Polident 5-Minute Anti-Bacterial Denture Cleanser Tablets
sangat membantu and disyorkan
polident 5 minute anti bacterial denture cleanser tablets mampu membunuh lebih banyak kotoran pada gigi berbanding ubat gigi biasa.ia juga membantu mengekalkan warna asli gigi dan mampu membunuh 99.9% bakteria dalam mulut. selain itu ia mampu mengurangkan plak pada gigi dan menyingkirkan kotoran degil. ia sangat sangat disyorkan.
Bio-Essence 24K Rose Gold Water
awesome product
bio essence 24k rose gold water sangat membantu ibu saya. ibu saya mempunyai masalah jeragat yang agak teruk tetapi masalah jeragattnya semakin berkurangan selepas menggunakan this product. saya telah menghadiahkan kepada ibu saya setelah banyak kali mendengar rungutan masalah yang dihadapinya dan atas saranan kawan saya saya membelinya dan syukur ia sangat membantu. saya sangat berpuas hati. walaupun harganya agak mahal tapi sangat berbaloi.
Watsons Tea Tree & Witch Hazel Scented Gel Hand Soap 500ml
very cheap
i have bought this product a month ago and really really love it. it smell very nice and the price very cheap. i love it.
Head & Shoulder Cool Menthol Shampoo
anti dandruff
head and shoulder cool menthol shampoo merupakan syampu kegemaran ibu saya. beliau sangat gemar menggunakan shampu head and shoulder kerana banyak membantu mengurangkan kelumumur dan menghilangkan rasa gatal pada kulit kepala. ia juga sangat wangi menyegarkan dan wangi. saya tidak begitu menggemari ia kerana baunya yang sangat kuat.
Ellgy Plus Cracked Heel Cream
sangat membantu masalah kulit kaki merekah
krim kaki ellgy plus sangat membantu bagi memulihkan masalah kaki merekah saya. saya sangat berpuas hati dengan kualiti produk ini. ia mampu menyelesaikan masalah kaki saya kurang daripada 2 minggu. selain itu kulit kaki saya juga menjadi lembut dan halus malah tidak lagi kaki saya kasar dan menggelupas.
Innisfree The Green Tea Seed Eye Cream
very recomended
saya sangat gemarkan krim mata innisfree ini kerana ia menggunakan bahan semulajadi. dengan ekstrak teh hijau ia membuatkan lembut dan menghalang daripada garis-garis di sekitar mata saya wujud. ia juga mampu mengurangkan 'mata panda' saya. saya lebih prefer travel size kerana senang untuk dibawa kemana-mana.
ANTABAX Antibacterial Shower Cream
sangat menyegarkan
antabax antibacterial shower cream cool merupakan pilihan saya sekeluarga kerana sangat menyegarkan selepas menggunakannya tambahan lagi cuaca sekarang yang agak panas. ia membuat kami sekeluarga amat selesa dan nyaman tanpa rasa rimas dengan cuaca. baunya juga sangat wangi serta ia juga sentiasa memastikan kami terlindung dengan bacteria yang berbahaya
Bausch + Lomb Lacelle Jewel
love it
warnanya sangat cantik. mata saya tidak pedih bila menggunakannya malah selesa. ia juga terdapat pelbagai pilihan yang menarik dan colourful. harga sangat berpatutan.
VEET Rasera Aloe Vera
the best hair removal ever
i l;ove it very much. it make me more confident and it very suitablefor all type of skin. although i have a sensitive skin but it not make my skin irritate or burning.
Himalaya Gentle Exfoliating Walnut Scrub
i love it
saya sangat menyukai walnut scrub kerana ia lembut di muka dan tidak menyebabkan irritate kepada kulit. ia membuat kulit saya menjadi lembut selepas menggunakannya dan bau walnut scrub sangat wangi. Ia sesuai untuk semua kulit termasuk kulit sensitif
Mamee Mister Potato
snek pilihan
mamee mister potato merupakan salah satu snek kegemaran saya. hot and spicy merupakan flavour kegemaran saya. sesuai dinikmati ketika menonton tv,masa terluang dan bila-bila masa sahaja.ia boleh didapati dan harganya sangat berpatutan.tetapi kandungan msg yang terdapat didalamnya agak tinggi dan tidak elok untuk kesihatan.
Boh Cameron Highlands Tea
teh bermutu tinggi
saya sangat sukakan aroma yang sangat wangi dan segar dari teh boh cameron highlands. selain itu, ia juga tiada pewarna tambahan yang membuat saya yakin dan menjadikan teh boh cameron highlands sebagai pilihan.
Ramly Chicken Frankfurter
my first choice
sosej ayam ramly memang menjadi pilihan kami sekeluarga kerana rasanya yang sangat enak dan mudah disediakan. ia juga sesuai untuk dimakan oleh semua peringkat umur serta harga yang sangat berpatutan.Ia sesuai untuk dimakan bila-bila masa dan dimana sahaja.Ia juga boleh disediakan dalam pelbagai kaedah. saya sering menggunakan sosej ayam ramly untuk menyediakan roti gulung.
Adabi Turmeric Powder Blended
senang dan asli
saya memilih serbuk kunyit adabi dalam masakan saya terutama bagi menggoreng ikan dan ayam. dengan adanya serbuk kunyit adabi saya xperlu bersusah payah menumbuk kunyit untuk dilumurkan di ayam atau ikan. warnanya sangat cantik dan rasanya asli.
Maggi Seasoning
Penambah kesedapan makanan
Saya memilih maggi seasoning sebagai penambah perisa dalam makana saya terutama dalam perapan ayam, untuk membuat burger homemade dan sbgainya. Rasanya yang tidak pedas membolehkan kanak2 memakannya. Ia menyeimbangkan lagi rasa dalam masakan saya dan menambahkan lagi kelazatan makanan saya. Ia merupakan salah satu penambah perisa kesukaan saya.
Adabi Banana Fritter Batter Mix (Tepung Goreng Pisang)
Mudah,simple dan lazat
Saya merupakan penggemar tegar pisang goreng dan sudah semestinya tepung goreng pisang adabi menjadi pilihan saya.
Ia sangat mudah untuk disediakan kerana hanya perlu tambahkan air. Ia juga membuatkan goreng pisang saya lbh lazat dan rangup. Dengan menggunakan tepung goreng pisang adabi saya dapat menjimatkan masa saya untuk bersama keluarga. Harganya sangat murah dan boleh didapati di pasaraya atau kedai.
Ayam Brand Coconut Milk
pekat dan tida perasa tambahan
Saya sering menggunakan santan dari ayam branddan mnjadi pilihan saya kerana ia pekat dan tidak mengandungi pewarna dan perasa tambahan. ia sangat asli dan fresh.ia menjadi pilihan saya untuk menyediakan rendang, gulai lemak dan sebagainya. harganya sangat berpatutan serta senang untuk digunakan serta menjimatkan masa.
Nagano Whitening Day Cream
memudarkan kesan jerawat
Saya baru sahaja mencuba nagano whitening day cream dan saya dapati ia agak sesuai untuk saya. walaupun ia kurang meresap dan sedikit agak berat tetapi ia mampu membantu mengatasi masalah kesan jerawat saya. selepas menggunakan hampir 2 minggu, saya dapati kesan jerawat saya semakin pudar.
Offspring Baby Wipes
selamat untuk bayi dan bebas bahan kimia
Saya sangat mengesyorkan offspring baby wipes kerana ia selamat untuk bayi. ini kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk kulit bayi yang sangat sensitif. Baunya natural dan tidak mengandungi alcohol.Ia diperbuat daripada bahan yang mesra alam dan tidak menyebabkan ruam kerana teksturnya yang sangat lembut.
Victoria’s Secret Secret Escape Body Mist
sangat wangi dan long lasting
victoria secret body mist merupakan body mist favourite saya kerana baunya sangat sangat wangi dan mampu tahan lama. sangat berpatutan dengan harga.