya dengan vitamin dan mineral menjadikannya snek yang berkhasiat lagi enak sesuai untuk anak-anak
Mamee Monster Chicken Noodle Snack
Snek kegemaran
Mamee Monster Chicken Noodle Snack merupakan snek kegemaran anak-anak saya. Dengan snek mee yang rangup dan sedap amat sesuai sebagai kudapan diwaktu berehat dan bersantai
Nestle KitKat Range Wafer in Milk Chocolate
Terlalu manis
Saya kurang menggemari Nestle KitKat Range Wafer in Milk Chocolate kerana pada saya ia terlalu manis dan saya risaukan kesannya terhadap kesihatan saya
MAGGI® Cukup Rasa
Pelengkap rasa masakan
Hanya sedikit sahaja MAGGI Cukup Rasa diperlukan untuk menyempurnakan rasa masakan saya. Hasilnya masakan bertambah lazat. Saya sentiasa akan menyimpan stok MAGGI Cukup Rasa di dapur
MAGGI® 2-Minute Noodles Asam Laksa
Rasa yang unik
Saya sukakan rasanya yang unik. Gabungan rasa masam dan sedikit pedas cukup membangkit selera. Ia juga tidak muak dan sentiasa menjadi kegemaran saya
Biolane Gentle Shampoo
Lembut dan wangi
Terima kasih 100comments.com kerana memberi peluang kepada saya untuk mencuba Biolane Gentle Shampoo ini. Pertama kali mencubanya, saya amat tertarik dengan rekaan "valve cap" nya dimana pada saya ianya sangat praktikal dan berkesan bagi mengelakkan pembaziran serta memastikan penutup botol tidak comot. Sebagai seorang yang aktif dan bertudung, saya sering merasakan ketidakselesaan pada kulit kepala apabila berpeluh. Oleh itu, saya akan kerap mencuci rambut sekurang-kurangnya 2 kali sehari malangnya, shampoo yang sering saya gunakan akan menyebabkan rambut saya semakin kering dan kasar. Biolane Gentle Shampoo telah menyelesaikan masalah saya kerana ianya sangat lembut dan sesuai untuk penggunaan yang kerap. Hasilnya rambut saya menjadi lembut dan lebih terurus. Selain itu, saya juga sukakan baunya yang sangat wangi.
AJI-NO-MOTO®Umami Seasoning
Pelengkap rasa masakan
Pelengkap rasa di dalam setiap menu masakan saya. Aji-no-moto umami seasoning adalah bahan yang wajib saya gunakan. Hanya sedikit sahaja diperlukan untuk menghasilkan rasa yang sempurna di dalam setiap masakan.
Ayam Brand Coconut Milk
Rasa seperti santan asli
Ayam Brand Coconut Milk sering menjadi pilihan untuk pelbagai menu masakan saya. Rasa lemaknya seperti menggunakan santan asli selain harga nya yang lebih murah dan mudah untuk didapati.
HADA LABO DEEP CLEAN & PORE REFINING FACE WASH
Mengeringkan kulit
Selepas pertama kali mencubanya, kulit saya terasa tegang. Setelah beberapa kali penggunaan ternyata ianya tidak sesuai untuk kulit saya apabila kulit saya menjadi terlalu kering, kemerahan serta menggelupas.
Vaseline® Petroleum Jelly
Selamat tinggal kulit kering!
Vaseline Petroleum Jelly sering menjadi penyelamat kepada masalah kulit saya yang kering dan sensitif. Saya telah menggunakan Vaseline petroleum jelly ini pada bahagian yang bermasalah seperti siku dan tumit dan kini saya sangat berpuas hati dengan hasilnya. Malah, ia juga bagus untuk masalah bibir kering. Saiznya yang kecil sesuai untuk dibawa kemana-mana disamping harganya yang sangat berpatutan menjadikannya antara item yang wajib dimiliki
LUX Soft Touch Body Wash
Tidak sesuai untuk kulit sensitif
Saya sukakan baunya yang sangat wangi dan lembut tetapi agak tidak sesuai untuk kulit saya yang sensitif. Kulit saya bertambah kering selepas menggunakannya
Maggi Seasonings
Pelengkap rasa masakan
Maggi cukup rasa sememangnya menjadi pilihan sebagai pelengkap rasa masakan saya. Tidak kira apa jenis masakan Maggi Cukup Rasa mampu untuk menyerlahkan kelazatan hidangan. Hanya sedikit sahaja sudah memadai untuk membangkitkan rasa yang sempurna
Bestari Fried Chicken Coating (Original 1kg)
Terbaik
Tepung bestari memang terbaik tak ada brand lain yang boleh lawan. Mudah untuk didapati dan harga pn berpatutan. Senang untuk disediakan. Rasanya memang sedap secukup rasa dan tepung tak keras rangup just nice.