Rexona Women Passion roll On Deodorant
Rexona Passion
Isteri saya gemar menggunakan roll on jenama Rexona ini.Bukan sahaja senang digunakan,tidak melekit pada bahagian ketiak malahan baunya juga menyegarkan dan tahan lama.Walaupun dilanda peluh akibat panas,baunya tetap membuatkan dirinya segar sentiasa dan lebih yakin
Adabi Chicken and Meat Curry Powder
Rempah Kari Adabi
Rempah kari Adabi jenama asli sejak dulu lagi cuma berbeza packaging sahaja..Rasanya tetap sedap dan harum apabila dimasak.Rasa kari yang tulen tidak terlalu pedas dan sesuai dengan citarasa saya sekeluarga.Saya gemar menukar rempah ratus sedia ade mengikut selera pada masa tertentu.Harganya juga murah dan senang didapati
Adabi Soup Powder
Rempah sup adabi
Saya selalu menggunakan bunjut sup untuk memasak sup ayam atau daging.Tetapi kali ini saya cuba menggunakan rempah sup.Namun pada saya,saya lebih menyukai sup bunjut berbanding rempah sup kerana baunya lebih kuat.Anak anak jufa tidak menyukainya.Lebih kurang sama macam sup di kedai mamak
Adabi Chicken & Meat Kurma Powder
Kurma Adabi Sedap
Rempah kurma Adabi memang sedap untuk masak kurma ayam dan juga daging.Rasanya memang terbaik.,baunya harum bila ditumis bersama ramuan ramuan yang lain.Memang bertambah tambah makan dengan kurma Adabi ini.
Adabi Turmeric Powder Blended
Serbuk Kunyit Adabi
Masakan nampak cantik dengan serbuk kunyit jenama Adabi ini.Harganya berpatutan dengan warna asli kunyit,tidak perlu dimasukkan dalam kuantit yang banyak kalau tidak masakan akan jadi terlebih rasa kunyit pula.Rasanya juga rasa sebenar kunyit hidup
Listerine Total Care Zero Mouthwash
Listerine Zero Total Care
Berkesan memberikan kesegaran kepada mulut dan menghindarkan bau mulut yang kurang menyenangkan.Rasanya juga memberikan keyakinan kepada saya.Cuma kumur-kumur sahaja dan hasilnya terbaik,perlu diamalkan hari hari untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Nappikleen Antibacterial Liquid Wash
Terbaik
Cecair pencuci NappiKleen memang terbaik untuk mencuci pakaian anak anak saya semasa bayi.Baunya wangi dan lembut dan berkesan menanggalkan kotoran pada baju anak anak.Walaupun harganya mahal tapi berbaloi dengan kesannya yang efektif.
Bio Oil
Bio Oil Berkesan
Isteri saya telah mencuba Bio Oil ini semasa mengandungkan anak saya yang kedua dan ternyata ianya dapat mengelakkan strecth mark pada perut dan kulit perut lebih sekata serta lembut.Saya juga menggunakan pada bahagian tumit kaki yang memang bermasalah serta pecah.Ia memang berkesan mengurangan rekahan tumit kaki.
COLGATE Sugar Acid Neutrlizer
Colgate Sugar Acid
Pada saya ubat gigi dengan fungsi peneutral acid gula ini agak berkesan pada saya yang sukakan makanan dan minuman manis.Gigi tidak terlalu sensitif seperti sebelumnya.Ianya menyegarkan mulut dengan bau pudinanya.Karies gigi dapat dibasmi dari awal dengan menggunakan ubat gigi ini
Gardenia Bran & Wheatgerm
Roti Gardenia
Memang sangat sesuai sebagai makanan orang berdiet.Saya saja cuba dan ternyata makan roti ini sahaja mengenyangkan sehingga ke petang.Rasanya pun boleh tahan dimakan begitu sahaja ataupun dibuat sandwich.Harganya sedikit mahal berbanding jenama lain di pasaran
Pureen Baby Powder
Bedak Baby Pureen
Saya sukakan baunya yang seumpama bau bayi.Memang sedap untuk dicium.Sesuai untuk bayi juga anak anak yang kian membesar.Kadang kadang saya sendiri menggunakannya,lembut di kulit dan baunya sederhana sahaja tidak terlalu kuat.Harganya juga amat berpatutan
Pureen Baby Wipes (Fragrance Free)
Wipes Tissue Pureen
Tisu lembap Pureen sesuai untuk kegunaan semua sebenarnya.Sesuai untuk anak anak dan diri saya juga.Senang untuk membersihkan kotoran pada kulit dan baunya sedap.Tidak mendatangkan kesan sensitif pada kulit saya selepas menggunakannya.
MamyPoko Air Fit
Pampers Mamypoko Fit
Sememangnya pampers jenama Mamypoko kegunaan anak saya dari dulu.Tahan lama dan tidak mudah bocor.Kulit anak juga selamat dari mengalami ruam dan kerengsaan kulit.Walaupun harganya agak mahal tapi pada saya berbaloi keran percubaan pertama menggunakan pampers ini telah serasi dengan anak saya dan tidak perlu mencuba yang lain.
Dr. Oetker Nona Kentucky Flour Original
Nona Tepung Goreng Ayam
Tepung goreng aayam jenama Nona mudah digunakan kerana telah siap ramuan rempah di dalamnya.Hanya sediakan ayam dan telur untuk menyalut tepung pada permukaan ayam.Rasanya boleh tahan dan harganya berpatutan.
Safi Shayla Anti Hairfall
Syampu Safi Anti Hairfall
Isteri saya pernah menggunakan syampu ini namun pada dia agak kurang berkesan untuk mengurangkan rambut gugur memandangkan saya sendiri melihat tiada perubahan pada rambutnya.MAsih banyak rambut yang berguguran.Cuma baunya agak menyenangkan dan wangi serta harga yang berpatutan,
Jack n’ Jill Cream-O Chocolate Sandwich (Vanilla)
BIskut Cream O
Dulu saya tak perasan rupanya ini Cream O bukannya Oreo.Pembalutnya seakan sama biru dan huruf juga lebih kurang.Namun pada saya rasanya sedikit berbeza.Biskut Oreo lebih sedap dan berkrim berbanding Cream O.Anak saya juga setuju dengan pendapat saya walaupun harganya memang menang la untuk Cream O
Chips More Double Choc Chocolate Cookies
CHIPSMORE DOUBLE CHOC
Wow rasanya memang hebat.Tambahan rasa coklat dan juga kekacang memang mengujakan.Sesuai untuk penggemar biskut rangup bercoklat.Anak anak saya sangat gemarkannya sebagai snek mereka.NAmun saya hadkan kerana rasanya memang manis nanti terlebih aktif pula mereka
Ambi Pur Air Effects Spray – Sweet Citrus & Zest
Ambi Pur Citrus
Wangi dan menyegarkan bilik saya.Baunya sangat sedap dan memang memberikan satu perasaan nyaman apabila masuk ke dalam bilk.Walaupun harganya agak mahal tetapi memang berbaloi untuk diri saya dan keluarga
Carrie Junior Refill Packs
Pek refill Carrie Junior
Pek refill Carrie junior ini lebih murah dan mudah.Saya hanya perlu memasukkan isinya ke dalam botol Carrie Junior yang lama dan hasilnya tetap sama.Tak perlu membazir membeli mandian ini dalam botol lagi,
Safi Hair Cream
Krim Rambut Nivea
Baunya sedap tidak terlalu kuat,bagus untuk rambut tidak terlalu berminyak dan cepat serap pada permukaan rambut.Rambut menjadi lebih terurus di samping penjagaan sempurna sehingga ke dasarnya.Harganya juga berpatutan dan masih dalam ranking mampu milik.