Centifolia Bebe Massage Oil
Kulit kering tiada lagi masalah
Selepas menggunakan Centifolia Bebe Massage Oil masalah kulit kering pada anak saya tiada lagi dalam beberapa hari mencubanya.Memang terbaik,kulit anak saya makin lembut,lembab dan tidak lagi sensitif.Saya juga gunakan untuk kaki saya yang kering dan kusam,memang menakjubkan kulit kaki saya makin lembut dan licin.
Adabi Seedless Tamarind Paste
Asam Jawa Xtra Adabi memang express
Memudahkan dan menyenangkan kerja dalam masakan saya dengan adanya Asam Jawa Xtra Adabi ini kerana rasanya cukup lengkap.Hanya amik sebanyak mana yang perlu dan terus masuk kedalam masakan dan pasti nya akan menambahkan kesedapan masakan tersebut.Asam ini juga sedap di buat air,ia tidak masam dan memang sesuai dibuat minum sejuk- sejuk untuk menghilangkan dahaga dan sakit tekak.Selain itu juga asam ini sesuai dan sedap apabila di sapu pada ikan bersama garam kunyit sebelum digoreng.
AJI-NO-MOTO®Umami Seasoning
Ajinomoto penambah perasa
Dalam setiap masakan pasti di tambah aji no moto sebagai perasa tambahan untuk melazatkan setiap masakan saya.Samaada dalam masakan berkuah ataupun dalam masakan gorengan saya.Masakan saya sentiasa sedap dan lazat adalah rahsia nya penambah perasa ini.
MAGGI® Chilli Sauce
Sos cili maggie pilihan kami sekeluarga
Sos cili Maggie memang pilihan saya samaada di buat sos pencicah atau pun di masukkan kedalam masakan.Sos ini memang pelengkap dalam masakan saya terutama dalam masakan pedas atau masak merah.
MAGGI® 2-Minute Noodles Kari
Maggi kari yang ummpph
Maggi kari adalah antara makanan kegemaran saya suami isteri.Masak macamana sekali pom,mee maggi pasti sedap dengan kari nya yang pekat dan sedap.Masak mee maggi adalah semudah ABC dan secepat 2 minit siap untuk dimakan.Mudah,sedap dan harganya yang berpatutan menjadikan mee maggi menjadi pilihan ramai.Jenama Maggi antara mee maggi yang sedap dan kekenyalan mee nya memang terbukti.
Gardenia Original Classic
Gardenia roti pilihan kami sekeluarga
Gardenia sememangnya roti kegemaran kami sekeluarga.Roti kosong nya memang sedap dimakan begitu saja.Anak-anak suka makan bersama jem coklat.Rotinya yang kaya vitamin dan zat mineral memang sesuai dijadikan sarapan pagi setiap hari.
Seri Murni Pure Vegetable Oil
Seri murni minyak masak pilihan kami
Minyak masak pilihan saya untuk memasak,mengoreng,menumis menyenangkan kerja saya.Minyak masak ini tidak mudah hangit dan tengit.Minyak masak seri murni,memang terbaik,minyak nya memang kekal jernih walaupun digunakan 2@3 kali untuk gorengan.Minyak ini memang menjimatkan dan kualiti nya memang berbaloi-baloi.Halal dan sedap dalam setiap masakan.
Ayam Brand Coconut Milk
Coconut milk ayam brand pilihan
Saya akan pastikan Coconut Milk Ayam brand sentiasa ada stok dirumah.Kerana santan nya memang sedap untuk dibuat pelabagai jenis masakan.Rasa santan dan lemak seperti santan original.Pek nya yang kecil memudahkan saya menyukat untuk setiap masakan saya.Pek santan ini memang memudahkan setiap masakan saya.Lazat,lemak dan rasa santan yang sebenar.
F&N 100 Plus
100plus minuman isotonik pilihan
100 plus minuman pilihan kami apabila beriadah diluar.Ia dapat menghilangkan dahaga serta memastikan kami sentiasa bertenaga.Ketika demam juga saya suka minum minuman ini kerana ia dapat memberikan saya tenaga yang lebih untuk bergerak.Saya memang sukakan 100 plus Original kerana rasa nya yang unik walaupom pelbagai pilihan perasa.100 plus menjanakan tenaga untuk kita bergerak aktif.
Nestle MILO ACTIV-GO
Milo kesukaaan keluarga saya
Minuman milo adalah minuman wajib setiap pagi dirumah saya.Sebagai ibu setiap pagi saya akan bancuhkan milo pekat untuk sarapan anak-anak sebelum memulakan hari persekolahan mereka.Milo memang dipercayai untuk membekalkan tenaga yang cukup untuk memastikan anak-anak saya kekal sihat dan cergas disekolah.Dengan kandungan malt barli dan beberapa vitamin dan mineral memang sarapan yang terbaik setiap pagi.Milo memang lazat dan sentiasa mengenyangkan.
F&N High Calcium Sweetened Creamer
Susu pekat F&N high Calcium
Susu pekat F&N High Calcium memang pilihan kami sekeluarga.Setiap bulan kami akan beli banyak- banyak untuk buat stok sebulan di rumah.Apa tidak nya tanpa susu ini,minuman pagi dan petang kami ibarat air kosong.Susu ini rasa nya juga lain dari susu pekat yang lain,penuh berkrim rasanya.Kami boleh rasa kalau gunakan susu pekat yang lain.Pilihan kami sekeluarga sejak dulu lagi tambahan bila menggunakan susu ini segala makanan,kueh mueh tahan lama.
May White Radiance Shower Cream
May mandian pilihan saya
Mandian May adalah pilihan seisi keluarga saya.Haruman nya memang menambat hati kami untuk terus memilih mandian ini.Kami sekeluarga akan bergilir- gilir 5 variasi pilihan.Setiap bulan bau kami sekeluarga berlainan.Selain pilihan bau harumannya,mandian may juga membuat kulit kami lembut dan wangi.Gosok-gosok kulit terus wangi dan lembut.
Agnesia Antibacterial Powder
Pastikan stok bedak Agnesia sentiasa ada dirumah
Saya salah seorang ibu yang percayakan Agnesia untuk pastikan kulit anak-anak saya segar sentiasa.Anak dan suami saya mempunyai masalah ruam kulit apabila kerap berpeluh.Jadi saya akan pastikan bedak Agnesia sentiasa di bawa kemana- mana untuk memastikan mereka selesa walau berada dimana jua.Jangan jadikan alasan ruam di kulit untuk mengelakkan aktiviti riadah yang bermakna.Agnesia bedak yang dipercayai dari zaman berzaman.
D’HERBS Kaki Cantik Cream
Kakiku tiada cela lagi
Sudah setahun ku amalkan dherb krim kaki cantik kerana masalah kaki ku yang kasar dan seringkali merekah.Malu dengan keadaan ini,saya terus amalkan krim ini,terbukti bekesan.Kaki saya yang kasar menjadi halus seawal 3 hari dan dalam seminggu tumit-tumit yang pecah tidak lagi kelihatan.Krim yang lembut dan mudah serap senang disapu,ia tidak melekit seperti krim yang lain.Krim ini juga sangat berkesan bila isi kuku kaki mengcengkam isi,hanya perlukan semalaman isi kuku tidak lagi merasa sakit.Hebat bukan.
Carefree Healty Fresh Sanitary Pad
Setia pada carefree healty fresh
Saya sudah memakai bertahun lamanya.Tiada yang sepertinya,carefree healty fresh memang dihati.Kerana pantiliner ini membuat saya yakin berjalan kemana-mana tanpa rasa was-was.Bahagian intim segar dan tidak berbau walaupun melakukan riadah sukan.Bau nya yang harum menutup segala cela.Sesungguhnya saya suka kan keseluruhan nya pantiliner ini.
Follow Me Anti-Dandruff Shampoo
Follow me pakar kelemumur
Saya sudah menggunakan syampu ini.Ia amat membantu menyingkirkan masalah kelemumur di kepala saya.Masalah gatal-gatal di kepala tiada lagi setelah 3x penggunaan syampu ini.Amat berkesan,kulit kepala saya sihat dan bebas dari kelemumur malah dapat mengatasi masalah keguguran rambut yang sering saya alami selepas bersalin anak kedua. Bau nya pom wangi seolah bau tea hijau+ minyak zaitun.Segar sangat selepas mandi bersama syampu ini.
Citrex Defendo
Vitamin Terasa bagaikan gula- gula
Sedap dan menyelerakan bagaikan mengunyah gula-gula buahan.Memang menaikkan selera makan dan menguatkan sistem imun.Anak saya memang kurang makan dan selalu demam. Dengan mengamalkannya anak saya sudah berselera makan dan susah jatuh sakit.