Quaker Oatmeal Instant
Bijirin yang sesuai untuk ibu hamil
Saya menghidap kencing manis dan darah HB yang rendah semasa hamil, doktor saran kan pengambilan Quaker Oatmeal Instant sebagai makanan diet kerana mengandungi zat besi dan sumber nutrisi yang baik. Saya telah mengkonsumsi produk ini sejak hamil 4 bulan, hingga kini usia kandungan telah masuk 7 bulan. Memang nampak perubahan, berat badan terkawal, kencing manis terkawal dan darah HB juga diparas normal.
MAGGI® 2-Minute Noodles Kari
Cepat dan mudah dimasak tapi tidak sesuai untuk golongan ibu hamil
Tidak dinafikan maggie merupakan makanan segere yang cepat dan mudah untuk dimasak. Sebelum hamil saya memang gemar makan maggie, kerana rasanya yang sedap dan menjimatkan masa. Tapi semasa hamil, bila saya mengkonsumsi maggie, saya dapati darah HB saya semakin menurun. Dan saya hentikan makan maggie buat sementara demi keselamatan bayi dalam kandungan. Mungkin terdapat kandungan bahan yang tidak sesuai untuk ibu hamil.
Gardenia Original Classic
Sedap dan lembut tapi cepat basi
Roti ni memang selalu beli dipasaraya, sebab struktur roti yang sangat lembut dan sedap. Bukan kanak-kanak sahaja yang menyukainya tapi juga orang dewasa. Walaubagaimanapun, rotinya cepat basi. Ada sesetengah yang saya beli, tarikh luput masih ada beberapa hari tapi roti sudah basi.
Nutella Hazelnut Spread
Sedap dan berkhasiat
Nutella Hazelnut sememangnya sangat sedap, rasa coklatnya buat saya dan ahli keluarga sangat menyukainya. Biasanya kami akan makan bersama dengan roti. Kadang menggunakannya sebagai penhias diatas kek coklat. Walaupun harganya agak sedikit mahal, tapi agak berbaloi dengan rasanya yang sedap, enak dan berkhasiat.
Pureen Baby Powder
bedak yang sesuai untuk semua peringkat usia
bedak jenama pureen bukan sahaja sesuai untuk kulit bayi tapi juga semua peringkat usia. Saya juga memakainya sendiri untuk menghindar bau yang tidak selesa, dan mengurangkan rasa gatal dicelah-celah badan. Selain baunya yang menyenangkan, ia juga sangat selesa dan lembut dikulit. Sangat sesuai bagi bayi yang sering timbul ruam. Kerana strukturnya yang kering dan lembut.
Pureen Baby Lotion and Vitamin E
Sesuai untuk kulit bayi yang sensitif
kulit bayi sangat sensitif, oleh itu pemilihan losyen adalah sangat penting. Pureen Baby Lotion and Vitamin E merupakan pilihan yang tepat, kerana sifatnya yang sangat lembut dan tidak berminyak. Selain itu, Vitamin E yang terdapat dalam produk turut membantu melindungi kulit bayi serta mempercepatkan pemulihan kulit yang kering, menjadikan kulit bayi lebih halus dan lembut.
Fiffy Fashion Girl Suit
Kualiti kain yang bagus, rekaan yang menarik.
Selain warnanya yang cantik dan menyerlah, bentuk rekaannya juga menarik dan unik. Sangat sesuai dipakai untuk ke mana-mana majlis. Kualiti kainnya juga sangat bagus. Tidak terlalu tebal dan tidak pula terlalu nipis, bayi sangat selesa memakainya.
Anakku Baby Talcum
Bedak Bayi yang harum dan menyegarkan
Saya sangat suka dengan keharumannya yang menyegarkan, aromanya yang lembut dan tidak keras. Lebih-lebih lagi bila bayi memakainya, suka sangat mencium bayi berkali-kali. Walaupun bayi memakainya pada waktu pagi, tapi pada waktu tengah hari bayi masih berbau segar seperti baru lepas mandi.
Pureen Nappy Rash Cream
Mengurangkan ruam merah pada kulit bayi
Produk ni kali kedua saya beli atas rekomen kawan untuk menghilangkan ruam merah pada kulit punggung bayi saya. Pada mulanya saya merasa ragu-ragu, tapi kemudiannya, apabila sudah mencubanya sendiri ternyata ia berkesan. Saya melihat sendiri ruam bayi mula beransur pulih setelah beberapa hari memakaikannya pada bayi saya.
BIO ESSENCE BIRD NEST PEPTIDES ESSENCE IN CREAM
Memutihkan serta memulihkan kulit kusam ketika hamil.
Setiap kali hamil, kulit wajah saya akan kelihatan sangat kusam dan kering. Ia membuatkan saya rasa malu untuk keluar rumah. Ibu saya memperkenalkan produk ini kepada saya, setelah mencubanya wajah saya kelihatan lebih cerah dan berseri. Tambahan pula, dengan kandungan kologen yang terdapat dalam produk ini, kulit saya nampak lebih awet muda.
Bio-Essence Bio Treatment Essence in Oil
Berkesan menghilangkan parut jerawat
Sebelum ini, belakang badan suami saya terdapat banyak kesan parut jerawat, sehingga menimbulkan rasa kurang yakin dan kurang selesa pada dirinya sendiri. Seorang pekerja dikedai Watson telah mengesyorkan produk ini, dan suami saya mencubanya. Setelah beberapa hari memakainya, kelihatan beberapa kesan parut jerawat beransur hilang. Saya yakin andai digunakan secara konsisten dan berterusan, parut jerawat akan terus hilang.
Karihome Goat Milk Growing-Up Formula Step 3
Produk susu kambing yang terbaik
Produk susu kambing Karihome mempunyai rasa yang sedap,tidak berbau hamis dan tidak terlalu manis. Ia mengandungi nutrisi penting seperti protein dan kalsium yang diperlukan kanak-kanak untuk membesar lebih sihat dan cergas. Susu mudah dihadam dan mampu menghilangkan sembelit pada kanak-kanak.
Fiffy Baby Hat
Reka bentuk dan warna yang menarik
Topi kecil yang sangat comel ini mempunyai corak serta reka bentuk yang sangat menarik. Bayi juga selesa memakainya kerana struktur fabrik yang lembut dan tidak panas. Saya selalu memakaikan pada bayi ketika keluar berjalan-jalan bagi melindungi kulit kepala bayi dari sinaran matahari, serta melindungi kepala bayi dari terkena angin yang tidak baik.
Mini Pod Mitten & Bootee Set
Set bayi
Set bayi sarung tangan dan sarung kaki yang direka khas untuk bayi baru lahir ini saya gunakan untuk melindungi bayi saya bagi mengelakkan daripada terkena kukunya sendiri dibahagian muka, manakala sarung kaki untuk elak bayi dari kesejukan.
Fiffy Long Sleeve And Long Pant Suit (Newborn/Unisex)
Kain Lembut Serta Kualiti Dan Harga Yang Berpatutan.
Saya memilih jenama fiffy panjang lengan dan seluar panjang untuk bayi saya kerana kualiti kainnya yang bagus, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis, ianya bersesuaian dengan keadaan cuasa di Malaysia. Malah harganya juga sangat berpatutan.
Pureen Baby Wipes in Pink Packaging
Kualiti Dan Harga Produk Yang Berpatutan Dan Bersesuaian
Pureen Baby Wipes mempunyai kualiti yang baik, bebas dari bahan kimia yang merbahaya dan bebas daripada alkohol. Sangat sesuai dengan kulit bayi saya yang sensitif dan mudah alergik. Tidak menyebabkan alahan, lebih menjaga dan melindungi kulit bayi serta harganya yang lebih murah.
Johnson’s Baby Milk + Rice Powder
Bedak Pilihan Untuk Bayi Saya.
Bedak JOHNSON’S® Baby Milk + Rice Powder merupakan bedak pilihan untuk bayi saya, kerana selain baunya yang wangi, ia juga menambahkan kelembutan pada kulit bayi, dan berkesan mengurangkan ruam pada bayi saya. Menjadikan kulit bayi lebih sihat dan halus.
Johnson’s Baby Bedtime Baby Oil
Aroma yang wangi dan menenangkan.
Biasanya sebelum tidur, saya akan mengunakan Johnson Baby Oil Bedtime untuk sapu dengan lembut di seluruh badan bayi saya serta di bahagian kepala, agar ia meresap dengan baik. ternyata bayi tidur lebih lena tanpa terjaga dari gangguan tidur.
Bio Oil
Berkesan menghilangkan kesan reganggan ketika hamil
Ini merupakan kali kedua saya mengandung, dan setiap kali mengandung, perut saya akan timbul kesan reganggan. Saya hanya menggunakan Bio Oil untuk menghilangkan kesan reganggan tersebut, yang mana nampak agak teruk. Dan ianya memang berkesan, kerana perut saya pulih tanpa ada bekas reganggan.
MAGGI® 2-Minute Noodles Ayam
Rasa yang sedap tapi harga dipasaran semakin meningkat
Maggie ayam merupakan kegemaran suami saya, kerana rasa supnya yang sedap. Selain mudah dimasak dan cepat, saya perasan harganya juga semakin meningkat. Saya harap pihak maggie tidak menaikkan harganya terlalu cepat, untuk memudahkan golongan kurang mampu untuk membelinya. Namun secara keseluruhannya, pada saya maggie ayam sangat sedap.