Bausch & Lomb renu fresh Multi-Purpose Solution
Penjagaan Mata yang terbaik
Selaku pemakai lens, solution sgt penting bagi menjaga mata dari segala infeksi. Maka solution ini sangat membantu saya dalam penjagaan lens. Sometimes terpaksa berjam lamanya memakai lens tapi dengan adanya solution ini, anda tak perlu risau dah.
Safi Shayla Anti Dandruff Shampoo
Kesegaran berpanjangan
Sangat suka dengan bau wangi dan kesegaran rambut selepas menggunakannya. Selain membebaskan rambut dari kelemumur, rambut rasa lembut dan ringan. Untuk hijabista, inilah syampu terbaik untuk anda.
Ayam Brand Coconut Milk
Cepat dan mudah
Di tgh bandar, agak sukar mencari kelapa yang fresh maka sebagai ganti santan kelapa ayam brand membantu saya menyediakan juadah dirumah. Dari makanan berlauk sehingga ke dessert, santan kelapa ini diperlukan untuk makanan yang rasanya berlemak dan sedap.
Adabi Turmeric Powder Blended
Warna kuning keemasan
Saya sangat memerlukan serbuk ini, untuk kegunaan facial dan masakan. Untuk facial, serbuk kunyit membantu mengecutkan jerawat di muka. Kegunaan masakan, seperti untuk menggoreng bahan basah seperti ikan dan lain2. Selain itu, untuk masak lemak cili api, membuatkan makanan lebih mengiurkan. Jadi memudahkan kerja orang bandar seperti saya kerana kadang2 x sempat nak membeli kunyit yang asli di pasaraya.
Adabi All Purpose Seasoned Flour
Menjadikan makanan bergoreng sedap
Percaya atau tidak? Saya memerlukan tepung ini untuk menggoreng ayam, ketam, udang, cendawan dan lain2. Selepas saja siap digoreng, selera makan kami sekeluarga jadi bertambah-tambah selera. Ayam yg digoreng dengan tepung ini jadi sangat sedap dan ranggup. Jadi siapa lambat, tak dapatlah.
King’s Raspberry Ripple
Sedap sangat
Ais krim sangat sedap dimakan bila-bila masa. Untuk pengemar tegar ais krim, saya suka perisa raspberry ripple ini. Sebab ada rasa masam-masam manis dan rasanya sedap bila dimakan bersama kon, roti atau biskut. Rasanya tidak pernah mengecewakan dan bertambah seronok bila makan beramai semasa event atau lepak.
belvita Oats & Chocolate
Sedap dan berkualiti
Biskut yang kaya dengan nutrien yang bagus seperti oat dan koko ini bagus untuk badan. Makanan ringkas dan mudah ini, memudahkan golongan yang tak sempat bersarapan dan sentiasa nak cepat seperti saya. Bila lapar, saya akan makan biskut ini dan ianya mudah dibawa kemana-mana.
Kellogg’s Corn Flakes
Ranggup dan sedap
Selain dijadikan makanan untuk sarapan. Cornflakes juga dijadikan bahan untuk kuih raya. Rasa emping jagung yang enak sudah semestinya menjadi daya tarikan bagi sesiapa sahaja yang suka mengunyah seperti saya. Waktu pagi saya kebiasaannya akan mengambil cornflakes dan susu atau madu. Sangat membantu perut dari berbunyi sampai ke tengahari.
Pringles® Potato Crisps Sour Cream & Onion 42g
Ranggup dan sedap
Pringles merupakan kegemaran saya kerana bungkusan yang unik dan semestinya rasa yang unik dan sedap. Saya suka makan ketika menonton movie. Ia membuatkan saya lalai dan sedar saja saya sudah habis memakannya. Rasa kentang yang enak dan cara susunannya membuatkan rasa mengunyah tanpa berhenti.
Pensonic PB-3203 Blender
Daya kisar yang terbaik
Saya sudah memakainya selama 2 tahun. Sepanjang penggunaannya saya dapati kisaran yang terbaik dimana barang yang dikisar hancur dengan baik, memudahkan kerja untuk menumis selepas itu. Blender yang tidak bising sangat dan mempunyai lock yang tepat, jadi tidak mudah bergerak dari paksi blender.
Pensonic 16” Stand Fan PSF-45 – Grey
Mudah dan best
Kipas yang mudah dan best setakat ini saya pernah pakai. Sebab saya suka berpeluh semasa makan. Disebabkan ruang yang sempit, saya meletakkan di sudut meja makan. Jadi apabila kami sekeluarga taklah kepanasan sangat. Kipas boleh berpusing dan senang untuk ditekan.
Lifebuoy Total 10 Body Wash
Produk terbaik
Aktiviti seharian yang sibuk membuatkan badan jadi cepat busuk dan berbau masam. Mujurlah ada Lifebuoy, bukan sekadar membersih bahkan rasa sangat segar selepas menggunakannya. Kulit terasa lembut dan nyaman apabila selepas mandi.
Mamee Monster Chicken Noodle Snack
Kegemaran sepanjang masa
Walaupun umur dah menjangkau usia dewasa. Saya masih lagi meminati snek ni. Saya akan beli dalam pek bundle. Dengan harga yang berpatutan dan rase crunchy yang sangat best membuatkan sesiapa sahaja rasa ingin mengunyahnya tanpa berhenti. Snek yang sangat berbaloi untuk dinikmati tika menonton tv.
Ramly Burger Bun
Gebu dan sedap
Percaya atau tidak, majoriti rakyat kini pasti akan disajikan dengan makanan ala barat. Dalam kehidupan saya, saya juga tak terlepas untuk mengemari makanan burger ini. Burger sangat sedap dinikmati bila waktu tengah malam. Roti burger menjadi bahan asas yang penting bagi makanan ini. Roti yang lembut, gebu, manis dan sedap merupakan faktor penyumbang sedap kepada makanan burger.
NESTLÉ Fat Free Yogurt
Baik untuk kesihatan
Salah satu produk tenusu yang terbaik yang pernah saya ambil. Secara jujur, ianya mengenyangkan bagi mereka yang sedang ingin diet dan juga baik untuk sistem perkumuhan badan kerana ianya kaya dengan vitamin dan kalsium. Tambahan pula, ianya satu bonus kerana ianya tanpa lemak dan sekaligus dapat mengekalkan tubuh badan yang kurus.
Baygon Cockroach Control Aerosol
Sembur sahaja...lipas pun mati
Bila malam melabuhkan tirai, makhluk perosak seperti lipas sangat aktif mencari makanannya. Lebih2 lagi mereka suka berada dikawasan dapur. Oleh itu, baygon akan membantu saya bagi menghapuskan lipas yg bermaharajalela di dapur saya. Dengan rekaan muncung tirus itu memudahkan saya spray dicelah lubang yg mungkin mempunyai lipas. Jadi pada keesokkan harinya saya hanya menyapu bangkai lipas. Mudah kan...?
COLGATE Maximum Cavity Protection (CDC)
Senyuman yang menawan
Dengan ubat gigi colgate ini, dapat membersihkan gigi dari kaviti. Kami seisi keluarga menggunakan colgate bagi menghilangkan bau nafas yang kurang enak dan seterusnya bagi memberikan senyuman yang menawan pada yang memandang.
Softlan Floral Fantasy Fabric Conditioner
Wangi dan antikedut
Percaya atau tidak softan mempunyai bauan yang sangat tahan lama. Walaupun terlupa memakai perfume, wangiaannya dapat menggantikannya. Saya sangat suka menggunakannya setiap kali membasuh pakaian. Ianya membuat pakaian saya berbau wangi, antikedut, lembut dan cepat kering. Selain itu, saya buat untuk basuh kipas bagi mengelak kipas dari cepat berhabuk.
NIVEA Instant White Firming Body Lotion SPF15
Kulit lebih cantik
Saya sangat mengemari bauannya yang sangat harum dan ianya membuatkan kulit saya menjadi cantik dan sihat. Saya suka dengan perubahan kulit saya. Kadang2 kelakar juga apabila saya sendiri suka mencium tangan saya..hihi..
NAVEEN Hydrating Mask
Muka nampak muda dari usia sebenar
Saya sangat suka memanjakan diri dengan face mask ni sebab saya rasa sangat rilek, sejuk dan yang paling terbaik, dapat merawat sel dekat kulit muka. Lepas je buka face mask, rasa muka lembut dan glowing je. Jadi saya x perlu risau dengan hydration.