Pigeon Baby Liquid Cleanser
khasiat makanan terjamin
saya akan menggunakan pigeon liquid cleanser untuk membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum makan atau menyimpannya di dalam peti sejuk. dengan menggunakan cecair pencuci ini dapat memastikan makanan saya bersih dan bebas daripada racun serangga dan ulat-ulat. tiada lagi waswas untuk makan sayur dan buah kerana ia dijamin bersih!
Kimball Oyster Sos
tak perlu kuat menggoncang botol
saya sudah tukar banyak jenama sos tiram. salah satu faktornya adalah kerana ia susah untuk keluar dari botol dan isteri saya terpaksa menggoncang botol sos dengan kuat untuk memudahkannya keluar. berbeza dengan sos tiram kimball ni, hanya terbalikkan botol dan goncang sedikit, sos tiram sudah boleh keluar. jadi, mudah untuk isteri saya masak tanpa meminta saya tolong di dapur semata-mata untuk menggoncang botol sos tiram. hehehe
Vitagen Cultured Milk Drink
sakit perut minum vitagen
dulu saya selalu alami masalah untuk membuang air besar. setiap kali jika tak sedap perut je, saya pasti akan mengambil minuman kultur kerana saya tahu ia baik untuk penghadaman. jadi kini saya akan amalkan pengambilan minuman kultur seperti vitagen yang emmbantu melancarkan pergerakan usus saya.
Twinings Earl Grey Tea
digemari oleh peminat teh
peminat tea pasti akan menggemari jenama twinings ni. saya akan minum twinings pada setiap petang bersama dengan kuih-muih ataupun kek. aromanya yang harum memberi kesegaran pada saya terutama di waktu petang. lebih enak jika diminum plain tanpa ditambah dengan gula.
Dr. Sam’s Fluoride Free Whitening Toothpaste
kuning gigi hilang sedikit demi sedikit
bagus betullah pakai ubat gigi dr sam ni. dah lah boleh bantu gigi jadi putih, bebas fluorida pulak tu. sebagai penggemar nescafe dan minuman yang berkafein, saya risau jika gigi saya akan menjadi kekuningan disebabkan setiap hari mengambil kafein. jadi, apa yang saya buat ialah saya akan berkumur2 setiap kali selepas minum. tapi, ia masih belum dapat membantu gigi saya untuk kekal putih. dengan ubat gigi Dr Sam ni, saya notice tanda kekuningan pada gigi saya semakin pudar. jadi, sudah tentulah saya akan stick dengan jenama ini. terima kasih Dr Sam.
Surya Apple Cider Vinegar with Natural Honey
Tiada bau
Saya pernah cuba minum cuka epal kerana tahu akan kebaikannya. Tapi, masalahnya semua cuka epal yang saya cuba mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Ada kalanya saya terpaksa tutup hidung untuk minum cuka epal. Berbeza dengan cuka epal surya, langsung tiada bau. Mungkin sebab campuran madu yang ada menutup bau cuka epal. Jadi, kini pilihan cuka epal kegemaran saya beralih kepada jenama surya apple cider vinegar.
Surbex Zinc
Beri tenaga
Salah satu jenama pilihan saya bila mencari supplemen. Doktor yang recommend jenama ni pada saya untuk beri saya tenaga. Kerja yang sibuk dan tidak tentu masa menyebabkan saya sering skip waktu makan dan ini menyebabkan badan saya mudah rasa tidak bertenaga. Selepas mengamalkan satu tablet zink setiap hari, saya tidak lagi rasa lemah. Namun, saya masih perlu menjaga soal pemakanan saya supaya seimbang.
Spoon Health Organic Chia Seed
kecil tapi penuh khasiat
mula-mula saya baca pasal chia seed adalah melalui viral di facebook. bentuknya sama seperti biji selasih dan akan mengembang jika diletakkan dalam air. jika sebelum ini saya akan minum air kosong sahaja, kini isteri saya akan bekalkan air kosong direndam bersama chia seed. sekali-sekala isteri akan buat air sirap dicampur dengan chia seed. sedapnya jika minum dalam keadaan sejuk. kini, saya dan isteri amalkan minum chia seed setiap hari.
VWA Cheer Pack – Cellular Functional Water
macam air minuman biasa
rasa sama seperti air kosong biasa. jika dituang dalam botol, saya mungkin tak dapat bezakan air ni dengan air minuman biasa. harganya juga mahal membuatkan saya berkira-kira untuk beli. cuma bolehlah kalau beli sekali-sekala, bukan selalu.
Yakult Health Drink
Mudah membuang air besar
Minuman kegemaran saya dan isteri terutama bila kami mengalami masalah sembelit. di rumah kami sentiasa ada yakult bagi membolehkan kami minum sebotol setiap hari. yakult amat sedap diminum semasa sejuk. pilihan saya ialah yakult ace sementara isteri suka yakult light.
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper
Masakan lebih ummmppphhh
Kalau saya masak burger untuk keluarga, pasti saya akan gunakan aji-shio black pepper ni. Rasa makanan akan berbeza, lebih umpphh dan lebih pedas jika letak serbuk lada hitam ni. Bau pun wangi semerbak satu rumah. Dari tak lapar jadi lapar bila letak serbuk lada hitam dalam makanan.
AJI-SHIO® Flavoured Pepper
Penyedap masakan
Isteri saya jarang letakkan perasa dalam masakannya. Tapi apabila memasak untuk orang lain ataupun ada tetamu yang akan datang ke rumah, dia pasti akan gunakan penambah rasa aji shio yang bukan saja pedas, tapi juga beri haruman pada makanan. Makanan memang akan jadi sedap jika letak flavoured pepper ni tapi tak boleh la letak selalu.
Mazola Corn Oil
Masakan lebih khasiat
Minyak jagung mazola jadi pilihan isteri saya jika dia hendak membuat kuih atau biskut terutama ketika musim perayaan. Rasa kuih pula pasti akan lebih sedap jika menggunakan minyak jagung mazola. Penggunaan minyak jagung juga lebih berkhasiat. Biarpun sedikit mahal, tapi apalah sangat berbanding dengan khasiat minyak jagung.
Bio-Home Dishwashing Liquid
Rugi tak jumpa awal-awal
Produk bio-home memang jadi pilihan saya sekeluarga. Mula-mula saya try guna yang cleaner saja sebab masa tu sabun pencuci pinggan masih ada. Sekali bila dah try bio-home dishwashing liquid ni, saya dan isteri tak berpaling untuk menggunakan jenama lain. Memang jimat guna dishwash bio-home. Tekan sikit je lepas tu letak air dan boleh membasuh banyak pinggan dengan sedikit liquid. Bukan tu je, lepas basuh pinggan tangan masih lembut then bau pun harum. Saya recommend sangat produk ni dekat keluarga.
Colgate Plax Ice
Nafas berbau segar
Kat rumah saya ada satu colgate plax yang besar. Lepas berus gigi saya akan pastikan berkumur-kumur dengan colgate plax. Di ofis pun ada satu lagi yang kecil. Selalunya saya akan gunalan sebelum solat bagi memberi kesegaran pada mulut saya. Nafas saya segar, orang sekeliling pun selesa bercakap dengan saya.
JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash
Bau tahan lama
Mandian johnson ni kegemaran isteri saya. Lepas mandi dia tidak perlu pakai perfume kerana mandian johnson ni sudah membuatkan dia berbau harum. Malah baunya tahan lama. Kadang-kadang saya juga curi pakai mandian johnson ni sebab sukakan baunya yang sedap. Ia juga buat kulit rasa lembut dan lembap selepas mandi.
Carrie Junior Baby Bath
Wanginya bau groovy grapeberry
No reviews yet
Botol yang kecik menjadikan mandian carrie junior sebagai pilihan pertama saya jika ingin pergi berjalan. Selain tu, saya juga letakkan mandian carrie junior di bilik tetamu, jadi tetamu yang bermalam di rumah saya boleh turut merasai keharuman mandian carrie junior.
EUBOS Haut Ruhe Lotion
Kulit kering? Kini tidak lagi
Kulit saya memang jenis kering dan sensitif. Saya tak boleh pakai sebarangan produk. Tapi dengan losen eubos haut ruhe ni, kulit saya lebih lembap. Rekahan pada tumit juga makin hilang. Jika tangan saya kering, saya hanya sapukan losen ni. Paling best, tiada bau yang tidak menyenangkan.
Cap Limau Yu Yee Oil
Orang dewasa pun suka
Saya suka pakai minyak yu yee terutama jika sakit perut. Baunya best sangat macam bau baby. Selain tu, minyak yu yee juga melegakan sakit perut saya. Minyak ni bukan saja disukai oleh bayi dan kanak-kanak, orang dewasa pun suka juga. Tentunya minyak yu yee jadi pilihan saya untuk anak-anak saya nanti
Gardenia Original Classic
tak pandang dah jenama lain
roti gardenia memang jadi jenama roti pilihan saya dan isteri. walaupun banyak lagi jenama roti lain, tapi kami tetap memilih gardenia. rasanya lain daripada lain, lebih lemak dan semestinya lebih sedap. ini sarapan mudah yang selalu isteri saya sediakan di waktu pagi. dengan hanya meletakkan jem kaya dan butter di atas roti, kemudian dilipat dua dan ngappp di dalam mulut. sedap dan kenyang!