Hansaplast Disney Frozen Plaster
Menarik dan warna warni
Plaster ini mempunyai dua saiz kecil dan sederhana. Setiap kali luka, anak saya pasti tidak menangis sebaik sahaja ditampal plaster ini. Ia menarik perhatian kanak-kanak dengan gambarnya yang ceria. Namun saya dapati plaster ini mudah tertanggal, lekatannya kurang kuat. Selepas beberapa ketika digunakan pasti akan tercicir.
Vinda Deluxe Smooth Feel Toilet Tissue
Tisu yang kuat dan lembut pada kulit
Saya sangat berpuas hati dengan kualiti tisu tandas vinda ini. Teksturnya sangat kuat, tetapi lembut bila digunakan pada kulit. Ia tidak mudah koyak bilamana ditarik dan mempunyai serapan yang baik. Harganya agak mahal namun berbaloi menggunakannya
Nestle Omega Plus With Oats
Sihat dan kenyang dengan nestle omega oat
Susu omega bersama oat ini saya jadikan sebagai sarapan. Ia agak mengenyangkan dan lebih penting ia membantu mengawal kandungan kolesterol dalam darah. Saya suka mencampurkannya dengan koko untuk menambah kelazatannya dan mengurangkan muak. Lebih mudah dan sihat dengan omega beroat ini
Good Virtues Co. Sensible & Serene Black Seed Oil Lightening Feminine Hygiene Wash
Membersih dan menyegarkan kawasan intim
Pembersih hygiene good virtues ini membantu membersihkan kawasan intim saya dan memberi kesegaran serta keyakinan selepas penggunaannya. Tanpa paraben, sles dan warna, ia membersihkan tanpa mengeringkan. Tiada lagi masalah di kawasan intim
Absorba Nateen Soft Adult Diapers – Comfortable
Tanpa kebocoran, lembut pada kulit
Pertama kali melihat lampin dewasa jenama ini. Apa yang buat saya tertarik untuk memberinya kepada ibu yang kurang sihat menggunakannya adalah ia mempunyai kandungan aloevera yang sudah terkenal sesuai untuk kebaikan kulit. Menurut ibu, lampin ini amat selesa digunakan dan tidak merengsakan kulitnya. Ia juga tidak mudah bocor. Harganya setanding dengan jenama lain di pasaran.
Watsons Travel Tissue
Lembut dan tahan lasak
Tisu travel ni memang mudah kalau nak bawa ke mana2 terutama yang ada bayi. Senang nak lap apa2 yang tumpah atau kekotoran. Tisunya lembut dan tahan. Harganya pun berpatutan. Biasa saya gunakan untuk letak dalam kereta. Ia Kecil, muat poket organizer dalam kerera berbanding tisu kotak.
Panadol Extra With Optizorb
Migrain kurang dengan panadol actifast
Saya menghidap migrain. Dulu saya selalu mengambil ubat migrain untuk kurangkan kesakitan. Tetapi ubat tersebut memang memberi kesan kepada perut saya yang juga ada gastrik. Dengan panadol actifast saya dapat mengurangkan kesakitan kepala akibat migrain tanpa ia menganggu perut. Kadang-kadang kalau tiada selera makan, saya dapat mengambil ubat ini dengan minum bersama air suam sahaja tanpa kesan sampingan lain.
Skinlabs Supreme Ginger Cream
Losyen halia panas dan mengurangkan angin dalm badan
Losyen ini mempunyai pelbagai fungsi. Biasanya saya gunakan ketika ketidakselesaan perut akibat angin, juga untuk lenguh badan dan sakit sendi. Kesannya memang panas untuk mengurangkan ketidakselesaan tersebut. Ia kurang berminyak dan wangi dengan bau halia. Memang sesuai untuk para wanita untuk membantu ketika gangguan perut semasa haid.
Magiclean Kitchen Cleaner Green Apple
Handal menghapuskan minyak
Kotoran dan kesan minyak di dapur tiada masalah lagi dengan adanya Magicclean cleaner green apple. Ia berkesan menghilangkan kesan kotoran akibat minyak pada permukaan dapur saya dan pada dapur gas. Hanya semburkan dan sapu dengan kain atau tisu. Kesan minyak mudah tanggal dan dapur wangi dengan haruman epal.
Cosmoderm Tea Tree Oil Anti-Blemish X-Press
Jerawat kecut dengan beberapa kali penggunaan
Krim ini berupaya mengecutkan jerawat selepas beberapa kali digunakan. Hanya sapu sebaik sahaja muncul jerawat dan ia akan keringkan kawasan jerawat tersebut. Walaupun tiubnya kecil tetapi amat berkesan. Harganya juga berpatutan. Kini ia dijual dengan bungkusan baru
Magiclean Toilet Bleach Regular
Membersihkan mangkuk tandas dan membasmi kuman
Pencuci tandas magic clean ini dapat membersihkan tandas, membasmi kuman tetapi tidak untuk kotoran yang degil. Ia juga kurang berbau wangi. Botol pencuci tandas ini agak slim dan mudah dituang ke mangkuk tandas
Panadol Extend
Berkesan untuk sakit otot dan lenguh badan
Dengan ada panadol ini, saya tidak lagi mengambil ubat tahan sakit sekiranya sakit otot dan sendi. Panadol ini sesuai kerana ia tidak menganggu dan memberi kesan kepada perut saya. Dengan hanya mengambil 2 biji, kesakitan dapat dikurangkan dalam masa 1-2 jam. Jadi saya dapat meneruskn kerja harian dengan lebih baik
Drypers – Antibacterial Sanitizing Wipes
Membersih dan membasmi kuman
Tisu basah dengan anti bakteria ini memudahkan tugas saya untuk mengekalkan kebersihan dan memastikan kulit anak-anak saya bebas dari kotoran. Tambah lagi di musim pandemik ini, ia memudahkan sekiranya tiada cecair nyahkuman untuk membersihkan tangan. Ia bebas paraben, alkohol dan wangian.
Simple Kind To Skin Micellar Cleansing Wipes
Wipes yang mudah untuk penanggalan alat mekap
Tisu basah ini sangat sesuai untuk membuang alat mekap di mana jua kerana ia mudah dibawa. Ia dapat menanggalkan dan membersihkan sisa mekap dengan mudah dan berkesan. Tidak lagi perlukan cleanser sekiranya saya kesuntukan masa.
Ginvera Green Tea Massaging Shower Scrub
Scrub terbaik semasa mandi
Saya suka gunakan ginvera shower scrub ini. Memang terasa segar seperti rawatan spa. Dengan melakukan skrub badan, kulit terasa lebih lembut dan halus dan dapat menyingkirkan sel-sel kulit mati. Mandian ini adalah formulasi baru dengan tambahan tea tree.
Good Virtues Co. Radiant & Renewing Anti-Bacterial & Hydrating Shower Cream
Mandian wangi dan menyegarkan
Rangkaian mandian good virtues radiant & renewing antibacterial ini sangat wangi. Teksturnya berkrim, kurang buih dan memberi kelembapan kepada kulit setiap kali lepas mandian. Pembungkusannya juga menarik dengan botol yang bercorak ceria.
Hurix’s Krim Luka Aloe Vera Plus
Membantu merawat luka kecil
Dengan kebaikan aloevera, krim ini membantu merawat luka kecil dan kesan melecet atau terkena benda panas. Krimnya sedikit berminyak dan ia memberi kelegaan setiap kali selepas sapuan. Ia juga membantu menghalang jangkitan daripada berlaku di tempat luka
Lucido-L Argan Rich Oil Hair Treatment Oil
Memberi kelembutan dan melembapkan rambut.
Dengan kebaikan argan oil yang dikenali dengan kebiakan untuk rambut, minyak untuk rawatan rambut ini membantu melembutkan rambut dan memberi kelembapan kepada rambut saya setiap kali selepas cucian. Ia tidak terlalu berminyak dan sangat harum
ANTABAX Antibacterial Shower Cream
Mandian pekat dan harum
antabax mandian antibakteria yang mempunyai pelbagai varian. Ia memberi kesegaran dan menjaga kebersihan badan dan kulit saya sekeluarga. Cecairnya sangat pekat. Hanya sedikit diperlukan untuk menghasilkan buih dan membersihkan badan dengan baunya yang wangi.
La gourmet Healthy Rice Cooker
Periuk pelbagai fungsi memudahkan untuk memasak
La gourmet healthy rice cooker ini menawarkan 12 fungsi memasak iaitu nasi, stim, sup, nasi rendah kanji, slow cook, nasi perang, nasi calypot, bubur, merebus, yoghurt dan pemanasan semula.
Apa yang menari perhatian saya ialah periuk nasi ini berupaya memasak nasi kurang kanji. Saya telah mencuba memasaknya dengan menggunakan periuk ini. Sukatannya, 1 cawan beras dimasak bersama 2 cawan air. Air dari didihan beras tersebut akan masuk ke dalam bekas di bahagian atas periuk berisi nasi tersebut. Periuk ini berupaya mengurangkan 36 peratus kanji dalam beras dan amat sesuai untuk pesakit diabetes dan mereka yang ingin menjaga kesihatan. Nasi yang terhasil juga cantik dan tidak lembik.
Kerja memasak lebih mudah kerana tersedianya pelbagai jenis butang masakan lain sesuai dengan menu yang saya mahukan. Penetapan masa yang tersedia juga memastikan juadah dimasak tidak melebihi masa yang ditetapkan dan kita dapat menambah masa sekiranya diperlukan. Saya sangat menyarankan penggunaan periuk ini untuk kegunaan para suri rumah kerana kepelbagaian fungsinya.