Product Details
Kicap soya lemak manis Cap Kipas Udang sudah terkenal di pelusuk Malaysia sebagai peneman setia makanan dan masakan melayu serta barat.
Rasa lemak manis dan keenakan ekstrak kacang soya asli begitu terserlah ditambah pula dengan kehebatan kualiti dan rasa semulajadi kicap.
Ia juga baik untuk menambah sumber protein, serat, vitamin dan mineral untuk tubuh kita serta bebas dari kolesterol
Rasanya terserlah apabila ditambah pula dengan kehebatan kualiti dan rasa semulajadi kicap. Cubalah hari ini.
Isipadu Produk : 345ml | 645ml | 1.9L
You may also like...
Sorry, no similiar product found.
AkuHudHud27
158 reviews
Legend
Dalam banyak- banyak kicap, kicap manis cap kipas udang is legend. Dari dulu sampai sekarang nombor 1 kat hati. Kicap manis kipas udang mempunyai kepekatan kicap yg tidak cair dan rasa manis masin yg cukup. Saya akan cabut ceper dan pasangkan penutup plastik yg dibekalkan bagi memudahkan penggunaan.
BumbleBee34
321 reviews
Kicap favorite iollss ❤️❤️❤️
Kicap kipas udang label merah ni favorite all time. Makan nasi panas2 ikan goreng, cili dgn kicap ni ni pun sedap sangat. Tak payah kuah2 bagai. Tapi harga sebotol makin lama makin mahal. Beli bila ada sales. Borong beberapa botol terus.
CikSue38
819 reviews
Sedap yakmat
Kicap manis paling tersedap dalam dunia. Makan nasi putih lauk goreng2 dengan kicap ni je pun heaven rasa. Lemak manis dia memang sangat terbaik. Pekat dan likat. Seisi keluarga memang dah jatuh hati dengan kicap manis ni. Harga dia kadang2 murah kadang2 mahal. Tak tahu la kenapa harga lain2. Tapi disebabkan sedap mahal sikit pun tetap beli jugak.
Maawardah Mohamad
248 reviews
Kicap sedap pelbagai guna
Saya pengguna setia kicap kipas udang. Rasanya memang sedap. Walau dengan makan hanya dengan telur mata, memang terangkat. Sama ada sebagai pencicah, membuat sambal kicap atau dalam masakan memang membuatkan hidangan menjadi lazat dengan rasa lemak dan manisnya.