Guardian Wet Wipes Apple Fresh
Tisu basah
Tisu basah ni sesuai dengan kulit muka saya. Bila bekerja saya tiada masa untuk menanggalkan solekan terutama waktu rehat bersembahyang. Memandangkan masa rehat yang singkat, langkah pertama saya hanya wipe solekan dimeja duduk saya tanpa buang masa. Mudahkan.
Guardian Baby Shampoo
Baby shampoo
Kami sekeluarga menggunakan baby shampoo kerana bau yang wangi dan rambut mudah diurus. Bukan kegunaan anak kecil kami sahaja malah satu family pun turut menggunakannya, ini memang pilihan kami sekeluarga.
Tommee Tippee Closer to Nature Tinted Bottle
Design botol cantik
Design botolnya cantik dan menarik. Nampak bergaya dan mudah dipegang, tidak licin. Simanja nampak comel menggunakannya. Kualiti produk juga berkualiti.
Tommee Tippee Closer to Nature Teat Slow Flow
Puting botol lembut
Puting botolnya lembut sesuai dengan lelangit gusi baby. Anak selesa menggunakannya kerana titisan susu yang keluar tidak melimpah seolah-olah anak menyusu di puting ibu secara langsung. Dapat mengelakkan baby tersedak susu.
Tommee Tippee Closer To Nature Glass Bottle 260ml/9oz
Botol susu jangka masa panjang
Botol susu brand ni saya beli online. Sangat mesra baby sebab penggunaannya dalam tempoh yang agak panjang. Tidak sama dengan botol jenama lain dimana puting susu mudah berkulat dan terpaksa beli baru. Penjagaan yang sangat mudah yang saya amalkan ialah dengan merendamnya dalam air panas, setengah jam kemudian cuci seperti biasa.
Pureen TC Eyelet Short Pants
Seluar jaring pilihan anakku
Anakku selesa ibu pun gembira. Sangat sesuai dipakai kerana kainnya ringan dan lembut. Tekstur jaring - jaring pada fabrik tidak menghalang angin menembusi kulit anak yang memberi keselesaan si manja yang memakainya sepanjang hari. Pilihan hati saya untuk dipakai oleh simanja pada musim panas.
Drypers Baby Wipes
Drypers wipes sesuai untuk ibu-ibu yang cerewet
Saya seorang ibu yang agak cerewet dan mementingkan kebersihan. Drypers wipes dapat memberi jawapannya kerana dengan produk ini saya tidak perlu lagi memikirkan masalah untuk menguruskan anak kecil bagi perjalanan yang jauh. Drypers wipes membantu saya membersihkan kotoran anak semudah ABC dan kulit anak kekal lembap tanpa menyakitinya.
Fiffy Long Sleeve And Long Pant Suit (Newborn/Unisex)
Fiffy koleksi baju si manja
Fiffy antara koleksi baju pilihan untuk simanja saya. Kainnya berkualiti dan menyerap peluh. Fiffy menawarkan harga yang rendah dan mampu milik. Simanja saya bergaya dengan koleksi fiffy dari awal kelahirannya sehingga umurnya menjangkau 2 tahun kini. Kami percayakan koleksi fiffy anda bila lagi?
Vicks Vaporub
Vicks pilihan keluarga kami
Vicks pilihan kami sekeluarga berbanding produk lain kerana vicks dapat melegakan hidung yang tersumbat dan melapangkan dada serta tidur jadi nyenyak walaupun dalam keadaan selsema dan tidak selesa. Penggunaan tidak mengira umur kerana vicks tidak terlalu panas dan sesuai digunakan.
PetPet Disposable Baby Diaper
Pet pet pilihan saya
Saya memilih pampers keluaran pet pet sejak dari awal kelahiran anak. Kualitinya boleh dipercayai dimana pet pet tidak mudah bocor seperti jenama - jenama lain yang mahal tetapi mudah bocor dan membazir.
Pureen Babywear set
Kualiti tinggi berbanding harga yang rendah
Kualiti baju sangat elok dan terbaik kerana menggunakan jenis material kain cotton sejuk dan lembut dimana sesuai untuk baby di malaysia yang bercuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Harga yang dikenakan turut menarik hati para ibu bapa untuk membuat pilihan mengikut bajet rendah dan sederhana tetapi kualiti yang tinggi. Saya memilih pakaian baby daripada produk pureen kerana sepadan dengan bajet tetapi kualiti super A+.
Palmer’s Cocoa Butter Formula Massage Lotion for Stretch Marks
Lega
Saya menggunakannya semasa hamil, disapu pada bahagian perut dan diurut secara ke atas. Sangat terasa perbezaannya sebelum dan selepas menggunakannya. Pilihan yang tepat bagi saya.