AJI-SHIO® Flavoured Pepper
Penyedap makanan
Sentiasa diletakkan dalam setiap masakan saya walaupun sup. Apatah lagi ketika saya masak burger atau sekadar telur dadar. Perkara yang wajib ada di dapur setiap rumah.
Alif Cooking Oil
Pilihan Utama
Kami sentiasa menggunakan Alif botol besar dirumah kerana murah dan minyaknya yang sesuai untuk goreng dan masak. Yang penting dijamin halal dan suci. Jika pulang kekampung Alif juga menjadi pilihan.
Lactokid GROWPLUS
Susu pilihan untuk ibu diluar sana
Susu pilihan anak saya. Alhamdulillah sistem pencernaan anak saya baik dan memberi sokongan yang terbaik dalam perkembangan anak saya yang semakin ligat dalam explore dunia baru. yang penting berat badan dia tetap ideal dengan perkembangan dia.
Shokubutsu Sakura Whitening
pilihan suami
Sabun ni bukan saja saya pakai malah suami saya suka pakai kerana bau dia yang sangat wangi dan lembut pada kulit. Bau dia yang menyenangkan membuatkan suami saya hilang segala kepenatan selepas seharian kerja diluar.
Carrie Junior Baby Hair & Body Wash
Pilihan turun temurun.
Bau wangi. Senang kerana khas untuk semua rambut dan badan. tidak pedihkan mata anak anda dan lembut pada kulit. Paling suka anda mainan misteri dibelakang botol mandi.
Safi Shayla Anti Dandruff Shampoo
Kulit Kepala tiada lagi kelemumur
Saya telah menggunakan pelbagai produk untuk hilangkan kelemumur. Safi shayla adalah antara yang terbaik. Kelemumur saya semakin hilang dan kulit kepala tiada lagi rasa gatal. Guna sekali dengan Hair conditioner safi shayla untuk mengekalkan kelembapan rambut anda.
Safi Hair Conditioner
Perapi rambut terbaik.
Jika anda menggunakan syampu safi shayla. Wajib anda beli sekali hair conditioner safi shayla. Melembutkan dan mengharumkan rambut anda sepanjang masa. Ini antara yang penting dalam penjagaan rambut saya.
Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce
Pilihan keluarga sejak dari dahulu
Pilihan keluarga saya, bak kata mak takde cap ayam jangan beli. Mak suka makan mentah just letak cili padi, hirisan halus bawang merah kecil dan perahan limau nipis. Memang Umphhh!! sekarang keluarga kecil saya pulak sambung legasi. Antara barang wajib yang ada dalam dapur. Sedap jugak buat gulai tempoyak sardin. Cubalah!!!
Ramly Beef Burger
Selamanya dengan Ramly
Inilah daging burger lembu pilihan saya sejak dari kecil sehingga sekarang. Dan sentiasa akan menjadi double daging burger saya dan sekarang keluarga saya.
AYAMAS Crispy Nuggets
THE BEST CHOICE
kami sekeluarga selalu beli pelbagai jenis nugget. Tapi hanya ini yang kami rasakan paling terbaik. Rangup diluar dan padat dengan isi di dalam. Paling penting menjadi pilihan anak kami. Memang berbaloi kalau beli.
Adabi Banana Fritter Batter Mix (Tepung Goreng Pisang)
Pisang semakin rangup dan sedap
sejak dari dulu lagi jadi pilihan nenek dan mak saya. Pisang menjadi rangup dan enak dimakan. Lebihan tepung dimasak menjadi rebutan kami adik beradik. Sedap walaupun belum digoreng. hehehe. Cuba pasti anda akan terbayang kelazatannya.