Nestle Cerelac NutriPuffs
Bijirin kegemaran si manja saya
Nestle Cerelac NutriPuffs ini merupakan bijirin kegemaran si manja saya. Bentuknya yang menarik dan rasanya yang sedap membuatkan anak saya sangat sukakannya. Dia boleh menghabiskannya dengan sekelip mata. Packnya tersedia dengan ziplock membuatkan ia tidak mudah dimasuki angin, mudah disimpan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Saya kerap membelinya tetapi harganya agak mahal membuatkan saya mengeluh.
Heinz Banana Biscotti
Biskut kegemaran si manja
Si manja saya sangat suka makan Heinz Banana Biscotti Snack ini kerana rasanya yang sedap seperti rasa buah pisang sebenar. Ianya juga tidak melekit dan mudah dipegang. Cuma biskut ini agak manis. Sebenarnya tidak sesuai untuk bayi.
Dutch Lady Pasteurised Milk
Tiada bahan pengawet
Saya sangat mengutamakan kesihatan. Susu Berpastur Dutch Lady merupakan pilihan utama saya. Setiap hari pasti saya akan meminumnya pada setiap pagi, tengahari dan malam. Susunya sangat segar, tiada bahan pengawet dan tiada perasa tiruan. Itulah yang membuatkan saya sungguh menggemarinya. Tetapi harganya agak mahal. Saya terpaksa membelinya juga kerana saya sangat mengutamakan kesegaran susu.
Yakult Health Drink
Susu kultur terbaik
Saya suka membeli susu kultur Yakult kerana ia merupakan minuman terbaik untuk pencernaan perut saya. Bukan sahaja saya bahkan suami dan anak-anak pun sangat menggemarinya. Selain itu, ian tidak mempunyai pewarna dan perisa tiruan. Memang terbaik.
Kodomo Lion Toothpaste
Pilihan utama saya
Ubat gigi kodomo lion ini adalah pilihan utama saya untuk si manja. Si manja saya sudah menggunakannya sejak dia berumur 2 tahun lagi. Ubat gigi ini dirumus sesuai untuk gigi susunya. Ia dapat melindungi gigi susunya daripada cravity. Selain itu, ia juga mempunyai pelbagai perisa antaranya oren, anggur dan epal. Anak berasa seronok setiap kali menggosok gigi.
Carefree® Original Regular
Selesa
Saya sungguh menggemari pantiliner jenama Carefree® Original Regular ini kerana ianya sungguh selesa dan permukaannya lembut. Saya juga suka bentuknya yang bujur kerana saiznya agak lebar berbanding pantiliner yang jenis berbentuk. Harganya juga sangat berpatutan.
Tai Sun Roasted Cashew Nuts, 130g
Bagus
Saya sangat menggemari kacang gajus. Rasanya sungguh sedap, rangup dan lazat. Harga Tai Sun Roasted Cashew Nuts ini sungguh berpatutan. Selain itu, ia mempunyai pembungkus yang boleh ditutup rapat. Jadi kacang gajus tidaklah dimasuki angin. Saya tidak perlu mencari getah untuk menutupnya atau mencari bekas untuk menyimpannya.
Fisher Price Basic Plush (Giraffe)
Menarik, lembut dan selamat
Bayi sangat sukakan mainan yang menarik seperti ini. Warnanya yang menyerlah dan bentuknya yang menarik sungguh membuatkan mereka berasa seronok ketika bermain. Rekaannya yang lembut memang sangat sesuai untuk keselamatan mereka. Mereka tida akan tercedera ketika bermain dengannya.
Carrie Junior Baby Shampoo – Joyful Raspberry
Sungguh wangi
Anak-anak saya sungguh menggemari Carrie Junior Baby Shampoo – Joyful Raspberry ini kerana bau harumannya sungguh wangi dan tahan lama apabila dipakai. Baunya yang sungguh wangi membuatkan anak-anak rasa sungguh seronok apabila mandi. Harganya juga sangat berpatutan.
Cap Limau Yu Yee Oil
Recommended
Saya sangat menggemari minyak yuyi cap limau ini. Saya sudah menggunakannya sejak melahirkan anak pertama lagi. Ia sangat membantu melegakan masalah kembung perut bayi saya. Minyak ini tidak terlalu berangin dan dirumuskan sesuai untuk kulit si kecil.
Anakku Cutie Soft Pillow
Ceria dan selesa
Design Anakku Cutie Soft Pillow ini sungguh comel, warna yang sungguh ceria dan bantal sungguh lembut. Sangat sesuai untuk bayi yang baru lahir. Si kecil pasti sangat menggemarinya. Kerana ianya sungguh menarik dan selesa.
JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash
MANDIAN LENGKAP HANYA 1 BOTOL
Saya suka JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash ini kerana ia merupakan mandian yang dirumus khas untuk tidak memedihkan mata bayi saya. Selain itu, ianya boleh digunakan dari kepala hingga ke kaki. Saya hanya perlu menggunakan satu jenis mandian sahaja. Sungguh mudah dan menjimatkan wang.
Baby Love Mosquito Net For Cot L Embroidery
BEBAS NYAMUK DAN MUDAH MELETAKKAN BAYI
Saya sangat menyukai Baby Love Mosquito Net For Cot L Embroidery ini kerana pertamanya, pemegang katilnya boleh dilaraskan ke bawah. Ia sangat memudahkan saya untuk meletakkan bayi saya yang sedang tidur ke dalam katil bayi tersebut. Keduanya, ia dilengkapi dengan kelambu. Bayi saya bebas dari digigit nyamuk. Ketiga, saya boleh mengubah kedudukan katil tersebut ke arah mana yang saya suka keranan ia mempunyai roda. Senang untuk saya menolaknya tanpa saya perlu mengangkat katil tersebut.
Pureen Pillow & Bolster Set
Comel dan senang dibawa
Saya sangat menyukai Pureen Pillow & Bolster Set ini kerana saiznya yang kecil sungguh mudah untuk dibawa ke mana sahaja saya pergi disamping ia dilengkapi dengan beg untuk menyimpan set bantal tersebut. Selain daripada saiznya yang kecil, si manja berasa sangat selesa ketika baring kerana isi bantal tersebut sangat lembut sesuai dengan umur bayi yang baru lahir. Corak dan warnanya juga sangat menarik dan comel.
UHU Stic Glue Stick Solvent Free
Tangan tidak melekit dan comot
Saya sangat suka menggunakan UHU Stic Glue Stick Solvent Free kerana ianya tidak comot, tidak tumpah dan tidak terlalu melekit kerana gamnya bukanlah jenis gam yang cair. Ia juga mudah dibawa ke mana sahaja. Harganya juga sangat berpatutan.
STABILO Boss Highlight Pen 3 colors in 1 set fluorescent
Terbaik
Saya sudah menggunakan STABILO BOSS HIGHLIGHT PEN ni dari zaman sekolah menengah lagi. Highliter pen ini memang sangat membantu saya dalam mengulangkaji pelajaran. Warnanya yang pelbagai memudahkan kerja saya untuk membuat nota, terutamanya 'highlight' nota penting. Selain itu, harganya juga berpatutan bagi saya seorang pelajar sekolah menengah.
Aiken Medicated Talcum
Recommended
Aiken Medicated Talcum sangat bagus untuk mengurangi masalah bau badan dan peluh pada kulit saya. Saya sangat menyukai bedak ini. Badan saya terasa kering dan segar. Saya berasa lebih selesa dan yakin untuk berhadapan dengan orang ramai terutamanya bila badan saya banyak bergerak.
Nestle Cerelac® Infant Cereal Rice & Milk
Tersedia dengan susu
Saya suka membeli Nestle Cerelac® Infant Cereal Rice & Milk ini untuk si manja saya kerana ianya tersedia sekali dengan susu jadi saya tidak perlu menambah susu untuk membancuhnya. Sungguh menjimatkan masa. Si manja saya juga sangat menyukakannya.