Thursday Plantation Tea Tree Blemish Gel
Kulit tidak mnggelupas
Sy sgt syorkan gel Thursday Plantation Tea Tree ni utk pengguna yg bermasalah kulit berminyak yg mnyebabkan jerawat,bintik2 hitam atau putih seperti sy.Sgt terpesona dgn kesanya,terutama pada bhgian T-zone sy yg kini semakin bebas dari white head.Jerawat pun semakin berkurang sejak sy gunakan gel ni.Sy juga suka kesannya yg lebih lembut membunuh kuman yg mnyebabkan jerawat tanpa mnyebabkan kulit sy mnggelupas atau burn sprti krim anti jerawat lain yg pernah sy guna.Selamat utk kulit sensitif dan sy sgt sukakan gel ni,ringan,wangi dan efektif.
Centifolia Organic Moisturiser
Kesan sgt efektif
Losyen pelembap centifolia ni mmg pilihan yg tepat utk bayi sy yg mmpunyai kulit yg sgt kering dan sensitif.Ia melembapkan serta merta dan melegakan iritasi sprti kegatalan kulit pd kulit bayi sy.Losyen ni juga meresap dengan sempurna ke dlm kulit,memberikan kelembapan semulajadi tanpa kesan lekit.Harumannya mmg tidak berbau wangi sprti losyen bayi biasa,tp sy jatuh hati dgn baunya yg segar dan lembut.Lebih sesuai utk kulit bayi sy yg sensitif.Sy sgt syorkan losyen organik ni utk para ibu,harganya pun masih berbaloi utk beli dgn kesannya.
Safi Feminine Hygiene Foam Wash with Manjakani Extract
Tekstur buih yg lebih mudah nk guna
Saya lebih suka gunakan pembersih wanita safi dgn ekstrak manjakani berbanding yg kacip fatimah atau aloe vera krn ia dirumus dgn ekstrak manjakani yg membersihkn bhgian miss v sy dgn lembut sambil mngetatkannya.Kesannya mmg boleh dirasai.Tiada lg kegatalan dan masalah miss v berbau.Keputihan yg sy alami pun semakin berkurang.1 lg yg sy suka ialah tekstur buihnya yg mudah digunakan,hanya picit sikit buih dan cukup utk membersihkan.Bau pun wangi dan mnyegarkan.Berbaloi dibeli,harga murah je.
Rexona Women Deodorant Stick Shower Cleans
Tiada kesan lekit
Saya lebih suka gunakan deodorant jenis stick berbanding roll on biasa krn ia lebih mudah dan tiada kesan lekit.Utk Rexona Women Deodorant Stick Shower Cleans ni baunya mmg sgt wangi dan mnyegarkan.Kesegaran baunya juga tahan lama.Walaupun sy aktif bergerak dan bnyak berpeluh,kawasan bawah lengan sy masih kering dan wangi.Ia juga x meninggalkan kesan lekit pada tubuh dan pakaian sy.Sesuai sgt utk kegunaan harian.Harganya pun masih berpatutan dan berbaloi beli,tahan lebih lama berbanding roll on.
ANCHOR UHT Culinary Cream
Memekatkan kuah
Sy selalu guna ANCHOR UHT Culinary Cream ni utk buat makaroni cheese dan masakan lain.Ia mbantu memberikan rasa lemak berkrim dlm masakan sy.Tekstur krimnya juga menjadikan kuah sy pekat berkrim dan sempurna.Sesuai utk pelbagai hidangan.1 kotak cream ni tahan lama dan boleh diguna banyak kali.Berbaloi dibeli dgn harganya.
Elba EV-6720 1200W 20L Wet & Dry Vacuum Cleaner
Tahan lasak & murah
Sgt tahan lasak,tidak mudah rosak dan yg paling penting harganya lebih rendah.Vacuum Elba EV-6720 ni mampu membersihkan kotoran kering dan basah.Ia juga dilengkapi dgn 4 jenis penyedut dan berus yg boleh disesuaikan mngikut kegunaan sy.Walaupun saiznya agak besar,tapi ia masih ringan dan mudah digerakkan dgn roda di bhagian bawah.Bekas kotoran mudah nk buang dam boleh dibersihkan.Bunyi pun x lah terlalu bising.Berbaloi la dgn harganya.
Anakku Baby Wipes
Tebal dan lembap
Antara jenama pilihan sy utk tisu basah bayi.Tekstur tisu basah Anakku ni lembut,lembap dan extra tebal,lebih selesa digunakan utk mmbersihkan lampin bayi sy.Ia juga sgt lembap,jadi x perlukan penggunaan yg bnyak utk mmbersihkan sebarang kotoran.Alkohol free dan selamat digunakan utk kulit bayi yg sensitif.Cuma 1 je sy kurang suka baunya mmg wangi sgt tp agak kuat,kurang sesuai utk lap mulut dan bhgian muka bayi.Tapi masih boleh dibeli,harga pun berpatutan dgn kualiti.
Buds Baby Stretch Mark Prevention Cream
Mengandungi kolagen yg membantu proses regangan.
Best sgt gunakan krim Buds Baby Stretch Mark ni.Krim ni membantu sy mengurangkan kesan regangan kulit yg berlaku semasa proses hamil.Ia mngandungi kolagen yg membantu regangan sy.Kulit di bhagian perut sy juga semakin lembut.Yg paling sy suka ialah kulit sy tidak2 gatal,tidak pecah2 dan tidak kemerahan.Tekstur krimnya pun selesa digunakan,mnyerap dgn cepat dan x tinggalkan kesan lekit.Bau lembut dan tidak memualkan sy.Best sgt guna,walaupun harganya agak mahal berbanding jenama biasa,sy masih syorkan utk ibu2 krn ia produk organik yg sgt berkualiti.
TYT Baby Herbal Bath
Alternatif yg lebih mudah
Herba mandian bayi TYT ni bagi sy ialah alternatif mudah utk ibu2 moden sprti sy.Saya mnggunakan mandian herba ni utk mngurangkan kuning dan menstabilkan suhu badan bayi sy.Mmg efektif,ia juga mampu merawat kegatalan kulit dan ruam di sekitar tubuh bayi saya.Mudah sgt nk guna,sy hanya perlu rendam 1-2 uncang herbanya dlm bekas mandian yg mngandungi air suam.Air mandian akan bertukar kekuningan dan mngeluarkan aroma herba yg sgt wangi.Bayi sy pun tidur lebih nyenyak dan selesa bila dimandikan dgn mandian herba ni.Brbaloi sgt beli,harganya berpatutan.
Safi Anti-Perspirant Deodorant
Anti peluh & wangi
Saya dh guna deodorant ni dari zaman sekolah lg krn ia lebih murah dan mudah didapati.Selalunya sy beli yg bekas hijau,dgn haruman aloe vera yg lebih lembut dan mnyegarkan.Deodorant ni juga anti peluh,jadi ia mnjadikan kawasan bawah lengan sy sentiasa kering dan berbau segar.Roll on nya tidak terlalu melekit dan selesa utk kegunaan harian sy.
Dove Original Cream Beauty Bathing Bar
Sabun untuk tubuh & wajah
Yg paling sy suka ttg sabun Dove cream ni ialah ia boleh digunakan utk tubuh dan juga wajah.Jadi lebih senang utk dibawa ketika sy mnjalani aktiviti luar atau travel.Saiznya kecil dan bentuk berbuku juga lebih selamat utk dibawa.Sabun ni mnjadikan kulit sy lebih lembut dan lembap.X mnyebabkan iritasi walaupun diguna pd kulit wajah sy yg agak sensitif.Baunya pula sgt harum,dgn buih lembut berkrim yg sgt selesa diguna.Berbaloi sgt utk dibeli,harganya lebih murah berbanding mandian jenis cecair Dove.Mudah didapati.Cuma elakkan berkongsi sabun ni beramai2 utk mngelakkan jangkitan dan lebih hygenic.
Tropika Soap Kiffir Lime
Mengeringkan kulit
Sy pernah gunakan sabun buku Tropika Limau Purut ni.Bau limau purut dlm sabun ni mmg sgt wangi dan bertindak sbgai wangian aromaterapi yg mampu menenangkan bayi sy semasa waktu mandi.Teksur dan saiz sabun mudah utk dipegang,bnyak berbuih dgn buih yg lembut.Yg sy perasan,sabun ni mampu merawat ruam lampin dan mengurangkan keradangan ekzema yg dialami bayi sy.Cuma,ia turut mngeringkan kulit bayi yg sensitif.Mgkin sy lebih memilih sabun organik utk bayi sy yg berkulit sensitif.Utk harga,sabun ni masih berbaloi dibeli,murah & mudah didapati.
BON ProbioKidz
Meningkatkan sistem imunisasi badan ank saya.
Ank sy sukakan rasa Bon Probiokidz ni.Rasanya sprti ais krim vanilla.Cara nk makan pun mudah je,hanya perlu kemam serbuknya.Sgt berperisa dan sesuai utk kanak2.Yg sy perasan,ank sy semakin aktif sejak mngamalkan Bon Probiokidz ni,kurang terkena penyakit sprti selsema dan demam.Sistem penghadamannya pun semakin sihat,tidak terjadi sembelit walaupun ank sy kurang makan sayur dan buahan.Sy sgt syorkannya utk ibu bapa,ia boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh ank2.Harganya pun masih berbaloi utk dibeli.
Harmuni Coconut Milk
Rasa & aroma santan asli
Merupakan alternatif yg mudah utk sy dapatkan santan segar tanpa perlu mmprosesnya sdri.Santan harmuni ni juga ada 2 pilihan,yg jenis srbuk dan cecair.Bagi saya santan Harmuni ni mmpunyai kepekatan santan yg sempurna utk masakan saya.Rasa pun asli tanpa bahan pengawet.Beraroma wangi dan mnjadikan masakan sy lebih berlemak.Masakan sy yg mnggunakannya juga x mudah basi dan tahan lama.Ia juga boleh digunakan bnyak kali bila disimpan dlm peti sejuk.Berbaloi la beli,harga pun berpatutan.
Tollyjoy Baby Laundry Detergent (Powder)
Bau yang mnyegarkan & lebih selamat untuk kulit bayi
Saya baru mncuba serbuk pencuci Tollyjoy Baby Laundry ni sebulan yg lepas setelah seorang kawan mngesyorkannya pd sy.Saya suka sgt kesannya yg lebih lembut pada tangan bila sy mnggunakannya utk basuhan tangan dan rendaman sy.Kulit bayi sy juga x pernah terjadi iritasi sprti ruam sejak sy mnggunakannya malah ia mmpunyai formula anti-bakteria yg lebih selamat utk bayi sy.Tekstur serbuk pencuci Tollyjoy ni halus dan mudah larut.Banyak berbuih dan jimat dari segi penggunaan.Bau ocean freshnya juga sgt segar dan mncegah pakaian dari berbau hapak walaupun sy mnjemur basuhan di dlm rumah.Berbaloi sgt beli,harganya pun berpatutan utk 1 kotak yg mngandungi 1kg serbuk pencuci.
Paper One Premium Copier Paper A4 70g/M2 500 Sheets
Saiz & ketebalan sempurna
Dari pejabat hingga utk kegunaan rumah,sy suka guna Paper One Copier A4 70g.Dengan saiz A4 dan ketebalan 70g,ia sememangnya pilihan terbaik untuk mesin fotostat @ kegunaan jet printer sy.Tiada lg bekasan dakwat yg terlihat di belakang kertas
Kerja utk print & photostat juga jadi lebih smooth dan cepat.Warna kertas Paper One ni juga putih bersih,tidak berwarna kekuningan sprti jenama lain.
Berbaloi sgt beli walaupun harganya lebih mahal berbanding kertas A4 jenama IK Yellow,kualitinya terbaik.
Breeze Power Clean Liquid Detergent Refill
Lebih jimat dari segi penggunaan.
Saya jatuh hati dgn sabun pencuci Breeze Power Clean ni sejak dari kali pertama menggunakannya.Tekstur liquidnya mnjadikan basuhan sy lebih bersih dan yg paling sy suka ialah tiada lg sisa2 sabun yg x larut pada pakaian sy.Ia juga mbersihkan kotoran degil hanya dengan sekali basuhan.Lebih selamat digunakan utk sy mmbasuh pakaian ank2.Ia juga mmpunyai bau wangian yg mnyegarkan.Saya lebih suka beli yg pek refill krn lebih jimat dari segi harga & kuantiti,kemudian isikan dlm botol sedia ada.Walaupun harganya lebih mahal berbanding pencuci jenis serbuk,tp ia masih berbaloi dibeli bg sy dengan kualitinya.Lagipun ia lebih jimat dari segi penggunaan.
Johnson’s Baby Active Fresh Powder
Menyerap peluh & memberikan kesegaran berpanjangan.
Bedak Johnson’s Baby Active Fresh Powder ni mmg sesuai sgt utk ank lelaki sy yg sgt aktif & kuat berpeluh.Sy akn sapukan bedak ni pd seluruh badannya sebelum bermain dan ia mmg berkesan mnyerap peluh yg mnyebabkan bau badan.Saya & seluruh ahli keluarga juga gunakan bedak ni sbgai bedak harian krn ia mngandungi formula Active Fresh yg mberikan kesegaran berpanjangan.Tekstur bedak pun halus dan mudah diratakan.Bau segar.Harga pun berpatutan & berbaloi dibeli.
Carrie Junior Baby Shampoo
Shampu bayi dengan bau raspberry yg manis.
Ank sy mmg suka mandian & shampu Carrie Junior ni.Pilihan utama sy juga pertamanya dari segi harga,mmg lebih rendah & berpatutan utk dibeli,tapi mmpunyai kualiti setanding jenama mahal.Keduanya,tekstur shampu ni sdri yg sgt pekat dan bnyak berbuih.Selamat digunakan utk bayi & kanak2,x memedihkan mata.Ketiga,sy mmg tertarik dgn baunya,bau raspberry yg manis.Bau juga tahan lama.Keempanya yg paling ank sy suka,ada mainan ni belakang botol mandian @ shampu carrie junior ni.Ank sy mmg suka kumpul mainannya.Yang terakhir, shampu ni mudah didapati di kebanyakkan kedai.Berbaloi utk dibeli.
Super Regular Coffee
Pek mudah bawa
Aroma kopi Super ni mmg sgt wangi dan mghidupkan pagi sy.Rasanya tidak terlalu kaw,smooth dan lebih lembut.Kemanisannya pun kurang,sy kadang2 tambah krimer atau susu pekat utk rasa yg lebih berkrim.Tapi ibu sy suka tahap kemanisannya,kurang manis dan kurang kaw.Mudah nak sediakan,hnya perlu tambah air panas dan sebarang krimer atau gula.Pek individunya juga memudahkan sy utk bawa ketika mnjalani aktiviti luar.