JOHNSONS BABY PEACH BATH
Sesuai untuk baby
Saya amat mengemari produk johnsons baby.. dikeluarkan dalam saiz yang besar amat sesuai untuk penjimatan serta boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Bau yang wangi dan tidak menyebabkan alahan pada baby saya.
Carrie Junior Baby Bath
Mudah dibawa
Carrie junior baby bath sangat memudahkan kepada mereka yang sering travel bersama keluarga. Saiznya yang kecil dan ringan senang untuk dibawa kemana-mana. Baunya juga amat wangi dan tidak menyebabkan alahan pada kulit anak saya.
JOHNSONS BABY BEDTIME LOTION
Bau yang lembut
Saya amat menyukai produk johnsons baby. Lotion baby bedtime amat menyenangkan dengan bau yang lembut serta membuatkan kulit bayi saya sentiasa lembap. Ia juga tidak menyebabkan alahan pada kulit bayi dan bayi saya sentiasa wangi sepanjang masa.
Carrie Junior Baby Hair & Body Wash – Groovy Grapeberry
Bau yang wangi
Saya amat sukakan produk ini kerana baunya yang sangat wangi serta tidak memedihkan mata anak saya. Selain itu, ia juga sangat menyenagkan rutin harian saya kerana dibuat untuk dua fungsi, hair and body wash. Amat memudahkan terutama sekali ketika sedang bercuti di tempat lain.
JOHNSON’S® Baby Powder
Produk kegemaran saya
Bedak johnsons baby merupakan pilihan utama saya kerana tesktur bedak yang lembut dan tidak kasar. Amat sesuai untuk kulit bayi yang lembut. Selain itu bedak johnsons juga mengurangkan iritasi peluh pada leher anak saya. Saya amat berpuas hati.
Johnson’s Baby Blossoms Powder
Bau yang menyenangkan
Saya menggunakan bedak johnsons baby warna pink sejak dari anak pertama lagi. Semua bedak johnsons sangat lembut dan tidak kasar. Saya sukakannya apalagi ia wangi dan dapat mengurangkan kesan iritasi peluh pada leher anak.
Johnson’s Baby Milk + Oats Bath
Bau yang menyenangkan
Saya merupakan penggemar produk ini, losyen johnsons baby milk + oats. Baunya yang amat menyenangkan dan membuat bayi saya tenteram dan kurang meragam. Bau wangi juga kekal sepanjang hari. Kulit anak juga lembut dan tidak pernah alah pada produk ini.
Pureen Kids Yogurt Head To Toe Wash (Vanilla/Apple/Peach Mango/Raspberry/Bubble Gum)
Bau yang sedap
Produk ini amat berbaloi dan sangat wangi. Dijual dengan harga yang murah serta amat berpatutan. Ketika menggunakan produk ini,tiada sebarang alahan pada kulit ataupun rambut anak. Anak juga sangat sukakan dengan bau buahnya.
Carrie Junior Baby Shampoo
Bau yang sangat wangi
Saya jatuh cinta dengan carrie junior shampoo cherry flavour.. bau rambut anak saya sangat wangi dan kekal wangi sepanjang hari. Saya sangat berharap agar carrie junior mengeluarkan refill pack untuk produk shampoo sahaja kerana dipasaran hanya terdapat refill packs untuk bath & shampoo.
Carrie Junior Refill Packs
Saya sukakannya
Carrie junior refill packs merupakan pilihan utama saya ketika berbelanja untuk anak-anak. Harganya yang lebih murah berbanding harga carrie junior dalam botol amat menjimatkan perbelanjaan kami. Selain itu, ia mudah disimpan dan tahan lama.
Kodomo Lion Toothpaste
Anak saya sukakannya
Saya menggunakan produk ubat gigi kodomo sejak anak tumbuh gigi. Produk ini turut disyorkan oleh doktor gigi yang memeriksa gigi anak saya ketika lawatan periksa gigi kali pertama. Anak saya juga sangat sukakannya dan tidak pernah menolak untuk memberus gigi.
Cap Limau Yu Yee Oil
Bau yang menyenangkan
Saya sangat suka dengan bau minyak yu yee.. bau sangat menyenangkan dan tidak panas sangat. Sesuai digunakan pada bayi untuk legakan kembung perut dan panaskan badan selepas mandi. Saya juga gunakan minyak ini jika perut tidak selesa.
JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash
Sesuai untuk baby
Saya sentiasa memilih produk johonsons top to toe untuk baby yang baru lahir kerana ia sangat sesuai untuk mengekalkan kelembapan kulit bayi saya serta tidak memedihkan mata bayi. Anak saya juga tidak alah kepada produk ini dan sentiasa kelihatan ceria ketika mandi.
Carrie Junior Baby Hair & Body Wash
Bau yang wangi
Saya sangat suka dengan produk ini kerana anak saya kekal harum selepas mandi.. buih sabun juga banyak. Selama menggunakan produk ini, tiada alahan pada kulit dan rambut anak saya. Anak saya juga sangat sukakanya.
Milna Rusk
Mudah disediakan
Amat sesuai kepada ibu yang mempunyai waktu yang terhad untuk menyediakan makanan anak. Mudah dibawa kerana dibuat dlm bentuk seperti biskut dan tidak memerlukan ruang yg banyak. Anak saya juga sukakannya.
Heinz Banana Biscotti
Anak saya sukakannya
Ia menjadi pilihan saya kerana anak saya mengemarinya. Tidak terlalu rapuh dan tidak terlalu keras, membolehkan anak saya memegang makanan ini dengan cermat. Rasanya yang sedap dan sesuai menjadi kudapan anak saya sementara menunggu masa makan.
Nestle Cerelac® Infant Cereal Wheat & Honey
Mudah disediakan
Anak saya makan cerelac ini setelah berumur 6 bulan dan hingga sekarang. Rasanya yang sedap dan mudah disediakan sangat membantu saya ibu berkerjaya. Ia juga sangat sesuai ketika saya sedang bercuti dan ketika dalam perjalanan yang jauh.
Haakaa Silicone Breast Pump
Mudah dibawa dan mudah digunakan
Saya amat berterima kasih pada pam ini. Ketika travel atau sedang beriadah/berkelah dengan keluarga, saya tak perlu bersusah payah mencari plug untuk mengepam. Hanya mengunakan hakaa silicon, masalah saya selesai. Mudah disimpan, mudah dibawa dan mudah digunakan.
Autumnz Milk storage Bag 12oz
?
Harga yang amat berpatutan. Dengan kapasiti OZ yang lebih banyak dan kuantiti plastik storage yang banyak. Sangat recomended untuk ibu-ibu yang ingin menyimpan stok susu badan.
Carrie Junior Baby Shampoo – Joyful Raspberry
Bau yang sangat wangi
Saya sanga menyukakan shampoo carrie junior raspberry.. baunya sangat sedap dan menyenangkan.. ia juga tidak memedihkan mata anak saya dan tidak menyebabkan alahan pada rambut atau kulit anak saya. Anak saya juga sangat sukakanya kerana boleh bermain dengan buihnya yang banyak.