Jack n’ Jill Nips Peanut
Best snacks
Ini memang terbaik la. Kuantiti coklat yang menyaluti kacang pun tak terlalu banyak. So aku rasa tak manis sangat macam snacks lain. Memang aku makan banyak NIPS peanut ni. Yang raisins tu aku tak makan sebab manis sangat raisins dia. Ni memang best makan time tengok movie, sampai tak perasan dah habis. Selalu berebut kalau makan ni. So kena beli yang besar punye. Tapi kalau naik jerawat, jangan complain. Sendiri cari pasal. Haha
Nestle Milo Nuggets Chocolate
Terlalu manis
Tengok dalam iklan macam sedap. Bila aku try, manisnya lahai. Ke aku sorang je rasa manis sangat? Memang milo nuggets ni untuk budak-budak juga ke? Kalau buat kurang manis, confirm ramai orang dewasa beli. Sebab packing da baik da sebab senang nak bawa. Kuantiti nuggets tu pun ok dengan harga. Tapi cuma rase manis tu kuat sangat. Kalau kurangkan sikit atau buat yang kurang manis, memang baik.
Nestle Honey Stars
Manis sangat
Nestle honey star ni memang aku tak boleh makan sangat. Manis sangat berbanding cereal lain. Tambah lagi bau madu kuat sangat. Kali pertama makan memang dah rasa muak da. Isteri aku pun tak suka honey star ni. Daripada membazir buang, bagi dekat anak sedara. Budak-budak memang suka honey star ni. licin habis budak-budak ni makan. Memang rasa dia sesuai untuk kanak-kanak tapi tak bagus juga untuk kesihatan. Untuk orang dewasa yang memang tak suka manis, memang tak disarankan. Cuba cereal yang lain.
Nestle Cookie Crisp
Simple breakfast
Kadang-kadang kita nak juga sarapan simple tanpa minyak kan? Kalau selalu sarapan nasi lemak, cucur ikan bilis la kuih muih la, nak juga tukar rasa. Selalu kitorang akan pilih nestle cookies crispy ni berbanding coco crunch atau corn flakes sebab yang ni rangup dan lambat lembik kalau makan dengan susu. Aku tak suka sangat cereal yang cepat lembik, so memang ni lah pilihan aku. Nasib baik isteri aku ikut je ape aku nak makan, asalkan ada susu. Senang sikit kerja aku.
Campbell’s Cream Of Mushroom Condensed Soup
Sup cendawan + roti = sedap
Nak pergi pizza hut hari-hari sebab nak makan sup cendawan dengan roti macam tak berbaloi je. Betul tak? Lagi baik kalau kita buat sendiri. Walaupun tak 100% buat sendiri. Hehe tapi jenama Campbell ni memang paling best la. Lemak dia, sedap dia, dah macam makan kat pizza hut. Aku pun boleh buat sendiri. Buka tin, masuk kan sup cendawan ni dalam periuk, panaskan. Tak perlu susahkan isteri. Paling malas tapi paling sedap la.
Julie’s Love Letter Chocolate Cream
Rangup sedap banyak
Hehe ini memang kegemaran kitorang 1 keluarga. Baik yang budak-budak atau orang dewasa, semua pakat makan ni. Julie's punya snacks memang semua sedap-sedap. Latest aku beli dalam harga RM18. Berpatutan dengan harga, kuantiti dan rasa. Kalau aku singgah pasaraya, memang julie's love letter ni kena beli 2 tin. Isteri aku kalau makan tak ingat dunia. Hahaha.. kalau korang nak cari biskut coklat roll yang rangup dan banyak, memang ni la aku recommend.
Adabi Turmeric Powder Blended
Wajib ada
Serbuk kunyit memang wajib ada kat dapur. Nak goreng ape-ape, semua nak kena guna serbuk kunyit. Kalau nak guna kunyit hidup, susah nak cari. Tambah lagi tak jadi serbuk. So tak best la nak guna untuk goreng-goreng ni. Nak goreng ayam, ikan, sotong, cendawan semua nak kena guna serbuk kunyit. Kalau tak guna, rase ayam goreng, ikan goreng, sotong goreng dan cendawan goreng tak sedap la kan. Semalam serbuk kunyit habis, nak keluar pergi beli, hujan lebat sangat. Aku cuba la blender kunyit hidup. Tapi kena tambah air sikit. Serius la ikan goreng aku tak cantik dan tak sedap macam selalu. Memang tak buat lagi la dan tak pernah lagi la jumpa serbuk kunyit bagus macam jenama adabi ni.
Ayam Brand Coconut Milk
Lemak santan berkrim
Pelik kan kalau aku review semua barang dapur. Haha. Aku memang rajin masuk dapur. Sebelum kahwin masuk dapur, dah kahwin pun aku masuk dapur. Bukan sebab isteri aku tak pandai masak tapi sebab kitorang ada jadual masak. Kalau malam isteri aku masak, pagi atau tengah hari aku pulak masak. Aku pandai masak kari dan masak lemak cili api je. Aku cuba macam-macam jenama santan kat pasaraya tapi yang ni paling best. Kitorang duduk bandar, so memang susah la nak jumpa santan original. Santan kotak la penyelamatnya. Mula-mula dulu kitorang guna jenama KARA. Tak tahu la kenapa ramai sangat cakap ok tapi bila aku masak tak pekat dan tak lemak masakan aku walaupun da habis 1 kotak aku guna. Lepas tu isteri aku suruh cuba jenama ni pulak. Untuk kali pertama cuba, aku guna 1 kotak sampai habis untuk 1 masak kari. Kari ayam aku lemak sangat. Kena tambah air. So kat situ aku perasan yang jenama ni 2x ganda lemak dari jenama KARA. Lepas tu aku masak guna separuh kotak je. Masakan aku tetap sedap dan berlemak. Lagi separuh boleh buat bubur durian lagi. Lagi 1 aku perasan, santan jenama lain tak boleh simpan, kena guna habis. Kalau tak, dia akan jadi berketul-ketul walaupun simpan dalam peti sejuk dan bila masak, mesti kuah jadi macam pecah lemak. Tapi kalau santan AYAM BRAND, tak pernah berketul, malah bila masak, cantik je kuah dia. So jenama ni akan sentiasa jadi pilihan kitorang.
Wall’s Milk Chocolate
Yummy
Aku suami isteri memang gila aiskrim. Lagi-lagi perisa coklat. Aku cuba macam-macam jenama tapi tak ada yang boleh lawan jenama wall's. Perisa coklat dia memang terasa, tambah pulak lemak-lemak gitu. Memang sehari boleh habis 1 bekas. Sebab tu kat rumah memang banyak sangat bekas aiskrim. Lagi best kalau buat roti aiskrim. Memang sedap. Bagi pendapat aku dan tekak aku, perisa coklat jenama wall's lagi sedap daripada nestle. Terbaik
BADLAB Too Cold to Bear Cooling Shampoo
Kenapa?
Hairan aku kenapa tak ada orang review shampoo ni. sebab laki tak ada ke kat sini? Aku sorang je ke laki kat sini? Hahaha. Straight to the point, aku ada botol yang kecil je sebab aku nak cuba dulu. Tapi bak kata orang putih, Don't judge but its cover. So memang betul la. Mula-mula aku pun pandang rendah je kat produk ni. Ala semua shampoo sama je. Tapi sememangnya tak sama. Sebelum ni aku pakai shampoo isteri aku je. Tapi kejap je rambut aku wangi. Esok da busuk da sebab peluh dan sebab terperap pakai topi. Tu pasal la aku pakai shampoo ni. Kononnya nak cuba je. Sekali pakai memang best la sebab sejuk je kepala. Bau shampoo ni pun memang sesuai la dengan laki. Bau macam bedak dashing bapak mertua aku. 3 hari aku tak basuh kepala sebab tak tahan sejuk, hujan je hari-hari, tapi kepala tak busuk langsung la he. Bini aku cium pun hairan dia. Memang aku recommend la. Tak menyesal pakai. Jangan risau kalau rasa macam susah nak jumpa sebab brand tak pernah dengar. Aku beli kat watson je. Esok aku nak beli yang besar pulak.
Biore Men’s Double Scrub Facial Foam Oil Clear
Untuk kulit berminyak
Ini salah satu hadiah kahwin aku. Banyak lagi stok tak guna. Aku memang ada masalah kulit berminyak sangat-sangat dan ada bintik-bintik hitam kat hidung. Walaupun aku cerah tapi memang tak best la kalau kulit kita berminyak lepas tu ada bintik-bintik hitam kan. Walaupun aku tak rajin sangat guna produk kecantikan ni lagi-lagi skrub tapi bagi aku memang berkesan la. Kalau aku rajin lagi, rasanya kalah pelakon. Skrub ni yang bestnya masa kita gosok-gosok tu, kita rasa macam hilang semua kotoran. Aku kerja memang kotor sebab technician, jadi smua kesan hitam minyak ke ape ke memang hilang la. Lepas tu aku rasa segar sangat sebab ada rasa mint sikit. Sejuk je lepas skrub muka ni. Memang best la. Rajin dengan malas je.
NIVEA In Shower Intensive Skin Conditioner
Lelaki memerlukannya
Ok semua orang tahu lelaki paling susah nak guna losyen. Ini penyelesaian masalah untuk lelaki kategori malas dan tak suka guna losyen macam aku. Kadang-kadang aku respect isteri aku sebab macam-macam dia belikan aku walaupun dia tahu aku ni jenis tak suka benda-benda macam ni. Disebabkan aku tak suka pakai losyen lekit kat badan, dia beli yang ini pulak. Yang bagusya in shower conditioner ni, dia macam losyen tapi yang bestnya time mandi je pakai. So tak perlu la pakai after mandi. Memang best la bagi aku sebab walaupun aku malas nak pakai losyen, kulit aku tetap lembut sebab aku pakai conditioner in shower ni. Hampir setiap hari la kena paksa pakai tapi akhirnya dapat kesan yang baik. Bukan susah pun, da cuci badan dengan sabun, bilas, lepas tu pakai la ni. Lepas tu bilas lagi. Siap. Kan senang. Aku yang malas ni pun ada rajin dia. Terbaik.
Bio Oil
Ikut keadaan parut
Sebelum ini saya mengalami kecederaan yang agak teruk akibat kemalangan jalan raya. Parut memang terlalu banyak terutamanya daripada perut dan ke bawah. Isteri saya membeli produk bio oil ini selepas melihat iklan di tv3. Saya menggunakan bio oil ini di parut yang agak besar dan memakan masa selama 6 bulan untuk hilang. Walau bagaimanapun untuk isteri saya, kesan melahirkan anak pudar selepas menggunakan bio oil dan hanya mengambil masa 1 bulan sahaja. Bagi pendapat saya, bio oil ini boleh dilihat keberkesanannya mengikut keadaan parut. Parut yang besar dan dalam akan mengambil masa yang agak lama untuk hilang berbanding parut yang kecil.
Vaseline® Petroleum Jelly
Untuk isteriku tercinta
Pada mulanya saya membeli produk ini untuk isteri saya kerana bibirnya sensitif dan kering akibat alahan makanan laut. Setelah melihat perubahan bibir yang kering kepada lembap dan licin, saya mula menggunakan untuk diri sendiri dan ternyata produk vaseline petroleum jelly ini boleh melembutkan kembali bibir dan kulit kita yang kering. Sebelum tidur kami suami isteri pasti akan memakai petroleum jelly ini di sekitar bawah mata, bibir dan tangan. Hasilnya setiap pagi tiada lagi bawah mata gelap seperti panda, tiada lagi bibir kering mengelupas dan tangan kembali lembut seperti menggunakan losyen.
Cadbury Dairy Milk Hazelnut
As long as ada kacang
Ini kegemaran isteri aku. Asal pergi pasaraya je ni wajib beli. Kalau tak beli, kena ganti dengan sewaktu dengannya. Aku hairan ape sedapnye coklat ni. So first time aku makan, memang aku kagum dengan rasa coklat dan kacang dia. Aku memang suka kacang, so coklat ni memang aku boleh makan lagi. Manis dia pun boleh terima lagi. Mungkin sebab bercampur dengan lemak kacang yang membuatkan rasa manis tu hilang sedikit.