Ramly Chicken Burger
Tak Pernah cukup
Rasa ayam sebenar dalam Ramly Chicken Burger. Sedap ! tak pilih chicken burger lain dah sejak cuba beli produk Ramly. walaupun harga dia mahal sedikit berbanding jenama lain tapi sangatlah berbaloi dengan rasa yang sedap, isi ayam padat. complete tasty. paling penting HALAL.
Ramly Beef Burger
Alway be the Favourite Ramly's.
Rasa daging sebenar dalam Ramly Beef Burger. Sedap ! tak pilih daging burger lain dah sejak cuba beli produk Ramly. walaupun harga dia mahal sedikit berbanding jenama lain tapi sangatlah berbaloi dengan rasa yang sedap, isi daging padat. complete tasty. paling penting HALAL. bila nak beli burger dekat kedai, pastikan pakai burger daging RAMLY baru beli.
Ramly Chicken Frankfurter
Rasa Ayam sebenar
Rasa ayam sebenar dalam Ramly Chicken Sausage. Sedap ! tak pilih sosej lain dah sejak cuba beli produk Ramly. walaupun harga dia mahal sedikit berbanding jenama lain tapi sangatlah berbaloi dengan rasa yang sedap, isi ayam padat. paling best bila goreng dia x kecut macam jenama lain. complete tasty. paling penting HALAL.
Gardenia Original Classic
Roti Wajib Ada
Roti Gardenia Classic wajib ade dekat rumah. kadang-kadang tak sempat 3-4 hari pun, dah abis. roti bakar the best forever and ever guna roti gardenia classic ni. serius talk! nak-nak time bulan pose, sahur makan roti aje. sedap. plain tasty.
Ramly Burger Bun
Roti tak mudah lerai
ye, roti bun yang sedap dan tak mudah lerai bila belah roti. kalau saya nak beli burger, saya akan tengok dulu orang jual burger pakai roti apa, kalau roti bun ramly, saya baru beli. sedap, lembut!
Gardenia 100% Whole Grain
Roti sihat untuk seisi keluarga
Sebelum ini saya memang selalu beli roti gardenia yang original, mula-mula beli roti gardenia wholegrain ni sebab nak bagi pada bayi 10 bulan. sedap! baby suka, nak2 buat pancake banana guna roti wholegrain ni. memang sedap. rasa dia memang kurang sikit, tapi sapu unsalted butter, sedap! kadang-kadang buat cicah dengan air milo panas. memang terbaik la. sangat sesuai roti wholegrain untuk jaga kesihatan kita ini.
Jellymom Wise Chair
Bayi selesa
Bayi saya sangat selesa bila saya letak dia dalam Jellymom Wise Chair ini terutama waktu makan. senang nak suap makan bila ade Wise Chair ni. paling penting, bayi selesa dan tak sakit belakang badan bayi bila duduk. ini sangat penting, dan ibu perlu amik perhatian. sangat-sangat recommended untuk ibu-ibu yg tengah survey nak beli wise chair, pilihlah brand Jellymom ni.
Clorox Original Bleach
Bau kuat tapi sangat berkesan
Bau yang sangat kuat tapi cukup berkesan untuk menanggalkan kotoran degil di baju terutama baju yang berwarna putih. tak sesuai bagi baju berwarna ye. saya banyak pakai untuk tanggalkan bintik2 hitam di telekung solat. sangat berkesan, putih berseri kembali telekung solat. saya jugak pakai untuk bersihkan tandas, kotoran degil di lantai tandas habis hilang. pakai sedikit pun dah cukup, sangat jimat.
Softlan Floral Fantasy Fabric Conditioner
Bau sangat WANGI dan LEMBUT
Pelembut Pakaian Softlan ini sangatlah wangi, wajib isi satu penutup botol bila basuh baju. guna 1 penutup sahaja tapi bau dia sangatlah wangi dan lembut. kain/pakaian pun jadi lembut bila sentuh. bauan yang semerbak buat tenang je. ibu-ibu wajib isi sekali pelembut fabrik softlan ni dalam mesin basuh bila cuci pakaian. TERBAIK!
Dynamo Freshness Of Downy Passion Power Gel
Sangat RECOMMENDED
Pilihan keluarga untuk cuci pakaian. bau yang sangat wangi dan segar. bau yang tahan lama di baju, pakai baju pun masih kuat bau sabun Dynamo ni. 5 bintang bagi untuk pencuci pakaian Dynamo + Downy ni. campuran Downy memang mengharumkan lagi bau pakaian. FULL RECOMMENDED untuk pilihan laundry detergent setiap keluarga.
FAIZA Chilli Powder
Tekstur serbuk cili yang halus
Serbuk cili Faiza tidak la pedas sangat, so memang sesuai untuk seisi keluarga. saya selalu guna untuk perapan ayam, daging. buat ayam perapan berempah, tambah serbuk cili FAIZA ni memang umphhhh sangat. buat cheese cracker pun tambah serbuk cili ni sedap sangat. paling penting tiada bahan pengawet, tiada bahan tiruan, tiada MSG. list barang dapur wajib ada dekat rumah.
MAGGI® Chicken Stock Cube
Maggi Chicken Stock terbaik
Salah satu produk maggi wajib ade stok dekat rumah. Maggi Chicken Stock wajib isi seketul dalam sup ayam, bubur ayam, nasi ayam.. bau yang sangat wangi, penampah rasa yg mencukupi. letak seketul kiub ayam ni, tak perlu nak letak perasa apa-apa lagi dan kadang-kadang tak perlu garam lagi. sedap dan semua ibu ibu wajib ada stok kiub pati ayam Maggi ni.
MAGGI® 2-Minute Noodles Kari
Maggi Kari Berhantu
Aishh berhantu betul maggi kari ni. stok kat rumah abis jer, terus husband pergi beli. tak boleh putus katanya. pernah cuba beli maggi kari jenama lain, serius tak boleh tandingi maggi kari ini. cepat masak, rasa rempah yang cukup rasa. sedap! maggi ketam, murtabak maggi, maggi goreng, semuanya WAJIB guna maggi kari ini.
FAIZA Turmeric Powder
Serbuk Kunyit kuning bak diraja
Serbuk Kunyit FAIZA warna kuning yang sangat cantik, bau asli kunyit. Sedap digunakan dalam masakan. Memang pengguna tegar produk FAIZA. Dari beras, sehingga la rempah2 ni. Kalau masak lemak, guna serbuk kunyit FAIZA ni memang cantik sangat warna masakan. Yang penting tiada warna tiruan, tiada MSG, tiada bahan pengawet. selamat bersih dan halal.
FAIZA Kurma Powder
Terbaik dan Sedap Rempah Kurma Faiza
Start pakai rempah kurma sebab nak masakkan baby 10 bulan, ayam kurma. punyalah survey mana rempah kurma yang NO MSG, NO PRESERVATIVES, NO ARTIFICIAL COLOUR. Yes, REMPAH KURMA FAIZA the one. masak ayam masak kurma, baby suka, mak ayah suka. satu keluarga suka!
FAIZA Raja Curry Powder
Rempah kari PEDAS dan BERAPI
Rempah kari paling pedas zaman ni. Sedap! Kalau masak kari, wajib guna serbuk kari FAIZA ni. produk melayu dan yakin! rasa rempah kari memang terbaik.
MAGGI® Chilli Sauce
Semuanya maggi
Pengguna tegar produk maggi. Sos cili maggi tak pedas sangat, so kanak-kanak boleh makan jugak !
Marigold Peel Fresh Apple & Aloe vera
Jus Epal + Aloe Vera terbaik!
Rase asli buah epal yang kurang manis dan dicampur dengan jeli aloe vera! serius sedap! keep repeating when buy. beli simpan dalam peti, tengok esok dah abis sekotak. satu keluarga suka!
Marigold HL Low Fat Milk
5 stars for Susu HL!
Favourite susu sejak mengandung sehingga sekarang! since pregnant, mmg setiap hari consistant ambil susu HL segelas setiap hari! sedap! tak manis sangat. Bila sale je susu HL ni, wajib grab berkotak. stok! husband pun minum sekali.
Ramly Minced Chicken
the best chicken minced
Setiap kali nak buat spaghetti carbonara mesti beli daging ayam kisar Ramly ni. best sangat sebab x berminyak sgt, ada separuh daging kisar ni dia berminyak sangat. tapi produk Ramly tak sebegitu. suka sebab sedap dan rasa ayam sebenar. buat sandwich ayam pun sedap, letak dalam bubur ayam pun sedap. Produk Ramli yakin bersih dan halal.