Pureen Kids Yogurt Head To Toe Wash (Vanilla/Apple/Peach Mango/Raspberry/Bubble Gum)
Mandian Yogurt yang wangi
Pertama kali saya bau mandian ini terus saya jatuh hati.Baunya sungguh wangi untuk mandikan anak-anak.Saya memilih Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash(Natural) untuk mandian anak-anak saya kerana baunya yang wangi dan sabun nya yang tidak memedihkan mata.Sesuai untuk dijadikan mandian seluruh badan dan rambut.Selepas mandi memang menyegarkan dengan harumannya,kulit pun menjadi lembut dan halus.Anak-anak memang sukakan mandian ini.
Pureen Baby Powder
Bau Baby
Satu-satunya bedak yang bau nya seperti bayi.Saya suka baunya yang seakan setulin bau bayi.Bedak talkum ini sesuai digunakan selepas mandi dan semasa memakai lampin kerana bedak ini melindungi kulit bayi dari pengelupasan.Bedak ini juga boleh menjadi penyerap dan memastikan kulit bayi sentiasa kering,lembut dan selesa semasa memakai lampin.Bedak talkum Pureen ini juga sesuai dipakai untuk semua golongan.
Cap Limau Yu Yee Oil
Bau yang menakjubkan
Minyak yuu yee cap limau memang pilihan saya sejak bergelar ibu kepada 3 orang cahaya mata.Bau nya memang menakjubkan,wangi,nyaman dan menenangkan.Minyak Yuu Yee ini memang pantas melegakan kembung perut dan ketidakselesaan sibayi.Walaupun anak-anak sudah membesar minyak yuu yee ini sentiasa ada dirumah kerana banyak kegunaannya.
Vicks Vaporub
Vicks VapoRub balm terbaik seisi keluarga
Balm vicks memang dijadikan stok dirumah dan dibawa kemana-mana sahaja.Ia amat penting kerana kegunaanya yang pelbagai.Dirumah saya pastikan ada vicks balm untuk bayi dan juga dewasa.Selsema atau tersumbat hidung vicks balm ini memang membantu.Selain itu juga segala gejala pening dan mual memang dengan balm vicks ini boleh melegakan dengan cepat.Balm ini juga sesuai disapu untuk melegakan gigitan nyamuk atau pun serangga.Memang terbaik vicks vaporub.
Munchy’s Lexus Cream Sandwich
Lexus chocolate cream yang sedap
Antara biskut kegemaran saya.Senang dibawa kemana-mana dan boleh dimakan begitu saja dengan pek bersize kecilnya.Biskut kraker diampit inti coklat melazatkan rasa biskut ini.Rasanya ranggup dengan coklat berkrimnya membuat pengemarnya tidak jemu memakannya.
Nestle Milo Nuggets Chocolate
Milo nuggets snek mengenyangkan
Makanan kesukaaan anak saya.Snek yang sedap dan berkhasiat memang sesuai dijadikan makanan sampingan untuk anak-anak.Pergi kemana-mana memang menjadi bekalan untuk anak-anak kerana pek yang kecil dan mudah dimakan dimana-mana sahaja.Bukan sahaja membekalkan tenaga malah mengenyangkan perut saat lapar.
Huawei P10 Lite
Sangat sangat berpuashati
Memang berpuashati menggunakan telefon ini.Tiada lagi masalah hang(lambat),dengan kelajuan cpu ram nya dapat lah saya menikmati laman jalur lebar dengan lebih cepat dan laju.Kamera nya juga memang terbaik untuk menangkap setiap memori tanpa menghampakan saya,tampak jelas dan menarik.Harga nya dipasaran juga berpatutan dengan package yang ditawarkan memang menguntungkan pengguna macam saya.
MAGGI® Tomato Ketchup
Sos tomato maggi pilihan saya dalam masakan
Sos tomato jenama maggi memang menjadi pilihan saya dari dulu lagi untuk menambahkan keenakan masakan saya iaitu lauk kegemaran suami ayam masak merah.Sos tomato ini juga menjadi pilihan anak saya untuk dijadikan pencicah kerana ia tidak pedas dan sesuai dengan selera anak-anak.
Mamee Mister Potato
Mister Potato crisps snek kesukaan keluarga
Mister Potato salah satu snek kegemaran keluarga.Sedap,rangup dan sungguh mengasyikkan bila menonton televisyen sambil mengunyah mister potato ini.Rasa nya yang unik mengikut perasanya memang lain dari yang lain.Potongannya yang nipis menambahkan lagi kerangupannya.Kami sekeluarga menyukai semua perasa mister potato yang ada dipasaran.
Habhal’s Cap Kipas Udang Sweet Soya Bean Sauce
Kicap lemak manis paling sedap
Kicap lemak manis cap kipas udang memang kegemaran kami sekeluarga.Rasanya yang lemak-lemak manis membuatkan anak-anak saya suka makan nasi putih bersama kicap dan telur mata.Memang kicap ini sedap dimakan begitu saja dan ianya juga sedap dibuat penambah rasa dalam masakan.
Head & shoulders Shampoo Cool Blast
Head&Shoulders syampu sensasi dingin
Bau yang harum dan sememangnya sensasi dingin kulit kepala saya.Dingin dan segar kulit kepala selepas memakai syampu ini.Kegatalan kulit kepala hilang serta merta.Nyaman dan sejuk,yang penting kelemumur tiada lagi dikulit kepala.Selepas mandi dan menggunakan syampu ini,sememangnya membuat kita nyaman dan tertidur kerana keselesaannya.
PetPet Disposable Baby Diaper
Petpet memelihara kulit si manja
Pampers Petpet semestinya pilihan saya untuk lampin pakaibuang anak saya.Senang dipakai dan anak saya selesa memakainya.Tidak mudah bocor dan tidak memberi kerengsangan pada kulit sikecil saya apabila bangun dari tidur.Kulit simanja sihat bebas dari ruam.Harganya mampu milik tetapi kualitinya setanding dari jenama mahal yang lain.
Scotts Emulsion Regular
Scotch emulsion supplement terbaik
Sejak dari kecil lagi saya sudah amalkan ketiga-tiga anak saya meminum scotch emulsion untuk menguatkan sistem imun badan mereka.Ini kerana mereka seringkali demam dan selsema.Selain itu juga anak saya mempunyai kulit yang sensitif dan mudah mendapat ruam,sejak mengamalkan scotch secara konsisten kulit mereka tidak lagi meninggalkan parut yang hodoh.Dengan scotch anak-anak saya tidak perlu lagi ubat-ubatan dari klinik untuk merawat demam dan selsema.
Cornell Electric Oven
Oven Cornell memang terbaik
Oven jenama Cornell ini memang bagus dan senang digunakan.Ianya sangat praktikal.Memang menyenang dan memudahkan saya dalam penyediaan pelbagai juadah.Pemanasan nya juga boleh dilaraskan dan setakat ini pembakaran juadah saya tidak mengecewakan serta masak dengan sempurna.
PANASONIC NI-P250TG STEAM IRON
Panasonic iron menyenangkan tugas surirumah
Hampir 3 tahun saya gunakan iron jenama ini(Panasonic).Ia memang tahan lasak.Memudahkan kerja saya setiap pagi untuk ironkan baju-baju kerja suami dan baju sekolah anak-anak.Cepat,mudah dan selesa menggunakan iron ini.Kain mudah diuruskan dan menjimatkan masa semasa mengosok baju sekaligus penggunaan elektrik pom menjimatkan.
Hisense 32″ HD LED TV 32M2160P
Berbaloi untuk dimiliki Hisense
Hampir 2 tahun menggunakan tv jenama Hisense memang mengagumkan memandangkan ia jenama baru di negara ini.Memang berbaloi-baloi,dengan harga mampu milik tetapi kualitinya setanding dengan jenama-jenama besar yang lain.Kualiti warna dan skrin yang bagus sesuai untuk menonton rancangan kegemaran bersama keluarga,bermain game dan sebagainya.Dengan sokongan HD revolusi yang bagus dan disediakan plug usb memang memenuhi citarasa kami sekeluarga.Hebat,jimat dan berbaloi-baloi memiliki Tv Hisense
Simple Dimple X Hipster Keepster Streetwear Diaper Bag
Istimewanya Simple Dimple Hipster Diaper Bag bagi saya
Melihat dari luaran kelihatan beg lasak biasa tetapi bila melihat kegunaannya memang luarbiasa,kelihatan simple tapi boleh memenuhi semua keperluan baby didalamnya.Tidak perlu risau,satu beg sudah cukup membawa kesemua keperluan baby termasuk barangan abangnya.
Senang dibawa dalam pelbagai cara,hand carry,shoulder sling and Back-pack.
Stroller strapnya pom kukuh walau penuh barangan baby didalam beg tersebut ia masih boleh menampungnya.
Berbaloi para ibu memilikinya tahan lasak dan banyak ruang penyimpanan berbeza yang ibu boleh asingkan barangan untuk aturan barang kelihatn kemas.
Saya sangat menyukainya dan menyarankan ibu memilikinya terutama yang selalu travel kerana ia memang memudahkan dan yang penting memang simple hipster la sesuai dengan namanya.Terbaik???