FITTI Tape Diaper Jumbo Pack
Harga murah
Saudara saya pernah rekomen kan Fitti. Katanya murah. Saya pun cuba. Memang tak di akui,Fitti murah bagi ibu bapa yang nak jimatkan belanja bagi pampers pakai buang anak2. Tapi bagi saya kualiti Fitti agak kurang memuaskan. Terlalu nipis. Anak saya kerap kencing dan berak. Mungkin tak sesuai dengan anak saya.
Jack n’ Jill Cream-O Chocolate Sandwich (Vanilla)
Murah dan sedap
Perisa vanila bagi saya agak manis. Apa pun cream o pilihan saya sebab ianya murah dan sedap.
Munchy’s Cracker Sandwich
Sedap sangat
Masa pertama kali cuba memang terkejut. Sebab sedap sangat. Sebelum ni tak pernah lagi makan biskut yang ada gabungan margerine. Satu kombinasi yang mantap. Sampai sekarang dah ada anak,saya tetap setia dengan biskut ni.
Jack n’ Jill Cream-O Chocolate Sandwich (Chocolate)
Biskut pengalas perut
Masa belajar dulu Cream O ni memang selalu jadi pengalas perut saya. Dalam beg tu memang kena ada biskut ni. Harga pun murah dan sedap sangat.
Munchy’s Oat Krunch
Wajib ada stok di rumah
Saya suka oat coklat. Bagi yang gemarkan coklat wajib cuba. Gabungan oat dengan coklat memang ideal. Setiap kali saya beli barangan rumah,pasti saya akan beli 2 hingga 3 pek.
COCOREX
Wajib beli
Ini antara barang rumah yang wajib saya beli. Senang untuk hilangkan kotoran yang susah nak keluar. Terutama dekat dapur dan tandas. Walaupun bau dia agak menyakitkan hidung tapi hasil dia memang terbaik. Licin berkilat.
Enchanteur Eau De Toilette Romantic
Jatuh cinta pandanv pertama
Perfume ni la yang buatkan suami saya jatuh hati pandang pertama. Saya memang sukakan perfume. Saya akan beli sekali dengan losyen,deodorant dan perfume sekali. Bila pakai memang harum semerbak. Bagi yang tak suka kan bau keras akan cakap pening kepala.
Anakku Baby Talcum
Teringat zaman dulu
Siapa yang tak kenal dengan jenama Anakku ni kan. Saya memang gunakan bedak Anakku dekat anak saya. Apa yang menariknya dengan bedak Anakku ni, bau dia menggamit memori sewaktu saya kecil2 dulu.
Pantene Hair Fall Control Conditioner
Harum semerbak
Saya suka pantene sebab bau dia yang seakan akan buah buahan. Tapi sayangnya,bila saya gunakannya rambut saya bertambah kering. Mungkin Pantene bukan untuk saya.
Safi Bio-Nutrix Shampoo with Rose Hip
Harum dan segar
Saya pernah mencuba syampu Safi tapi malangnya tak sesuai dengan kulit kepala saya. Apabila saya gunakannya,kepala saya menjadi kelemumur. Apa pun,Safi tetap di hati saya.
Safi Yellow Perfumed Talcum
Bedak generasi
Dah lama keluarga saya menggunakan keluaran Safi. Di yakini halal dan suci. Waktu saya bersekolah dulu,bedak Safi lah selalu saya gunakan. Badan terasa harum dan segar je.
Safi Olive Oil
Minyak pelbagai guna
Sejak daripada emak saya hingga ke anak saya gunakannya. Saya gunakannya sebagai perapi rambut dan minyak urut. Teskturnya agak berminyak sedikit,tapi dengan bau buah zaitun saya suka sangat. Harga yang murah dan senang dapat di mana2 kedai ataupun pasaraya.
Abbott ENSURE® RTD
Minuman pemberi tenaga
Kadang2 terasa letih saya minum ensure,badan kembali bertenaga dan kekal cergas. Minuman yang penuh zat dan khasiat penting untuk tubuh badan.
Agnesia Antibacterial Powder
Bedak berubat yang bagus
Saya sekeluarga gunakan bedak agnesia. Bau yang segar dan terasa lembut di kulit. Bagus untuk kulit yang sensetif.
21st Century Vitamin C-1000 Chewable 60s
Tak perlu makan buah lagi
Saya ambil vitamin c untuk memudarkan parut di wajah saya. Harga yang mampu milik dan rasa yang sedap seperti gula2.
Pureen Baby Lotion and Vitamin E
Lembut sangat bau pureen losyen
Losyen pureen sentiasa ada dalam beg saya. Bukan setakat anak je yang guna tau. Testur yang ringan dan bau yang powdery sangat sesuai dengan anak saya.
Ezerra Lotion
Berbaloi dengan harga
Setelah mencuba ezzera krim kini saya mencuba ezzera losyen. Kulit anak saya sentiasa lembap dan tidak lagi kering. Faktor cuaca yang panas, saya sentiasa gunakan ezzera losyen kepada anak saya.
Ezerra Cream & Ezerra Ointment
Setia pada ezzera
Anak saya mengalami kulit sensetif dan kering. Dah bermacam krim saya cuba. Namun tak sesuai dengan anak saya. Akhirnya saya cuba Ezzera krim. Kini kulit anak saya di lindungi dengam ezzera krim.
Tropika Baby Herbal Cream
Krim yang bagus
Bukan setakat anak saya yang gunakan nya. Malah saya pun guna juga. Krim yang tak melekit dan panas. Sangat sesuai untuk bayi. Bau pun wangi gitu.
MamyPoko Pants Extra Soft
Kualiti yang sangat memuaskan
Jika dibandingkan dengan harga antara lampin pakai buang yang ada di pasaran,Mamypoko antara jenama yang mahal. Tapi berbaloi dengan kualitinya. Anak saya guna Mamypoko pada waktu malam kerana ianya tebal dan daya serapan yang sangat bagus.