NAVEEN Hydrating Mask
Sangat bagus
Saya telah menggunakan Naveen hydrating mask ni beberapa kali dan hasilnya memang sangat memuaskan hati saya. Membuatkan kulit saya lembap dan kesan glowing. Sangat bagus dan berpuas hati lebih-lebih lagi ianya diperbuat dari bahan organik dan juga halal.
LIFE FACTOR Zembren
Mengurangkan rasa mengantuk
Saya telah mencuba Lifefactor Zembren untuk memudahkan saya tidur dan mendapatkan tidur yang lena serta mencukupi dan ianya berkesan untuk saya. Ia dapat mengurangkan rasa mengantuk saya dan otak dapat rehat yang secukupnya serta rasa relaks.
Ridsect Advance
Berkesan
Jenama Ridsect ini telah digunakan oleh keluarga saya dari dulu lagi dan ianya memnagn sangat berkesan, cuma semburkan dan serangga dan nyamuk akan mati tapi dulu baunya tidak la berbau wangi seperti pada masa kini, bau terlalu wangi pada Ridsect Advance kadang-kala membuat saya tidak selesa kerana ianya terlalu wangi dan saya tidak dapat menghidu bau yang terlalu kuat.
Dettol Original Anti Bacterial Bar Soap
Tidak sesuai untuk saya
Sabun antibakteria Dettol ini produk yang bagus untuk orang yang sesuai menggunakannya tapi untuk saya ianya tidak sesuai kerana saya mempunyai kulit yang sensitif dan bila saya menggunakannya kulit saya akan menjadi kering dan sedikit gatal.
Ambi Pur Mini Fresh – Velvet
Sukakan baunya
Walaupun Ambi Pur Mini Fresh ini biasa orang gunakan untuk digantung dalam almari tapi saya tidak terhad kepada alamari sahaja malah saya suka menggantungkannya dalam kereta saya sebab saya suka baunya yang tidak terlalu kuat dan menyegarkan. Saya akan menggantungkan 2 pek Ambi Pur Mini Fresh Velvet dalam kereta dan baunya memang boleh tahan lama.
Softlan Lavender Fresh Fabric Conditioner
Wangi dan kekal lama
Saya sukakan pelembut Softlan haruman lavender ini kerana baunya yang lembut dan sangat menyegarkan. Selepas membasuh baju saya rendamkan seketika menggunakan pelembut softlan lavender dan baunya akan kekal serta meninggalkan bau yang segar pada pakaian serta pakaian juga menjadi lembut selesa dipakai.
Clorox Lavender Scent Clean-Up All-Purpose Cleaner with Bleach
Berkesan untuk membersihkan kotoran
Clorox ini saya biasa gunakan untuk membersihkan bilik mandi kerana ianya sangat berkesan untuk membersihkan kotoran-kotoran degil. Saya cuma perlu menyiramkan campuran clorox pada lantai bilik mandi dan biarkannya seketika sebelum memulakan aktiviti membersih. Tidak perlu menggunakan masa yang lama cuma berus dan siram untuk bersihkan, sangat memudahkan kerja saya.
Ramly Beef Burger
Sedap dan tebal
Keluarga saya memang sukakan Ramly Beef Burger ini kerana rasanya yang sedap dan isinya juga tebal. Anak-anak sangat suka samada digunakan untuk membuat burger untuk mereka ataupun dimasak begitu saja. Suami saya suka menggunakannya untuk dicampur bersama nasi goreng ataupun mee goreng.
Nano White Fresh Miracle Mist
Melembapkan
Saya telah mencuba Nano White Fresh 9 in 1 ini dan saya sukakkannya kerana ia mampu menyegarkan kulit muka saya dengan segera selepas mencuci muka ataupun semasa saya memerlukannya bila-bila masa seperti di pejabat dan ianya sesuai untuk kulit muka saya yang berminyak.
Uniqo Very Berry Tomato
Sedap
Pada mulanya saya takut untuk mencuba Uniqo Very Berry Tomato ini kerana adanya campuran tomato. Saya tidak sukakan tomato dan tidak akan memakannya tapi bila saya mencuba Tomato Very Berry ini ternyata ianya sedap dan tidak ada rasa tomato. Saya sukakkan rasanya yang just nice tidak terlalu manis sesuai dengan selera saya.
NANO Detox & Cleanse
Sesuai untuk saya
Saya sukakan Nano Detox & Cleanse kerana apabila saya meminumnya sistem penghadaman saya menjadi lebih mudah. Saya mempnyai masalah sembelit tapi bila meminum Nano Detox mengatasi masalah itu. Saya biasa akan meminumnya menggunakan air suhu biasa dan rasanya juga sedap dan mampu untuk saya terima.
Doulare Shampoo for Mom
Sangat sukakannya
Saya telah mencuba shampoo Doulare for mom ini dan saya sangat sukakannya. Saya suka tekstur shampoo yang tidak mengeringkan rambut saya dan rambut terasa lembut selepas menggunakannya tanpa perlukan perapi. Saya juga sukakan baunya yang lembut dan semulajadi.
belVita Milk & Cereal
Sarapan segera yang sedap
Belvita menjadi pilihan saya untuk dibawa ke pejabat atau semasa dalam perjalanan kerana ianya boleh dijadikan sarapan segera untuk saya pada masa-masa sibuk dan masa yang terhad. Rasanya juga sedap dan memenuhi citarasa saya cuma ada sedikit manis dan bila saya memakannya saya akan minum air kosong bagi menghilangkan kesan manisnya.
Vesbo Instant Porridge With Bird Nest
Sedap
Saya sukakan rasa Vesbo Instant Porridge With Bird Nest kerana kena dengan selera saya. Saya suka mengambilnya untuk sarapan pagi segera bila berada di pejabat ataupun pada sebelah malam bila saya malas untuk mengambil makanan berat. Vesbo Instant Porridge With Bird Nest cukup untuk mengenyangkan saya. Selain rasanya yang sedap, ianya juga merupakan makanan segera yang sihat dan tidak merisaukan saya untuk memakannya.
BON ProbioKidz
Saya suka, anak suka
Saya telah mencuba BON ProbioKidz dan juga memberikannya kepada anak-anak saya untuk mencubanya dan mereka sukakkan rasanya mungkin disebabkan perasa vanilanya membuatkan mereka sukakannya, Saya juga sukakannya kerana selepas mencubanya mempu mangurangkan masalah sembelit yang ada pada saya.
Swissvita Acne Soothing Cleansing Cream
Sesuai untuk kulit berjerawat dan sensitif
Kulit saya bukan jenis yang berjerawat teruk tapi agak sensitif dan tidak dapat menggunakan produk yang salah kerana akan membuatkan kulit saya menjadi sangat kering dan mengelupas tapi bila mencuba Swissvita Acne Soothing Cleansing Cream kulit muka saya tidak menjadi kering dan tidak gatal. Swissvita Acne Soothing Cleansing Cream ini sesuai untuk kulit sensitif seperti saya kerana teksturnya yang lembut dan tidak ada wangian.
NAVEEN Lemongrass Refreshing Shampoo
Menyegarkan
Saya telah mencuba Naveen Lemongrass Refreshing Shampoo beberapa kali dan ianya memang bagus dan sesuai untuk rambut dan kulit kepala saya yang mudah berminyak dan bertudung. Sebelum ini saya perlu mencuci rambut hampir setiap hari kerana kulit kepala gatal dan berminyak tetapi selepas menggunakan naveen shampoo kulit rasa segar dan tidak perlu kerap mencuci rambut. Rambut saya juga kurang gugur dan kurang kelimumur cuma baunya tidak la berbau bunga-bungaan tapi saya tetap sukakannya.
Nestle Cerelac NutriPuffs
Anak-anak sukakannya tetapi terlalu manis
Anak-anak saya sangat sukakan Nestle Cerelac NutriPuffs ini mungkin kerana rasanya yang manis kena dengan selera mereka. Bukan anak kecil saya saja yang sukakannya tapi anak saya yang dah besar juga sukakannya. Tetapi rasanya yang terlalu manis tidak begitu sesuai untuk kanak-kanak dan saya menghadkan pengambilannya untuk mereka.
SERI-AJI®Kampung Style Fried Rice
Memudahkan dan pantas
SERI-AJI®Kampung Style Fried Rice membolehkan saya menggoreng nasi dengan segera dan saya cuma perlu tambahkan ikan bilis. Rasanya yang sedap dan cukup rasa membuatkan saya tidak perlu risau untuk menyediakan bahan-bahan yang lain dan ini menjadikan kerja menggoreng lebih pantas dan mudah.
NAVEEN Scalp Energy Tonic
Mengurangkan rasa gatal
Saya telah menggunakan Navee hair tonic dan suka dengan kesannya yang mengurangkan rasa gatal pada kulit kepala saya tapi baunya kurang sedap kerana berbau herba tapi saya tidak kisah sangat sebab sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan rasa gatal pada kulit kepala dan menyegarkan.