MamyPoko Air Fit
MamyPoko Air Fit selesa.
Bila sarungkan pada anak saudara, nampak mereka suka dan selesa. Selalu mereka sendiri yang suruh pakaikan dan takde la lari-lari sebab tak nak pakai. Memang tahan lama sebab tak mudah bocor. Cuma harganya agak mahal dan kena fikir banyak kali juga la kalau nak beli. Secara keseluruhannya memang ia MamyPoko Air Fit bagus.
Drypers Wee Wee Dry Disposable Diaper
Drypers WeeWee Dry Disposable Diaper Berbaloi untuk dimiliki.
Drypers WeeWee Dry Disposable Diaper bagus dipakai oleh anak-anak sebab ianya selesa. Anak saudara pun memang menggunakannya. Apa yang best ialah nak pakai pun senang dan tahan lama. Walaupun anak-anak ni lasak tapi ia tidak mudah bocor dan menyerap dengan baik. Nak beli mudah je, ada di mana-mana.
Chewies Multivitamin
Chewies Multivitamin Pelbagai Perisa.
Chewies Multivitaminmemang jadi favourite sebab ada pelbagai perisa. My niece makan macam gula-gula. Asyik nak kunyah je dia bila nampak botol ni di almari. Tapi tak bimbang sebab ia baik untuk kesihatan kanak-kanak terutamanya dan mudah dihadam.
Appeton Multivitamin Plus Infant Drops
Appeton Multivitamin Plus Infant Drops terbaik.
Produk appeton tidak asing lagi di Malaysia. Elok untuk kesihatan dari kanak-kanak hingga dewasa dan Appeton Multivitamin Plus Infant Drops baik untuk tulanag dan gigi. Bagus sebagai makanan tambahan pada masa yang sama dapat elak penyakit.
Fiffy Baby Gift Set
Fiffy Baby Gift Set Exclusive.
Pernah beli baby set ni untuk kakak ipar yang baru dapat baby. Fiffy Baby Gift Set ni ada macam-macam design yang sangat menarik dan packaging pun eksklusif. Harga berpatutan. Kalau nak dapatkan pun mudah sebab ada jual dimana-mana mall.
Gifts from Heaven Gym Mat
Produk kanak-kanak yang selamat.
My niece ada mat ni. Seronok letak baby di situ dan main dengan mereka. Kalau baby seorang pun dia leka dengan mainan yang bergantung and tak la selalu menangis. Boleh mudahkan mak ayah juga.
PediaSure Children Growing Up Milk
PediaSure Children Growing Up Milk elok untuk tumbesaran anak-anak.
PediaSure Children Growing Up Milk ni memang makin popular. Protein, vitamin dan mineral yang terkandung dalam susu ni elok untuk tumbesaran anak-anak. Cuba dulu baru nampak kesannya. Rasanya jika dipelbagaikan perisa akan lebih baik dan anak-anak boleh memilih perisa yang mereka gemari.
Aiken Medicated Talcum
Aiken Medicated Talcum untuk hilangkan ruam.
Pakai Aiken Medicated Talcum ni untuk kulit ruam dan kering. Ambil masa juga tapi lama-lama akan nampak yang kulit tu makin elok. Semua peringkat umur boleh pakai dan masa opah sakit dulu pun bila badan dia kering and penuh ruam, kami guna bedak ni. Nampak perubahan sikit.
Marine Essence Bamboo Salt (Body Wash)
Marine Essence Body Wash Menyegarkan.
Marine Essence Body Wash ni lebih kurang sama macam Marine Essence Beauty Bar..Cuma yang bezanya dalam bentuk liquid dan yang paling best tu bau dia lagi wangi. Memang rasa relax je masa mandi tu. Elok untuk kulit yang kering.
Marine Essence Beauty Bar
Marine Essence Beauty Bar Pulihkan Kulit.
Sesiapa yang kulit berjerawat atau tona kulit tidak sekata, elok cuba Marine Essence Beauty Bar. Harganya berpatutan dan mampu milik. Produk ini juga sesuai untuk baby dan kanak-kanak yang ada EKZEMA, GATAL-GATAL & RUAM. Dah cuba memang berkesan.
Nestle Cerelac® Infant Cereal Wheat & Honey
Makanan bayi berasaskan madu dan gandum.
Walaupun ini makanan bayi, saya juga menggemarinya. Bayi mudah nak makan kerana teksturnya lembut dan mudah untuk ditelan. Jadi tidak perlu risau untuk memberi anak saudara saya makan nestle cerelac ini. Rasanya juga tidak terlalu manis walaupun mengandungi madu.
KOTEX® Overnight Wing
Kotex Kegemaran sepanjang masa.
Walaupun dah macam-macam jenis pad dan jenama yang ada sekarang, saya tetap setia dengan kotex. Saya selesa apabila memakainya dan serapannya sangat baik. Amat sukar untuk pad jenama lain menarik hati saya seperti kotex. Kotex pilihan saya sejak hari pertama hingga kini.
Fiffy Baby Wear
Fiffy Baby Wear pakaian berkualiti.
Fiffy Baby Wear antara jenama pakaian bayi yang berkualiti. Kalau mencari baju baby, memang saya akan cari yang selesa kerana bayi yang masih kecil amat memerlukan keselesaan. Tak boleh terlalu panas atau sejuk. Disebabkan itu jenis kain dari Fiffy baby wear ini menjadi pilihan.
Dettol Instant Hand Sanitizer
Dettol Instant Hand Sanitizer mudah dibawa ke mana sahaja.
Dettol Instant Hand Sanitizer ni amat baik untuk membunuh kuman secara cepat tanpa air dan sabun. Lepas pakai je tangan akan rasa segar. Baunya ok cuma mungkin lagi seronok jika baunya lebih wangi. Dettol ini juga senang untuk dibawa kemana sahaja sebab ianya ringan dan kecil
Yakult Health Drink
YAKULT MINUMAN SUSU KULTUR TERBAIK
No reviews yet
Yakult antara minuman pilihan keluarga kerana rasanya yang asli dan tidak menggunakan pewarna. Ia minuman yang sangat baik untuk sistem penghadaman dan saiznya yang kecil memudahkan saya untuk membawanya ke mana sahaja.
Masa saya menaip review ini pun, masih ada yakult dalam peti ais :D
Kodomo Lion Toothpaste
Ubat gigi kanak-kanak terbaik !
Komodo lion ni sejak kecil saya guna. Pergi kedai je wajib cari kodomo lion sebabnya ada macam-macam perisa. Semuanya perisa buah-buahan. Anak saudara saya pun peminat kodomo lion. Design menarik sebab tu kanak-kanak suka nak pakai and tidak perlu paksa mereka untuk gosok gigi. Lebih baik kalau lembutkan sikit tekstur ubat gigi ni.
Carrie Junior Baby Oil
Carrie Junior Baby Oil pelbagai guna.
Carrie Junior Baby Oil ni bagus untuk kulit. Ia buat kulit lebih lembut dan halus and lagi seronok kalau beli ni, bukan bayi dan kanak-kanak je boleh pakai, orang dewasa pun boleh. Baunya pun tak kuat sangat dan kalau boleh cuba variasikan perisa and packaging bagi nampak lagi menarik untuk kanak-kanak.
Johnson’s baby bath
Johnson’s baby bath pilihan sepanjang masa.
satu lagi produk johnson yang sering menjadi pilihan. Ada new baby dalam family je mesti beli ni..best sangat..tidak pelik la kalau ramai menggemarinya. Mungkin boleh variasikan lagi and pelbagaikan design untuk menarik pembeli :D
JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash
Mandian kegemaran keluarga saya.
Sejak kecil inilah mandian kegemaran kami. Walaupun telah dewasa, kami masih menggunakan johnson baby top to toe wash sebab tak boleh move on dengan keistimewaannya. Kulit terasa lembut seperti bayi dan kini anak saudara saya pun menggunakan johnson baby top to toe ini.
Pureen Baby Wipes (Fragrance Free)
Pureen Baby Wipes Pelbagai Guna.
Pureen Baby Wipes selain guna untuk lap kotoran kadang kala saya guna juga untuk muka. Mudah nak guna and takde kotoran yang melekat lagi. Baunya wangi dan tidak keterlaluan. Lepas pakai ia tidak beri kesan bahaya kepada kulit sebab tu sesuai untuk bayi.