Lost World of Tambun
Best moment ever
Been there this school holiday and I can meet with the Barbie. Fun activities for family and friends. Love the hot springs so much.
Senka Cleanser Perfect Whip
Best for skin
I love this products so much because it helps to remove dirts on my skin and not to much bubbles.
W7 Genius Foundation
Mudah diratakan dan wajah glowing
Suka sangat pakai W7 Genius Foundation ni sebab senang nak ratakan kat muka. Tidak bertompok, tidak comot dan sangat kemas hasilnya.
Teksturnya ringan, rasa macam tak pakai foundation tapi hasilnya sangat cantik dan buat muka nampak glowing.
Didatangkan didalam botol 30ml yang mudah dibawa ke mana sahaja. Memang puas hati dan sangat memudahkan urusan make up seharian. Foundation ni tahan sehingga 12 jam tau. Best sangat-sangat.
NAVEEN Scalp Energy Tonic
Kuatkan akar rambut
Qiss memang suka guna produk yang natural dan halal. Jadi Qiss cuba Naveen Scalp Energy Tonic ni kerana Qiss ada masalah keguguran rambut yang banyak.
Selepas beberapa kali penggunaan, akar rambut Qiss lebih kuat dan rambut gugur juga berkurangan. Selain itu ia juga melindungi kulit kepala Qiss dan mengurangkan kegatalan kulit kepala.
NAVEEN Hydrating Mask
Terbaik
Seronok dapat guna Naveen Hydrating Mask ni sebab kulit Qiss memang kering dan selalu berada dalam bilik berhawa dingin. Jadi lepas cuba mask ni, kulit rasa segar dan lembap. Memang terbaik serta kandungan mask ni diyakini Halal tau.
Lepas 8 jam pemakaian pun kulit masih lembap. Best sangat-sangat.
Staedtler Luna Colour Pencils
Selamat untuk kanak-kanak
Warnanya terang dan kanak-kanak suka mewarna menggunakan warna Luna. Banyak pilihan warna disediakan Dan harga mampu milik. Beli sebab anak-anak tak perlu warna dengan menekan pensel warna secara kuat dan hasil warna sangat cantik.
Laurier Soft Care Quick Lock Night Safe Wing
Selesa sepanjang malam
Suka sangat pakai brand Laurier ni sebab murah dan tekstur tuala wanita dia cepat menyerap. Cepat kering dan lebar. Tak perlu takut untuk berbaring sebab kita boleh pilih panjang tuala wanita mengikut keselesaan kita.
Watsons Travel Tissue
Mudah dibawa
Tisu amat penting untuk berada dalam tas tangan wanita. So paling mudah nak cari sebab kebanyakan shopping mall ada watsons. Kualiti pun bagus. Kalau pergi jalan-jalan atau balik kampung memang spare tisu ni sebab dia sangat mudah dibawa.
Brand’s InnerShine Berry Essence
Jaga penglihatan dengan Innershine Berry Essence
Bekerja selama 8 jam menghadap monitor komputer dan juga telefon membuatkan mata menjadi letih. Saya mula mengambil Innershine Berry Essence ini setelah menyedari kepentingan penjagaan mata dan penglihatan.
Dalam hanya dua botol, mata menjadi lebih segar dan bermaya. Rasa buah campuran yang penuh dengan Vitamin A, C, E dan Zinc membuatkan kita boleh minum terus dari botol kerana rasanya yang sedap.
Harga sangat berpatutan dan mampu dibeli. Didatangkan dalam pek yang mudah dibawa ke mana sahaja. Memang berbaloi untuk dicuba.
Citrex Memoria
Mengurangkan Stress
Setelah mencuba Citrex MemoriA ni memang rasa lain sangat. Kepala berasa lebih ringan dan tenang. Daripada mood nak marah-marah boleh menjadi tenang. Kesan boleh terasa seawal 3 minit selepas minum. Kesan lainnya ialah kita tidak mudah mengantuk di siang hari dan senang bangun pagi. Untuk orang yang stress kerana banyak berfikir, dengan Citrex MemoriA ini ia seakan menghalang kita untuk berfikiran negatif dan seterusnya membantu kita mengawal stress.
Didatangkan dalam bentuk botol dan sangat mudah dibawa. Untuk lebih keberkesanan minum ikut dos yang ditetapkan. Inilah produk terbaik saya pernah cuba dan sangat membantu saya dalam kehidupan harian.
Shaklee Lecithin
Berkesan untuk kurus
Lecithin ni sejenis kapsul yang membantu untuk memecahkan kolesterol dalam badan. Mula-mula makan memang susah nak telan tapi lama-lama dah ok. Dalam masa sebulan dapat turunkan berat sebanyak 5kg mengikut cara pengambilan yang betul.
Sangat jimat sebab tahan 3 bulan. Memang tak rugi kalau beli pun.
Shaklee Vita-E Complex
Parut hilang
Saya consume Vitamin E selepas bekas jerawat di muka sangat kelihatan. Setelah beberapa minggu, kesan jerawat semakin pudar dan kulit makin cerah. Vitamin E Shaklee ini juga menjadi pilihan ibu yang telah bersalin terutamanya yang bersalin secara caesarean kerana membantu mengurangkan parut dengan cepat.
Shaklee B-Complex
Bertenaga
Lepas saya makan dan amalkan B complex Shaklee ni memang badan tidak merasa lenguh dan tidak cepat lapar. Saya juga lebih bertenaga sepanjang hari. Sesuai sangat diambil untuk ibu mengandung sebab ada asid folic yang membantu pertumbuhan bayi.
Shaklee ESP – Soy Protein Isolate Powder
Terbaik
ESP memang terbaik dalam membantu mengawal pengambilan makanan secara berlebihan. Bagi saya, ESP membantu menahan mata daripada mengantuk menghadap komputer di pejabat. Disebabkan saya tidak meminum susu, saya bancuh ESP ni dengan air koko dan hasilnya sangat sedap.
Ginkgo Forte®2000
Melancarkan peredaran oksigen ke otak
Sejak mengambil Blackmores Ginkgo Forte 2000 ini, masalah selalu menguap sudah berkurangan dan mata tidak lagi cepat mengantuk. Ini kerana ia membantu melancarkan perjalanan oksigen ke otak dan membuatkan otak kita lebih segar dan lebih fokus pada pekerjaan kita.
Selain itu ia sangat membantu melegakan urat saraf. Ia juga membantu memantapkan daya ingatan saya. Saya akan berterusan menggunakan produk ini kerana saya yakin dengan keberkesanannya.
Nessa Hearing Test
Servis yang sangat bagus
Pendengaran adalah anugerah yang tidak ternilai. Kadang-kadang bunyi yang terlampau kuat boleh merosakan pendengaran kita. Begitu juga dengan penggunaan kapas pengorek telinga. Bermula dengan temu janji secara talian, tarikh ujian pendengaran ditetapkan.
Terletak di Sunway Nexis Soho, Kota Damansara, Nessa hearing boleh diakses dengan pengangkutan awam iaitu MRT. Ujian pertama ialah mengukur tahap kesihatan gegendang telinga. Sejenis alat yang menunjukkan graf denyutan gegendang telinga akan disumbat ke dalam telinga. Penerima rawatan tidak boleh bergerak pada sesi ini kerana sedikit gerakan akan menyebabkan graf tidak dapat dibaca.
Setelah itu, telinga akan di cek untuk melihat keganjilan aktiviti yang ada didalam telinga. Barulah ujian bunyi diadakan. Ujian sebelah telinga dilakukan terlebih dahulu kemudian sebelah lagi dan diikuti dengan ujian bunyi dibelakang tulang telinga.
Untuk keputusan rawatan, bacaan adalah normal bagi orang biasa dengan pendengaran 20 dan ke bawah. Pakar juga telah menyarankan untuk melakukan ujian ini sekali atau dua kali setahun.
Youha Cooler Bag
Tahan Sejuk dan Mudah Dibawa
Setelah beberapa kali penggunaan, saya dapat menilai ciri-ciri beg cooler Youha ni. Pertama, beg ini dapat memuatkan 2 biji botol susu bersaiz kecil berkapasiti 180ml beserta 1 botol bekas air yang boleh diisi dengan air dan dibekukan.
Kedua, botol biru perlu diisi air dan diletakan didalam peti sejuk untuk dibekukan. Tempoh untuk air membeku selama 8 jam bergantung pada suhu peti. Setelah itu barulah dimasukkan ke dalam beg tahan sejuk beserta botol susu tadi.
Ketiga, ais akan mencair dalam masa 16jam jika diletak pada suhu bilik. Jadi susu sentiasa sejuk selama 16jam itu. Seronoknya apabila menggunakan beg ini, bahagian luar beg tidak basah walaupun ais mencair. Beg ini amat mudah untuk dibawa serta menjimatkan ruang. Terbaik!
Enchanteur Perfumed Talcum Charming
Wangi
Bau wangi dan sesuai dengan kulit saya. Harganya juga berpatutan.
Palmolive Aroma Therapy Shower Gel Absolute Relax
Bau harum
Bau wangi. Produk yang sangat bagus kerana senang dibilas. Saya sukakannya sebab sesuai dengan kulit. Harga berpatutan.
Sunway Lagoon
Best theme park for school holiday
Sunway Lagoon is the great theme park to enjoy your holidays with family. The best part of Sunway Lagoon you should go is the Nickelodeon Lost Lagoon.
I love the slime water and enjoy the slide at the Nickelodeon Lost Lagoon. There are many more attractions such as the Safari, the ATV, Flying Fox, Roller Coaster and more.