Lifefactor Oxxyphenolics Clensup®
Melawaskan dan terasa segar
Ini pertama kali saya mencuba Oxxyphenolics clensup.Dengan sachet pertama saya sudah mendapat tindak balas,iaitu melawaskan pembuangan,ia sangat membantu,minum pada waktu malam pasti keesokannya saya akan merasai tindak balas itu.selain itu dengan pengambilan setiap hari saya juga rasa lebih segar dan ringan untuk melakukan rutin harian saya.Rasanya juga sedap dan mudah untuk disediakan.Sesuai untuk yg mempunyai masalah tidak lawas pembuangan dan tidak makan buahan serta sayuran
Bausch & Lomb renu fresh Multi-Purpose Solution
Lens terasa bersih
Saya menggunakan bausch lomb renu fresh untuk merendam lens sy dan membersihkan lens yg telah digunakan..lens saya pasti akan rasa lebih bersih,dan sgt selesa untuk dipakai
Munchy’s Lexus Cream Sandwich
Biskut kegemaran saya
Saya sukakan biskut Munchys Lexus cream ni kerana rasanya yg sedap dan mngenyangkan perut diwaktu lapar.saya sentiasa membawa bekalan biskut ni kemana sja,tambahan pula biskut ni dipaket dlm saiz yg sgt mudah dibawa..i love it
Mamee Mister Potato
Sedao dan sangat berbaloi
Saya suka mamee minster potato kerana rasanya yg sedap dengan harga yg berbaloi,ia juga menjadi pilihan saya dan suami untuk dijadikan snack ringan diwaktu santai petang,dan semasa menonton cerita kegemaran..sudah pasti saya akn mnyimpan stock dirumah.
Goodday UHT Milk
Sedap dan berbaloi
Saya semestinya memilih susu jenama goodday untuk sarapan saya dan keluarga,rasanya yg sedap dan harganya juga berbaloi menjadi pilihan saya dan keluarga,susu goodday juga mudah didapati,ia juga ada bermacam pilihan rasa,salah 1 pilihan saya adalah susu goodday rendah lemak..memamg sedap!!
Ambi Pur Mood Therapy Collection Love´s Bouquet Gel Fresh
Bilik berbau harum
Saya menggunakan ambi pur mood theraphy ni untuk ruang bilik saya supaya bilik saya berbau harum dan segar,baunya juga tidak terlalu menusuk hidung saya sehingga tidak selesa,tetapi baunya yg lembut dan menenangkan membuat saya memilih jenama ni..memang sangat2 wangi dan segar
Adabi Soup Powder
Pilihan mertua saya
Mertua saya gemarkan serbuk sup jenama adabi untuk memasak sup,tetapi ditambahkan dengan rempah kurma adabi membuatkan sup mertua saya buat menjadi lebih sedap,biasa saya masak sup dengan menggunakan sup bunjut,tetapi dengan kelainan yg mertua saya ajar dengan menggunakan rempah sup adabi,saya kini sentiasa ada bekalannya dirumah,bagi saya sedap dan ok
Labour Dishwashing Paste
kurang berbuih
biasanya saya akan menggunakan pencuci pinggan jenis cecair,tapi saya sengaja mencuba yg jenis paste punya,ianya murah tetapi kurang berbuih,jadi saya perlu menggunakan dengan banyak untuk mencuci kotoran pada pinggan mangkuk sya..jadi saya rasa ia bukan pilihan yg terbaik untuk saya
Nestle Milo Nuggets Chocolate
tarikan pada anak2 saya
milo nuget coklat ni adalah 1 snack yg menjadi tarikan pada anak2 saya..rasanya yg sedap dan kecil memang menjadi pilihan anak2 saya...dengan saiznya yg kecil boleh dibawa kemana2 sahaja,selain itu ia sesuai untuk aktiviti bersama keluarga,saya juga sukakannya
Staedtler Luna Colour Pencils
pensel warna pilihan saya
sejak dari sekolah lagi sememangnya saya akan memilih pensel warna staedtler luna ni,kerana warna nya yg terang dan kualitinya yg memang puas hati..meskipun zaman saya kecil harganya murah tetapi ibu ayah saya hanya mampu membelikan yang kecil sahaja,dan sudah cukup untuk saya,tapi sekarang alhamdulillah saya boleh memiliki yg besar untuk kerja2 saya dan untuk anak2 saya juga..memang best sangat pensel warna luna ni
Acson A5WM10/A5LC10 1.0HP Air Conditioner (R410A)
penghawa dingin pilihan
saya memilih penghawa dingin jenama acson untuk ruang bilik saya kerana ia lebih sejuk dan selesa,selain itu harganya juga lebih murah..penghawa dingin jenama acson ni adalah salah 1 penghawa dingin pilihan saya mahupun seluruh ahli keluarga saya..kami memang mempercayainya dari segi kualitinya yg tahan dan memuaskan
7UP Lemon Lime
suami sukakannya
suami saya sukakan minuman berkarbonat 7up ni kerana rasanya dan baunya yg sedap..setiap bulan sudah pasti suami akan membelinya untuk dinikmati bersama keluarga mahupun semasa suami melayan hobinya..pada saya rasanya yg masam dan bergas kurang memenuhi citarasa saya..tetapi suami memang menggemarinya
BabyOrganix Extra Gentle Top To Toe Cleanser
sesuai untuk kulit sensetif
saya masih menggunakan babyorganix extra gentle top toe ni pada anak saya kerana ianya dibuat dengan bahan2 organik yg sangat sesuai bagi yg kulit sensetif,terutamanya anak saya,kulit bayi biasanya memang alah pada sesetengah produk tapi dengan baby organix extra gentle top toe cleanser ni anak sya nampak lebih selesa..memang bagus,saya juga ada memberi pada ibu saya kerana ibu saya juga mempunyai masalah kulit sensetif,dan ianya serasi
Julie’s Cheese Sandwich
sesuai untuk aktiviti santai
julies cheese sandwich ni adalah salah 1 biskut yg harus dibawa semasa aktiviti santai saya dan keluarga,ia juga sedap dan sesuai dimakan ketika lapar kerana berintikan cheese..agak sedikit manis dan jika diambil terlalu banyak mungkin akan muak...so far ok la sedap
Elba ETP-A3273(WH) Thermo Pot
berfungsi dengan baik
saya membeli thermopot jenama elba ni untuk ibu saya dikampung,tetapi design yg sebelumnya..so far memang ok,ia berfungsi dengan baik,ia juga cepat mendidih dan yg bagusnya ia beroda dan mudah untuk digerakkan,selain itu ia juga jimat elektrik tidak seperti cerek elektrik..memang berbaloi la
Panadol Soluble
membantu saya tatkala demam dan selsema
saya sentiasa menyimpan panadol soluble dirumah mahupun dalam handbeg saya,kerana demam boleh datang bila2 masa dan dimana sahaja,jika ada dalam simpanan saya tidaklah terlalu risau,kerana langkah pertama jika tidak sihat sudah ada...biasa nya saya akan merendam panadol soluble ni kedalam air 100plus untuk kelegaan cepat,selepas minum air 100plus yg bcampur soluble sudah semestinya badan saya berpeluh dan ia mengirangkan rasa demam saya,selain itu jika selsema saya pasti merendamkan panadol soluble ni kedalam segelas air dan bila dah larut saya teru minum,hasilnya cepat dan selsema saya akan berkurang ..memang membantu saya disaat kecemasan seperti demam dan selsema
Panadol ActiFast
ambil bersama 100plus untuk buang angin
saya sentiasa menyimpan panadol actifast ni dalam beg mahupun dirumah,kerana jika sakit kepala sudah semestinya saya akan mencari panadol ni kerana kesan ny yg sangat cepat,selain pening kepala,kalau saya rasa seperti angin dalam badan tak lepas sudah pasti saya menelannya dengan 100plus untuk kesan yg cepat...jadi saya pasti menyimpan panadol actifast ni
Silkygirl Magic BB White Powder Foundation 02 Natural
murah dan oklah
saya memang tak ada masalah untuk menggunakan apa2 jenis bedak,tapi salah 1 bedak yg saya selalu beli adalah jenama silkygirl magic bb white powder foundation ni..harganya yg murah dan berbaloi..pakai pun oklah selesa..ia juga mudah untuk didapati..setakat ni memang saya menggunakan bedak magic bb silkygirl ni,ia ada cermin dan mudah untuk dibawa di dalam handbeg kerana span juga disediakan tempat khas..
Arnott’s Nyam Nyam – Rice Crispy
menjadi kegilaan
tidak hairanlah kalau ada yg mengatakan saya punya kegemaran lebih dari anak2 saya,kerana ianya memang sudah menjadi kegemaran saya sejak kecil lagi..dari kecil lagi saya memang penggemar setia nyam-nyam rice crispy ni..memang sangat2 sedap dan nikmat semasa makannya..sentiasa ada bersama saya,kerana saya amat2 menggemarinya..harganya memang sangat murah,bertih nasi dan coklat yg sedap memang menjadi kegilaan saya,sejak dari dulu lagi saya sukakan nyam-nyam rice crispy ni..tersangat sedap
Sofitel Kuala Lumpur Damansara
Hotel Mewah Terbaik
Hotel Sofitel Kuala Lumpur Damansara adalah hadiah teristimewa buat saya dan suami.Hotel yg bertaraf 5 bintang ni memberi kami peluang merasai pengalaman sendiri berada di sana.Layanan yg terbaik dari pintu masuk hotel,Kaunter servis,Sampai la ke hari Check Out memang terbaik.Keadaan bilik yg selesa dan bersih tiada yg buat saya dan suami tak selesa.berkenaan dengan makanan,kami dapat sarapan pagi,makanan yg disediakan memang sedap,puas untuk dinikmati kerana terdapat pelbagai jenis makanan termasuk juadah rakyat malaysia.Boleh nak dikatakan semuanya terbaik.It is the moment i have.