Nestle Cerelac® Infant Cereal Wheat & Honey
Nestle Cerelac untuk anak
Bagi ibu-ibu yang tak sempat nak masak untuk anak. Boleh lah mencuba Nestle Cerelac ni. Nestle jenama yang dah bertapak lama. Banyak pilihan nestle cerelac ni. Cara penyediaan pon mudah dan rasanya juga sedap. Anak-anak sangat suka.
Isomil Plus Growing Up Milk
Isomil Plus pilihan saya
Buat ibu-ibu yang mempunyai anak yang alah dengan susu lembu. Boleh mencuba Isomil Plus ni. Pengalaman saya bila anak tak boleh minum susu lembu doctor sarankan susu ni. Memang bagus. Cuma harganya agak mahal dan agak susah nak cari.
MamyPoko Air Fit
MamyPoko Air Fit yang best
Mamipoko memang jenama yang terkenal. Antara kelebihan Mamypoko ialah sesuai untuk kulit bayi. Tiada tuam lampin dan penyerapan yang sangat bagus. Even pampers dah penuh tapi kulit bayi tetap kering. Memang selesa bila dipakai kan pada bayi. Tapi yang tak bestnya sebab harganya yang agak mahal.
Pureen Baby Wipes (Fragrance Free)
Pureen Baby Wipes menjadi pilihan
No reviews yet
Memang Pureen menjadi pilihan kalau nak membeli baby wipes. Kita boleh pilih nak yang wangi atau tidak. Tapi saya selalunya memilih yang free fragrance. Harganya yang berpatutan. Packaging nya dalam pelbagai saiz dan boleh dibawa ke mana-mana.
Fiffy Baby Gift Set
Fiffy Baby Gift Set
Tak perlu pening-pening kepala nak bagi hadiah apa pada kawan yang baru dapat baby. Bagi jer Fiffy Baby Gift Set ni ha. Memang lengkap dalam box ni. Apa yang saya suka, packaging nya menarik. Cuma warna dan coraknya agak limited. Mungkin boleh tambah lagi pilihan warna. Harga pon agak berpatutan.
Fiffy Baby Wear
Harga berpatutan dan berkualiti
Dalam membeli baju, jenama tidak menjadi keutamaan. Fiffy antara jenama pilihan baju untuk anak-anak kerana ianya selesa untuk dipakai, harga pon berpatutan dan berkualiti. Mudah didapati di mana-mana. Banyak pilihan warna cuma design nya agak limited.
Carrie Junior Baby Shampoo
Tak pedihkan mata
Sesuai sangat dengan tagline Carrie Junior Baby Shampoo ni. Masalah nak shampoo rambut anak-anak bila mereka takut sebab ianya boleh memedihkan mata. Tapi dengan Carrie Junior Baby Shampoo ni, hari-hari basuh rambut pon tak per sebab baunya yang segar dan wangi.
Carrie Junior Baby Bath
Tak sabar nak mandi dengan Carrie Junior Baby Bath
Masa mandi adalah masa yang menyeronokkan bagi anak-anak. Bukan jer dapat main air. Tapi dapat main sabun sekali. Carrie Junior Baby Bath memang best dan wangi. Harga pon agak berpatutan dan sesuai untuk dipakai oleh orang dewasa juga.
Kodomo Lion Toothpaste
Kodomo Lion Toothpaste pilihan saya
Banyak pilihan ubat gigi untuk anak-anak sekarang ni. Sampai tak tau nak pilih yang mana. Tapi salah satu jenama pilihan saya adalah Kodomo Lion Toothpaste. Terdapat dalam pelbagai perisa dan selamat untuk anak-anak jika tertelan semasa memberus gigi.
JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash
Wanginya JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash ni
Produk johnson memang terkenal sejak dulu lagi. Bukan saja sesuai untuk bayi, tapi sesuai untuk semua golongan. Kulit rasa lembut bila memakainya dan baunya sangat harum. Cuma saya tak suka bila ianya agak melekit walau sudah dibilas.
Cap Limau Yu Yee Oil
Minyak Yu Yee Cap Limau | Melegakan kembung perut
Masalah kembung perut dan bayi, takkan terpisah. Orang dewasa pon boleh kena kembung perut. Apa yang best mengenai minyak yu yee ni, ianya melegakan masalah kembung perut. Memang berangin dan best bila pakai. Bau pon ok. Tak terlalu kuat.
Marine Essence Bamboo Salt (Hair Shampoo)
Kelemumur Hilang Rambut gugur pon kurang
Saya pernah muncuba shampoo Marine Essence Bamboo Salt bila diperkenalkan oleh rakan. Memandangkan saya ada masalah kelemumur dan juga rambut gugur, tak salah saya mencubanya. Hasilnya amat memuaskan. Kelemumur mula hilang dan rambut gugur mula kurang. Rasa berangin kepala bila membasuh rambut dengan Marine Essence Bamboo Salt ni.
Kotex Slim Regular Flow
Nipis dan Selesa dengan Kotex Slim Regular Flow
Kotex sememangnya sudah menjadi pilihan saya sejak dulu lagi. Jenama yang dipercayai ramai. Apa yang saya suka mengenai Kotex Slim Regular Flow ni, ianya nipis dan selesa bila dipakai. Tapi untuk hari pertama dan kedua yang heavy flow, tak digalakkan pakai sebab pendek.
DIAPEX Wonder Pants
DIAPEX Wonder Pants | Harga mampu milik
Harga mampu milik tapi kualiti setanding dengan jenama- jenama pampers yang lain. So far anak saya tiada masalah ruam lampin atau kebocoran dengan jenama Diapex Wonder Pants ni. Nampak selesa bila dipakai. Mudah di dapati di mana-mana pasaraya.
Drypers Wee Wee Dry Disposable Diaper
Beli Drypers boleh tebus hadiah
Drypers juga antara jenama pilihan ibu². Apa yang best mengenai drypers, sambil kita beli, kita boleh tepus point di Drypers club. Kualiti juga bagus. Cuma yang tak best sekarang, harga Drypers makin mahal dan kuantiti makin sikit.
PetPet Disposable Baby Diaper
Pet Pet
Pet Pet antara jenama lampin pakai buang yang saya pernah cuba. Apa yang saya suka dengan jenama pet pet ni sebab harganya yang berpatutan. dan sesuai dengan kulit bayi saya. Cuma yang saya tak suka, bahagian peha macam tak berapa grip dan mudah bocor bila bayi saya membuang.
Mamy Poko All Round Elastic Diapers
Tiada lagi kebocoran dengan Mamy Poko Pants
Siapa yang tak kenal dengan jenama Mami Poko kan. Jenama yang paling dikenali ramai. Bagi ibu macam saya yang anak tengah lasak. Agak susah nak pakaikan pampers. Mami Poko Pants sangat2 membantu memudahkan kerja saya. Dengan kuasa serapan yang tinggi. Tiada lagi kebocoran.
KOTEX® Overnight Wing
Tidur lebih lena dengan KOTEX® Overnight Wing
No reviews yet
Pemilihan pad amat penting bagi setiap wanita yang datang bulan. Keseselesaan menjadi keutamaan setiap kali datang bulan terutama pada hari pertama. Saya memilih KOTEX® Overnight Wing kerana ianya selesa. Tidak perlu risau jika berlaku kebocoran terutama diwaktu malam kerana rekaannya yang panjang. KOTEX® Overnight Wing memang best.
Little Bean Bottle Warmer
Little Bean Bottle Warmer memang Best
Bagi ibu-ibu menyusu diluar sana. Saya sarankan beli Little Bean Bottle Warmer ni. Sebab ianya memudahkan kerja memanaskan susu ibu. Tak perlu nak rendam dalam air panas lagi kerana Little Bean Bottle Warmer membantu untuk memanaskan susu secara automatik.
Pigeon Baby Liquid Cleanser
Cuci botol dengan Pigeon Baby Liquid Cleanser
Kerja mencuci botol jadi mudah dengan adanya Pigeon Baby Liquid Cleanser. Bukan boleh basuh botol jer tau, boleh juga basuh mainan baby dan juga basuh sayur dan buah-buahan kerana ia adalah pembersih yang dibuat dari bahan semulajadi. Wajib ada Pigeon Baby Liquid Cleanser ni dirumah.