Dynamo Power Gel
Dynamo Power Gel-thumbs up
I love the smell of this! It makes my clothes smell nice and fragrant. My clothes turn to be soft and easy to be iron too. And, we don't have to put too much inside washing machine. Only small amount will do. Keep it up!
Xiaomi Mi Power Bank 10000mAh
Xiaomi Powerbank-Boleh caj sekejap je
Sy beli powerbank ni pada 2 thn lepas. Ingatkan boleh caj banyak kali sebab sy guna telefon jenama xiomi juga. Rupanya tak pun. Walaupun powerbank dah caj penuh bila nk caj telefon boleh caj sekali saja. Sekarang dah rosak ?
Nestle Cheerios Oat Crisp
Nestle Cheerios-sesuai untuk kudapan
Biasanya saya makan sebagai kudapan sahaja. Kalau makan untuk sarapan pun boleh cuma macam kurang mengenyangkan. Biasalah perut yang biasa makan nasi kalau nak kenyang. Untuk kudapan memang senang, cepat, dan rangup. Makan dengan susu pun ok cuma tak berapa minat sebab nanti dah tak rangup.
Softlan Lavender Fresh Fabric Conditioner
Softlan-Melembutkan kain
Kalau nak komen pasal bau, baunya taklah kuat dan harum sangat. Biasa-biasa je. Dah cuba guna yang concentrated punya pun sama. Tapi bila letak softener ni dalam mesin basuh baju, kain jadi lembut dan senang untuk digosok. Yang bahagian ni memang puas hati.
Noxxa Electric Multifunction Pressure Cooker
Jimat masa memasak
Kalau dulu nak masak untuk hari raya mesti kena mula awal. Lepas tu tunggu lagi dekat 2-3 jam di dapur. Tapi dengan noxxa, jimat masa. Bayangkan masak nasi impit yang sepatutnya ambil masa 60-90 minit boleh jadi 30 minit sahaja dengan menggunakan noxxa. Memang senang dan cepat! Mudah kerja untuk memasak sekarang.
Vaseline Body Lotion Core Deep Restore
Vaseline Body Lotion-melembapkan kulit
Saya bukanlah peminat tegar lotion. Kadang-kadang je pakai, selalunya tak pakai pun.. ternampak produk ni.. terasa nak cuba pakai. Bila dah mula pakai rasa seronok la pula. Yang saya suka dengan lotion ni sebab tak rasa melekit. Pakai sebelum tidur dan terasa lembutnya tangan keesokan harinya.
Guardian Baby Shampoo
Guardian Baby Shampoo-sesuai untuk anak buah saya
Sebelum ni pernah guna baby shampoo jenama lain, tapi semuanya tak sesuai. Pernah guna baby shampoo (tak ingat jenama apa) anak buah saya terus naik ruam dekat badan. Macam tak sesuai. Bila guna Guardian, elok je badan dia terima. Lepas tu memang kakak saya terus konsisten menggunakan produk ni.
Fresh & White Extra Cool Mint
Fresh n white extra cool mint- menyegarkan!
Saya baru sahaja menggunakan produk ini. Dan saya sangat berpuas hati. Selepas menggosok gigi terasa kesegarannya. Baunya pun sedap, tahan agak lama, dan sesuai digunakan untuk seisi keluarga. Harga pun sangat berpatutan!
Ambi Pur Romantic Rose Gel Fresh
Ambi pur rose gel-Harum baunya sekejap shj
Pernah beli dlm 2 ke 3 kali mcm tu.. letak dlm bilik tidur. Mula-mula memang best sebab bau wangi semerbak satu bilik. Tapi lepas 2 ke 3 minggu mcm tu, macam dh takde bau. Cubalah beli lg satu mana tau bau tahan lama sikit ke.. sama je.. tak tahan lama juga..tapi ada jugak lah beli kadang-kadang sebab baunya wangi dan lembut.
San Remo Vermicelli
San Remo vermicelli-Halus dan senang dimakan
Kalau teringin makan spaghetti, memang inilah yg jadi pilihan. Memang senang nak kunyah disebabkan tekstur yg lebih halus dari spaghetti biasa. Kalau ada anak-anak kecil memang sesuai sangat untuk menghidangkannya, tak kisahlah nak buat spaghetti carbonara atau Bolognese.
Shokubutsu Orange Peel Sensation Shower Foam
Shokobutsu orange-Segar dan wangi
Saya sudah menggunakan produk ini sejak di bangku sekolah lagi. Tak pernah mengecewakan. Yg paling saya suka bila banyak buih keluar walaupun hanya picit sedikit shj. Ditambah lg ada bauan oren yg harum. Segar sepanjang hari!
Pineng PN-951 10000 mAh Power Bank
Senang dibawa ke mana sahaja
Powerbank ni sangat nipis kalau dibandingkan dengan Powerbank lain. Jadi senang untuk simpan dalam beg atau poket seluar dan boleh bawa ke mana sahaja. Kalau dah dicaj penuh, boleh caj telefon sampai 4 kali. Jimat pun jimat! Memang puas pakai Powerbank ni.
Safi Balqis White Trilogy Oil & Acne Control Facial Cleanser
Muka kurang berminyak
Dulu muka saya berminyak sikit. Tapi bila dah guna safi Balqis white trilogy ni mcm dah kurang sikit. Lagipun saya suka gunakannya sebab banyak buih walaupun ambil sikit je. Jadi jimatla sikit takdela sàmpai sebulan sekali kena beli. Setakat ni saya pakai alhamdulillah takde alahan apa-apa.
Ayam Brand Tuna Mayonnaise Hot
Senang dan pantas menyediakannya!
Saya bukanlah peminat ikan tuna. Tapi bila dah rasa tuna pedas mayones ni, sedaplah pulak. Tambah-tambah bila malas nak keluar makan atau masak. Sapu je tuna atas roti, letak sayur sikit, dan makan. Lengkap sebagai satu hidangan lengkap. Yang penting, jimat masa penyediaannya!
Gardenia Original Classic
Sedap dan lazat!
Roti Gardenia sentiasa menjadi pilihan keluarga saya kerana boleh dimakan dengan apa sahaja. Tak kiralah cicah dengan gulai ke, buat sandwich ke, makan begitu saja pun sedap! Cicah dengan teh o atau Milo pun boleh naik selera!
SAFI Toothpaste Kayu Sugi
Ubat gigi safi-bau kurang enak
Sebenarnya ok sahaja guna ubat gigi ni cuma saya kurang gemar dengan baunya. Bila gosok gigi tu semacam ada bau kurang sedap. Tapi lepas gosok gigi tu tetap rasa segar dan bersih. Harganya pun murah!