AJI-SHIO® Flavoured Pepper
terbaik
No reviews yet
suami saya suka jenama ini dan kebiasannya saya buat telur separuh masak untuk dia sebagai sarapan pagi. Tambah sedikit kicap, sedikit serbuk lada AJI Shio, dan siap! Saya suka kan bentuk botol ini sebab mudah pegang dan cantik. Akan berterusan dengan serbuk lada jenama ini.
SERI-AJI® Tom Yam Seasoning
kurang kaww
saya hanya menggunakan serbuk ini untuk memasak nasi goreng. rasa yang biasa dan tidak pedas. harga yang berpatutan dengan paket besar. Bagus tentang serbuk ini adalah ia tidak berketul. Tekstur yang cantik berpasir, seterusnya membuatkan rasa masakan sebati.
MAGGI® Cukup Rasa
maggi cukup rasa
memang sesuai dengan nama, 'cukup rasa' sebab ia menambahkan lagi rasa apa jua masakan. cukup sekadar menambah secubit bahan 'cukup rasa' ini dan masakan jadi semakin enak. tidak di galakkan untuk menggunakan dengan kerap kerana risau akan kesan sampingan pada kesihatan. Justeru saya hanya menggunakannya dalam masakan tertentu/bila perlu.
Faiza Emas Super Special Tempatan 5%
kualiti yang bagus
saya memang meggunakan jenama ini pada kebanyakan masa. Kualiti beras yang terbaik serta harga yang berpatutan. Beras yang cantik, tidak pecah/terlalu halus. Di samping membeli beras ini, pengguna turut dapat beramal dalam menderma rm1 dari setiap pek. Ini adalah beberapa faktor yang membuatkan saya masih kekal membeli & menggunakanjenama ini.
Ezerra’s Extra Gentle Cleanser
sangat bagus untuk kulit sensitif
Bayi saya menggunakan sabun ini dari 2bulan yang lepas. Sebelum ini, pelbagai jenama telah cuba tetapi tidak banyak yang betul-betul rasi dengan kulit anak. Tetapi jenama ini rasi dengan dia dan kulitnya sentiasa lembab. Tiada lagi masalah kulit kering dan ekzema tidak seteruk dulu.
Campbell’s Instant Soup Mushroom Cheese with Croutons
sedap dan tidak muak
saya baru berkesempatan merasai perasa mushroom cheese ini. Jangkaan saya meleset bahawa ia akan membuatkan saya muak untuk menghabiskan sepaket. Malahan membuatkan saya ingin menambah lagi. Terasa ketulan kecil cendawan dan croutons.
Apple MacBook Pro 13″ with Touch Bar and Touch ID
jenama pilihan
melihatkan pada spesifikasi produk ini, ia mempunyai hampir kesemua ciri-ciri yang saya inginkan. saya yakin produk ini antara keluaran yang terbaik dari Apple.
Daia Excellent Washing Power Powder
wangi tetapi tidak sesuai untuk kulit
tidak di nafikan produk daia wangi, berkesan dalam membasmi kotoran pada pakaian. Tetapi produk ini tidak sesuai dengan saya kerana tahap pH yang agak tinggi. Secara tidak langsung memberi kesan kepada individu yang mengalami masalah kulit sensitif seperti saya.
Adabi Banana Fritter Batter Mix (Tepung Goreng Pisang)
mudah dan rangup
Memang tepung ni menjadi pilihan saya kalau nak buat pisang goreng. Tak perlu tambah apa-apa. Boleh buat pisang goreng dengan segera, sedap dan rangup!
Drypers Wee Wee Dry Disposable Diaper
lembut pada kulit bayi
Bayi sy menggunakan produk ini dari lahir sehingga sekarang (9bulan). So far, tiada masalah ruam kulit/ketidakselesaan. Harga juga berpatutan dengan kualiti.
Eagle Brand Telon Oil
tak panas sangat dan bau yang menyenangkan
anak saya tidur lena selepas di sapu minyak telon ini. Minyak ini antara yang terbaik saya pernah cuba. Bau yang menyenangkan dan tidak terlalu panas. Sesuai digunakan seisi keluarga terutamanya anak kecil.