La gourmet Healthy Rice Cooker
Periuk nasi kesihatan multifungsi 👍
Periuk nasi La Gourmet Healthy Rice Cooker bukan lah sembarangan periuk nasi. Ia merupakan periuk nasi kesihatan pelbagai fungsi ataupun dipanggil multifungsi. Ada 12 preset button yg boleh dilaras mengikut kehendak. Boleh digunakan untuk memasak nasi, memanas, mengukus, soup, nasi rendah kanji, nasi beras perang, claypot, bubur, yogurt, slow cook, keep warm dan juga kita boleh preset mengikut masa yg dikehendaki.
Saya suka periuk nasi La Gourmet Healthy Rice Cooker ni punya design dan warna. Dark grey menampakkan sisi premium periuk ini. Ia didatangkan dengan 2 inner pot. 1 non stick pot warna hitam dan 1 stainless steel pot. Dua-dua memang tak melekat bila digunakan.
Periuk nasi ni berkapasiti 4liter. Sedang elok je saiz. Paling sikit boleh masak 1 pot beras. Dalam video saya masak 1 pot je beras menggunakan kaedah nasi rendah kanji (low starch rice). Nisbah air mengikut saranan manual 1:2. Baru masak nasi memang elok cantik tiada kerak menebal tapi selepas sejuk dalam 4 jam kemudian nasi jadi lebih keras. Saya juga mengurangkan masa memasak daripada preset mode. 20 minit saja berbanding 25 minit yang telah ditetapkan. Untuk 1 pot beras kanji yang terkumpul adalah sebanyak setengah pot. Untuk mendapatkan nasi yang lebih gebu kadar nisbah air untuk beras yang saya gunakan perlu ditambah sedikit.
Dibelakang periuk ni terdapat takungan air. Saya sangat menyukai rekaan ini. Senang air tak mengalit tumpah bila buka periuk. Nak buang air takungan pun senang. Tanggalkan je bekas tersebut. Kebanyakan periuk nasi sekarang tiada fungsi takungan air ni lagi. Macam periuk nasi sedia ada saya, setiap kali buka mesti air daripada penutup periuk akan jatuh kesekeliling bukaan penutup periuk belah bawah. Saya perlu mengelap setiap kali buka dan setiap kali nak cuci.
Senang sekali bekerja menggunakan periuk La Gourmet Healthy Rice Cooker. Ia ringan dan sangat comel. Plug juga 3 pin dan cable standard size. Saya berpuas hati kerana terdapat pengiktirafan SIRIM periuk yang saya gunakan ini. Bertambah yakin bila setiap kali guna. Oh ya Suruhanjaya Tenaga memberi rating 3 bintang untuk penggunaan tenaga periuk ini dengan purata penggunaan setahun sebanyak 176kWj.
Untuk kesihatan, saya memang sarankan penggunaan periuk La Gourmet Healthy Rice Cooker ni. Banyak fungsi selain masak nasi boleh buat yogurt, boleh slow cook dan macam-macam lagi. Yang paling utama teknik memasak nasi rendah kanji (low starch rice). Kesihatan penting untuk diutamakan.
Masterfoods Chilli Flakes
Pedassss
Baru-baru ni saya masak mi kering goreng. Saya tabur lah chili flakes sesedap rasa. Rasa masakan mi tarik saya lebih pedas. Nasib baik tidak menggunakan sebarang cili semasa menumis. Pedas chili flakes semata-mata. Rasa sama mcm letak cili kering. Ia pedas tapi sekejap je lepas tu hilang.
McCormick Cinnamon Ground Spice
Senang hati buat cinnamon rolls
Jenuh lah blender atau tumbuk kayu manis. Menangis tak berlagu. Dulu pikir banyak kali bila nk buat cinnamon rolls. Sebab pikir nk kena blend kayu manis. Jahanam blender nanti. Dgn adanya McCormick Cinnamon Ground ni dgn senang hati saya buat cinnamon rolls. Tak payah suruh laju je saya buat. Serbuk kayu manis McCormick ni halus dan wangi.
Buttercup Luxury Spread
Lebih sedap
Saya tak pasti saya seorang saja ke yg rasa buttercup block ni lebih sedap berbanding buttercup dlm tub. Buttercup block ni original yg dah bergaram. Sedap sangat sapu pada roti. Masin-masin berlemak rasanya. Kalau buat kek lagi semerbak bau harum buttercup ni. Buttercup block ni wajib simpan dalam chiller. Kadang saya buat stock simpan dlm freezer. Nak guna baru keluarkan.
FAIZA Briyani Powder
Terima kasih Faiza
Alhamdulillah selepas jumpa rempah beriani jenama Faiza ni saya dah mula memasak nasi beriani sendiri. Sebelum ni kurang yakin bila nak masak nasi beriani. Saya masak menggunakan beras basmathi dan masukkan ayam terus dalam periuk nasi. Sedap rempah nasi beriani Faiza ni. Terima kasih Faiza saya akan support beli rempah-rempah lain jgk
Wildan Mama Premium
Milk booster
Minum susu Wildan Mama Premium ni kenyang tau lagi-lagi time tak nak makan something yg heavy. Susu kambing tp takde pun bau hamis. Saya minum perisa vanila. Bau agak wangi dan rasa sedap. Minum sebagai milk booster. Meriah susu utk baby. Sekotak ada 22 sachet dlm harga rm79. Sekarang kotak dia nice senang nak ambil sachet.
Ayam Brand Pineapple Cubes in Syrup
Delicious
Ayam Brand's pineapple cube in syrup is very delicious. I love eating it as it is as a snack. The syrup I'll dilute more with water and prepare it for pineapple drinks. Trust me it's very refreshing. One tip drink it cold. The pineapple still crunchy. No worries the tin easy to open.
Babas Fennel Powder
Jimat tenaga
Dalam banyak-banyak kerja memasak saya paling tak suka menumbuk rempah ratus terutama jintan. Banyak tenaga dan masa yg diguna. Paling senang untuk guna jintan manis dan tak perlu susah sudah tumbuk adalah dgn menggunakan serbuk jintan manis Baba's. Serbuk dikisar halus dan tidak merubah rasa masakan.
Babas Coriander Powder
Masak renyah jd mudah
Biasanya masakan berempah ni renyah bila kita kena tumbuk atau blender segala macam rempah ratus. Macam saya masak rendang dan segala macam bahan utk perapan memang sangat memerlukan penggunaan biji ketumbar yg banyak. Utk memudahkan kerja saya memilih menggunakan serbuk ketumbar Baba's. Kerja yg renyah pun jd mudah. Jimat masa jimat tenaga. Hasil masakan tetap sedap.
Yeo’s Artificial Vinegar
Botol kaca
Cuka buatan Yeo's ni berwarna agak kekuningan. Saya suka sebab rasa dan bau cuka dia kuat. Cuka Yeo's ni pekat sikit berbanding cuka buatan jenama lain. Buat sambal dan jeruk memang wajib ada cuka ni. Dalam saya letak sikit je just nk bg rasa masam dan sebagai pengawet. Masak ikan masak cuka pun nice. Saya suka cuka Yeo's ni sebab dlm botol kaca.
Ajax Lavender Fresh Antibacterial
Lantai lebih bersih dan wangi
Kat rumah saya ada bela kucing. Lantai memang akan kotor dengan bulu kucing tapak kaki kucing dan habuk debu dsb. Paling paling seminggu sekali saya mop lantai dgn Ajax Fabuloso. Saya memang suka haruman lavender Ajax Fabuloso. Rumah lebih bersih, wangi dan harum dengan kesegaran lavender. Mop dengan Ajax Fabuloso kena bilas dgn mop air. Ia seperti sabun dan licin. Selepas itu lantai bersih berkilat.
HABHAL’S Kicap Soya Manis
Legend
Dalam banyak- banyak kicap, kicap manis cap kipas udang is legend. Dari dulu sampai sekarang nombor 1 kat hati. Kicap manis kipas udang mempunyai kepekatan kicap yg tidak cair dan rasa manis masin yg cukup. Saya akan cabut ceper dan pasangkan penutup plastik yg dibekalkan bagi memudahkan penggunaan.
Adabi Chicken Fried Rice Powder
Mudah dan cepat
Nasi goreng paling cepat dengan perencah nasi goreng Adabi. Saya suka perencah nasi goreng ayam. Rasa lebih enak dengan daun bawang. Paling laju masak sebab ia mudah. Tak perlu perasa tambahan dan garam. Kami sekeluarga sukakannya. Sangat membantu utk hasil segera. Boleh tambah aksesori ikut suka
Adabi Oyster Flavoured Sauce
Sama mcm sos tiram lain
Masakan akan lebih enak jika ditambah dengan sos tiram. Sos tiram Adabi ni cuma sos berperisa tiram. Letak dalam masakan mcm sayur goreng ke mi goreng sikit je. Nanti akan kurang guna garam. Sos tiram Adabi ni dah masin. Ia agak pekat jadi kena goncang elok-elok bagi keluar. Saya simpan dlm peti sejuk selepas dibuka.
Ajinomoto AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper
Makan dgn telur separuh masak
Sebagai penggemar telur separuh masak, makan dengan tambahan sedikit Aji Shio Flavored Black pepper memang terpaling mantap. Lada hitam ni dah rasa masin. Jadi telur separuh masak jd lebih berperasa. Bau lada hitam dia pun kuat. Saya suka. Senang nk guna dan senang nk simpan. Kadang tabur² tahu² habis.
Adabi Serbuk Mee Sup
Sepantas kilat siap
Kadang kala teringin makan mee sup. Nak masak malas pulak. Ada perencah mee sup Adabi semua setel. Sepantas kilat siap. Tak payah tumis pun. Campak-campak pun boleh. Wajib jadi. Rasa mee sup dia boleh tahan lah. Kenyang makan yg penting.
Marigold UHT Milk
Easy for everyone
My family really love this Marigold uht drinks. All flavors are delicious. The low fat milk is a must have. Always restock it at home. Suitable for everyone. On the go drink. For preggy mommy, busy daddy and hardworking kids. Just grab and drink.
Maggi Tom Yam Stock Cubes 20g
Bubuh dalam maggi tomyam
Kiub tomyam Maggi 20g ada 2 ketul kiub. Kiub rasa tomyam yg sedap tp tidak kawww. Biasa kalau masak maggi tomyam saya akan tambah kiub maggi tomyam ni utk menambahkan lagi rasa tomyam tersebut. Kalau masak dah guna paste tomyam saya jgk akan tambah kiub tomyam Maggi ni lg. Baru dapat tomyam yg padu.
Adabi Fried Rice Vermicelli Paste
Senang betul masak bihun
Ada sesetengah orang tak reti masak bihun. Ya Allah senang betul rupanya masak bihun goreng dengan perencah Bihun Goreng Adabi ni. Peket 30g sesuai utk 2 hidangan. 2 hidangan tu cukup utk saya seorang. Tak banyak mana pun. Nak lebih kena beli peket 120g utk 6 hidangan. Sangat memudahkan kerja masak bihun.
SaVie & Charmant Aroma Mist
Bauan yg menenangkan
Saya seorang yg gemarkan wangian. Sangat teruja dgn wangian SaVie & Charmant. Jenis wangian mist. Bau wangian sungguh menenangkan jiwa. Ia wangi tetapi tidak sengit dan perlu sembur semula jika rasa semakin pudar. Sembur pada bahagian bernadi biasanya saya sembur pada pergelangan tangan dan leher. Wangian SaVie mmg sesuai dgn character saya dan wangian Charmant sesuai utk pasangan lelaki saya. Pembungkusan dan botol wangian pun ekslusif.