Merries Disposable Wet Tissue
Lembut dan mudah digunakan
Mudahkan kerja saya sebagai ibu, paling berguna ketika dalam kereta. Sgt sesuai UTK kulit anak saya tanpa kandungan alkohol dan lembut untuk kulit baby.
Pensonic PRC-25G Rice Cooker
Nasi cepat masak
Saya baru guna 5 bln . Ok harga berpatutan, boleh masak banyak pot beras. Masa nk masak nasi pun x lama, sgt berbaloi dgn harga.
Ramly Beef Burger Classic Oblong
Oblong terbaik
Saya suka makan oblong, paling suka daging la, dalam banyak-banyak brand , brand Ramly paling suka. Daging yang tebal, penuh rasa blackpaper, daging pure dan berjus x kering. Terbaik la
Softlan Floral Fantasy Fabric Conditioner
Bay tahan lama Dan wangi
Basuh baju letak softlan , baju kita confirm wangi. Dah take payah nak pakai perfumes dah. Pakaian kita pun lembut ja. Dari segi harga juga mampu milik berbanding dengan jenama main dipasaran. Pilihan terbaik keluarga saya.
San Remo Spaghetti
Pilihan terbaik sebagai penganti mee kuning
Bagi saya yang tak boleh makan mee kuning, spaghetti San demo adalah pilihan terbaik. Rasa Dan teksturnya memang kena dengan selera says Dan anak2. Spaghetti nie x pernah habis Dari simpanan saya.
MAGGI® 2-Minute Noodles Kari
Mudah tapi sedappp
Cara masak mudah ja, tapi rasa confirm memang terbaik. Dari segi tekstur meenya memang kenyal Dan take macam jenama Mee segera yang lain. Perisa juga banyak. Masak mee segera maggi kari letak telur n makan dengan nasi panas terangkat. Menu kegemaran arwah ayah Dan saya.
Campbell’s Cream Of Mushroom Condensed Soup
Sup cendawan yang berkrin
Saya peminat cendawan. Jika tekak terasa nak makan sup cendawan cicah garlic bread, inilah pilihan saya. Saya juga membuat sos black pepper untuk chicken chop menggunakannya.
Gardenia Original Classic
Makanan warisan keluarga.
Dari saya kenal erti roti. Gardenia LA pilihan kami sekeluarga. Dari ibu saya sehinggalah anak-anak saya. Rasanya yang sedap dan teksturnya yang gebu sangat enak dimakan begitu sahaja
Tumix Chicken Stock
Mudahkan kerja memasak
Tumis memudahkan kerja memasak saya di rumah. Setiap makanan menjadi lebih sedap dengan tumix. Bekalan tumix tak pernah habis dirumahnya. Tanpa tumix tak lengkap rasa masakan saya.
Nestle Cerelac NutriPuffs
Jajan berkhasiat
Anak sulung saya yang berusia 1 tahun 8 bulan sangat menyukainya.. dengan pelbagai perisa ia merupakan jajan yang terbaik untuk anak saya.
Milna Rusk
Makanan pertama anak saya
Milna baby risk nie merupakan makanan pertama yang saya berikan kepada anak saya setelah usianya masuk 6bulan. selain itu, biskut ini mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk perkembangan bayi. Adik saya yang bongsu juga makan biskut ini.
Lifebuoy Total 10 Body Wash
Bebas kuman
Bau yang wangi dan kulit rasa lebih segar dengan penggunaan Lifebuoy body wash. Sebelum ini saya selalu gatal-gatal lepas mandi walaupun dan sabun. Selepas menggunakan body wash Lifebuoy ni tidak ada masalah itu lagi.
Wall’s Solero Split
Masam-masam sedappp
Di luar rasanya masam dan di dalam rasanya manis dan berkrim. Pilihan nombor satu saya dan keluarga. Walaupun masam tapi sangat sedap dan memenuhi citarasa saya . Dari segi harganya sangat berpatutan, kanak-kanak sekolah pun mampu membelinya. Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali saya menikmatinya. Solero akan tetap menjadi pilihan saya dulu, kini dan selamanya.
Bestari Fried Chicken Coating (Original 1kg)
Mudah dan sedap
Tepung pertama yang sedap dan menyenangkan kerja saya sebagai seorang ibu dan isteri. Adunan yang lengkap dengan garam dan rempah bermutu, sangat sesuai digunakan untuk menyalut ayam, kentang, sotong dan sebagainya. Tidak sampai rm10 kita dapat menikmati ayam goreng setanding dengan ayam goreng KFC . Tidak ada tepung gorengan yang setanding dengan jenama Bestari ni. Pilihan nombor satu saya dan keluarga.
NESTLÉ Fat Free Yogurt
Sedap dan mengenyangkan
Rasanya yang sedap dan lengkap dengan rasa buah-buahan sebenar. Sudah semestinya penuh dengan khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ianya paling sesuai dimakan pada waktu panas dan juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut dan bahan masakan. Dengan harga yang berpatutan, semua lapisan masyarakat dapat menikmatinya.
Ramly Minced Chicken
Mudah dan sedap
Daging ayam kisar Ramly merupakan penghuni tetap peti sejuk saya sejak dahulu lagi. Bila nak guna saja terus ambik dan masak. Menjimatkan masa dan mudah digunakan. Pelbagai menu boleh dihasilkan dengan menggunakan daging ayam kisar Ramly ini. Antaranya sebagai bahan utama untuk memasak spaghetti dan kuih muih seperti karipap dan sebagainya. Harga berpatutan dan boleh dibeli oleh semua lapisan masyarakat. Dijamin halal dan bersih.
Nestle Koko Crunch
Penuh rasa coklat dan mengenyangkan
Pilihan no.1 si kecil saya setiap pagi dan petang. Penuh dengan rasa coklat dan enak. Sehari kalau tak makan tak senang duduk dibuatnya. Harga yang berpatutan dan sangat berbaloi. Pastinya Nestle Koko Krunch la apA lagi. Sekali rasa pasti mau lagi.. Hari-hari mau...
Dettol Instant Hand Sanitizer
Yakin bebas kuman
Saya telah menggunakan hand sanitizer ini lebih kurang 2 tahun sbg cara mudah untuk memastikan tangan saya bersih dan bebas kuman sebelum menyentuh anak-anak saya yang lahir pramatang. Ia juga paling berguna ketika saya berada di luar rumah terutamanya ketika membawa anak saya ke hospital. Terjamin bebas kuman dan selamat digunakan.
Pensonic Chef’s Like AE-19N
Mudahkan kerja saya
Harga yang berpatutan dan kualiti yang sangat bagus. Hampir 3 tahun saya menggunakannya. Saya dah bakar berpuluh-puluh jenis kuih, kek dan ikan serta ayam menggunakan oven ini. Tak payah nak susah-susah guna arang bagai. Mudahkan kerja saya. Saya juga ada belikan emak saya oven ni untuk dia buat kuih raya sempena hari lahir dia. Suka betul dia. Mak saya cakap warna pun cantik, purple gitu.
Watsons Treatment Shampoo Honey
Rambut lebih sihat
Untuk brand Watson ia sangat membantu menyihatkan rambut saya, berbaloi dengan harga. rambut saya sebelum nie nampak x terurus dan kering. Sekarang dah nampak lebih sihat dan terurus.