NESTLÉ Fat Free Yogurt
My breakfast
Saya lebih suka membeli nestle fat free yogurt ini sebagai alas perut saya di waktu pergi terutama sepanjang perjalanan saya pergi ke kerja. Ianya sangat mengenyangkan selain membantu melancarkan sistem pencernaan saya. Rasanya juga sangat sedap dan rasa tidak complete sekiranya saya tidak mengambilnya buat sekian lama.
CIMB Debit MasterCard
Tidak perlu membawa cash yang banyak
Sejak saya mempunyai cimb debit card ini, segala urusan membeli belah saya sangat mudah kerana hanya cucuk dan masukkan password dan kini ada paywave, bertambah mudah segalanya. Saya sememangnya jenis yang tidak suka membawa cash yang banyak kemana mana. Walaupun ke pasar raya memborong barang dapur sahaja pun, saya akan menggunakan debit card untuk membayar.
Sunlight Lime Diswash Liquid
Tidak merosakkan tangan saya
Pencuci sunlight ini telah digunakan oleh family saya sejak saya masih kecil lagi dan kini saya telah berumahtangaan dan saya terus menggunakannya. Pencuci ini tidak merosakkan tangan saya berbanding pencuci lain yang saya pernah cuba sebelum ini. Saya tidak akan memilih pencuci yang lain daripada sunlight ini. Terbaik!
Ajax Fabuloso Antibacterial Apple Fresh All-Purpose Cleaner
Baunya yang wangi
Saya telah menggunakan pencuci lantai ini lebih dari 2 tahun yang lepas dan saya sangat sukakan wangiannya. Ia juga mampu menanggalkan kekotorn di lantai rumah saya dan selamat digunakan. Seminggu sekali saya akan gunakannya dan akan terus gunakannya.
The Body Shop Eye Lash Curler
Mudah digunakan
Saya mempunyai bulu mata yang panjang dan lebat tapi tidak lentik. Pelentik bulu mata ini sangat membantu untuk melentikkan bulu mata saya agar nampak lebih cantik. Selepas menggunakannya saya akan menggunakan apa sahaja jenis mascara dan ianya akan lebih kekal lama. Sangat membantu!
Silkygirl Sweetheart Eau De Toilette
Bau yang soft
Perfume ini adalah antara perfume yang saya sangat suka kerana baunya yang sangat soft dan tidak memeningkan kepala. Selain itu, perfume ini juga tahan lama dan tidak perlu untuk saya meletak perfume beberapa kali dalam sehari. Saya dah menggunakan perfume ini sebanyak 6 botol. Sangat sukakannya.
SILKYGIRL Gentle Eye & Lip Makeup Remover
Senang menanggalkan make up
Silkygirl Gentle Eye & Lip Makeup remover sangat efektif menanggalkan makeup di wajah dan menjimatkan masa serta memudahkan saya bila mahu sembahyang kerana makeup di wajah mudah ditanggalkan dan tidak perlu risau tentang wudhu. Harga juga sangat berpatutan dan murah mampu beli.
Maybelline Dream Satin Skin Foundation Two Way Cake
Sangat best
Saya sangat suka menggunakan Maybelline Dream Satin Two Way Cake Foundation ini sebab ianya membuatkan muka saya nampak lebih natural apabila memakainya dan tidak nampak tebal di muka. Di samping membuatkan muka saya nampak lebih fresh, ianya juga mampu merawat jerawat saya. Ia mudah dibawa dan akan sentiasa ada bersama saya tidak kira di mana saya berada.
Sendayu Tinggi Doll Skin Foundation
Full coverage
Saya telah menggunakan foundation ini sejak 3 tahun yang lepas sebagai concelear. Ia sangat membantu terutama apabila memerlukan saya untuk make up tebal. Warnanya juga sangat natural dan tahan lebih lama. Saya sangat sukakan foundation ini.
Silkygirl Long Wearing Eyeliner
Senang dibasuh
Memang sejak dari dulu lg Eyeliner dari silkygirl ni la yang jadi pilihan saya… senang dipakai dan mudah dicuci. penggunnaan yg tahan lebih lama. saya tak akan bertukar kepada yang lain.
Silkygirl Skin Perfect Liquid Foundation
Ringan dan melembabkan
Saya baru sahaja menggunakan foundation ini lebih kurang sebulan yang lalu. Selama ini saya selalu beli yang mahal dengan harapan dapat menutup cela di muka. Namun semuanya tidak berhasil. Tapi setelah cuba foundation ini hasilnya sangat mengagumkan dengan harganya yang jauh lebih murah. Ianya sangat berbaloi. Ia mampu menutup bekas jerawat saya dan tidak tebal. Ringan dan sangat melembabkan kulit saya. Sekarang saya tidak perlu berbelanja lebih dengan adanya foundation ini.
Libresse Maxi Wings
Tebal dan mudah di basuh
Sekarang saya memang setia dengan libresse berbanding brand yang lain kerana ianya sangat membantu saya apabila berhadapan dengan period heavy flow. Ia juga sangat fleksible dan selesa apabila dipakai. Saya sangat recommend untuk wanita wanita di luar sana untuk mencuba tuala wanita libresse ini
Maybelline Dream Satin Skin Foundation Two Way Cake
Muka kurang berminyak
Saya sangat berpuas hati dengan Maybelline Dream Satin Skin Foundation Two Way Cake ini kerana ia membuatkan kulit muka saya kurang berminyak. Teksturnya juga sangat ringan dan mudah untuk blend di muka. Tiada masalah bercapuk di muka berbanding dengan compact powder yang lain yang pernah saya cuba. Sekarang saya memang setia dengan compact powder ini. Tak akan tukar kepada yang lain.
Bio-Essence 24K Rose Gold Water
Kelembapan berpanjangan
Saya sangat suka Bio Essence 24K Rose Gold kerana ia membuatkan kulit muka saya lebih lembab dan nampak lebih bermaya. Selain itu ia juga membuatkan make up saya tahan lebih lama. Sangat berbaloi dengan harga di samping packaging yang menarik. Baunya juga sangat wangi. Sangat sangat recommended!
LIPICE Sheer Color 2
Natural look
Lip ice sheer colour ini menjadikan bibir saya nampak lebih segar dan berwarna pink semulajadi. Selain itu ia juga melembabkan bibir saya. Saya wajib bawa lip ice ini ke mana mana sahaja saya pergi dan merupakan satu pelengkap di dalam handbag saya malah sangat mudah untuk disimpan.
Wall’s Solero Split
Favourite ice cream
Aiskrim solero ini merupakan aiskrim kesukaan saya semenjak dibangku sekolah lagi. Rasanya sangat menyegarkan dan tidak muak dimakan banyak kali sekalipun. Saya akan singgah ke 7eleven untuk membeli bersama rakan rakan saya.