Naturel Organic Spaghetti
Naturel Brown Rice Spaghetti
Ini kali pertama saya mencuba brown rice spaghetti. Kerana mempunyai anak kecik saya lebih berhati-hati memilih makanan. Dengan spaghetti dari naturel ini saya dah tak risau lagi tentang diet yang tak seimbang. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Masak mengikut arahan dan boleh terus di hidang dengan sos pilihan. Rasa spaghetti cuba sedap dan kenyal ??
Jordan Step 1 Toothbrush
Berus gigi pertama.
Rekabentuk berus gigi Jordan Step 1 sangat menarik dengan warna yang cantik memang menarik minat anak kecil saya belajar memberus gigi. Kini masa memberus gigi bukanlah sesuatu yang sukar dengan adanya Jordan Step 1 ini. Berusnya juga lembut memang sesuai untuk anak kecil 0-2tahun. Jenama dipercayai dengan kualiti terbaik. Jordan pilihan saya ?
Jordan Kids Toothpaste Step 1
Jordan toothpaste terbaik! ♥️
Jordan Step1 toothpaste sememangnya pilihan terbaik. Anak saya pengguna setia jenama Jordan kerana tekstur ubat giginya yang berbentuk gel dengan rasa yang buah sedap. Sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana tanpa SLS dan kandungan gula. Tiubnya juga besar dengan harga yang sangat berpatutan. Kini didatangkan dengan maze puzzle game dipenutupnya menang sangat menarik. Terima kasih Jordan kerana melindungi gigi anak saya ?♥️
Skinature by Drypers
Skinature by Drypers Pants ♥️
Skinature by Drypers Pants sangat lembut dan cepat menyerap. Tak seperti kebanyakan pampers dipasaran yang agak panas kerana material yang kurang sesuai dan tak bernafas. Hal ini menyebabkan pampers jenis ini memang tidak sesuai untuk bayi berkulit sensitif dan boleh menyakibatkan iritasi atau ruam lampin. Kini, skinature drypers adalah penyelesaiannya. Dengan Derma-Care Technologynya kini ibu-ibu dah tak perlu risau lagi. Sangat sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif. Kualiti terbaik dengan material lembut luar dalam, ada indicator untuk lihat jika pampers penuh dan didatangkan sekali dengan tape untuk gulung pampers untuk memudahkan kerja membuangnya.
Aisyah pun guna tau. Kini dia bebas meneroka dunia barunya tanpa ibu risau masalah ruam lampin dan kebocoran. Thank you Skinature by Drypers Pants ♥️?
Raffertys Garden – Baby Puree
Rafferty's Garden Baby Pure makanan berkhasiat buat si manja.
Kini ibu dah tak risau lagi jika travel atau tak sempat masak makanan buat Aisyah. Rafferty's Garden makanan berkhasiat terdiri dari campuran buah-buahan atau sayuran tanpa garam tambahan atau gula. Rasanya sangat sedap dan teksturnya yang halus sesuai untuk bayi seawal usia 6bulan.
Didatangkan dalam pouches memang yang sangat mudah digunakan. Bukan anak je teruja, ibu pun sama. Kini kerja ibu lebih mudah dengan Rafferty's Garden Baby Puree ♥️?
Carrie Junior Baby Bath
Sesuai untuk bayi
Baby carrie baby bath terbaru ini mempunyai bauan yang lebih lembut dan sangat sesuai untuk bayi yang baru lahir. Haruman yang berpanjangan serta dari bahan-bahan organik memang menjadi pilihan saya. Kulit anak saya lebih lembut dan lembab dengan baby carrie. Botolnya yang menarik dan berkualiti memang patut dipuji. Sangat berbaloi ❤
Baby Carrie Head to Toe Gentle Wash
Sesuai untuk newborn
Saya tidak memilih jenama carrie junior untuk bayi newborn saya sebelum ini kerana bauannya yang agak kuat. Tapi sejak adanya baby carrie saya tidak perlu lagi memikirkan produk terbaik buat bayi saya. Syampu&Mandian bayi ini memang sangat sesuai untuk bayi kerana kualitinya terbaik dari bahan-bahan semulajadi. Tiada paraben dan bahan berbahaya yang lain. Produk dipercayai dan tidak memedihkan mata bayi.
Carrie Junior Funtime Wipes
Wangi dan tebal
Anak saya sukakannya. Selain packaging yang menarik Carrie Junior funtime wipes juga sangat wangi dan tebal. Bebas alcohol dan paraben sangat sesuai untuk kegunaan kanak-kanak yang aktif seperti anak saya. Kita dengan wipes carrie junior anak saya bebas meneroka dunianya. Melembab serta melindungi kulit anak saya. Bau cheeky cherrynya juga sangat wangi ! ?
Carrie Junior Baby Oil
Minyak serbaguna.
Saya suka Baby Carrie baby oil kerana teksturnya tidak terlalu berminyak dan baunya juga sesuai untuk bayi kerana tidak terlalu wangi. 100% organik dan boleh digunakan tanpa keragunaan. Saya letak di muka dan siku yang agak kering ternyata ia sangat berkesan dan kulit saya kembali ke asal dalam beberapa hari sahaja. Sesuai untuk urutan bayi dan dewasa juga. Packaging baru yang lebih ekslusif dan cantik memang menarik minat saya untuk membelinya.
Carrie Junior Baby Powder
Bedak bayi yang sangat wangi
Carrie Junior memang terkenal dengan harumannya yang tahan lama dan sangat wangi. Anak saya tak sabar nak mandi dan menggunakan bedak. Kini anak saya selesa dan wangi dengan wangian buah sepanjang hari. Bedaknya yang halus dan wangi membuatkan kulit anak saya lebih lembut dan bebas masalah kulit.
Kokko – Chocolate Drink for children
Kokko Mine Jihad, Sedap sekali !
Sebagai peminat minuman berasaskan koko, Kokko Mine Jihad kini dalam minuman pilihan keluarga saya. Setiap pagi, segelas minuman kokko menjadi pilihan kami untuk kekal bertenaga dan bersemangat memulakan aktiviti harian. Sangat sesuai untuk anak kecil kerana ia bebas gluten. Boleh dibancuh panas dan sejuk. Rasanya pekat tetapi kurang manis. Tidak perlu tambah gula mahupun susu. Sedap dan cukup rasa ?✅
Guardian Aloe Vera Gel
Berkesan menghilangkan ruam panas
Saya mudah mengalami ruam dimuka apabila kerap berpeluh kerana terdedah kepada panas matahari. Apabila waktu malam muka saya akan berasa panas dan naik ruam. Dengan aleovera guardian kini semuanya terkawal. Apabila hendak tidur saya akan sapukan aleovera seleruh muka dan kesannya muka akan berasa selesa dan sejuk, ruam hilang keesokan hari.
Hurix’s Sirap Ubat Batuk Gamat & Madu Plus
Saya pilih Hurix's untuk sakit tekak dan batuk ringan.
Jenama dipercayai, kesan terbukti. Hurix's mesti diambil ketika mula berasa tidak selesa pada tekak. Ia melegakan dan tidak mengantuk. Saya sukakannya. Apabila batuk teruk ia kurang berkesan dan perlu mendapatkan nasihat yang lebih pakar.
Hurix’s 600 Fluaway Capsule
Hurix's sangat membantu melegakan selsema
Inilah pilihan saya. Apabila mula bersin dan tidak selesa. Cepat-cepat saya dapatkan Hurix\'s Fluaway. Memang berkesan dan jarang saya mendapatkan rawatan susulan. Sungguh berkesan dan cepat bertindak. Penyelamat saya dan mudah dibawa kemana sahaja kerana kecil dan ringan.
Systema Toothbrush Comfort
Systema berus gigi Terbaik !
Dulu saya sangka berus gigi yang lembut ini tak bersih. Rupanya tanggapan saya salah. Sejak menggunakan systema plak saya sangat berkurangan. Systema mampu memberus celah gigi dengan baik. Kurang sisa makanan yang tertinggal apabila memberus. Semua patut cuba systema.
SAFI BALQIS cleanser
Pilihan saya dari dulu lagi.
Safi memang pilihan saya. Pencuci terbaik, harga murah tapi kesan menakjubkan. Kulit saya bebas jerawat sejak menggunakan safi. Kulit segar dan lembab sentiasa. Jenama dipercayai, kualiti setanding jenama antarabangsa. Terima kasih, Safi. Dari packaging lama, tukar ke baru. Saya tetap memilih safi ??
Fresh & White Extra Cool Mint
Kami sekeluarga sukakannya ❤
Saya dah lama menggunakan Fresh&White. Memang pilihan bijak kerana selain harganya yang mampu milik, ia juga mempunyai kualiti terbaik. Rasa bersih dan segar selepas memberus gigi dan kegunaan jangka masa panjang membuatkan gigi saya lebih putih.
Carrie Junior Baby Hair & Body Wash
Wangi sangat
Anak saya tak sabar menunggu waktu mandi. Selain boleh bermain dengan buih yang banyak carrie junior juga mempunyai bauan yang sangat wangi. Tidak memedihkan mata dan sangat sesuai untuk badan seluruhnya. Pilihan kami sekeluarga.
Sunsilk Lively Clean & Fresh Conditioner
Rambut segar dan lembut
Kegunaan conditioner menjadikan rambut lembut dan akar lebih sihat dan kuat. Selepas menggunakan syampu saya akan menggunakan conditioner untuk yang lebih terurus dan cantik. Penggunaan berterusan membuatkan rambut saya lebih bersinar dan bermaya. Baunya juga wangi dengan botol yang menarik.
Fiffy Baby Liquid Cleanser
Fiffy Baby Liquid Cleanser harga mampu milik
Fiffy Baby Liquid didatangkan dengan 3 variasi untuk si kecil. Lebih murah dan selamat. Memudahkan urusan membersihkan buah-buah dan sayuran serta botol buat si manja tanpa perlu risau bahan kimia berbahaya dan bau yang kurang menyenangkan kerana terlalu wangi. Kotoran mudah tanggal, tidak melekit dan bersih. Cecair fiffy cleanser lebih cair berbanding pencuci botol bayi di pasaran tetapi kualitinya tetap terbaik dengan harga jauh lebih menjimatkan. Pilihan saya kini tentulah FIFFY ! ❤️👍