Kopiko L.A. Coffee Low Acid
Kelainan yang enak
Harga yang berpatutan.Kandungan yang rendah asid mungkin telah diformulakan untuk mereka yang mempunyai gastrik ataupun perut yang sensitif kepada minuman berkafein.Aroma yang menyenangkan dan rasa kopi tenusu yang lembut.Saya agak tidak menggemari rasa kopinya kerana lebih kepada rasa karamel Ianya boleh disediakan kepada tetamu yang mengalami gastrik.
Milo UHT
Penuh khasiat
Memberikan tenaga yang cukup untuk seharian.Saiz yang kecil mudah dibawah kemana sahaja.Boleh digunakan sebagai bekalan kanak-kanak ke sekolah mahupun sebagai minuman sarapan.Kandungannya walaupun sejuk tidak menganggu perut kosong malah mengenyangkan.Membantu tumbesaran kanak-kanak.Harga yang sangat berpatutan.
Cadbury Original Flavour Choclairs
Sangat enak
Penuh berkrim dan bercoklat.Suka menyimpannya dirumah dan boleh dimakan pada bila-bila masa dalam kuantiti kecil.Mudah disediakan kepada tetamu dan juga boleh dijadikan sebagai hadiah mahupun sagu hati.Melegakan 'stress' kerja juga meriangkan hati kanak-kanak.Rasa coklat agak kurang mungkin kandungan susu yang lebih.Kemungkinan Cadbury hanya ingin menurunkan kos.Lebih coklat lebih enak.
Emeron Black & Shine
Menghitamkan rambut dan murah
Harga yang murah membolehkan ramai yang boleh mencubanya.Seperti yang tertera fungsinya sememangnya menghitamkan rambut dan memberi sinar.Namun begitu, kulit kepala saya tidak sesuai menggunakannya sehingga menyebabkan kulit kepala gatal dan berkelimumur.Mungkin terdapat kandungan yang tidak sesuai.
Planta Margarine Multi-purpose
nutritious
Kandungan vitamin yang pelbagai memang menyakinkan.Pelbagai guna.Boleh diganti kepada minyak untuk memasak.Boleh dijadikan inti roti.
Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce
Rasa yang segar
Tidak seperti sardin lain Ayam Brand memang sangat enak dan berkhasiat.
Nestle MILO ACTIV-GO
Memberi tenaga dan sedap
Minuman kegemaran sekeluarga,mengandungi pelbagai khasiat serta vitamin.
SHARP AM04 0.72KG NON STICK EASY TEMP SETTING IRON
Ringan dan mudah
Menggosok baju tidak lagi memakan masa yang lama.
Cadbury Dairy Milk
Sangat sedap dan halal
Jarang sekali menemui coklat sedap dan halal.Sangat memuaskan serta memenuhi selera terutamanya kanak-kanak.
Nestle Milo Nuggets Chocolate
Tasty
Sedap,manis dan memuaskan.Walaupun agak mahal,sesiapapun akan sanggup membelinya.
MAGGI® 2-Minute Noodles Kari
Murah dan senang
2 minit saja siap dimasak cuma perlu masukkan kari sahaja,harga berbaloi tengah bulan boleh "save money". #keepitup #Maggi
Mustela Hydra Bebe
Sesuai untuk alahan
Alahan pada kulit semakin berkurangan.Sesuai dengan harga serta kualiti.
Panadol Soluble
Cepat melegakan selesma
Jika rasa-rasa hendak selesma cepat-cepatlah minum Panadol Soluble ini.Ianya cepat melegakan walaupun hanya pada tanda-tanda awal.Bagi kanak-kanak, mereka agak tidak suka akan rasa ubat ini.Amat normal jika ubat berasa pahit, namun mungkin ada inisiatif lain untuk ubat ini dapat diterima kanak-kanak.Harga yang masuk akal dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta tiada keraguan.