Ayam Brand DELI SPREAD™ TUNA
Good for breakfast
Adik saya suka makan ni dengan biskut . Memang sedap. selalunya Saya akan Tambah lagi mayonnaise dalam tu
Naturel Blend Cooking Oil
Eat for health
Love this cooking oil . My mom always buy this dan harganya juga mampu milik . This product also have free gift sometimes. You guys boleh jimat dengan dapatkan free cooking oil .
Pureen Babywear set
Best gift
First time beli set ni nak bagi hadiah untuk baby . Mula mula nampak memang dah jatuh hati dengan set ni . Lagi tengok corak dia yang comel bila baby pakai nampak cute sangat .
Adabi Onion Fritter Flour (Tepung Cucur Bawang)
Cekodok instant
Suka tepung cucur ni sebab mudah dan senang . Buka pek terus bancuh dengan air masuk kuali . Tapi adik tak suka tepung ni taktau la kenapa . Selera masing masing kan nak buat macam mana . Tapi ikut selera saya memang sedap .
Mamee Mister Potato Chips
Legend
Mister Potato ni still sama rasa dia dari dulu hingga sekarang . Paling favourite hot and spicy . Keropok dia rangup dan kalau dulu zaman kecik kecik nak beli rasa takut sebab mahal sangat harga dia . Satu bungkus kecik tu dah 50sen. Pastu isi dalam dia pula sikit . Beli terus kat mall yang bungkus besar tu puas hati makan .
Milo UHT
Instant Breakfast
Saya suka milo kotak ni sebab mudah dibawa . Dan milo ni salah satu sarapan segera bila nak pergi kerja . dalam kereta pun boleh minum . bahan bahan yang ada dalam milo ni sangat membantu untuk alas perut . dan rasanya pun memang rasa coklat dan tidak terlalu manis . minuman yang juga sesuai untuk anak anak sekolah . beri mereka tenaga .
Ayam Brand Mackerel in Tomato Sauce
Resepi Sardin (mudah & ringkas)
Pilihan keluarga . Mak memang beli ikan sardin ni dari dulu hingga sekarang . kalau kita peminat setia produk ni, kita boleh lihat harga nya dulu dan sekarang . memang jauh beza dan sekarang dah makin mahal . RM8.00 ++ . tapi apapun produk ni memang terbaik . Resipi masak sardin ni pun ada cara nya . Mak memang suka ada rasa pedas pedas. Bukan tuang macam tu je masuk kuali. tumis bawang besar, putih & halia . Masukkan sedikit cili mesin . lepastu tuang lah sardin . siap . nak ada rasa masam perah limau .
Berlys NSA Almond Coated With Milk Chocolate 70g
Good Choice
saya memang minat coklat dan saya seorang yang sangat selective dalam memilih kualiti coklat. saya paling tak suka makan coklat yang rasa manis gula . saya suggest kan pada semua untuk beli coklat jenama beryl . coklat nya memang rasa pure coklat dan bukan nya rasa manis gula. cuma saya tak pernah makan coklat jenis ni (non added sugar) . baru pertama kali ni saya nampak beryl ada coklat jenis ni . selama ni saya makan coklat beryl yang dalam botol 450g tu. so kalau coklat yang dalam botol tu pun tak rasa sangat manis gula, apa lagi yang ni kan ? tanpa gula . very recommended untuk sesiapa yang nak jaga kesihatan .
Nestle Koko Crunch
sumber diet
koko krunch ni memang makanan saya dari kecil. mak suka beli ni . harga dia memang mahal kalau kita tengok. sekotak besar 500g dah RM14 lebih. tapi kadang dekat pasaraya ada buat offer. kadang jatuh harga sampai 10/11 ringgit . kalau dapat harga ni memang saya akan sambar beli..kalau bulan puasa , sahur makan ni je. dengan susu. lepastu ambil kurma 3 biji. sebab saya jenis yang kalau pagi pagi ni takde selera nak makan nasi . kira okay la ni kan untuk sahur. dapat 3 khasiat lagi. susu, cereal, kurma . semua makanan ni dah memang kenyang. plus boleh diet.
Ramly Beef Burger
bijak berbelanja
tak perlu jelas kan lagi daging burger ramly ni memang sedap. ianya legend dan semua orang pun tahu. kalau beli burger kat gerai tepi jalan pun dia guna daging ramly kan. okay mungkin tak semua guna jenama ni . tapi kita boleh lihat majority. salah satu sebab saya suka beli frozen food macam ni sebab nak jimat duit. beli kat luar mahal . sebiji dah berapa ringgit. baik saya masak sendiri Burger. guna daging ramly jugak. zaman sekarang ni, kena bijak berbelanja.
SAFI BALQIS cleanser
cuba dan alami nya sendiri
sejak saya guna safi ni, muka saya kurang jerawat . kalau dulu saya guna pencuci lain banyak jerawat naik. mungkin pencuci lain tak sesuai dengan kulit muka. lagi pula safi ni produk nya berasaskan sumber yang halal kan, jadi tak perlu risau . saya suka safi baru ni sebab dia ada toner dan juga oxygen . sebab tu bila cuci muka rasa lembut je. muka rasa lebih segar. anda boleh cuba dan rasa sendiri.
Kawan Paratha
Good product
Suka jenama kawan ni . roti paratha dia memang rangup .lepas masak saya akan tepuk dia bagi crunchy gitew