uniqo Chia Seed Powder
Membantu untuk menurunkan berat badan
Chia Seed ini dalam bentuk serbuk, jadi senang nak bancuh.Tapi rasanya saya kurang suka..hehe..tetapi memandangkan khasiat yang terkandung dalam chia seed ini saya ambil alternatif dngan mencampurnya ke dalam jus buah.Harga mampu milik.
Cadbury Dairy Milk
coklat kegemaran
Coklat nombor satu pilihan saya.rasa sedap cair dimulut.Kalau stress je beli coklat ini..bolehlah melegkan stress..hehe
Planta Margarine Multi-purpose
Pelbagai guna
Wajib ada dirumah,bukan sahaja boleh di makan begitu sahaja dengan roti tetapi banyak kegunaan lain seperti dalam membuat kuih kek dan sebagainya.Rasanya juga sungguh lazat.
Mentos Roll
Hilangkan mengantuk
Setiap kali bila balik kampung saya akan pastikan membeli mentos roll ini untukmengurangkan rasa mengantuk..sebab ada benda boleh dikunyah selain rasanya yang sedap dan boleh menyegarkan bau nafas saya.
Nutella Hazelnut Spread
Rasanya sangat sedap
Saya suka makan dengan roti,memang sedap.Kami 1 keluarga memang peminat setia jenama nutella ini.Selain itu banyak juga resepi kuih ke kek boleh buat dengan nutella ini.Tetapi harganya agak mahal.
Quaker Oatmeal Instant
Sesuai untuk diet
Senaang,cepat serta mudah di masak.Boleh dijadikan sarapan pagi atau malam.Kalau nak berdiet memang sangat sesuai.
Nestle Koko Crunch
Menu sarapan anak-anak
Anak-anak saya kadang-kadang tak nak makan sarapan jadi saya sediakan koko crunch untuk mereka makan dan mereka sangat sukakannya.Koko krunch ini bukan sahaja anak-anak suka malahan orang dewasa pun sukakannya.Sedap rangup rasa coklat dia..memang saya sendiri pun sukakannya.
Gardenia Original Classic
Roti pilihan anak-anak
Roti gardenia ini memang wajib ada dekat rumah,kalau tak sempat nak masak sarapan,makan roti ini je dan boleh mengenyangkan sehingga makan tengah hari.Antara lainnya adalah ia senang dan mudah disediakan.
MAGGI® 2-Minute Noodles Kari
Makan ketika demam
Maggi kari ini saya suka makan ketika demam,yelah bila demam selera makan pun kurang.Jadi saya masak maggi nie sahaja.simple yang penting boleh mengenyangkan perut.Selain daripada itu kalau boring makan mee kari,macam-macam menu boleh buat seperti murtabak maggi kari..memang sedap.
Mom More Milk Super Pumping Lactation Brownies
Rasa yang sedap
Pernah cuba untuk memperbanyakkan susu,tapi kurang berhasil untuk saya.Mungkin juga saya tidak konsisten meminumnya.Ibu-ibu diluar sana yang breasfeeding boleh cuba,mungkin setiap orang lain resultnya.Rasanya not bad sedap je minum.Harga bagi saya masih lagi harga mampu milik.
Massimo Bread with Wheat Germ
Mengenyangkan dan sesuai untuk diet
Saya memang berdiet dan roti massimo ni termasuk dalammenu diet saya kerana ianya penuh dengan serat dan mengenyangkan.Bila makan roti ini kurang berasa lapar.Untuk yang ada masalah gastrik macam saya pun saya syor ambil untuk sarapan.
Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce
Sedap
Memang sardin ayam brand menjadi pilihan saya sebab harga yang berpatutan,rasanya yang sedap,isi ikannya pun sedap serta tidak berbau hanyir.
Johnson’s Body Care 24 Hour Lasting Moisture Body Lotion
Kulit selembut bayi
Bagi sesiapa yang mencari losyen badan ringan yang digunakan dengan mudah dan cepat diserap oleh kulit, saya mencadangkan Losyen Badan Moisture 24 jam Johnson. Harga murah, ia pasti bernilai mencuba.kesan pelembab ini mampu bertahan lama.
Palmolive Aroma Therapy Shower Gel Sensual
Mandian gel yang bagus
Wangian mandian yang mengandungi minyak pati Jasmine dan Rose.Bila guna masa mandi boleh menjadi aromaterapi pada badan serta untuk menjaga kesihatan kulit.Harga pun murah.
Shokubutsu Sakura Whitening
Melembutkan kulit
Saya suka beli shokubtsu sakura whitening yang refill pack ini kerana isiannya lebih banyak dan harganya jauh lebih murah.selain itu bau wangian sakura pada sabun ini sangat best.Badan lebih segar dan nyaman lepas guna sabun ini.
Aiken Medicated Talcum
Atasi masalah kulit
Membantu menghalang dan menghilangkan haba panas, ruam kulit, bau badan, ketidakselesaan kaki, harga pun murah.Bagi mereka yang ada masalah kulit bolehlah mencuba bedak ini
Lifebuoy Mild Care Body Wash
Sesuai untuk kulit sensitif
Saya ada masalah kulit sensitif dan telah mencuba Lifebuoy Mild Body Wash ini kerana ianya mengandungi kebaikan krim susu dan oat dan menjadikan menjadikan kulit saya berasa lembut dan licin. Ia mengandungi bahan perlindungan kuman maju, Activ Naturol Shield, untuk melawan 10 masalah menyebabkan kuman.Sayasangat sukakannya kerana tidak perlu risau lagi dengan masalah kulit saya
NIVEA In Shower Intensive Skin Conditioner
Melembapkan kulit kering
Kondisioner Kulit Intensif Nivea In-Shower ini memang berkesan dalam melembapkan kulit kering asalkan menggunakannya secara konsisten.Saya ada masalah kulit kering dan telah mencubanya dalam beberapa minggu dan nampak perubahannya.Hasilnya kulit kering semakin berkurangan malahan kulit makin licin dan lembut.Harga mampu milik dan berbaloi untuk membelinya.
Dettol Body Wash Skincare
Rasa nyaman dan fresh
Suami saya menggunakan sabun ini.Sabun mandian Dettol ini sesuai sangat guna lepas melakukan aktiviti diluar.Tidak perlu risau kerana sabun dettol ini memberikan perlindungan daripada kuman.Lepas guna sabun ini kulit rasa lebih lembut serta dapat memberikan perlindungan kepada kulit.
MAGGI® Chicken Stock Cube
wajib ada
Maggi chicken stock cube ini wajib ada didapur kerana saya suka masak yang berasaskan sup jadi saya hanya tambah chickn stock cube sahaja dalam sup saya.simple dan mudah yang penting ianya dapat melazatkan sup saya.Anak-anak pun suka dengan rasanya.