Banana Boat
Melindungi Daripada Sunburn vs Tekstur Melekit
Apa yang saya suka:
1. Berkesan untuk mengurangkan rasa pedih akibat sunburn
2. Berkesan untuk mengelakkan muka dan tangan kering
3. Bau yang sedap
Apa yang saya tak suka:
1. Teksturnya yang agak melekit
Saya suka pakai Babana Boat Sunscreen kerana ia dapat melindungi kulit saya daripada pedih terkena sunburn cuma saya tidak selesa dengan tekstur nya yang melekit
Aiken Intensive Care Cracked Heel Cream
Berkesan Melembutkan vs Bau Kurang Menyenangkan
No reviews yet
Apa yang saya suka:
1. Berkesan untuk melembutkan bahagian tapak kaki yang kering dan merekah
Apa yang saya tak suka:
1. Bau yang kurang menyenangkan
Heel cream ini memang berkesan untuk melembutkan bahagian tapak kaki yang kering dan merekah tapi saya kurang suka dengan baunya yang agak tidak menyenangkan
Himalaya’s Purifying Neem Face Wash
Mudah Dibilas vs Bau Kurang Menyenangkan
No reviews yet
Apa yang saya suka:
1. Tekstur yang lembut
2. Mudah dibilas
3. Berbuih secukupnya
Apa yang saya tidak suka:
1. Bau kurang menyenangkan
Saya jarang-jarang menggunakan face wash Himalayan ini tapi saya suka kerana teksturnya yang lembut, mudah dibilas tapi mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
Palmer’s Cocoa Butter Formula Scar Serum
Tekstur Tidak Berminyak vs Tidak Berkesan Untuk Parut Lama
Apa yang saya suka:
1. Tiada bau
2. Tekstur tidak berminyak
Apa yang saya tidak suka:
1. Kurang berkesan untuk saya. Parut besar dan lama sukar dihilangkan
Saya menggunakan scar serum ini agak lama tapi sukar untuk menghilangkan parut-parut yang besar, dalam dan yang lama.
KOTEX® Overnight Wing
Lebih Panjang vs Menyebabkan Kerengsaan
Apa yang saya suka:
1. Tahan lama dan tidak bocor
2. Lebih panjang untuk mengelakkan bocor di bahagian belakang punggung
Apa yang saya tidak suka:
1. Tidak sesuai dengan saya kerana say amengalami kerengsaan setiap kali memakai brand Kotex
2. Bahagian dalam yang kurang lembut
Saya sudah tidak memakai brand Kotex kerana tidak sesuai dengan kulit
Kotex Slim Regular Flow
Nipis vs Mengakibatkan Kerengsaan
No reviews yet
Apa yang saya suka:
1. Nipis dan tidak menggelebeh
2. Tahan agak lama untuk pengaliran biasa (3 4 jam)
Apa yang saya tidak suka:
1. Tidak selesa kerana apabila pakai Kotex, saya mengalami kerengsaan
2. Bahagian dalam yang kurang selesa
Saya sudah tidak pakai brand Kotex kerana tidak seusia dengan kulit saya.
Bonjela For Teething and Mouth Ulser
Packaging Sesuai vs Tidak Berkesan
Apa yang saya suka:
1. Rasa berangin
2. Packaging dalam bentuk tiub yang mudah digunakan
Apa yang saya tak suka:
1. Kurang berkesan bila disapu
2. Rasa pedih yang agak kuat
Overall, saya tidak lagi menggunakan bonjela kerana kurang berkesan kepada saya. Saya lebih selesa menggunakan cara semula jadi iaitu menggunakan garam
Yakult Health Drink
Rasa Sedap vs Harga Mahal
Apa yang saya suka:
1. Rasa masam masam manis yang sedap
2. Sesuai untuk kanak-kanak setahun ke atas dan ahli keluarga yang lain
3. Botol kecil mudah dibawa
4. Tiada pewarna
Apa yang saya tak suka:
1. Harga agak mahal
Saya agak kurang minum Yakult kerana saya rasa harganya agak tidak berbaloi untuk kuantiti yang diberikan
Dettol Instant Hand Sanitizer
Mudah Digunakan vs Tekstur Melekit
Apa yang saya suka:
1. Mudah untuk dibawa
2. Tidak tumpah dengan packaging botol penutup bersambung
3. Mudah untuk digunakan
Apa yang saya tak suka:
1. Tekstur melekit
Overall, saya tidak begitu suka menggunakan hand sanitizer kerana teksturnya yang agak melekit terutamanya apabila tangan saya berpeluh
The Frutzee Family Crispy Grapes
Rasa Buah Asli vs Keranggupan Cepat Hilang
Apa yang saya suka:
1. 100% semulajadi kecuali perisa straberi kerana ada tambahan gula sebanyak 2%
2. Ranggup dan sedap
3, Rasa buah yang asli
4. Sesuai dimakan untuk kanak-kanak atas 1 tahun dan ahli keluarga yang lain
Apa yang saya tak suka:
1. Tidak tahan lama kerana apabila dalam 10 minit berada di luar, snek ini akan hilang kerangupan
Overall, saya suka dengan rasa asli buah-buahannya tetapi saya kurang gemar bila snek ini sudah terdedah lama (dalam 10 minit) kepada udara, keranggupan snek ini hilang, Snek menjadi lembik dan tidak begitu sedap.
Charlie Banana One Size Diaper
Penjimatan vs Kebocoran
Apa yang saya suka:
1. Pilihan corak dan warna yang menarik
2. Penjimatan yang bagus
Apa yang saya tak suka:
1. Tak tahan lama lebih-lebih lagi apabila anak buang air besar. Kemungkinan untuk bocor di celah peha adalah tinggi
2. Sukar untuk dibilas apabila ada najis anak
3. Inserts tidak tahan lama (pemakaian lebih setahun)
Kerana saya seoran gsuri rumah, waktu siang memang saya pakai CD untuk anak. Masalahnya cuma bila sudah terlalu lama pakai, insert jadi haus dan tidak begitu berkesan untuk menyerap najis bayi. Tetapi saya suka dengna penggunaan CD ini, saya dapat jimat duit pampers dengan banyak
Pigeon Baby Wipes
Bau Segar vs Packaging Kurang Berkualiti
No reviews yet
Apa yang saya suka:
1. Saiz baby wipes yang selesa untuk digunakan, tak terlalu besar dan tak terlalu kecil
2. Kelembapan baby wipes yang sesuai, tak terlalu basah dan tak terlalu kering
3. Bau yang segar dan tidak terlalu kuat
4. Kandungan bahan yang tidak melaratkan kulit bayi
Apa yang saya tak suka:
1. Packaging dengan pembuka plastik yang kurang tahan lama
Saya paling suka Pigeon baby wipes kerana ia tiada bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit bayi dan baunya yang kurang kuat. Tahap kelembapan baby wipes juga memuaskan.
PetPet Disposable Baby Diaper
Mudah Dipakai vs Kualiti Kurang Bagus
Apa yang saya suka:
1. Tahan agak lama (dalam 4 5 jam)
2. Mudah dipakaikan kepada bayi
3. Tidak mendatangkan kerengsaan/ruam kepada anak saya
Apa yang saya tak suka:
1. Kadang kala saya dapat pampers yang kurang sempurna seperti tercabut pelekat atau pelekat tidak kuat
2. Bahagian dalam yang kurang lembut
Bila keluar berjalan-jalan, saya akan menggunakan Pet Pet kerana senang untuk ditukar jika basah. Overall, saya suka jenama Pet Pet sebab jenama ini antara jenama yang paling lama saya pakaikan untuk anak dan dia selesa.
Johnson’s skincare baby wipes
Tekstur Lembut vs Bau Wangi Yang Agak Kuat
Apa yang saya suka:
1. Bekas plastik dengan penutup plastik yang tahan lasak
2. Tidak menyebabkan kerengsaan
3. Tekstur wipes yang lembut dan cukup basah untuk membersihkan kekotoran
Apa yang saya tak suka:
1. Baunya agak kuat. Memang wangi tapi saya kurang selesa dengan baby wipes yang ada fragrance
Sejujurnya saya sekarang menggunakan baby wipes hanya apabila saya keluar dengan anak dan tiada air di ketika menukar pampers anak. Selain daripada itu, saya tidak akan gunakan pada kulit anak. Saya selalu menggunakan baby wipes untuk membersihkan kawasan baby dan kekotoran seperti makanan tumpah.
Fiffy Baby Wear
Berkualiti vs Tidak Banyak Design
Apa yang saya suka:
1. Saiznya agak besar berbanding beberapa jenama yang lain (comparison dengan S, M dan L dengan jenama lain)
2. Pakaiannya selesa, berkualiti dan tidak mudah rosak
3. Mudah didapati di mana-mana pasaraya dengan harga yang berpatutan
Apa yang saya tak suka:
1. Tak banyak pilihan design. Hampir kesemuanya design yang lebih kurang sama
Overall, saya suka dengan pakaian bayi brand Fiffy. Walaupun desginnya hampir semua sama tapi kualiti kainnya memang berpatutan dengan harga.
Kodomo Lion Toothpaste
Perisa Yang Sedap
Apa yang saya suka:
1. Baunya yang sedap (sedang menggunakan perisa oren).
2. Selamat walaupun ditelan sebab budak-budak kecil susah nak kawal lagi cara memberus gigi.
Apa yang saya tak suka:
Tiada
Overall, saya suka Kodomo Lion toothpaste. Ini adalah jenama pertama yang saya berikan untuk anak saya. Buat masa sekarang, dia menggunakannya setiap pagi dan malam. Tiada masalah.
Johnson’s baby bath
Bau Lembut vs Sukar Dibilas
Apa yang saya suka:
1. Bau lembut sesuai untuk bayi
2. Sesuai dipakai oleh semua ahli keluarga
Apa yang saya tak suka:
1. Sukar dibilas kerana setiap kali bilas, masih ada sisa-sisa sabun dan rasa melekit
Overall, saya suka dengan bau yang lembut dan boleh dipakai oleh setiap ahli keluarga tapi saya telah bertukar ke jenama yang lain disebabkan oleh kesukaran untuk membilas.
JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash
Bau Segar vs Sukar Dibilas
No reviews yet
Apa yang saya suka:
1. Bau mandian Johnson Baby ini memang segar.
2. Sabun mandian ini boleh dipakai oleh semua ahli keluarga
3. Sesuai untuk dipakai sebagai syampoo dan juga sabun
Apa yang saya tak suka:
1. Apabila dibilas, rasa di badan masih melekit dengan sabun.
Overall, saya suka dengan bau segar Baby Johnson Top to toe tapi saya tak kekal dengannya kerana sukar dibilas.
MamyPoko Air Fit
Lembut dan Nipis vs Mahal dan Sukar Untuk Disarung
No reviews yet
Apa yang saya suka:
- Nipis dan tak nampak gelebeh bila anka pakai..
- Lembut pada bahagian dalaman dan selesa.
- Tahan lama dan tidak mudah bocor..
- Ada penanda tahap kebasahan pants. Jika penanda sudah berubah warna, dah boleh tahu sampai masa untuk tukar diapers.
Apa yang saya tak suka
- Harga agak mahal.
- Untuk pertama kali pakai diapers jenis pants begini, agak susah untuk sarungkan pada anak.
Overall, saya puas hati dengan kualiti Mamypoko Air Fit Pants ini walaupun harganya agak mahal
Fiffy Baby Gift Set
Berkualiti vs Kurang Pilihan Design
Apa yang saya suka:
1. Pilihan warna yang sesuai mengikut jantina
2. Kain jenis berkualiti dan tahan lama
Apa yang saya tak suka:
1. Design dan pattern yang sama
Saya suka pakaian bayi daripada Fiffy sebab kualitinya memang bagus cuma untuk newborn pilihan designnye kurang variasi