Pureen Maternity Toothpaste Mint
Ubat gigi untuk ibu menggandung.
Sejak saya tahu saya pregnant saya mencuba ubat gigi keluaran Pureen ini setelah melihat review dari blog² ibu mengandung. Buat masa sekarang saya suka menggunakannya kerana ianya tidak menggandungi florida, SLS, dan saccharin. Lagipun gigi saya tidak mempunyai masalah yang teruk pakai apa² brand pun boleh, memandangkan saya pregnant saya cuba je lah ubat gigi pureen ni.
Pureen Mittens & Bootees
Pureen mitten and booties.
Saya baru je membeli barangan baby untuk anak ke2 saya nanti. Pilihan utama saya semestinya jenama Pureen kerana material kainnya yang sangat bagus. Dari anak pertama saya memang menggunakan mitten and booties jenama pureen ini kerana kainnya lembut dan tidak berbulu. Getah dipergelangan nya pula tahan lasak dan tidak mudah menjadi besar dan tidak pulak terlalu ketat.
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper
Aji-shio Black Peper
Saya suka menggunakan Aji-shio di dalam masakan saya kerana ianya sudah berperasa. Masakan saya menjadi semkin enak terutamanya bila di campur ke dalam scramble egg. Botol nya yang comel senang untuk dipegang dan lubang untuk keluar jugakntidak terlalu besar. Saya tidak risau sekiranya nak menuang di dalam masakan saya kerana tidak akan taruh lebih pun..
Sony 40″ Full HD LED TV
Sony LED TV
Suami beli tv sony ni kerana harganya sangat berpatutan. Image dinskrin jugak sangat jelas dan terang. Cuma volume tv sony led ni agar kurang jelas didengar. Kene bukak valume sampai 30lebih baru boleh dengar dengan jelas. Buat masa sekarang kami sangat berpuas hati produk keluaran Sony ni sbb ianya dijamin berkualiti.
Ammetlz Yoko Yoko
Melegakan sengal sengal otot
Jika saya atau suami mengalami sengal sengal otot, Yoko Yoko menjadi pilihan kami bagi melegakan kesakitan yang dialami. Yoko Yoko Ameltz sangat membantu dan sangat mudah untuk dibawa kemana sahaja. Suami akan sapu dibahagian otot otot yang sengal selepas bersukan dan saya juga akan sapu sekiranya kaki terasa penat setelah berjalan terlalu lama.
Shaklee Herbal Blend® Multi-Purpose Cream
Shaklee Herbal Blend sangat membantu
Cream ini sangat berguna buat kami seisi keluarga dan wajib ada walau nak pergi mana mana pun. Saya akan sapu Shaklee Herbal Blend Multipurpose cream ini sekiranaya saya atau anak saya digigit nyamuk, tumit merekah, kulit kering malah ianya juga menggilangkan parut jerawat di wajah saya. Creamnya yang tidak melekit membuatkan rasa selesa bila disapu pada bahagian yang bermasalah. Malah ia juga sangat berbaloi dengan harga dan jimat kerana cream ini boleh bertahan selama berbulan-bulan kerana hanya pakai seculit sahaja sudah mencukupi.
BabyOrganix Gentle Hair Shampoo
Shampoo untuk baby eczema
Anak saudara saya yang baru lahir mengalami kulit eczema, saya cuba mandikan dia dengan shampoo BabyOrgnix gentle hair ini, ternyata sesuai untuk kulit dia yang sensitive itu. Kandungan semula jadi yang terkandung dalam shampoo ini menjadikan ianya selamat untuk digunakan tanpa nerwngsakan kulit bayi.
BabyOrganix Hydrating Cream Bath
BabyOrganix cream bath
Mandian ini sangat sesuai untuk saya dan anak saya jika menggalami masalah pada kulit. Jika anak saya mengalami kegatalan di bahagian leher akibat berpeluh keterlaluan saya akan mandikan dia dengan BabyOrganix cream bath ini. Produk ini sesuai untuk baby atau sesiapa sahaja yang mengalami eczema ianya memang berkesan dan selamat digunakan. Mandian ini juga tidak menggandungi SLS, Paraben, SLE dan ianya 100% dari bahan semula jadi.
Vicks Vaporub
Vicks VapoRub
Saya akan sapukan vicks vaporub ni lepas anak saya mandi agar dia sentiasa berasa nyaman. Vicks vaporub ini sangat berguna ketika kami di serang selsema dan batuk. Ianya mampu melegakan hidung daripada tersumbat akibat hingus. Hanya oleskan sedikit di bahagian dada dan tapak kaki bagi melegakan selsema agar tidur jadi lebih selesa.
Knife Thai Fish Sauce
Sos Ikan keluaran knife
Saya sangat menggemari masakan thai, sebab tu lah saya akan menggunakan sos ikan thai atau "nampla" dalam masakan saya. Ia menjadikan masakan saya seperti ori masakan dari kedai makanan thai. Antara masakan yang wajib letak sos ikan ialah ikan masak steam, kengsom, song tam dan macam-macam lagi. Sos ikan Keluaran Knife ini menjadi pilihan saya kerana ianya diyakini halal dan mudah untuk didapati.
Buruh Refined Cooking Oil
Minyak cap buruh
Minyak masak cap buruh menjadi pilihan kerana harganya agak murah berbanding jenama lain. Setiap bulan mesti beli minyak masak cap buruh ni untuk menumis dan menggoreng dalam masakan harian. Minyak capnburuh ni dari minyak kelapa sawit yang bermutu tinggi kerana minyak sawit lebih tahan haba berbanding minyak minyak yang lain.
Jack n’ Jill Cream-O Tarts Blueberry
Biskut Blueberry yang enak.
Jack n Jill Cream-O.tart Blueberry ni sangat sedap untuk dinikmati bersama Teh o sebagai snack. Saya suka aroma jem blueberry nya yang manis dan masam. Kemanisannya tak payah cakap lah,memang manis yang amat. Sebab tu makan dengan teh o tanpa gula je,harga pun murah beli yang pack kecik baru Rm1.20. Apa2 pun sedap saya tak berhenti mengunyah dan makan sampai habis.
MAGGI® Liquid Seasoning
Perisa tambahan
Saya guna maggie seasoning untuk membah perasa dalam makanan. Rasa dan aroma nya terlalu kuat kita hanya pelu letak sedikit sahaja. Masakan yang paling sesuai letak Maggie seasoning ni adalah seperti telor goreng atau beef burger, rasanya akan menjadi semakin menyerlah.
BabyOrganix Feeding Bottle Wash
Selamat dan bersih
BabyOrganix Feeding bottle wash selamat digunakan kerana ianya berasaskan dari sumber semulajadi. Berkesan dalam menanggalkan kotoran pada botol susu tanpa perlu risau kerana ianya tidak menggandungi bahan kimia. Walaupun agak cair dan kurang berbuih berbanding jenama yang saya pernah guna sebelum ini tapi ianya juga sesuai untuk mencuci mainan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah BabyOrganix agak sukar sikit untuk didapati kerana ianya produk baru lagi di pasaran.
Lacte Breastpump Solo Electric
Lacte Solo memudahkan
Breastpump Lacte Solo ini hadiah daripada kawan saya masa anak ke2 baru dilahirkan. Pertama kali guna ok lah.."not bad" berbanding manual breastpump yang agak menyakitkan tangan dan memenatkan. Lacte Solo breastpump solo ini sangat ringan dan mudah untuk di bawa kemana-mana malah nak cuci pun senang. Dah nama pun breastpump solo kan, sebelah je lah dia akan pump, sebelah lagi saya kene tadah guna breastpump silicon. Tengok harga pun agak berpatutan dan berbaloi buat ibu-ibu yang mencari breastpump dengan harga mampu milik dan kualiti still tip top.
Comotomo milk bottle 5oz
Como tomo
Bila mula memperkenalkan botol susu kepada baby saya, saya mencuba botol susu como tomo ini kerana ramai ibu-ibu yang mengesyorkan jenama ini. Ternyata botol susu como tomo ini sesuai buat baby saya kerana dia mahu menghisapnya buat pertama kali. Mungkin bentuknya yang menyerupai breast semasa menyusui ibu. Sangat rekomen buat ibu-ibu yang nak memperkenalkan baby mereka buat pertama kali.
JJ Cole Collections Reversible Body Support (Car Seat/Stroller)
Selesa dan sangat berguna.
JJ Cole body support ini sangat lembut dan selesa buat baby saya kerana Ianya boleh digunakan pada stroller, car seat dan juga rocker. Dengan adanya JJ Cole body support ini saya tidak perlu risau kedudukan kepala dan badan anak saya kerana ianya sangat ergonomic. Ianya juga tidak panas bila digunakan dan senang untuk dicuci jika ada kesan kotoran.
Abbott PediaSure®
Pediasure
Walaupun harga susu Pediasure ni agak mahal berbanding susu jenama lain tapi ianya sangat bagus buat anak saya. Saya mempunyai anak yang berumur 3tahun lebih, dia memang susah untuk makan dan memilih dalam bab-bab makan. Sebagai ibu saya inginkan anak saya mendapat khasiat dan zat yang secukupnya untuk dia membesar dengan sihat dan bertenaga sebab itulah saya memilih Susu Pediasure ini untuk anak saya.
Dumex Dugroo 3 (1-3 Years)
Dumex Dugro 3 pilihan terbaik
Anak saya mula minum susu dumex dugro ini sejak berumur 1 tahun lagi. Ternyata susu Dumex Dugro3 ini sangat serasi sengan dia kerana susu ini tidak menyebabkan dia sembelit. Pernah tukar susu jenama lain tapi anak saya tidak suka kerana terasa muak. Susu Dugro 3 ini mengandungi DHA yang diperlukan untuk tumbesaran anak anak. Selain harganya berbaloi dan berpatutan untuk dibeli
Midea ionizer Air Cooler(15L)- MAC-215F
Air cooler Midea
Masa baru pindah ke rumah baru, kami mencari air cooler untuk digunakan pada malam hari memandangkan belum ada bajet nak beli aircon. Pekedai barangan elektrik terus mengesyorkan kami air cooler jenama Midea. Suami setuju ubtik membeli memandangkan harganya yang sangat berpatutan..senang untuk digunakan, letak air atau ais bagi memastikan anginnya sejuk. Saya suka menggunakan air cooler berbanding aircon sebab udaranya terasa nyaman, tidak terlalu sejuk sangat. Lagipun kos untuk bil elektik boleh dijimatkan berbanding menggunakan aircon.