Tefal BL3051 BlendForce Blender
berkualiti
Blender Tefal ni berkualiti dan harga berbaloi. Sangat mudah digunakan. Bahan kisar juga hancur sempurna. Juga tidal bergerak bila blender berfungsi. Stabil dan tidak bergegar
PENSONIC 6KG SEMI AUTO WASHER -PWS6002A
agak kecil dan perlu lebih masa untuk membasuh
Mak kat kampung guna mesin basuh semi auto ini. Bagi saya agak susah sebab perlu alihkan pakaian dari bahagian basuh ke bahagian kering. Perlu lebih banyak masa dan tenaga. Kalau saya , saya kurang berminat.lagipun dia bergegar bila proses pengeringan
Milux MSI-1320
cepat panas
Cepat panas dan cepat hilangkan kedut pada pakaian. Tapi tidak merosakkan baju. Kepanasan boleh dilaraskan dengan mudah. Harga mampu milik dan ringan.jadi mudahkan kerja menggosok
Tefal VC1006 Food Steamer
moden dan mudah digunakan
Sangat mudah digunakan. Design modern dan mudah dicuci. Makanan yang dikukus masak sempurna nak boleh nampak dari luar.jadi tak perlu buka2 penutup. Ruangan juga besar.boleh mengukus dengan banyak dalam satu masa
Kenwood KM283 Cake Mixer Prospero 4.3L
berbaloi untuk yang amik tempahan kek!
Kawan saya guna mixer kenwood ini untuk buat kek dalam kuantiti yang banyak sebab berniaga. Memang sangat berbaloi.. Besar dan fungsi pun bagus. Butter dan gula sangat cepat kembang.juga stabil tak bergegar walau pada kelajuan maksimum. Sangat sesuai untuk buat kek dan biskut dalam kuantiti yang banyak.
Faber Hand Mixer FHM 555
berkualiti
Saya gunakan hand mixer ni bila nak buatkan kek untuk anak2. Senang guna. Butter dan gula juga cepat kembang. Kelajuan boleh dilaraskan mengikut kesesuaian.mudah juga dicuci.harga juga berbaloi
Philips HR1328 Hand Blender
mudah dan ringan
Sangat membantu kerja di dapur.dapat kisar bawang dan juga cili dengan cepat. Bahan juga tak terpercik keluar.sangat mudah. Mudah digunakan dan mudah juga dicuci.menjimatkan masa.
Samsung WA6700 Top Load Washer with activ dualwash™, 14kg
besar dan berkualiti
Rumah Mak saudara guna mesin basuh Samsung ini.memang besar.sesuai untuk keluarga besar. Design juga modern dan cantik.pakaian dicuci dengan bersih dan pengeringan maksimum.jadi pakaian lebih cepat kering bila dijemur. Juga tak bising. Recomended!
Midea Vacuum Cleaner MVC-SC861R
murah dan senang digunakan
Harga yang murah. Kualiti agak bagus. Kecil dan ringan.anak2 pun boleh tolong . sesuai untuk ruangan rumah kecil.
Hitachi 700L Fridge with French Bottom Freezer
sangat berbaloi dimiliki bagi yang mampu
Peti ais ini sangat besar dan design juga memang modern dan cantik. Sangat sesuai untuk yang berkeluarga besar dan ramai anak.dapat menyimpan makanan dengan banyak dan terjamin kesegarannya.
Midea 2-Door Fridge MD-247
berkualiti dan mampu milik
Harga yang berbaloi untuk dimiliki.peti ais ini agak besar . sesuai untuk yang berkeluarga. Bahagian freezer cepat beku dan chiller juga sujuk sekata.makanan yang disimpan juga tahan lama. Juga mudah dibersihkan.
KDK KC-4GR (16″/Black) with Remote Control
terbaik
Kipas sejuk dan mudah di ubah tahap kelajuan sebab menggunakan remote. Sangat sesuai digunakan untuk ruangan kecil seperti bilik. Berkualiti dan tidak bermasalah
Acson A5WM10/A5LC10 1.0HP Air Conditioner (R410A)
dipercayai dan diyakini kualitinya
Rumah abang guns aircond acson ini selepas membuat sedikit bacaan dan dan dari review ramai yang berpuas hati, jadi abang memilih jenama ini.buat masa ini masih sempurna fungsinya selepas penggunaan lebih setahun. Masih sejuk dan tidak bermasalah
Acson A5WM10/A5LC10 1.0HP Air Conditioner (R410A)
dipercayai dan diyakini kualitinya
Rumah abang guna aircond Acson ini selepas membuat sedikit bacaan dan dari review ramai yang berpuas hati.jadi abang memilih jenama ini. Buat masa ini masih sempurna fungsinya selepas penggunaan lebih setahun. Masih sejuk dan tak bermasalah.
Pensonic DVD Player PDVD-9302H
berkualiti
Pensonic DVD player ni harga agak murah dan mampu milik. Mudah digunakan ,Tapi saya jarang guna. Hanya guna sesekali bila beli DVD baru. Jadi masih elok dan tak bermasalah. Buat masa sekarang ianya masih berfungsi dengan baik
LG DH4130S – 330W 5.1ch DVD HOME THEATRE SYSTEM
memang terbaik
Sound system memang terbaik dan berkualiti. Rumah abang guna home theatre system ini.walau saiz agak kecil tapi bunyi memang best terutama bila menonton movie atau berkaraoke. Saiz juga kecil dan mudah dialih.
LG 43″ Smart Full HD LED TV
paparan jelas dan berkualiti
Berkualiti. Gambaran dan suara jelas. Dengan saiz yang besar memang puas hati menonton. Anak2 seronok bila dapat menonton kartun kegemaran di TV ini..Seolah olah watak hidup. Memang menarik.
Noxxa Electric Multifunction Pressure Cooker
sangat cepat memasak dengan Noxxa!
Noxxa pressure cooker ini sememangnya dah popular sekarang. Ramai yang guna disebabkan kualitinya. Sangat mudah memasak , sangat cepat.semua jenis makanan boleh dimasak dalam Noxxa. Yang paling best dapat buat sup tulang tak sampai sejam, daging lembut sempurana.
Elba EO-5086 Electric Oven 50L
oven serbaguna
Sangat sesuai untuk yang rajin memanggang ayam. Oven yang sangat mudah digunakan.pemanasan cepat dan sekata.biskut dan kek juga masak sempurna.
KDK Ceiling Fan K15V0 (150cm/60″)
kualiti bagus
Kualiti bagus . berfungsi Tanpa masalah. Walau klasik dengan hanya 3 bilah tapi masih mampu menyejukkan ruang rumah yang sederhana besar. Tiada remote.perlu kawal kelajuan kipas pada button di dinding.