Munchy’s Lexus Cream Sandwich
Yummy
A very rich cracker with chocolate filling inside make me melting in the air. this is my snacks for breakfast because its easy and delicious.
Breeze Liquid Fragrance of Comfort
Soft and Fresh
Saya sukakan Breeze Liquid Fragrance of Comfort kerana saya tidak perlu menambah softener lagi kerana bauannya sudah lengkap.Haruman menyegarkan dan sentiasa lembut pada baju.
Ambi Pur Car Premium Lavender Spa
Love the Scents!
Saya suka haruman Lavender Ambi Pur Car. Saya menggunakannya sejak saya bau kereta abang saya dahulu. Memang sangat menenangkan dah bau melekat pada baju sehinggakan orang ingat bau perfume.Sangat best dan saya sukakannya :)
Sensodyne Repair & Protect
No more Headbang
I am suffering from the sensitive teeth which could lead me to migraine if overload painted. So, I decide to use Sensodyne Repair & Protect from 2011 until now. Alhamdulillah i could have a better eating and no more sensitive teeth and no more head bang.
Antabax Medicated Powder
Fresh sentiasa
Saya sukakan bau Antabax Medicated Powder ini sebab sangat fresh. Selalu guna selepas mandi. Badan rasa segar dan sejuk je. Best. Sebelum ni ada juga guna jenama lain tapi kerap xjumpa.jadi terus guna antabax je.
Saji Cooking Oil
Tanpa kolestrol
Saji minyak masak antara minyak masak tanpa kolestrol daripada minyak Sawit Olein bertapis. Sesuai untuk tujuan menggoreng ataupun bersup dalam kuantiti yang sedikit. Di perkaya dengan vit E dan selamat digunakan oleh semua. Minyak Saji juga di jamin halal kebersihannya.
Daia Colour Shield Detergent Powder 900g
Jimat dan Bersih
Saya tertarik dengan produk daia kerana sesuai untuk melindungi warna baju dan sesuai kegunaan ampaian di dalam rumah. Jika musim hujan kami tidak risau akan bau baju yang tidak enak. Sebab itu kami memilih Daia detergent Colour Shield. kebiasaannya saya akan gunakan dengan softenernya juga. Cubalah.
Daia Morning Mist Fabric Softener
Haruman Menyegarkan
Haruman Daia Morning Misk fabric Softener memang sangat memikat. Saya suka bau baju yang sudah di basuh seperti memakai pewangi.Segar dan lembut pada baju. Kami sukakanya.
Sunlight Lime Diswash Liquid
pencuci pinggan no 1 di hati
memang tidak ingin lagi menukar produk lain selain sunlight Lime Diswash Liquid. Kepekatan cecair sunlight dapat menjimat penggunaan dan membersih kotoran dengan sangat baik. Juga tidak menghakis kulit tangan. Memang sangat di syorkan. Dari rumah mak smpai sekarang masih menggunakan Sunlight Lime Diswash Liquid.
Faber JAR RICE COOKER FRC 5010
tahan lasak
Faber jar Rice Cooker ni saya beli pada tahun 2011 lagi. Duduk di asrama menjadi keperluan periuk nasi untuk jimat duit saku. Saya beli saiz yang kecil kerana hanya 2 3 orang sahaja yang makan. Sampai sekarang tahun 2017 saya masih menggunakan periuk nasi ini walaupun sudah berkeluarga kerana masih elok dan berfungsi. Saya kagum dengan barangan Malaysia. Rice cooker ni serba guna bukan sahaja memasak nasi malahan boleh di gunakan untuk memasak sphagetti, rebus telur, masak nasi goreng.Alhamdulillah masih berjasa..Terima kasih Faber
Dairy Champ Sweetened Creamer
Lemak berkrim disukai ramai
Saya sukakan rasanya yang pekat dan sesuai untuk membuat kek batik tempahan saya. harganya lebih murah berbanding yang lain tetapi masih pekat dan sedap. Sesuai juga untuk membuat teh tarik 'kaw'.
Dutch Lady Pasteurised Milk
Fresh dan Sedap
Saya sekeluarga memang menggemari susu Dutchlady Purefarm samaada untuk si minum begitu sahaja ataupun sebagai penambah dalam makanan.Kadang-kadang saya menggunakan susu Dutchlady untuk membuat banana smoothie dan sphagetti carbonara.Rasa yang sedap dan sentiasa fresh.
Pureen Liquid Cleanser
Wangi dan cucian bersih
Saya menggunakan Pureen Liquid Cleanser Mint Flavour untuk membersihkan barangan keperluan menyusu anak saya.Kondisinya pekat dan tidak perlu menggunakan dengan banyak.Jimat dan memudahkan untuk proses pembersihan.Saya mengesyorkan pada umum.
Pureen Baby Oil with Vitamin E
Lembut di tangan dan ada Vit E
Pertama kali membeli barang bayi dan saya terus ambil jenama pureen ini kerana harganya yang lebih murah berbanding jenama lain. Bila saya sapukan pada kulit bayi saya terasa lembap sahaja. Lembut di tangan saya dan aroma yang wangi. Setakat ini anak saya sesuai dengan produk ini.
Ayam Brand Coconut Milk
Pekat dan berlemak
Santan UHT Ayam Brand menjadi pilihan saya kerana senang dan mudah di gunakan.Isinya pekat dan berlemak sesuai untuk semua jenis sajian menggunakan santan.Harga mahal Rm0.30 dari santan kara tetapi rasanye yang berlemak membuatkan saya memilih santan UHT dari Syam Brand.
Ramly Beef Burger
Rasa yang enak
kami memilih burger ramly kerana rasanya yang enak dan di jamin halal untuk umat islam. keluarga saya penggemar sphagetti jadi saya gunakan daging burger ramly menggantikan daging cincang yang mahal sedikit berbanding daging burger.Rasanya yang cukup dan enak membuatkan kami menjadi pengguna tegar Ramly Beef Burger.
Ayam Brand Mackerel in Tomato Sauce
perfect
Ayam brand Mackerel in Tomato Sauce ini memang popular di kalangan masyarakat Malaysia.Tambahan ia menjadi makanan wajib ada dalam semua golongan masyarakat.Tidak kiralah brand apa pun mesti ada sekurangnya satu di dapur. saya lebih sukakan rasa ikan makerel ayam brand berbanding sardin kerana saiz yang lebih besar dan rasa yang lebih sedap. keluarga memang sukakannya
Nona Oyster Sauce
Sedap sangat
Saya sekeluarga memang menggunakan Nona oyster Sauce di rumah untuk pelbagai jenis masakan terutama masakan berasaskan seafood. Rasanya yang sedap dan harga nya yang amata berpatutan sesuai untuk di punyai sesisi keluarga.TIdak lengkap jika tiada di rumah. Nona oyster Sauce ini juga mudah di dapati di pasaraya di Pahang.
Diapex Soft Baby Wipes
lembut je
Lapisan kain yang lembut membuatkan kulit anak saya tiada kemerahan. Dapat freegift daripada pembelian lampin pakai buang diapex tape. bagi saya kualitinya ok dan harga pun sangat berpatutan. Sesuai untuk travel dengan anak kecil.
MARIGOLD HL Low Fat Milk
Prefer more on Strawberry Flavour
Saya suka minum susu HL Marigold kerana rasanya sangat sedap. bagi orang yang susah untuk minum susu seperti saya, susu HL Marigold perisa strawberry menjadi pilihan kerana saya tidak rasa hamis susu.