Drypers Wee Wee Dry Disposable Diaper
Penguna Setia Drypers
Apa yang menarik tentang drypers wee wee dry NB ni pertama saiz memang sesuai untuk baby NB tak terlalu besar atau kecil bila pakai dan yang kedua best sebab ada tanda aras yang baru di luar permukaan pampers jadi boleh tahu kalau dah penuh . Penyerapan pantas jadi kulit baby sentiasa kering tiada masalah ruam dan yang menarik design luar pampers comel menarik tak suram. Tapi permukaan luar pampers untuk saya tidak lembut untuk kulit baby Newborn . Harap jika masalah material luar dapat di selesaikan mungkin akan lebih memberi keselesaan pada baby ..
Eagle Balsem Gosok
Mudah
Mudah di gunakan saat sakit
Tidak melekit pada kulit
Memberi kelegaan yang cepat
Membantu lenguh-lenguh badan tetapi baunya kurang menarik minat saya.
Apapun ianya berkesan untuk sakit2 ringan di badan.
Eagle Brand Medicated Oil
Membantu lenguh badan
Membantu lenguh-lenguh badan
Kekejangan otot di betis juga bolej di gunakan
Cepat menyerap pada kulit tetapi baunya kurang menarik minat saya
Apapun ianya berkesan untuk sakit2 ringan di badan.
Eagle Brand Telon Oil
segar menenangkan
Sangat membantu baby tidur lena kerana tiada lagi masalah kembung perut..tidak terlalu panas untuk baby..bau yang menyegarkan memberi kesan yang sangat bagus untuk baby tidur lebih lama..sangat membantu masalah baby yang selalu kembung perut..say suka bau minyak telon caplang..terbaik
Oilum Hydro-Rebalance Firming Lotion
Berkesan
Saya suka pakai oilum hydro-rebalance firming lotian ni sebab sangat membantu masalah kulit saya..kulit saya sangat kering dan selepas mengunakan lotion ini kulit kembali lembut dan tidak lagi terlalu kering macam sebelum ini..saya baru cuba dalam tempoh 3hari sudah nampak kesan yang sangat ketara..selain itu saya juga gunakan pada muka..kulit muka saya mengelupas akibat sunburn selepas saya sapu lotion oilum ini muka saya sudah tidak mengelupas..sangat2 bagus..membantu melembutkan kulit saya sehalus kulit bayi..suka sangat-sangat..
Mamee Mister Potato
Lebih nipis
Saya suka mamee mister potato sebab lebih nipis dan rangup..tidak terlalu tebal seperti jenama lain..mudah di bawa ke mana-mana sebab di dalam bekas yang tidak terlalu besar dan kedap udara..mamee mister potato tidak lemau bila di makan..perisa yang memukau..tidak keterlaluan rasanya..kurang masin bagusss..harga berpatutan setanding dengan kualiti dan kuantiti..corak pada bekas menarik minat untuk di miliki..menaikkan selera pembeli
.
Samsung AHSC Hi Speed Charger White
Terbaik
Saya guna hampir 3tahun charger samsung ni..tahan lama baru sahaja rosak cable dia sebab tercabut putih-putih pada wayar..masih boleh di guna tetapi takut memudaratkan saya tak guna dan beli yang lain..bila cas bateri cepat penuh dan lambat habis bateri..cable panjang senang jika plug jauh tak perlu risau tak sampai nak cas..berbaloi sangat sebab tahan lama..
Goodday Pasteurized Milk
Murah sedap
Harga lebih murah berbanding susu jenama lain..saya suka goodday fresh milk sebab rasanya lebih berlemak dan berkrim..saya selalu letak di dalam masakan..buat masakan saya bertambah sedap..bukan sahaja boleh terus minum letak di dalam masakan pun boleh..mudah untuk saya kerana goodday telah hasilkan fresh milk dengan harga yang berpatutan..
Anak-anak suka minum jenama goodday
Pensonic PB-3203 Blender
Untuk berniaga
Saya sangat-sangat syorkan blender pensonic untuk orang yang meniaga..sebab harga murah berbanding jenama lain di pasaran..saya gunakan jenama ini hampir 2tahun..bagi saya ianya berbaloi untuk saya kerana mampu menjimatkan kos peniagaan saya..walau orang lain kata ianya tak tahan tetapi bagi saya berbaloi..kualiti setanding harga..saya tiada masalah dengan mata pengisar ini apa yang saya blender semua hancur dengan lumat..jadi saya percayai dan yakini blender jenama pensonic ini..
Untuk kekuarga berpendapatan rendah jenama ini adalah yang terbaikkk..
Prego Fettuccini
Mudah cepat sedap
Saya sukakan fettuccini prego ni sebab senang dan cepat di masak tak payah tunggu lama-lama dan terasa kenyal bila di makan tak mudah lembik bila di rebus tak seperti jenama lain..harga pula berpatutan setanding kualiti..pek yang menarik,bila di lihat boleh tahu itu jenama prego..
Anak-anak saya gemarkannya ..prego fettuccini memang pilihan kami sekeluarga.
Morgan MWF-NB165RT Wall Fan with Remote Control
Mudah
Mudah kerana ada remote dan mengunakan tenaga elektrik yang lebih jimat,saya pakai dah lebih 3tahun tapi masih okey seperti baru beli kelajuan masih sama,setakat ni tidak pernah rosak,jimat ruang kerana boleh gantung di dinding tidak perlu risau jika tidak mempunyai ruang yang kecil..anginya cover 1 bilik..sejuk..
Nestle MILO ACTIV-GO
Sangat sedap
Jenama pilihan saya nestle milo activ-go,tiada minum coklat lain yang sedap selain milo,kegemaran anak-anak dan saya,harga sangat-sangat berpatutan tidak terlalu mahal dan menjimatkan saya..sesuai sangat untuk kanak-kanak yang hendak membesar kerana milo mengeyangkan mereka selain itu memberi tenaga buat mereka untuk kekal aktif dari pagi ke malam..
Bekal anak-anak saya sewaktu ke sekolah ..
Ayam Brand Baked Beans
Mudah
Jenama pilihan saya ayam brand kacang panggang..memudahkan saya saat menyediakan sarapan pagi buat seisi keluarga,hanya panaskan tak perlu nak tambah apa-apa,cukup semua rasa memang kena dengan selera kami sekeluarga..dan dia atas tin sudah tersedia tempat untuk di buka..jimat masa saya..kacangnya juga rasa fresh..harga juga berpatutan tidak terlalu mahal..
Jimat masa,jimat tenaga,jimat wang..
Mudah untuk saya..
Shokubutsu Active Guard Family Protection
Pembasmi bakteria
Saya penguna shokubutsu active guard family protection dan saya sangat-sangat menyukainya kerana mandian ini mampu membunuh bakteria-bakteria jahat..saat badan berpeluh dan naik gatal-gatal saya gunakan mandian ini dan yang sangat menarik minat saya gatal-gatal di badan saya hilang..dan sejak itu saya penguna tegar mandian shokubutsu active guard family protection..dan yang lebih membuat saya berminat mengunakan mandian ini harganya yang sangat-sangat berpatutan,jimat!!
Jimat dan sangat-sangat berkesan untuk masalah kegatalan di badan..bauannya juga wangi , fresh..terasa segar selepas mengunakannya..
Carrie Junior Refill Packs
Jimat
Pilihan utama untuk mandian anak-anak saya,bagi saya jika ambil refill packs lebih murah berbanding yang botol,dan isiannya lebih banyak berbanding botol..
Anak-anak saya sukakan wangian dari carrie junior ni dan mereka sangat-sangat tertarik dengan iklan-iklan carrie junior di media masa,carrie junior ada pelbagai bau tetapi kegemaran kami adalah joyful raspberry baby hair & body wash..mudah kerana satu mandian boleh di gunakan untuk sabun dan syampo,sangat menjimatkan,bila pakai kulit jadi lembut dan rambut juga lembut tidak keras seperti jenama-jenama lain..packs carrie junior juga sangat menarik minat anak-anak saya..
Kami sekeluarga penguna tegar carries junior
Linola Lotion
Sangat membantu
Saya sangat-sangat berpuas hati dengan lotion linola kerana lotion linola ini sangat membantu masalah kulit saya..kulit saya sangat kering bila pakai lotion linola masalah kulit saya bertambah ok..dan saya juga ada alergik dengan product medikal..tetapi bila pakai lotion linola ni masalah alergik saya tidak timbul..jika ada gatal-gatal di badan saya sapu lotion linola ni..kegatalan tu cepat baik..kulit juga bertambah lembut..sangat bagus untuk di guna.. bau lotion ni juga tak terlalu kuat,bau yang lembut tak menyakitkan kepala..bila sapu lotion linola ni cepat meresap ke kulit tidak rasa melekit pada tangan..jika di tambah sedikit corak atau warna pada botol lotion linola ini pasti menarik..
Antabax Antibacterial Cleansing Wipes
Senang di bawa kemana-mana
Saya sangat-sangat suka mengunakan antabax antibacterial cleansing wipes kerana bau yang sangat wangi selain itu ianya mudah di bawa sebab dalam pax yang kecik tak perlu risau jika ragu-ragu tentang kebersihan sewaktu di luar rumah..apa yang menarik alcohol free dan ada aloe vera..menarik sangat-sangat..
Saya dan seisi keluarga sangat suka kan nya..
Safi Shayla Anti Dandruff Shampoo
Sangat berkesan
Saya amat menyukai shampoo safi shayla anti kelemumur ini kerana wanita bertudung seperti saya kerap ada kelemumur di sebabkan rambut terperap..jadi saya mengunakan shampoo ini dah hasilnya sangat-sangat bagus..tidak lagi perlu risau tentang kelemumur dan gatal di kulit kepala..bahan-bahan di dalam shmpoo ini saya sangat suka..
Dashing Limited Edition Deodorant Body Spray MCFC Hattrick
Bau lembut
Suami saya amat mengemari bauan dashing hattrick 24jam protection limiited edition deodorant body spray..bau yang sangat lembut sesuai dengan selera kami selain itu bauan dashing hattrick ini tahan lama sehingga 24jam..balik kerja masih ada lagi bauan deodorant body spray ini..deodirant ini juga tidak meninggalkan apa-apa kesan pada badan dan ianya cepat kering tak perlu tunggu lama untuk kering..
Kami memang pengguna tegar deodoran body spray dashing hattrick limited edition ni..corak pada botol sangat-sangat menarik..
Drypers – Antibacterial Sanitizing Wipes
Sangat Memuaskan
Drypers antibacterial sanitizing wipes ni best sebab tidak meninggalkan kesan melekit pada pada permukaan kulit bila guna sekaligus sangat sesuai untuk kulit bayi kerana tidak menimbulkan ruam . Untuk material tisunya pulak tidak terlalu nipis, tidak terlalu kering dan berair .. tapi yang kurangkan menarik untuk saya baunya tak best berbanding tisu basah dari keluaran fiffy . Jika dapat menambah sedikit bau yang menyenangkan mungkin akan menarik minat ibu-ibu untuk menggunakannya..