Signature Market 100% Natural Pumpkin Ramen
Ramen yang sedap
Pumpkin ramen ni bagi saya sedap. Tiada rasa yang pelik. Tapi masa nak masak tu saya terus guna air panas. Ramen jadi lembik dan melekat antara satu sama lain. Ingatkan pumpkin ramen ni sama dengan ramen-ramen lain. Tapi bila difikirkan memang patut pun ia melekat sebab ada extrak labu. Hehe.. Jadi bagi mereka yang nak cuba ramen ni,perlu diingatkan jangan guna air panas. Guna air biasa sahaja untuk lembutkannya. Tetap sedap dimakan walaupun melekat
Signature Snack Roasted Pistachio in Shell Salted
Sedap sangat kacang pistachio
Pertama kali saya cuba kacang ni. Pendapat saya tersangat-sangat sedap. Kulit keras,jadi sesiapa yang ada anak kecil tu perlu lah tolong bukakan. Sumpah sedap. Memang makan tak cukup.nanti nak order balik kacang ni dari signature market.
Ayam Brand Tuna Mayonnaise
Kegemaran saya
Saya suka menggunakan produk Ayam brand tuna mayonis ni. Sedap bila dimakan bersama dengan roti. Saya selalu membelinya untuk dimakan bersama roti kerana salah satunya rasa mayonis yang begitu banyak dan sedap.
Danisa Traditional Butter Cookies
Kesukaan saya
Saya memang penggemar biskut butter lebih-lebih lagi jenama danisa ni. Biskut butter dari jenama ni makan banyak pun tak terasa muak. Best,biskut yang lembut dan sedap
Nestum Banana Caramel
Termimpi-mimpi
Pekena sekali nestum banana caramel ni bileh buat saya gila bayang.haha.sedap sangat.rasa dia susah nak cakap..memang terbaik.yang belum cuba pastikan cuba nestum banana caramel ni
Maggi Hot Cup
Terbaik
Sedap dan berbeza dengan maggi di dalam plastik. Berbeza dari segi mee. Mee dalam cawan ni lagi lembut dan halus serta perencahnya juga lagi pedas dari plastik.
Jacob’s Hi-Fibre
Menyihatkan
Biskut jacobs hi fibre ni memang sesuai bagi suri rumah seperti saya. Sedap,penuh berkhasiat. Ianya menjadikan hari-hari saya lebih mudah
Lady’s Choice Coleslaw Dressing
Senang
Memandangkan anak-anak saya suka bersalad-salad ni jadi memang perlu lah lady's choice salad ni. Mudah..penyediaan sangat senang dan yang paling penting sedap. Bila buat salad,anak selalu habiskan sekejap je.tak sempat simpan pun.memang best
MAGGI® 2-Minute Noodles Tom Yam
Saya suka
Maggi tomyam ni merupakan maggi kegemaran saya. Suka dengan rasanya yang masam masin tu. Lagi sedap bila dimasak diatas dapur. Kalau rendam dengan air panas lagi rasa kepedasan serbuk maggi tu.
Pringles® Potato Crisps Original
Rangup
Kudap-kudap kegemaran saya. Rasanya yang asli tanpa bahan perasa lain memang sedap.ada sedikit rasa masin. Saya juga akan beli prigles original ni ketika hendak melakukan perjalanan yang jauh seperti balik kampung. Memang sesuai juga untuk kanak-kanak kerana tiada bahan perasa.
Kellogg’s Corn Flakes
Bijirin sarapan harian
Kelloggs memang saya suka sebab harga dia murah.hehe..tapi kepingan jagung dia terlalu nipis bagi saya. Dan sekotak besar tu mampu bertahan sehari je sebab nipis jadi sekali makan 2,3mangkuk. ? saya suka makan dengan susu manis.. Makan sejuk2 best..kalau guna air panas cepat kembang kepingan jagung ni
Wrigleys Doublemint Chewing Gum
Menyegarkan
Memang selalu beli doublemint ni ketika zaman remaja lagi. Rasa mint dia masih akan terasa walaupun lama. Dulu selalu beli jika berada di dalam kelas dan ianya boleh membuatkan diri relaks dan nyaman sentiasa.
Jacob’s Weetameal
Menyihatkan
Biskut yang menyihatkan dan anak-anak suka. Saya pun selalu jugak bagi anak bongsu saya makan..yang 10bulan sebab biskut ni lembut.cair dimulut bila anak kemam dan rasanya sedikit manis membuatkan anak suka
Kimball Oyster Sos
Masakan lebih sedap
Saya suka guna kimball sos tiram ni bila masak ikan 3 rasa. Tapi letak sikit je dah sedap. Lagi sedap buat masak mee. Meman mg terbaik dan tak pernah kecewakan saya
Mamee Monster Chicken Noodle Snack
Snek pilihan
Rangup dan sedap dimakan tanpa menggunakan serbuk perasa. Mee nya sedikit masin dan bagi saya tidak perlu tambah apa-apa serbuk sebab dengan kemasinan tersebut dah sempurna semuanya.
Kjeldsens Butter Cookies
Sedap
Saya suka dengan butter cookies jenama ni sebab rasanya sangat asli. Dan memang saya gemarkannya. Kualiti rasa tidak berubah sejal dulu lagi
Thursday Plantation Tea Tree Blemish Gel
Berkesan
Yes..saya jumpa salah satu produk untuk menghilangkan white head pada muka saya.memang saya alami white head yang sangat banyak pada muka dan bila buang pun tetap akan ada lepas 3,4 hari kemudian. So,saya cuba pakai thursday plantation ni. Saya nampak perubahan. Roma yang menyebabkan white head bertapak pun dah semakin kecil.sekarang penggunaan baru je,mungkin bila penggunaan lama sikit saya dapat hasil yang lagi baik
Suvana Paw Paw & Honey Balm
Sekali pakai memang best
Saya suka pakai suvana paw paw honey ni.. Saiz kecik je...sayang pulak nak pakai.hehe.. Saya cuma pakaikan pada bahagian bibir je sebab saya ni memang mengalami bibir kering. Jadi dengan pakai suvana ni bibir saya sihat kembali. Baru beberapa hari pakai saya rasa sangat best. Cuba jugak sikit oles kat jerawat halus kat muka. Hehe
SAMYANG BULDAK SPICY CHICKEN NOODLE
Kurang
Saya kurang gemar dengan ramen ni.. Tidak sesuai untuk saya. Mungkin rasanya lain sikit sebab ramen dari luarkan.. Mungkin akan cuba balik lain kali. Tapi adik saya suka sangat dengan ramen ni.hari-hari dia beli
PureHerbs LUTEEN Super Fruit Juice
Baik untuk mata
Pureherb luteen ni memang bagus untuk mata. Saya dah cuba, rasa anggur dan semulajadi. Selain daripada mata, minuman ni boleh dijadikan sebagai supplement untuk kulit tau. Memang terbaik rasanya. Lagi-lagi bila dibancuh dengan air sejuk. Memang sedap